Bab 11

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Ckling!

Bunyi pesanan masuk menjedakan kerjaku sejenak. Aku yang tadinya mahu mengasingkan coklat-coklat untuk kotak surprise terus saja beralih ke arah telefon pintarku. Skrin telefonku aku pandang.

Pesanan daripada Hariz.

'Rissa free tak petang ni? Abang ingat nak ajak Rissa teman abang keluar.'- Hariz.

Aku sudah mengeluh kecil. Serta-merta aku terduduk di hujung katil sambil telefon pintarku aku belek. Dalam otak aku ligat memikir kan seribu satu alasan yang tepat untuk diberikan pada abang Hariz.

Bukan tak mahu tetapi malas. Erk? Semenjak pertemuan kami bulan lepas, lelaki itu kerap menghubungi aku. Kalau tidak melalui call pasti dia akan mengirimkan whatsapp. Kadang ajak keluar, kadang ajak makan dan terkadang juga ajak jogging.

Haih, aku ni manalah rajin nak jogging! Nak bangun dari katil pun payah.

Huh!

Awal dulu, aku boleh terima lagi namun bila sudah hari-hari dia whatsapp aku, aku jadi tak selesa. Kadang, dia juga ada wish goodmorning dan.. aku rasa perkara itu pelik.

Sangat pelik.

'Rissa ada hal lah abang petang ni. Sorry.'-kirim.

Selepas mengirimkan pesanan itu, laju saja aku menutup data telefon ku. Phuhh!! Cara paling selamat untuk mengelakkan rasa tak selesa bila di'bluetick'. Eheh!

Kembali, aku menyambung kerjaku semula. Setelah mengasingkan coklat, aku terus mengambil kotak pula. Kemudian, bahan-bahan untuk menghias kotak pula.

Setelah memastikan semua peralatan sudah cukup, aku memulaikan sesi menyiapkan satu persatu 'surprise box'. Hari ini, aku mendapat 20 lebih pesanan. Kebanyakannya  adalah pesanan daripada perempuan untuk lelaki kegemaran mereka.

Kad-kad ucapan yang sudah siap ditulis itu aku baca satu persatu. Kadang, tersenyum juga aku baca. Perempuan dengan ayat puitis pun tak kalah juga. Kadang berbunga juga mengalahkan ayat buaya orang lelaki. Pfft.

Bila patah hati, ayat mereka jugalah yang paling menyengat. Yang penting, semua salah lelaki. Gitu.

"Kepada Ungku Haidar Daniel, I Love You.." ayat daripada kad ucapan itu aku baca.

Setelah itu, kad lain pula aku ambil. "Ungku Haidar Daniel, perhaps, you akan senyum bila makan coklat ni. Love you." kali ini aku sudah jongket kening.

Baru aku perasan, banyak juga pesanan untuk lelaki bernama Ungku Haidar Daniel ini. Sudah 5 nama dia yang aku dapat.

Playboy ke?

Aku sudah menebak sendiri. Kiriman juga daripada lima orang perempuan yang berbeza. Rasanya, sebelum ini juga ada hadiah untuk dia namun ketika itu, aku tidak begitu ambil peduli sangat.

Hari ini aje, aku terlebih sensitif.

"Mungkin pasang lain ni?" aku sudah buat tebakan sendiri. Muka jengkel aku tayangkan.

Inilah buaya. Perenpuan tak pernah cukup seorang. Selagi tak cukup keliling pinggang, selagi itulah hobinya nak mencari perempuan lain. Haih. Kalau kahwin dengan lelaki jenis begini pasti hari-hari makan hati. Aku sudah menduga.

Aih!!
...
Selesai menyarungkan sut hitam ke tubuhnya, Daniel menilik dirinya sejenak pada cermin. Seluar kemas, bajunya juga kemas. Hmm.. Hanya tinggal rambutnya saja yang mahu didandan.

Pomade hitam yang berada di atas kabinet di capainya lalu dibuka. Terkedu Daniel sekejap apabila melihat kan pomade nya sudah habis. Huh!! Dia memang jarang pakai pomade. Hmm.. takkan habis macam itu aje?

"Dani." sapaan suara gurau itu menjedakan kebingungannya.

Segera, dia mengalihkan pandangannya ke arah pintu. Sosok Syazwan yang segak berpakaian kasual itu ditiliknya atas bawah. Penampilan lelaki itu nampak luar biasa daripada biasa. Rambutnya itu yang buat Daniel tilik dua tiga kali.

Lelaki itu pakai pomade?

"Apa, wan?"

"Aku nak pinjam kasut coklat kau boleh tak, Dani?" tanya Syazwan sudah tayang sengih kerangnya.

Daniel diam sejenak. Huh! Kalau dia bagi pinjam Syazwan kasutnya, dia risau kasutnya akan rosak. Masih Daniel ingat lagi, dia bagi lelaki itu pinjam baju dua minggu lepas namun setelah dipulangkan, habis bajunya kotor terkena percikan sambal. Hmm.. sudahlah warna putih pula itu.

Sekarang, baju harga ratusan ringgit itu sudah jadi kain lap.

Apabila melihatkan Daniel masih tidak memberikan jawapan, Syazwan sudah mulai pasang umpan.

"Alah Dani, takkanlah dengan aku pun nak berkira. Kau duduk rumah aku, aku bagi. Takkanlah nak pinjam kasut, kau tak bagi?" ujarnya dalam nada kecewa.

Daniel sudah ketap bibir. "Bukan macam itu, Wan. Kalau kau pakai kasut aku, aku nak pakai apa nanti?"

"Kau kata kau nak datang interview kerja kan?" soal Syazwan pula.

Daniel sekadar menggangguk. Matanya masih tak beralih dari menatap temannya itu.

"Kasut kau mana sesuai nak pergi interview, Dani. Hmm.. kalau macam itu, kau pinjamlah kasut aku. Ada kat dalam bilik aku. So, aku pinjam kasut kau, eiyh?!"

Lama Daniel diam sebelum keluhan nya terlepas. "Pinjamlah tapi make sure tak rosaklah, Wan. Kalau rosak, aku cari kau dulu." Daniel beri amaran.

Syazwan pula tarik sengih. Tabik ala- ala pegawai diberikannya. "Kau jangan risaulah. Aku bukannya nak main bola pun pakai kasut kau tu." selorohnya.

Baru sahaja Syazwan berura-ura mahu pergi, Daniel memanggil nama lelaki itu semula. Pantas, Syazwan mematikan langkahnya. Sosok Daniel dipandangnya.

"Kenapa Dani?" soal lelaki itu bingung.

"Kau ada pomade tak? Pomade aku dah habis." sahut Daniel sambil menunjukkan pomadenya yang sudah habis.

Syazwan terus saja tersenyum mengekek. "Kau ni, Dani. Aku mana ada pomade." balas Syazwan pula masih tak habis tawanya.

Daniel sekadar tarik sengih. Sempat matanya melirik ke arah jambul Syazwan yang terletak elok. Nak tipu, nampaknya Syazwan pilih mangsa yang salah!

"Elok pula jambul kau tu. Lawa."

"Ini? Erm.. aku pakai air je." jawab Syazwan sebelum berlalu pergi begitu saja.

Tanpa sedar, Daniel sudah kepal penumbuk. Huh, bukan main lagi orang memijaknya! Syazwan yang dulu takut padanya pun, sudah pandai buat perangai. Dia tahu lelaki itu guna pomade nya.

Ikutkan hati sudah lama Daniel bertumbuk namun dia pilih untuk bertahan. Tak apa, Dani! Sekejap aje. Lepas ni, kau boleh buat macam-macam dengan tak guna itu! Daniel pasang semangat.

Mahu tidak mahu, terpaksa dia gunakan air untuk membentuk jambul nya. Huh!! Ini kalau sudah kering, pasti jambulnya akan hancur! Haih!

Daniel menggerutu sendiri.

Selepas memperkemaskan diri, dia bergegas ke kamar Syazwan untuk mengambil kasut. Masuk sahaja ke dalam bilik, Daniel terus mencari kasut tersebut. Kasut berwarna hitam yang berada di bawah katil dicapai lalu dibelek.

Sekali lagi, Daniel mendengus. Kasut hitam itu sudah kelihatan lusuh dan kotor.

"Tak guna betul! Dia bagi aku kasut tua macam ni??!" bebelnya geram.

Huh!

Mahu tidak mahu, terpaksa juga Daniel sarungkan.
...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro