Bab 13

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Haruman maggi kari yang memenuhi ruang langsung tak mengganggu lamunan Daniel. Sedari tadi, fikiran nya ligat memikirkan kejadian tadi. Kejadian di mana dia bertemu dengan perempuan yang dia tidak kenali.

Sudah dua kali pertemuan dan kedua-duanya cukup membuktikan mereka memiliki ego yang sangat tinggi. Kedua-duanya tidak mahu mengalah. Tak boleh ada yang menang dan tak boleh juga diri ini kalah.

"Okay, jomlah pergi balai polis. Awak kan yang cadang?" tiada gentar dalam nada gadis itu.

Melihatkan Daniel yang masih terkedu. Gadis itu terus saja memajukan langkah menuju ke arah keretanya semula namun Daniel pantas mematikan langkah gadis itu.

"Kalau terbukti kau salah, aku saman kau lebih. I see you in court." Daniel masih mahu mencabar.

Bingkas, gadis itu memusingkan badannya ke arah Daniel. "Encik ni tak tahu malu kan? Nak saman tapi tak tau nak saman untuk apa. Kalau patah tulang, saya boleh terima lagi."

"Nak tengok sangat aku patah tulang kan? Hah, langgar aku. Langgar lah cepat." Daniel sudah menggertak.

Langsung dia tidak pedulikan orang sekeliling yang sudah memandang adegan dia dan gadis itu. Entah kenapa, dia boleh hilang rasa malu ketika itu. Dia juga tak pasti kenapa dia teringin sangat nakkan duit saman itu.

Mungkin.. dia sudah tiada cara lain untuk dapatkan duit.

Gadis itu sudah mendengus kecil. "Encik ni kan..."

Belum sempat gadis itu menghabis kan bicaranya, bunyi hon yang kedengaran menjedakan segalanya. Tanpa sedar, beberapa buah kereta sudah beratur di dalam kereta Myvi nya.

Tidak membuang masa, gadis itu terus saja masuk ke dalam keretanya. Langsung dia tidak pedulikan raut Daniel yang masih dengan egonya.

Baru saja dia mahu menyerang, gadis itu terus saja memandu laju keretanya.  Melihatkan hal itu, Daniel jelas terpinga.

Huh! Tak guna!!!

"Dasar tak guna. Jenis tak bertanggungjawab." makinya dengan nada geram.

Serta-merta dia menyuapkan maggi yang hampir sejuk itu ke dalam mulut nya dengan kening berkerut tanda protes. Marah, marah juga tapi perut lapar pun kena isi juga!

"Kalau aku dapat dia, aku saman tinggi. Dia fikir dia cari fasal dengan siapa? Ini akulah.. Ungku Haidar Daniel!" jerkahnya sedikit lantang. Geram punya fasal, habis air liurnya tersembur-sembur ke depan.

Nasib baik tak ada orang.

"Aih, Dani. Kau marah siapa itu?" sergahan suara garau dari arah belakang itu mematikan kunyahan Daniel seketika.

Terus dia menoleh ke belakang. Dilihatnya Zuhair sudah menapak mendekatinya di meja makan. Terus senyum pendeknya dihulur.

Diantara Zuhair, Amirul dan Syzwan, Zuhair lah yang tidak banyak buat ulah dengannya. Namun, jarang juga dia bertembung dengan Zuhair dalam rumah ini. Mungkin disebabkan Zuhair banyak meluangkan masa berperap dalam bilik. Al-maklumlah student Master kan?

Banyak nak kena siapkan assignment.

"Tak adalah. Tak ada siapa pun." bohongnya. Kembali, Daniel menikmati suapan maggi nya.

Zuhair pula sudah ambil tempat di hadapan Daniel. Wajah Daniel dipandangnya sejenak. "Kau tak makan nasi ke, Dani?"

Soalan yang terpacul keluar dari mulut Zuhair itu menarik perhatian Daniel. Hanya mampu sengihan saja yang Daniel beri.

"Bukan selalu. Lagipun, dah lama aku tak makan benda ni. Sekali sekala, orang kata." dalihnya kembali menyuapkan maggi ke dalam mulut.

Harapnya, tak adalah soalan lain pula lepas ni.

Zuhair balas dengan anggukan. "Kerja kau macam mana? Dapat tak?"

Untuk kali ini, Daniel sedikit sugul. Mengenangkan berapa banyak kali dia di'reject', rasa kecewanya menyapa. Mana tidaknya, banyak wang dan tenaga yang dia kerah untuk dapatkan segulung master namun ramai yang menolak bagaikan perkara itu tiada nilai.

Kecewa. Ya, sangat!

"Belum lagi. Esok aku cuba cari tempat lain." ujar Daniel. Walaupun dia tidak yakin dengan kenyataan itu.

Hari ini saja sudah hampir sepuluh tempat yang dia pergi namun semuanya menolak. Dari syarikat besar sampailah yang paling kecil, semuanya tak mahu. Mungkin mereka takut yang dirinya akan demand gaji tinggi sesuai tahap pendidikan yang dia miliki sekarang.

Sekali lagi, Zuhair balas dengan anggukan. Kali ini, tiada lagi soalan yang menyapa. Namun, Daniel lihat jelas raut bersalah yang bermain di wajah Zuhair. Macam nak bincang sesuatu yang mustahak dengannya.

"Kenapa Zu?"

Tersentak lelaki itu dibuatnya apabila Daniel menyapa bahunya. Terus saja dialihkan pandangannya ke arah Daniel. Sengih kerangnya ditayang.

"Erm, kenapa apa?" soalan berbalas soalan.

"Kaulah kenapa? Aku tengok macam tengah fikir benda penting aje." ujar Daniel.

Zuhair ketap bibir. Kelihatan rautnya masih berkira. Pandangannya yang tadi ditunduk kemudian dialih ke wajah Daniel semula.

"Dani, aku nak bincang something dengan kau, boleh tak?"

"Apa dia?"

"Er, kalau boleh.. kau jangan marahlah lepas aku beritahu kau ni."

Terjongket sedikit kening Daniel mendengarnya. Kalau dah suruh jangan marah itu, means benda itu mungkin akan menyirap darah.

"Apa dia?"

"Er.."
".. aku dengan yang lain dah bincang. Kitorang ingat nak sewakan bilik yang kau duduk sekarang ni dekat orang lain bulan depan. Erm.. sorry Dani, tapi.. kau kena cari tempat lain."
...
Ferrero Rocher, check! Kinder Bueno, check!..

Satu persatu barang yang berada dalam senarai aku periksa. Dari gula-gula sampailah ke coklat yang besar-besar, aku teliti semula. Setelah memastikan semua barang sudah ada, segera aku bergegas ke kaunter pembayaran.

Memandangkan hari ini hari Ahad jadi keadaan di dalam pasaraya Tesco itu sedikit sesak dengan pelanggan. Nak bayar pun, kena beratur panjang. Hmm.. jangan tanya aku kenapa aku beli kat Tesco?!

Kedai borong yang selalu aku pergi sudah tutup dan customer last minute minta order untuk esok. Memandang kan harga upah dia tinggi, jadi mahu tidak mahu terpaksalah keluar cari barang kat Tesco.

Sambil aku melangkah ke arah barisan kaunter, sesekali mataku menilik ke arah minuman sejuk yang tersusun. Diakui, aku sedang haus ketika ini.

Sedang leka aku menilik, langsung aku tidak sedar akan sosok yang berdiri di hadapan. Bila hampir saja troli aku berlanggar, sosok lelaki menahan.

Terus aku mengalihkan pandangan ku ke arah dua sosok itu namun belum sempat aku memohon maaf, aku jelas tergamam apabila mataku tertumpu pada wajah gadis berambut ikal mayang itu turut sama kaget memandangku. Kami saling berpandangan.

"F-Fatimah?!"

"Rissa?!!" Kami saling menuding jari antara satu sama lain.

Lelaki yang berdiri bersebelahan Fatimah sudah terpisat-pisat memandang kami berdua. Lagi terkejut gamaknya apabila melihat kami sudah saling berpelukan.

"Lama dah tak jumpa kau! Apa khabar kau sekarang? Sihat?!" soalku seusai pelukan dileraikan.

Fatimah sudah tersenyum lebar. "Macam apa yang kau tengok lah. Macam ni." jawabnya cuba merendah diri.

Aku sekadar mencebik. Kemudian, perhatianku terarah ke arah lelaki yang masih kaku berdiri di sisi Fatimah. Raut marahnya juga sudah pudar.

"Siapa ni?" soalku.

"Ka.."

"Teman lelaki Fatimah, Rauf." dia hulurkan salam perkenalan.

Namun, aku langsung tak menyambut. Sekadar, tundukan perkenalan aku berikan. Bila melihatkan gelagatku itu, pantas Rauf menarik tangannya semula. Perkataan maaf meniti keluar dari mulutnya.

"Kau ada pergi mana-mana tak lepas ni?" soal Fatimah masih teruja bertemu denganku.

Aku hanya geleng kepala. "Kenapa?"

"Jom dinner. Aku belanja kau makan." ajaknya dengan raut gembira.

Bila dengar perkataan belanja itu, aku pun lajulah setuju. Gila tak setuju?!
...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro