Bab 18

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Sudah hampir dua bulan lebih, Ungku Zarina tidak mendengar khabar berita berkenaan anak terunanya itu. Dia jadi sebak dan sedih. Hampir setiap hari, dia menunggu panggilan masuk daripada Daniel namun masih juga tak berkunjung tiba.

Ada juga dia cuba untuk menghubungi Daniel namun kesemuanya masuk mailbox. Huhh! Sampai bila agaknya Daniel mahu menyara diri di luar sana? Memikir kan hal itu, perasaannya sudah bercelaru.

"Sudah-sudahlah itu. Jangan selalu sangat nak berkepit dengan telefon itu. Abang yakin Daniel sihat je kat luar itu." ujar Ungku Syariffuddin yang tadinya khusyuk menonton rancangan tv.

Ungku Zarina langsung tak mengendahkan. Dia cuma membisu. Masih telefon pintar jenama Samsung dipegangnya erat. Seakan tidak mahu lepas.

"Takkanlah tak yakin dengan anak sendiri?" tambah Ungku Syariffuddin terselit sindiran.

Matanya pula masih melekap pada kaca TV. Perilakunya itu seakan tidak peduli pada nasib Daniel di luar sana. Huh!

"Abang jangan nak cakap macam itu pada saya. Abang bukannya pernah ambil tahu fasal Daniel. Apa yang abang tahu cuma nak merendah- rendahkan dia aje." balas Ungku Zarina tidak puas hati.

Terdengar keluhan meniti dari bibir Ungku Syariffuddin. Pandangannya dialihkan pada isterinya itu. Tatapan redup yang menyembunyikan seribu satu makna.

"Bukan abang nak merendahkan dia. Salah ke abang yakin pada kebolehan anak abang sendiri?" tutur Ungku Zarina meninggalkan tanda soal.

Diam. Ungku Zarina sudah menekur memandang lantai. Entah kenapa, dia tak dapat rasakan keikhlasan dari bicara suaminya itu. Kalau bukan kerana Ungku Syariffuddin memaksa Daniel untuk berkahwin, pasti sampai sekarang Daniel masih betah berada di dalam rumah ini.

"Saya tahu abang tak pernah ikhlas sayangkan Dani. Apa yang abang nampak pada dia cuma kesalahan. Kalau tak disebabkan abang, Dani takkan lari dari rumah. Huh.. abang memang tak pernah fikir fasal anak kita." rintih Ungku Zarina sebak.

Spontan, air matanya mengalie mengenangkan nasib anak terunanya itu. Sejak kecil, Daniel langsung tak mendapatkan kasih sayang yang secukupnya daripada seorang ayah. Malah, anaknya itu sering dibanding- bandingkan dengan Ungku Ikhwan Hanif.

"Awak nak saya ikhlas sayangkan dia macam mana lagi? Tak cukup lagi ke pakai makan minum dia saya tanggung?" gertak Ungku Syariffuddin sedikit tercabar.

Mana tidaknya, sejak dulu lagi Ungku Zarina selalu mengungkit perihal yang sama. Setiap kali dia berdebat dengan Daniel, pasti wanita itu akan mengungkit tentang celanya dalam melayani Daniel.

Siapa saja yang tahu.. isi hati seorang ayah?

Sejak kecil dia melihat Daniel membesar depan matanya. Begitu juga dengan Ikhwan. Kalau boleh dia mahu kedua-dua anaknya mendapat hal yang sama rata dari segi kasih sayang dan juga kejayaan. Mungkin, dia agak berduka setelah pemergian Ikhwan namun masih.. dia teruskan kehidupannya untuk membentuk Daniel jadi lebih matang dan bersiap sedia untuk sebarang kemungkinan.

Perkahwinan itu? Dato' Zulkifli merupakan teman lamanya malah anak angkat lelaki itu, Arissa Haura cukup dikenalinya. Jadi, salah ke niat nya mahukan gadis yang terbaik buat anak terunanya yang seorang itu? Dia yakin pilihannya adalah yang paling tepat.

"Sekarang ni, abang nak mengungkit pula?"

Mengeluh. Akhirnya, Ungku Syariffuddin ambil keputusan untuk beredar. Dia tidak mahu membazir air liur semata-mata mahu bertikam lidah dengan isterinya itu.

Biarlah kemahuannya itu hanya dia yang tahu.
...
'Rissa ada kat rumah ke sekarang ni?'- Haris.

Satu keluhan malas aku lepaskan tatkala terbacakan pesanan whatsapp yang masuk. Hmm.. saban hari makin banyak pula pesanan yang dikirim Haris. Bila dibalas sepatah, satu perenggan yang lelaki itu akan balas.

Boleh tak lelaki tu tolong sedar diri? Aku memang tak berkenan dengan sesiapa buat masa sekarang ini!

Kalau boleh, aku cuma nak fokus pada bisnes dan kehidupan bujang aku saja. Tak lebih daripada itu.

Akhirnya, aku ambil keputusan untuk tutup data internet. Nak block? Setakat ini, tak ada benda pelik yang dia buat pada aku. Jadi, tak adil kalau tiba-tiba aku ambil keputusan melulu untuk sekat dia.

Langkah kakiku, aku bawa sampai ke halaman rumah. Memandangkan aku tidak banyak kerja akhir-akhir ini, jadi tetiba pulak aku rajin nak berjalan pagi hari ini.

Ehek!

Baru saja aku nak melangkah keluar, mataku terus saja terpandang pada sosok lelaki yang sudah hampir seminggu menetap di rumah kami sebagai tukang kebun.

Selama dia menetap di sini, kami jarang bercakap satu sama lain. Selalu juga aku terserempak dengan dia namun lelaki itu pilih untuk menundukkan pandangannya. Macam ada perkara yang dia sembunyikan daripada aku.

Tapi.. apa?

Tak berganjak. Aku masih ralit memerhatikan lelaki itu yang sedari tadi sibuk memperkemaskan kawasan di sekitar gazebo. Tanpa sedar senyum pendek ku terukir. Aih.. kenapa dengan aku ni?

Selang beberapa minit kemudian, lelaki itu terus saja melabuhkan punggungnya di atas tangga gazebo. Topi buruk yang dipakainya juga ditanggalkan. Jelas kelihatan muka penatnya. Mungkin berjam juga dia kemaskan halaman agaknya, desisku sendirian.

Entah jin apa yang merasuk aku pada ketika itu, aku kembali masuk ke dalam rumah. Dapur aku tujui. Sejag air kosong aku bawa bersama dulang dan gelas lalu aku bawa keluar menuju ke arah lelaki itu.

Bila aku datang menghampiri, lelaki itu juga turut sama memandang ku. Mungkin dia hairan melihat aku dengan dulang berisi air dan juga muka ketat. Yurp, ketat. Langsung tiada secebis senyuman pun di situ.

"Cik Arissa.." sahutnya laju berdiri memberi laluan kepadaku. Fikirnya, aku mahu berada di gazebo namun sangkaannya meleset apabila melihat aku meletakkan dulang tersebut di atas tangga.

Dia sedikit tergamam lalu perhatian nya dialihkan pada aku.

"Cik?"

"Minumlah air itu. Saya nampak awak penat sangat tadi."
"Saya pergi dulu." aku minta diri apabila selesai memberitahu tentang tujuan ku menghampirinya.

Sosok Arissa yang semakin jauh diralit. Sesekali dia memandang ke arah air kosong sejuk yang terhidang. Tak semena, senyuman sengetnya ditarik.

Tak sangka... dengan jambang tebal inipun, masih ada perempuan yang ada hati dengan aku, bisiknya sendirian.

Penangan Ungku Haidar Daniel masih belum hilang, nampaknya.

Gadis dengan ego tinggi macam itu pun boleh tersungkur.
...



Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro