Bab 22

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Belum sempat burung berkicau di pagi hari, Daniel sudah keluar rumah untuk memulakan rutin kerjanya sebagai tukang kebun. Pejam celik pejam celik, sudah hampir sebulan dia bekerja di rumah Dato' Zulkifli sebagai tukang kerbun.

Dia akui, semenjak kerja di sini.. dia lebih disiplin dengan dirinya sendiri. Bangun lebih awal, malas pun dia perlu kerja hanya untuk mendapatkan sesuap nasi. Jauh bezanya semasa dia menjadi pengurus syarikat besar.

Dahulu, kerjanya lebih banyak duduk dan mengarah. Apa yang tak kena dengan mata, dia akan minta orang lain yang mengubahnya. Dia juga angkuh dahulu. Manusia dia bezakan dengan darjat. Hanya orang yang setaraf dengannya saja yang boleh berteman dengannya.. yang lain boleh masuk senarai menunggu.

Namun.. sayang. Teman yang dia agungkan jugalah yang menyisihkan dia ketika susah. Bila teringatkan hal itu, Daniel sudah keluh perlahan.

Cepat-cepat dia mencapai pemangkas lalu dia melakukan rutin hariannya seperti biasa. Kadang, jika bosan.. dia toleh ke arah beranda bilik atas. Tepat sekali, bilik Arissa Haura.

Dalam tempoh sebulan, perkenalannya dengan gadis itu buatkan Daniel hilang sunyi. Awal dulu, mereka langsung tak bertegur sapa namun semenjak Daniel pilih untuk membantu Arissa, gadis itu mulai rapat dengannya. Makin lama makin rapat.

Hingga.. buatkan Daniel lupa bahawa gadis itu pernah menyebalkan hati nya suatu ketika dahulu.

Huh!!
Apalah reaksi yang Arissa Haura akan berikan jika dia tahu dia adalah lelaki yang dua kali menimbulkan kekecohan dengannya?

Paling kecut.. akankah gadis itu mahu berteman dengannya apabila dapat tahu, dia adalah seorang penipu?

"Haidar!" sapaan suara lunak itu mematikan lamunan Daniel.

Spontan, dia mendongakkan pandangannya ke atas. Matanya terus saja tertancap ke arah sosok Arissa yang masih memakai pijama tidur dan tudung. Senyum yang diberikan gadis itu dibalasnya.

"Ya Cik Arissa? Kenapa?"

Gadis itu diam sejenak. Seakan berkira mahu mengajukan ayat yang seterusnya. "Tengahhari ni awak free?"

Kali ini Daniel sudah jongket kening. Semacam sangat...

Takkanlah sebulan kenal, dah nak ajak date? Bisik Daniel dalam hati. Tak membalas, Daniel pilih untuk diam.

Di atas, aku sudah segan sendiri. Melihatkan reaksi Daniel yang diam itu, aku mahu tepuk dahi di situ jugak! Apakah?! Nampak sangat ke aku ni desperate nak dengan dia?!!!!!!!!!

Tapi, tapi, tapi... !!!

Bukan aku nak dengan dia pun. Aku cuma nak ajak dia teman aku hantar barang saja. Tak lebih daripada itu, hati kecilku sudah berbisik.

"Erm, kalau busy. Tak apa. Saya boleh pergi sendiri." aku sendiri pun tak faham, kenapa aku kata begitu. Macam orang merajuk.

Cepat-cepat Daniel geleng kepala. "Bukan macam tu Cik Rissa. Er, saya okay je nak keluar." ujarnya sudah garu kepala.

Entah kenapa, mendengarkan jawapannya itu sudah cukup buat aku senang hati. Seakan kembang setaman.

Lebar saja aku senyum. Kalau boleh ditarik, pasti sudah lepas hujung telinga.

"Okay! Tengahhari ni awak siap-siap tau. Bukan pergi mana pun, teman saya hantar barang je." jelasku.

Daniel di bawah sekadar mengangguk. Kalau nak menggeleng, dia risau gadis itu berkecil hati pula. Mahu tak mahu, turutkan sajalah.
...
Tudung shawl berwarna kelabu cair yang tersadai di atas katilku, aku capai lalu aku lilitkan di kepala. Nampak kemas dan cantik. Aku sudah puji diri sendiri.

Sesekali, aku melirik blouse kelabu pekat yang dikenakan dengan jeans putih yang aku pakai. Dua kali pandang, memang nak pandang lagi. Ehek!!

Setelah memastikan penampilan ku menarik, aku terus mencapai minyak wangi yang aku beli dari The Body Shop. Haruman bunga ros yang sedikit tajam namun menenangkan itu memang haruman kegemaran aku.

Aih!!

Aku sendiri tak faham kenapa aku nak bergaya sakan sampai sembur minyak wangi padahal keluar untuk hantar barang ke pejabat pos saja? Sudah buang tebiat ke aku?.. atau, disebabkan Haidar ikut sekali?

Sedang leka ber'posing' sakan di hadapan cermin, mataku terus melorot ke arah jam dinding yang sudah menuding ke angka 12.30 tengahhari.

Terus raut cuakku terpampang. "Alamak!! Dah lambat!!!" gelabah aku mencapai beg tangan berserta beg ikea yang berada di depan pintu.

Laju aku mengatur langkah menuruni tangga. Di bawah, aku lihat kelibat Haidar yang sekadar mengenakan T-shirt hitam kosong beserta seluar jeans menungguku.

Pandangan kami sempat bertembung. Dapat aku lihat reaksi tercengang Haidar saat melihat penampilan ku. Mungkin dia sedang memuji aku agaknya.

Spontan, dia mendapatkan aku apabila melihat aku sudah terkebil-kebil membawa turun beg ikea yang berat itu. Dia segera menawarkan diri untuk membantu aku dan aku.. tanpa berfikir panjang, terus memberikannya beg itu.

"Terima kasih, Haidar." ucapku tulus sambil membuntutinya dari belakang.

Haidar sekadar menganggukkan kepala. Tak begitu jelas reaksinya memandangkan dia berjalan di hadapanku.

Usai memasukkan barang tersebut di kerusi belakang kereta, Haidar terus mengambil tempat di kerusi penumpang hadapan manakala aku pula menunggunya di kerusi pemandu.

"Tak apa ke kalau Cik Rissa yang pandu? Segan pula saya cuma duduk aje." ujarnya sudah tayang raut tak selesa.

Aku sekadar mencebik. "No worries. Saya yang ajak awak. Lagipun, awak dah tolong saya angkat barang tadi. Thanks." ucapku.

Dia sekadar mengangguk kecil. Sesekali dia memusingkan kepalanya ke beg ikea di belakang sebelum tatapannya melekap ke arah sebuah kotak.

Aku yang sudah mulai memandu sedar akan air mukanya itu. Aku lihat dia capai salah satu kotak yang berada di belakang lalu dibawanya ke depan.

Dia tenung lama kotak itu sebelum pandangannya dialihkan pada aku. "Ramai juga yang hantar hadiah pada Ungku Haidar Daniel ni kan?" ajunya sambil sengih pendeknya ditayang tanpa aku sedar.

Laju, aku mengangguk.

"Yurp. Kalau awak nak tau, semenjak saya buka bisnes ni.. sampailah sekarang. Orang tak pernah miss hantar hadiah kat dia. Setiap order adalah dari perempuan yang berbeza." ujarku menyahut.

Di sebelah, Daniel sekadar mengangguk kecil. Sempat matanya meralit nama pemberinya. Ariana Qistina. Pfft!! Dia sendiri pun tidak kenal dengan pemilik nama tersebut.

"Saya rasakan maybe dia playboy. Yalah.. playboy je yang akan buat perempuan tergila-gila sampai macam itu sekali. Pakai minyak dagu kot." lancang mulut Arissa bersuara.

Daniel sudah gamak terkedunya. Minyak dagu???! Tang mana pula, Ungku Haidar Daniel pakai ilmu karut gitu?! Cukup dengan wajah tampan dan karismanya, dia sudah mampu buatkan gadis menjerit-jerit histeria apabila melihatnya.

"Saya kenal dia."

Arissa di sebelah sudah jongket kening. Sempat perhatiannya dialih ke arah Daniel sebelum kembali fokus kepada jalan.

"Awak kenal dia?"

Daniel angguk. "Dia anak Ungku Syariffuddin, salah satu jutawan terkemuka kat Malaysia ni. Jadi, memang perempuan takkan lepaskan dialah kan? Dia pun bukannya playboy. Dengar kata dia lebih fokus pada kerjanya dari keluar dengan perempuan sana sini" ujar Daniel membela diri.

Istilah playboy itu memang tak sesuai untuk dia. Selama dia hidup, belum pernah hatinya terpikat dengan mana-mana perempuan. Yurp, dia hanya fokus dengan kerja dan masa depannya saja. Jadi, tak adil untuk menilai dia sebagai seorang playboy hanya kerana ramai gadis yang meminatinya.

"Mana awak tahu dia bukan playboy?" Arissa sudah buka perbincangan kecil tentang Ungku Haidar Daniel.

Hairan.

Daniel tarik sengih. "Naluri saya kata macam itu. Saya yakin awak akan jumpa dia juga nanti." ujar Daniel seakan mengikat janji.

Arissa hanya mencebik. Dalam hati, dia tak mahu kenal siapa lelaki itu.

Cukuplah dia tahu.. Ungku Haidar Daniel adalah si pemilik nama.
...


Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro