Bab 31

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Papa ni....!!!"
Masuk sahaja ke dalam rumah, mataku terus saja meluru ke arah kelibat papa yang berada di ruang tamu. Ketika itu, papa sedang galak menyaksikan perlawanan badminton yang bertayang di kaca tv. Elok pula itu dia landing.

Tak nampak pun tanda-tanda orang penat balik dari meeting. Yang paling penting, kenapa dia.. balik lebih awal daripada aku? Musykil sekejap!

Bila dengar sergahan ku itu, pantas papa mengalihkan pandangannya padaku yang sudah perlahan mendekat. Jelas kelihatan raut muncung dan tak puas hati di situ.

"Aih, awal balik? Mana Dani?"

"Apa ni pa?!!!!!!! Pergi macam itu aje, taknak bagitahu orang pun." aku sudah mogok.

Mana tidaknya, tiada angin tiada hujan.. tiba-tiba papa lesap dari meja makan. Mahu tak mahu, terpaksalah juga aku habiskan makanan. Ikutkan hati, nak balik naik Grab je tapi si Dani itu pula tawarkan diri nak menghantar.

Sedaya upaya, aku cuba tolak. Sudahlah, aku baru berbaik dengan nya hari ini..takkanlah nak terus tumpang kereta pula kan?! Janggal!!!

Bila aku menolak, dia akan cakap "be proffesional.".. Haih, nak mengejek aku ke tu?

"Bukan taknak bagitahu. Papa tergesa-gesa tadi. Makanan papa pun papa tak sempat nak jamah." ujar papa sudah beri alasan kukuh.

Aku ketap bibir. Memang aku nampak tadi yang makanan papa langsung tak berusik. Sudu dan pisau pun masih tersusun kemas di atas meja. Hmm.. bila mengenangkan itu, aku akur. Perlu aku akui yang kehidupan papa jauh berbeza denganku.

Aku cuma kendalikan perniagaan kecil-kecilan manakala dia pula mrngendalikan perniagaan antarabangsa yang melibatkan ramai orang. Jadi waktu cuti pun kadang tak rupa orang bercuti. Komited itu penting kan?

Walaupun sebagai bos.

Anggukan kecil aku berikan. Kalah nak berdebat dengan papa. Terus saja aku alihkan perhatian ku pada tv. Walaupun tak minat, nak tengok juga.

"Okay tak Dani tadi? Ke.. tak Okay?" papa aju pertanyaan lain.

"Okaylah juga. Baik hati sebab nak tolong hantarkan Rissa tadi. Lagipun, dia kan kawan papa.. mestilah dia okay kan?" jawab ku.

Papa yang mendengar sudah mengangguk-angguk kecil. "Dia pun bujang lagi itu. Papa tengok helokk rupa parasnya, baik pula itu."

Mendengarkan saja kata-kata papa itu, aku sudah tayang muka hairan. Apakah?! Tiba-tiba aje nak melambung puji si Dani depan aku? Aku tak kisah pun dia bujang ke apa. Lagipun dia tak ada kaitan dalam hidup aku. So...Stop it!

"Yalah pa. Kawan papa kan, mestilah papa puji semua helok kan?" balasku.

Papa tarik senyum. "Ramai yang bermenantukan dia."

"kecuali papa." aku tambah hujung ayat. Lain macam papa malam ini.

Tak pernah-pernah aku dengar dia sebut hal mertua menantu ini. Aku pula yang geli satu badan. Umurku masih mentah lagi untuk bincang hal-hal sedemikian.

Spontan, dekahan tawa papa kedengaran. Sah, dia memang saja nak mengusik aku guna nama Dani. Maaflah pa, Rissa memang tak ada apa-apa feeling pun dengan Dani.

Lagipun, hati aku ni lebih kuat kepada lelaki yang sudah hilang berminggu-minggu lamanya, Haidar.

Pesanan yang berdecing di telefonku menarik perhatian. Ada dm masuk di akaun perniagaanku. Aku sudah teruja mahu buka. Pesanan dari akaun Coki. Gambarnya pun tiada. Tak nampak ada yang pelik di situ. Teruskan.

'Nak order misteri box set F. I nak COD terus ke empunya badan. Pengirim: Coki. Penerima: Ungku Haidar Daniel. Nanti I bagi alamat.'-Tak dikenali.

Aku sudah mengeluh kecil. Haih!! Ungku Haidar Daniel lagi.
...
Beberapa kali telefon pintarnya berdering, namun Fatimah terus menerus abaikan. Dia tahu siapa yang mahu menghubunginya ketika malam sudah pun larut. Tak lain dan tak bukan pasti Rauf!

"Memekaklah. Dah aku kata nak putus, putuslah!" leternya sudah menutup telinga.

Dari pukul 10 sampailah ke pukul 12 tengah malam, namun panggilan itu masih lagi berbunyi. Tidak menunjuk kan tanda-tanda yang si pemilik nama mahu berhenti.

Kerana tidak tahan, diganggu. Fatimah terus mengangkat panggilan tersebut. Di hujung talian, kedengaran suara lemah milik Rauf menyapa halwa telinganya. Jelas, lelaki itu masih bersedih.

Sudahlah syarikat diambil orang.. dan sekarang, teman wanitanya pula mahu minta putus. Haihlah, nasib!

"You jangan kacau I lagi, boleh tak?! I nak tidur. Esok I nak kerja."

"Emma.." merintih suara itu memanggil.

Namun, Fatimah tidak langsung merasakan kasihan. Engkau menangis lah air mata darah sekalipun, aku takkan terpujuk. Lagipun, selama bercinta dengan Rauf pun.. bukan atas cinta namun lebih kepada kebendaan. Jika lelaki itu tak dapat nak memberikan apa yang dia mahukan, lebih baik pergi kan?

Banyak lagi lelaki kaya yang dia boleh dapatkan selain Rauf.

"You jangan sampa I block nombor you." Fatimah sudah mengugut. Ikut kan hati memang dia mahu buang terus Rauf dari hidupnya namun memandangkan Rauf adalah sepupu Daniel jadi dia terpaksa tahan dulu.

Manalah tahu nanti.. lelaki itu boleh jadi umpan untuk dia dapatkan Daniel?

Ya, sekarang targetnya adalah Daniel, Ungku Haidar Daniel. Fikirnya, setelah jatuh Daniel takkan pernah bangkit. Jadi, dia buat keputusan untuk merapati Rauf memandangkan Rauf yang memiliki syarikat tempat dia bekerja namun.. sekarang, keadaan jelas berbeza.

Dia hanya nampak Daniel. Satu-satunya lelaki yang dapat memberikan segala kemahuannya. Lelaki yang mungkin nanti akan memandikannya dengan limpahan harta yang banyak.

"Kenapa macam ini, Emma? Apa lagi yang tak cukup dengan I? You tahu kan sekarang ni I tengah jatuh, sepatutnya you ada untuk support I. Tolong I untuk naik balik. Bukan tinggalkan I macam itu aje!" lirih dia berbicara.

Fatimah sudah mencebik. Hidup senang bersama, dia mahu tapi.. untuk hidup susah sekali itu.. mungkin Rauf boleh cari perempuan lain.

"You fikir I nak ke hidup susah. I nampak you gagal, Rauf dan I taknak bercinta dengan lelaki gagal. So now, better you jangan cari I lagi." hamburnya.

Belum sempat Rauf membalas, Fatimah serta-merta menamatkan panggilan. Nombor telefon milik Rauf disekat dan dibuang. Rasanya, untuk gunakan Rauf sebagai umpan bukan lah cadangan yang baik.

Dia tak perlukan umpan. Dia cuma perlukan diri dan kecantikannya saja untuk menambat hati Ungku Haidar Daniel. Tak lebih dan tak kurang dari itu.
...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro