Bab 6

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Selesai menguruskan urusan pos barang, langkah kakiku diatur menuju ke arah kereta jenama Honda yang terparkir tidak jauh dari pintu keluar pejabat pos. Dalam perjalanan, aku sedikit berkira.

Mana tidaknya.. keluar saja dari pintu, aku lihat kelibat Hariz di depan pintu pagar rumahku. Bila aku tanya sebab dia rajin nak menunggu, dia berikan alasan yang agak cliche. Beberapa kali dia mencuba nasib untuk menawarkan diri menghantar aku, namun aku berusaha untuk menolak.

Dan, kerana dia masih cuba untuk memujuk, akhirnya aku beralah.

Semakin dekat, aku lihat jelas kelibat Hariz sudah pun menunggu di muka pintu kereta. Senyum mesranya dihadiahkan.

"Abang tawarkan diri nak tolong, Rissa jual mahal. Kan tak fasal-fasal sakit lengan itu." selorohnya apabila melihat aku sedang mengurut kecil bahuku.

Aku pula sekadar tarik sengih. "Rissa taknak susahkan orang. Lagipun, bukannya selalu bawa benda berat. Kalau kurang sale, tak berat pun beg itu." ujarku.

Lelaki itu sekadar menggangguk. "Tapi, abang tengok tadi.. banyak juga kotak yang Rissa nak kena hantar tu. Penuh satu beg. Kira sale dah banyak jugalah tu."

Masih tak habis sengih, aku hanya mengangguk kecil. Berkat marketing juga sebenarnya. Memandangkan zaman sekarang, sudah banyak aplikasi media sosial yang muncul jadi aku gunakan sebaik mungkin peluang itu. Dari puluhan orang seminggu, kini yang buat tempahan.. hampir beratus seminggu. Alhamdullilah.

"Alhamdullilah, abang Hariz. Lagipun, sekarang kan memang bulan-bulan orang tengah hangat bercinta jadi banyak jugalah yang nak bagi hadiah pada boyfriend, girlfriend diorang." jawabku lantang.

"Kalau abang Hariz nak bagi hadiah kat girlfriend abang Hariz, abang boleh aje roger-roger dengan Rissa." tambahku. Sempat lagi buat marketing kecil-kecilan. Ehek!

Tak semena, tawa Hariz kedengaran. Aku pula yang bingung. A-aku.. ada buat lawak padu ke?

"Abang mana ada girlfriend."

Aku sekadar mengangguk kecil. Sebenarnya, tak berapa kisah pun lelaki itu ada girlfriend ke.. tak ada. Saja nak cari topik.

"Lagipun, sekarang ini abang tengah tunggu seseorang." ungkapannya itu diselitkan dengan lirikan penuh makna kepadaku.

Meremang juga bulu tengkuk apabila lelaki itu pandang aku. Cerita fasal orang lain tetapi.. kenapa pula aku yang dipandangnya?
....
Lagu 'Substitute' yang dinyanyikan artis barat kedengaran di setiap pelosok biliknya. Malam ini, dia mahu menikmati lagu tersebut tanpa tertumpu pada telinganya saja. Bila dah terpasang, baru seronok nak buat kerja. Stres yang tadi membebankan otak pun hilang sekejap.

Ckling!

Bunyi pesanan masuk itu menarik perhatian Daniel. Terus saja kerjanya tertunda apabila pesanan atas nama 'Fatimah' terpapar pada skrin telefon pintarnya.

Senyum tipisnya terlukis.

'Terima kasih Ungku sebab bagi saya Nasi Goreng Patayya. Nasib baik saya tanya Lydia, kalau tak mesti saya tak tahu yang Ungku bagi.'-Fatimah.

Untuk kesekian kalinya, Daniel membaca pesanan whatsapp yang dihantar oleh Fatimah. Yurp, jujur hatinya sedang berbunga mekar ketika ini. Sudah hampir seminggu, gadis itu bekerja di bawahnya. Hubungan mereka yang awalnya agak kekok kemudiaannya makin rapat malah semalam, Danial berani mengajak gadis itu untuk keluar makan bersamanya.

Bukan ke itu suatu langkah yang baik?

Pada pandangan Danial, Fatimah manis orangnya. Setiap hari gadis itu datang kerja dengan berbaju kurung dan bertudung selendang. Dengan mekap nipisnya. Sekali pandang pun, Danial rasa tak cukup. Kalau boleh, hari-hari dia nak pandang.

Ehek!

'Awak makan tak? Macam mana? Sedap ke?'-kirim.

Tak sampai seminit, pesanannya mendapat balasan daripada gadis itu. Senyumannya pula masih tak luntur.

'Mestilah saya makan Ungku. Sedap!! Nasi Goreng Pattaya memang favourite saya. Terima kasih, Ungku.'- Fatimah.

'Most welcome. Kiranya saya dah taulah one of your favourite food kan?'- kirim.

Hampir setengah jam masa berlalu. Danial yang tadinya sibuk menghadap kerja, akhirnya leka dibawa perasaan. Sepanjang tempoh itu, senyuman dan sengihannya langsung tak padam. Satu yang Fatimah balas, dua perenggan dia balas.

Bila diimbau kembali, kali terakhir dia bercinta adalah 4 tahun lepas. Ketika dia masih di zaman belajar. Hanya cinta monyet. Dia langsung tiada komitmen untuk meneruskan sampai ke alam perkahwinan.

Selepas saja habis belajar, Danial terus saja fokus pada kerjayanya. Punca dia perlu fokus pada kerjaya? Hmm.. dia lakukan semua itu untuk membuat Ungku Syariffuddin bangga memiliki dia. Walaupun dia anak luar nikah namun dia yakin dia dapat banggakan papanya itu.

Dia merupakan anak bongsu Ungku Syariffudin. Mamanya, Ungku Zarina merupakan isteri kedua lelaki itu. Siapa pula yang pertama? Ungku Ikhwan Hanif pula merupakan anak sulung sekaligus pemilik sebenar harta kekayaan Ungku Syariffuddin. Namun, kejadian 10 tahun yang meragut nyawa abang kandungnya menjadikan dia satu-satunya pemilik tunggal syarikat papanya sekaligus harta lelaki itu.

Ketukan pada pintu biliknya menarik perhatian Daniel. Dia yang tadinya leka berbalas pesanan dengan Fatimah terus saja jeda. Segera dia meletakkan telefon pintarnya ke atas meja dan berpura-pura mengerjakan kerjanya yang tertunda tadi.

"Masuklah, ma." ajunya.

Memandangkan mamanya saja yang rajin melawatnya di bilik jadi Daniel membuat anggapan itu adalah mamanya. Namun usai pintu dibuka, dilihatnya sosok Ungku Syariffuddin sudah berdiri dengan wajah tanpa perasaannya.

"Kamu busy ke?" soal lelaki itu.

Daniel kelu sejenak sebelum komputer ribanya ditutup serta-merta. Senyum tipisnya diberikan sambil dia berdiri menyambut kehadiran papanya itu.

"Dani tak busy pa. Erm.. papa ada nak bincang apa-apa dengan Dani ke?" soal Daniel cuba menduga.

Ungku Syariffuddin tidak mengangguk dan tidak pula menggeleng. Tanpa banyak bicara, diaturnya langkah menuju ke arah sofa yang Daniel duduki lalu dia melabuhkan punggungnya.

Seketika lelaki itu mendiamkan diri. Pandangannya menekur lantai. Langsung wajah anak terunanya itu tidak dipandangnya. Danial yang berada di sisi pula sudah menunggu dengan sabar. Gugup.

Tak ada angin, tak ada ribut.. tiba-tiba saja papanya itu datang melawat. Sejak kematian abangnya, Ungku Syariffudin seakan menjarakkan diri daripadanya. Perbualan mereka seharian pun kadang boleh dihitung dengan jari. Daniel akui bahawa dia tidak begitu rapat dengan ayahnya itu.

Suasana sepi itu tidak betah buat Daniel. Perlahan, dia menyapa. "Pa, ada benda penting nak beritahu Dani ke?"

Ungku Syariffudin mengetap bibir sebelum keluhannya kedengaran. Barulah wajah Dani di sisi dipandang. Raut tegasnya masih ditayang. "Kamu bakal jadi satu-satunya waris untuk segala harta papa." tutur lelaki itu tertib.

Tergamam. Danial yang masih bingung. Sejenak dia memikirkan kata-kata papanya itu. Ini adalah kali pertama Ungku Syariffuddin membuka perihal tentang pemilik harta itu dengannya.

"Kenapa papa?"  soalnya mahu tahu.

Dato' Syariffuddin ukir senyum tipis. Wajah ingin tahu Danial dipandang nya.

"Tak ada apa-apa. Papa cuma nak kamu tahu yang semua itu papa letak kan syarat."

Makin berkerut dahi Danial dibuatnya. Belum selesai satu teka-teki, teka-teki lain pula timbul. Syarat?

"Syarat apa pa?"

"Kamu kena kahwin dengan pilihan papa." ujar lelaki itu tanpa berlapik.

Terkedu Daniel tatkala ayat itu menyapa gegendang telinganya. Berkahwin dengan pilihan papa?! Dia hanya termenung bisu.

Bukankah ini zaman kita membuat pilihan kita sendiri? Kenapa masih wujud perkahwinan paksa begini?

"Pilihan papa?" ulangnya seakan mahu memastikan perkara itu.

Tak bersuara. Ungku Syariffuddin sekadar mengangguk. Wajahnya pula mulai tenang seakan satu beban sudah terlepas dari bahunya.

Daniel sudah ketap bibir. Dahinya sudah berkerut seribu. Perasaannya kini mulai bercampur baur. Berkahwin dengan pilihan papa?? Bukankah itu satu keputusan yang tidak bebas.

Bagaimana dia mahu berkahwin dengan orang lain sedangkan hatinya kini baru saja mahu mengenali perempuan lain?

"Kalau Dani taknak?"

"Kamu boleh angkat kaki dari sini." tegas dan muktamad keputusan ayahnya itu membuatkan Daniel jelas tercengang.

Sampai begitu sekali?
...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro