BAB 13(✔️done edit)

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

BAB 13

Taman Botani, KL

NURAINA NADHIRAH berdebar menantikan saat pertemuan antara dia dengan idolanya, Park Ji Hoon. Semuanya telah diaturkan oleh sang kakak.

Aisyah tersenyum bahagia melihat penampilan adiknya yang agak berbeza hari itu. Aina kelihatan lebih ceria dari hari sebelumnya. "Cantiknya adik kak long hari ni."

Aina memandang Aisyah dengan pandangan muram. "Selama ni Aina tak cantik ke?"

"Taklah. Bukan macam tu. Selama ni Aina cantik sangat. Cuma... hari ni ada kelainan sikit. Kak long suka sangat tengok Aina macam ni." Aisyah tidak mahu Aina tersalah tafsir tentang maksud pujiannya membuatkan Aina kembali tersenyum ceria.

"Kak long tahu tak, inilah style Korean. Simple but versatile," beritahu Aina.

"Ye ke? Kalau macam tu, nanti kak long pun nak cubalah dress up macam ni," ujar Aisyah cuba gembirakan hati Aina.

Aina tergelak mendengarnya membuatkan Aisyah memandangnya pelik.

"Kak long, untuk orang muda macam Aina bolehlah dress up macam ni. Kalau untuk yang dewasa macam kak long tak sesuai dress up macam ni."

"Habis tu, dress up Korean macam mana yang sesuai?" soal Aisyah.

"Annyeonghaseyo!" Belum sempat Aina menjawab, mereka telah disapa oleh satu suara garau macho dari belakang.

Aina dan Aisyah berpaling serentak. Mata mereka bertiga bertembung. Berdegup jantung masing-masing

"Hello, girls!" Sapaan untuk kali kedua telah menyentakkan lamunan mereka.

"Hello!" balas kedua-dua gadis itu serentak.

Barulah lelaki itu tersenyum gementar.

"Dangsineun Ainawa Aisyahimnikka?" soal lelaki tersebut dalam Bahasa Korea. Bermaksud,'adakah awak Aina dan Aisyah?'

Aisyah dan Aina yang memahaminya mengangguk tanda ianya benar.

'Wow, ini baru betul sebiji Park Ji Hoon. Cayalah! Tak sangka kau mudah ingat apa yang aku ajar semalam. Terbaiklah, Hafiy!' puji Aisyah dalam hati.

"Ji Hoon ParkImnikka?" soal Aina pula berdebar. Bermaksud,'adakah awak, Park Ji Hoon?'

Hafiy hanya membalas dengan anggukan kepala. Segaris senyuman dihadiahkan buat Aina.

Suasana hening seketika. Keduanya tersipu malu.

Aisyah yang menyedari akan kesunyian antara keduanya, langsung bingkas berdiri. Lalu, dia perkenalkan Hafiy pada adiknya Aina. Aina turut berdiri sama.

"Annyeonghaseyo, oppa!" ucap Aina sudah meliok-lentok serupa agar-agar itu kerana terlalu gembira dapat berjumpa dengan idolanya, Park Ji Hoon.

Hilang habis kemurungan, kegementarannya, dan seangkatan dengannya. Sempat berangan pula yang dia dengan Park Ji Hoon seperti sedang berada di dalam sebuah drama Korean. Siap pakej dengan sengihan ala-ala manja kucing garuk.

Hafiy menundukkan kepalanya sedikit. Dia mula menjalankan misinya. Kemudian berdiri sama tinggi dengan Aina. Aisyah pula hanya di paras lehernya. Rendah orangnya.

"Oppa, mannaseo bangawoyo," ujar Aina lebih mesra dari tadi. Bermaksud,' gembira bertemu abang.'

'Alamak! Aku terlupa nak jawab apa ni?' gerutu Hafiy sendiri.

Hafiy terus mengalih pandangan ke arah Aisyah yang sedang berdiri di sebelahnya mengharapkan bantuan.

Aisyah pula sudah menjegilkan biji mata apabila Hafiy masih diam. Mesti tengah terkial-kial cari jawapannya. Itulah, tak nak fokus betul-betul. Decit gadis tersebut.

'Jeodo bangawoyo!' bisik Aisyah ke cuping Hafiy mencetuskan sengihan di bibir lelaki tersebut.

Aina yang melihat keadaan itu berkerut kening. Kerana pelik dengan tingkah dua insan di hadapannya itu.

"Jeodo bangawoyo!" Akhirnya, Hafiy bersuara setelah beberapa saat terdiam kaku. Senyuman masih dikekalkan.

Aina tidak terkata apa. Hatinya tertanya-tanya. Dia mula ragu-ragu.

"Betul ke dia tu Park Ji Hoon? Kenapa gaya dia bercakap macam tak fasih berbahasa hangul je?" Aina menggigit bibir. Senyuman miangnya tadi hilang entah ke mana.

Aisyah dalam diam menampar belakang Hafiy tanpa sedar Aina. Dia mahu si jebon itu menyamar betul-betul. Tidak mahu terkantoi.

Hafiy mengetap bibir geram bila dia di tampar dari belakang. Terasa perit. 'Tangan batu ke tangan besi dia ni? Sekali tampar terus sakit. Gilalah!' dengus lelaki itu tidak puas hati.

Tidak lama begitu, Hafiy kembali mencampak pandangan ke arah Aina. "Sorry, I'm nervous. I feel awkward to meet my fans who are only three of us like this." Sekali lelaki itu bertutur dalam bahasa inggeris lebih fasih, tercengang Aisyah yang mendengar.

Hafiy mengerling Aisyah semula. Aisyah menganggukkan kepalanya tanda 'good job!' Hafiy tersenyum lega kemudian kaca matanya dibetulkan dan kembali fokus pada Aina.

Aina pula yang tadinya ragu-ragu, kini kembali yakin dengan sang kakak bahawa lelaki di hadapannya itu memang Park Ji Hoon. Dia menayang garisan senyuman semula. "It's okay, i understand. Wah... i can't believe it." Aina malu-malu lagi sudah gaya kucing garuk miang itu.

Hafiy tersenyum. Topi yang dipegangnya sejak tadi disarung semula ke atas kepala. Cuba untuk melindungi diri dari penglihatan peminat-peminat fanatik Park Jih Hoon. Takut dikejar seperti tempoh hari.

"What do you mean?" soal Hafiy tidak faham apa maksud Aina dengan ayat yang tergantung, iaitu tidak percaya.

Jangan dia tidak percaya bahawa Hafiy itu ialah Park Ji Hoon sudahlah. Habis hancur misi Aisyah nanti.

"I mean, I can't believe I'm going to meet my idol face to face like this," terang Aina maksudnya akan ayat yang tergantung tadi.

"Oh, me too. I can't believe I'm going to meet you, my sweet girl. Whatever, I love your eyes! Fresh and refreshing eyes," respons Hafiy mengubah air muka Aina hingga tergedik suka dipuji di situ.

Sempat Hafiy kenyitkan mata pada Aina seraya menayangkan jari mini hati ke seperti jejaka K-pop biasa melakukannya kepada peminat-peminat mereka.

Apa lagi, hati Aina mencair habis hingga lemah lututnya. Air liur hampir meleleh dibuat Hafiy.

Aisyah yang menyaksikan fragmen tersebut terasa loya tekak. Lantas dia Membulatkan mata ke arah gadis itu, tanda mahu adiknya itu menjaga kelakuan. Tidak mahu kelihatan terlebih menggedik.

Aina yang menyedari ekspresi yang dipamerkan kak longnya itu, kembali mengawal gedik terlebih sukanya.

"Ehem! I'm hungry. Can we go lunch together?" Aisyah yang sudah naik berbulu mata menonton kemanisan layanan Hafiy terhadap Aina, mengajak mereka makan tengah hari. Hafiy dan Aina memandang ke arah Aisyah serentak, kemudian tersengih.

Yalah, takkan hendak duduk di situ sampai ke petang? Perut yang tengah berkeroncong itu juga perlu diisi.

"Oh yeah, arasseo. Halkkayo?" balas Hafiy mempersetujui dengan ajakan Aisyah kerana perutnya juga sedang berkeroncong. Bermaksud,'yalah. Mari kita pergi?'

"Gaja!" Aina turut mencelah.

Hafiy terkejut mendengarnya, terus matanya meliar waspada sekitar. Seolah tercari-cari sesuatu. Aisyah dan Aina yang melihat respons Hafiy ketika itu, pelik.

Aisyah menarik lengan Hafiy dekat dengannya. "Apa benda yang kau cari, Jebon?" bisik Aisyah.

"Gajahlah. Kau tak dengar ke adik kau tadi cakap gajah? Itu yang aku terkejut. Buatnya gajah tu pijak kita, tak ke mati terpenyek kita nanti," balas Hafiy yang turut berbisik di telinga Aisyah.

"Ish, tu bukan gajahlah mangkuk! Gaja maksudnya mari pergi! Let's go! Faham?" Aisyah membetulkan salah faham Hafiy dengan ayat 'gaja' yang dituturkan Aina sebentar tadi.

Membulat mulut Hafiy setelah tahu maksud sebenarnya. Tergelak dia tanpa sedar. Dadanya diusap lega tiada gajah di situ seperti yang difikirkannya.

"Wae?" soal Aina ingin tahu, hairan melihat tingkah sang kakak berbisik dengan idolanyn seperti sudah lama kenal.

Sudahnya tergelak-gelak lelaki itu. Sungguh dia tidak mengerti. Adakah dia tersalah cakap?

"Oh nothing, baby. Let's have lunch together!" Aisyah sudah pun berlalu meninggalkan kedua-dua mereka di situ.

Hafiy tersenyum ke arah Aina dan memberi laluan kepada gadis itu terlebih dahulu. Dia menyusul kemudian dengan gaya ala-ala idola yang memiliki ramai peminat.

😍😍😍

DI HADAPAN kaunter pembayaran dalam kafe KLCC, Aisyah dan Hafiy mengambil pesanan makanan. Aina pula menjagakan tempat di meja makan.

Hafiy telah mengeluarkan dompet dari kocek seluarnya. Berniat mahu membayar makanan yang dipesan. Namun, Aisyah segera menahannya.

"Hafiy jebon, kau simpan je duit tu. Biar aku yang bayar makanan ni. Kau pergi layan adik aku!" arah Aisyah sambil menolak bahu Hafiy mahu lelaki itu segera pergi dari situ.

Hafiy tetap tidak berganjak. "Tapi, aku nak belanja korang. Kalau Aina nampak kau yang bayar, apa pula yang dia fikir nanti. Rosaklah misi kau!"

Aisyah menjeling Hafiy. "Kau ada duit ke? Tak de, kan? Jadi, tak payah banyak cakap. Biar aku bayar semua ni. Jangan risaulah pasal Aina tu. Nanti aku cakaplah dekat Aina kau yang belanja. Dah, kau pergi je berbual dengan dia. Kasihan dia menunggu lama."

Hafiy terus berubah riak gembira. Muncul idea nakal dia lagi untuk kenakan Aisyah. "Wei, alang-alang kau nak belanja kita orang, apa kata aku tambah order lagi?" Keningnya dijongketkan.

Aisyah melempar kerlingan tajam pada Hafiy. "Banyak cantik muka kau. Orang bagi betis nak paha pulak. Aku bagi flying kick sekali apa pun tak dapat. Dah pergi!" halau Aisyah geram.

"Bang, tambah Chicken chop satu pinggan. Lamb chop satu. Honey dew satu. Nasi paprik satu. Nasi ayam blackpaper satu. Fresh orange satu!" Dengan selamba Hafiy membuat pesanan tanpa pedulikan wajah Aisyah yang sudah berapi-api.

"Hafiy jebon! Jangan nak menaikkan darah aku. Telinga aku dah berasap ni!" marah Aisyah dalam nada terkawal tidak mahu didengari sesiapa. Cukup hanya mereka berdua.

"Jangan marah-marah. Nanti cepat tua. Ustaz cakap, kalau nak cepat kaya kena selalu belanja orang yang tak punya apa-apa macam aku. Jadi, kau kenalah belanja aku banyak-banyak baru cepat kaya. Hari-hari pun tak pe. Tapi, kalau kau tak nak belanja pun tak pe. Boleh aku beritahu adik kau sekarang jugak siapa aku yang sebenar. Amacam? Tak sabar nak tengok riak muka dia yang terkejut beruk tu! Fikirkanlah. Eh, aku pergi dulu. Nak layan adik kau tu. Kasihan dia duduk sorang-sorang. Bye!"

Belum sempat Aisyah bersuara, Hafiy sudah menghilang dengan sengihan nakal. Seronok dapat mengenakan sang latah.

Aisyah mendengus geram. Mahu tak mahu dia terpaksa bayar juga setelah diugut sebegitu oleh si jebon.

Hafiy terus menyapa Aina dan berbual mesra mereka berdua di situ. Aisyah menjuih bibir menyampah. Semua makanan yang dipesan, dia yang kena bawa semua. Patutlah angin monsun melanda, aduhai.

Aina mengajak Hafiy berswafoto dengannya dan di muat naik ke laman sosial media, IG dan FB. Bahkan, makan pun bersuap. Sudah gaya orang bercinta sahaja. Hafiy melayan sahaja karenah si Aina. Konon mahu kelihatan persis Park Ji Hoon asli sedang melayan peminatnya.

"Ish! Menyampah aku. Getik lain macam mamat sekor ni!" ngomel Aisyah dalam nada perlahan. Cuba mengawal suara dari didengari Aina.

Bukan itu sahaja, usai makan tengah hari mereka berjalan di bandar bertiga. Aisyah berjalan di belakang seorang. Manakala, Aina pula berkepit dengan idolanya. Aisyah memuncung sebal kerana dirinya tidak diendahkan. "Sebal! Dorang lupa ke aku yang kenalkan dorang? Ish! Sekarang, aku jugak yang dipinggirkan. Berjalan seorang diri macam orang gila. Bencilah!"

Dilihatnya Aina dan Hafiy sudah berjalan jauh ke hadapan. Meninggalkan dia berjalan sendiri di belakang.

Dalam muram berjalan sendirian itu tiba-tiba terasa tangannya ditarik hingga mendorong tubuh gadis itu ke belakang. "Oh mak kau hijau bapak kau kuning taik kucing!" Terkeluar latah Aisyah yang dikawal sejak awal tadi akibat terperanjat.

Latahnya berjaya memburaikan tawa halus seseorang membuatkan gadis itu tersedar. Lalu, menoleh kepala mencari raut yang telah menarik tangannya itu. Matanya membulat saat berdepan dengan tuan si empunya tubuh yang mentertawakannya tadi.

"Azran? B?" Hanya dua patah perkataan itu yang meniti di bibirnya.

"Hai, sayang..." balas lelaki itu dengan kenyitan mata sebelah kanan.

Pergh, kacaknya. Cair hati Aisyah melihatnya. Aisyah mengulas senyum sipu. Hilang kemuramannya dan latahnya.

Azran menarik tangan Aisyah dekat dengannya. Persis dalam dramalah pula babak mereka berdua yang merindui sesama sendiri. Berapa lama sudah tidak bertemu. " I miss you, sayang. Don't be sad anymore. I'm here for you. I love you so much!" ungkap Azran tulus. Kedua-dua belah tangan Aisyah disulam kemas.

"I miss you too. I love you too, B!" balas Aisyah dengan hati yang berbunga indah.

Aina dan Hafiy entah ke mana sudah tidak dihiraukannya lagi. Buah hati sudah ada di depan mata, segalanya dilupakan seketika. Ibarat dunia mereka yang punya saat itu. Bahagia bersatu.

Edit dan update semula pada 16 june 2021









Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro