BLURB

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Tapi kenapa Ina mama? Selama ni tak cukup lagi ke Ina selalu mengalah untuk kakak?" - Zehra Medina.

"Kamu sebagai adik kena berkorban untuk kakak kamu. Selama ni kamu tak pernah pun membantah macam ni!"

Dia—Zehra Medina. Anak yang sering dijadikan 'benteng' untuk keluarganya. Dia penat untuk mengalah. Mengikuti apa saja papa dan mamanya aturkan.

Zehra Medina, gadis malang yang menjadi 'topeng' untuk menutupi sikap kakak kembarnya membuatkan gadis itu akur dengan takdir hidupnya.

"Dengar sini baik-baik. Kau tu akan selamanya jadi bayang-bayang aku! Jangan nak berharap sangat mama dan papa akan pandang perempuan bodoh macam kau ni!" - Zara Inaya.

Zehra Medina menikah dengan seorang lelaki yang merupakan tunang kepada Zara Inaya sendiri.

"Awak terima saya atau kakak saya?" - Zehra Medina.

"Maafkan aku, dalam hati aku masih ada nama Inaya. Tapi aku akan jalankan tanggungjawab aku sebagai suami untuk kau..." - Ilham Suhail.

Zehra Medina bahagia. Dia rasa disayangi. Malah, Ilham Suhail seperti sosok suami idaman wanita. Tapi, kebahagiaan tak akan kekal lama.

Hadirnya Zara Inaya kembali mengoyahkan rumah tangga mereka. Dikala, Zehra Medina mengandungkan anak mereka, hatinya retak kembali pecah mendengar lafaz yang keluar dari mulut suaminya.

"Maafkan aku, Medina. Aku tak cintakan kau. Aku anggap apa yang terjadi pada kita sebab silap kau. Kau yang goda aku. Jadi, Zehra Medina aku ceraikan kau talak tiga..."

Hancur. Hancur berkecai.
Tidak adakah kebahagiaan untuknya?

"Maafkan aku, adik. Ilham tetap pilih aku berbanding perempuan macam kau ni. Kau tu cuma pengganti untuk aku! Jadi, aku akan ambik balik hak aku!" - Zara Inaya.

Kala hujan menimpa dirinya. Ada payung yang memanyungi dirinya. Mengambil dirinya, menjaga umpama permata yang boleh pecah bila-bila masa saja.

"Si—siapa awak?" - Zehra Medina.

"Aku? Aku Aces. Suami pilihan kau..."



















UPCOMING EBOOK
PROJECT 2025

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro