BAB 14 - TJ Group

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng


"SIAPA, bang?" Soal Arwin Raisha sebaik sahaja suaminya itu meletakkan telefon bimbit di atas meja kerjanya. 
Wan Aakif tersenyum kecil. "Orang."
"Yelah orang tapi siapa?" Soalan Arwin Raisha, isterinya itu mengundang geli hati pada diri Wan Aakif.
"Cemburu, ya?"
"Mana ada cemburu. Tak kuasa Win nak cemburu-cemburu ni." Bidas Arwin Raisha cepat. Dia tidak mahu dikatakan isteri yang terlalu kuat cemburu walaupun sebenarnya memang dia cemburu kerana Wan Aakif sering dikelilingi gadis-gadis muda.
"Siapa tadi tu bang?"
"Susah abang nak cerita. Nama dia Naazneen Fatah dan dengar khabar dia ada kilang sendiri. Pembekal mesin-mesin dia tu TJ Group sebab dia ada hubungan dengan keluarga Dato' Adham Marzuki."
"Hubungan kekeluargaan ke?" Soal Arwin penuh minat.
"Taklah tapi dia ada pegang saham juga kat TJ Group."
"Baguslah Naaz tu sebab dia jenis yang otak bisnes walaupun perempuan.." puji Arwin lembut.
"Abang lagi suka perempuan yang duduk rumah uruskan hal rumah tangga macam Arwin." Pipi isterinya itu dicuit lembut.
"Umur dia berapa, bang?"
"Boleh kira sama macam Win juga."
"Wah muda-muda dah buka kilang sendiri?" Bulat mata Arwin gara-gara terkejut.
"Biarlah dia tu. Yang Win tiba-tiba berminat tu kenapa pula?"
Arwin tersengih panjang. "Jadi kenapa dia telefon abang pula?"
Wan Aakif mengeluh kecil. Tak habis-habis lagi rupanya soalan Arwin Raisha. Kalau dah namanya isteri, semua benda yang berkaitan dengan suami perlu diiringi laporan lisan.
"Dia nak datang ke majlis pelancaran hotel baru kita tu."
"Abang bagi?"
"Kalau tak bagi apa pula kata dia nanti..."
"Betul dia pergi bukan sebab nak jumpa abang?"
Wan Aakif mengangkat kening sebelah. "Dah betullah apa abang kata Win cemburu, kan?"
"Tak adalah." Arwin Raisha menafikan bersungguh-sungguh. Di pandangnya wajah Wan Aakif lembut.
"Dia pergi bukan sebab abang tapi sebab TJ Group. Katanya mahu berjumpa dengan orang-orang penting TJ Group..."
"Mesti dia nak kembangkan bisnes dia ya, bang?"
Wan Aakif menongkat dagunya memandang wajah isterinya yang setia duduk di hadapannya.
"Mungkin juga. Abang ingatkan dia berminat dengan Naim tapi dia kata dia tak berminat dengan orang kerja ladanglah pula."
"Alah, perempuan ni lain sikit perangainya. Walaupun kata tak berminat tapi di hati tu dia simpan seorang diri aje."
Terkebil-kebil Wan Aakif mendengar kata-kata Arwin Raisha. "Win tahu dari mana?"
"Win tahulah sebab Win pun perempuan juga."
"Jadi selama ni memang Win banyak simpan seorang diri tak kongsi dengan abanglah ya?"
Arwin tersengih lebar. "Kalau Naim kahwin dengan Naaz nanti kita datang ya?"
"Eh, mana boleh gitu. Naim dah bertunang tak lama lagi berkahwin tu, Win. Sedap-sedap aje mulut dia ni, kan?" Wan Aakif menggeleng kepala sambil berdiri dari kerusinya.
"Nak ke mana?" Soal Arwin laju.
"Nak ke bilik tidur. Baby Win tu pun patutnya dah masuk tidur tapi Win degil nak temankan abang. Mari masuk ke bilik.." Wan Aakif mencapai tangan isterinya. Arwin Raisha cepat-cepat berdiri mengikut langkah Wan Aakif.
"Win lupa pula kawan abang tu dah bertunang..." komen Arwin Raisha lagi. 
"Dah cukup pasal dia orang, sekarang ni masa untuk kita berdua pula. Kaki Win okey tak ni?"
"Okeylah, nanti bila dah masuk enam tujuh bulan baru abang ambik tender mengurut kaki Win macam dulu lagi. Sekarang sebulan pun belum.." komen Arwin seraya meletakkan tangannya ke atas perut yang masih lagi kempis. 
Pecah tawa Wan Aakif mendengar kata-kata isterinya. Walaupun dia sibuk tapi dia tidak lupa untuk memberi perhatian kepada isterinya lebih-lebih lagi dalam keadaan Arwin Raisha yang baru sahaja berbadan dua. Masin mulut Naim kali lepas menyuruhnya agar tidak menanti lama untuk mendapatkan cahaya mata yang kedua.
Seperti sewaktu Arwin Raisha mengandungkan Wan Aafi dulu, sekarang pun Wan Aakif masih mahu isterinya berada di dalam keadaan baik.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro