BAB 9 - pengganti

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Kau contact dia atau dia contact kau?" Soal Naaz tanpa berselindung lagi.
"Kita orang belum contact tapi hari tu aku jumpa dia dan dia kata dia dah putus dengan kau."
"Maksudnya?"
"Aku tanya dia mana Naaz dan dia kata dia dah tak tahu kau tengah buat apa sebab dia dan kau dah putus."
"Tapi tadi kau kata kau dengar cerita..."
"Aku dengar cerita dari dia. Jangan marah ya.."
Naaz mendengus kecil. "Kau boleh ambil dia tapi tunggu sampai aku ada pengganti. Faham?" Soal Naaz tegas. Hana tersenyum kecil.
"Faham sangat bos! Thanks Naaz..."
Naaz terdiam. Di dalam mindanya bersimpang-siur seribu satu perasaan. Dia tak suka andainya bertemu dengan Hana sedang berpimpinan tangan bersama Adriz. Dia pasti akan membenci pandangan mata Adriz ketika itu nanti. Sekurang-kurangnya sehingga tangannya turut berpimpinan Naaz tidak mahu Adriz mempunyai apa-apa hubungan dengan orang yang terdekat dengannya.
Hana masih berada di dalam dunianya dengan telefon bimbit ketika makanan telah pun terhidang di atas meja.
"Naaz, kau tak jenguk mama kau?" Soal Hana tiba-tiba. Naaz tersentak. Melihat Hana masih tunduk menekan telefon bimbit Naaz mengetap bibir kuat.
"Aku sibuk."
Hana mengangkat muka menentanh renungan milik Naaz lembut. "Sekarang tak sibuk, kan? Auntie Aisyah dah lama sangat tunggu kau, Naaz. Apa salahnya kau melawat dia.."
"Dia bukannya sedar kalau aku ada."
"Kau sendiri tahu keadaan mama kau, kan? Aku tak sampai hatilah Naaz tengok dia meraung-raung panggil nama kau setiap kali aku datang."
Sudu di tangan Naaz diletakkan semula di atas piring. "Kenapa kau suka sangat bising ni, Hana?"
"Sebab aku seorang aje yang pedulikan fasal kau dan kau hanya dengar cakap aku kan Naaz?" Mata Naaz dipandangnya tepat-tepat.
Kalau boleh dia tidak mahu Naaz semakin hanyut di dalam dunianya sendiri tetapi apakan dayanya untuk mengawal Naaz dia tidak punya kuasa super power yang membolehkan Naaz mengikut setiap nasihatnya. 
Naasha kakak Naaz sendiri tidak pernah pedulikan Naaz sejak kejadian menyayat hati 10 tahun yang lepas. Malah tergamak pergi begitu sahaja tanpa memikirkan perasaan orang-orang yang memerlukan dirinya. Cuma Hana sahaja yang tahu kisah silam Naazneen Fatah. Kalau ada orang lain yang tahu pun mereka tidak pernah tahu bagaimana Naaz melawan kesedihan ditinggalkan oleh orang yang disayangi seorang demi seorang dalam masa yang singkat. Hana tahu jauh di sudut hati temannya itu Naaz selalu kesunyian dan keseorangan. Sunyi itu penyakit hati. Dan lihatlah kini kerana penyakit itu Naaz menjadi seorang yang berhati batu. Seperti dia seorang sahaja yang boleh hidup di muka bumi ini.
Telefon bimbit Naaz tiba-tiba berbunyi segera diangkat walaupun mata Naaz masih lagi melekat ke wajah tenang Hana. "Hello.."
"Hi, Naaz.."
"Ya Uncle Aznal?"
"Next week free tak masa weekend?"
Naaz menjatuhkan pandangannya ke atas nasi di dalam pinggannya.
"Free agaknya.."
"Uncle nak buat majlis untuk Naim, dia bertunang minggu depan di Sarawak.."
Naaz terkedu. Naim bertunang? Katanya dah nak kahwin tapi baru menyimpulkan ikatan pertunangan jelas sangat Naim menolak dirinya mentah-mentah. Udang bersalut mentega yang berada di atas pinggannya itu terasa seperti mengetawakan dirinya. Naaz mencucuk udang itu kasar. Pandangan Hana yang penuh tanda tanya tidak diendahkan olehnya.
"Sabtu atau Ahad, uncle?"
"Ahad pagi, insyaAllah. Uncle saja jemput Naaz sebab Naim yang pesan."
Makin berasap kepala Naaz dibuatnya apabila mengetahui Naim sengaja meminta dirinya untuk menyaksikan hari bahagia lelaki itu.
"Naaz akan pergi, uncle. Naaz pergi,"
"Alhamdulillah... Bisnes Naaz sekarang okey?"
"Okey, uncle. Terima kasih sebab uncle sudi bantu kilang Naaz ni.."
"Your welcome Naaz. Naazkan salah seorang pemegang saham TJ Group apa salahnya uncle bantu sikit-sikit."
Naaz tersenyum kelat. Saham tu sikit aje kalau hendak dibandingkan dengan pemilik saham TJ Group yang lain.
"Lagipun Naaz anak arwah Fatah, teman baik uncle sendiri kalau uncle tak bantu Naaz apa pula perasaan arwah kalau dia masih hidup."
Walaupun nada suara Encik Aznal itu lembut tetapi setiap patah katanya menyentap ulu jantung Naaz.
Kalau papa masih hidup tak perlulah aku minta bantuan kau lah! Getus hati Naaz marah.
"Uncle, Naaz busy sikit ni."
"Oh ya ke? Maaf mengganggu Naaz ya."
"Tak apa uncle. Thanks for the invitation, kirim salam kat Naim ya.."
"Of course dear.."
"Bye uncle.."
"Assalamualaikum Naaz."
Salam Encik Aznal tidak dijawab. Telefon bimbit yang tidak bersalah itu dibanting ke atas meja. Hana sekadar menonton mood kawannya yang sudah bersepai-sepai itu. Lebih baik dia diam sahaja kerana Hana tahu bila Naaz sudah dalam keadaan yang begitu Naaz akan lebih beremosi sekiranya diganggu.
Alahai telefon mahal, aku bersimpati dengan nasib kau... Bisik hati Hana menatap telefon Samsung Note 3 limited edition milik temannya yang tergeletak pasrah di atas meja berdekatan dengan pinggannya. Mujur tak masuk ke dalam makanannya pula!



Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro