Bab 10 [Maafkan]

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

 Selamat Membaca!

                               ...                            


                             Betapa terkejutnya Marina setelah mendengar masalah yang dihadapi oleh anak angkatnya, Nafisa pada malam tadi.

'Ya Allah, kau tabahkanlah hati Nafisa agar dia dapat menempuhi hari-harinya.Moga dia bahagia bersama suaminya.'

"Ibu?Ibu?"tegur seorang lelaki.Hairan melihat ibu saudaranya yang termenung sendirian.

"Ye Adam. Kenapa?Adam nak apa-apa ke?"soal Marina kepada anak saudaranya.Marina betul-betul sedih, dia melihat anak saudaranya yang terlantar di hospital.

"Takde apa-apa. Cuma, kenapa Adam lihat Ibu Rina nampak sedih? Ibu Rina ada masalah ke?"soal Adam dengan penuh prihatin.

"Tak. Ibu Rina okey . Adam dah makan nak? Tu bubur ibu tengok tak luak lagi."soal Marina. Bubur di atas meja itu kelihatan tidak diusik langsung.

"Tak lagi. Tiada selera untuk makan." jawab Adam.

"Laaa... kejap Ibu pergi beli makanan ye? " ujar Marina. Dia melihat Adam seakan lesu kerana tidak menjamah lagi apa-apa makanan pada hari ini.



                  "Maafkan aku Nafisa. Kalau aku tahu mulut aku masin masa tu memang aku tak cakap benda buruk-buruk kat hang." Zahra meminta maaf kepada Nafisa. Hatinya diselebungi rasa salah yang amat. 

"Tak mengapalah Zahra. Allah bagi ujian kat aku mesti ada hikmah. Mungkin aku kena banyak beribadah kepadaNya." jawab Nafisa. Dia tak mahu libatkan sesiapa pun dalam hal ini. Takut menjadi masalah besar.

"Ya Allah. Nafisa, aku rasa bersalah sangat. Maafkan aku. " Zahra  sekali lagi meminta maaf. Dia betul-betul rasa bersalah. Tambahan pula, sahabatnya dianiaya oleh seseorang.

"Aku dah maafkan hang. Lagipun mungkin Encik Fakhrul adalah jodoh aku dan imamku. Mungkin Adam bukan jodoh aku..." Sebak hati Nafisa memberitahu kepada Zahra.Dia masih lagi sayangkan Adam.

 'Adam, maafkan saya. Saya bukan yang terbaik untuk awak.' ujar hati Nafisa.

"Uh... dahlah waktu lunch nak habis ni nanti Encik Fakhrul marahkan kita pulak." ujar Nafisa.

"Hmm... Jom sambung buat kerja." jawab Zahra.Mereka membasuhkan pinggan di singki. Mereka menyanmbung kerja yang tertangguh dek kerana waktu lunch.


                         "Assalamualaikum..."Nafisa memberi salam terlebih dahulu.Selepas tamat waktu kerja dia terus memasang niat untuk melawat Adam.

Bungkusan berisi makanan diletakkan di atas meja. Nafisa melihat Adam yang berbaring di atas katil. Mungkin penat. Nafisa terus bersalam dengan Puan Marina. 

"Kamu kejutlah dia. Dia tu bosan sangat duduk dalam wad. Sebab tu dia tidur." ujar Ibu Rina. 

"Ibu nak keluar kejap. Ada urusan." kata Puan Marina lalu keluar dari wad tersebut. Sengaja ingin memberi ruang kepada Nafisa dan Adam.

Nafisa hanya melihat Puan Marina berlalu dari wad Adam. Dia terus mengejutkan Adam. 

"Adam... bangun. Saya ada bawakan bubur ayam untuk awak." 

Adam mengeliat seketika. Dia terus mengalih badannya berhadapan dengan Nafisa. 'Malas la.. tu' bisik hati Nafisa.

"Awak... bangunlah. Kalau tak nak sudah. Nanti saya makan sorang-sorang. Sedap tau. Saya masak bubur ni." sengaja Nafisa berkata sedemikian mahu melihat reaksi Adam.

Adam membuka mata. Terus bangun. Nafisa yang melihat reaksi Adam terus ketawa.

"Ok, ok . Saya tak main-main. Masakan awak sedap. Rugi saya kalau tak makan." Adam mengalah seketika. Dia melihat Nafisa mengetawakannya terus membuat mimik muka.

"Awak nak mainkan saya? Takpe lepas saya sihat boleh berjalan semula, awak tunggu nanti saya kejar awak sampai hujung dunia." ujar Adam. 

"Ok, ok. Awak jangan marah saya. Salah saya. Awak makan ye? Saya risaukan awak." ujar Nafisa. Takut nanti Adam tak makan masakannya.

"Ehh.. leh... dah agak. Awak kan sayangkan saya."

"Ishh dahlah. Jom makan! Jangan lupa baca bismillah." Nafisa mengambil bungkusan lalu mengeluarkan bekas makanan berisi bubur ayam.

"Ok! Suap saya ye? Nanti masakan awak lagi sedap." kata Adam. Suka mengenakan Nafisa.

Di dalam hati Nafisa, hanya memikirkan bagaimana reaksi Adam jikalau Adam dapat mengetahui bahawa Nafisa bukan lagi memegang status tunang Muhammad Adam Rafizi Bin Abdul Razak.Tetapi isteri kepada Muhammad Fakhrul Adam Bin Dato' Adnan.

Ya. Kedua mereka mempunyai nama yang hampir sama. Muhammad Fakhrul Adam dan Muhammad Adam Rafizi.

Tetapi sikap mereka berlainan. Adam Rafizi, seorang yang baik hati, rendah diri dan insan yang menghormati orang lain.

Fakhrul Adam. Seorang yang panas baran, sombong dan insan yang langsung tidak menghormati orang lain.

       









Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro