Bab 5-[Adam!]

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng


                               Adam memandu dengan laju.Dalam fikirannya hanya ada Nafisa.Adam jelas mendengar jeritan seseorang di dalam panggilan sebentar tadi dan dia tahu Nafisa dalam kesusahan.Bunyi hon kereta  beberapa kali kedengaran namun Adam tidak mengambil peduli.'Tunggu aku Nafisa,'desis hati Adam.Adam terus memecut.Tanpa disedari,lampu isyarat telah bertukar merah.

Dumm!!

Pandangan Adam terus gelap.



                Nafisa terus memarkir keretanya di tingkat bawah apartmen miliknya.Mujurlah kawasan ini berpagar dan diawasi oleh pengawal  yang beroperasi 24 jam.Dia masih lagi trauma dengan kejadian tadi.

 Nafisa melangkah longlai ke tingkat tiga.Sebaik sahaja membuka pintu,Nafisa merebahkan diri di atas sofa.Air mata berjuraian di pipi.Bagaimanakah aku hendak jelaskan segalanya pada Adam?Apakah reaksi Adam setelah dia mengetahui hal yang sebenarnya?

Getaran Iphone 7+ di meja menghentikan lamunan Nafisa.Ibu Rina?

"Assalammualaikum,Nafisa"kedengaran suara yang amat dikenali Nafisa,Puan Rina.Ibu Adam.

"Waalaikumussalam,Ibu Rina."Nafisa gagal menahan perasaannya.Air mata berjuraian lagi.

"Nafisa dah tahu yer nak?Bawa bersabarlah.Ibu Rina pun tak tahu kenapa Adam keluar tergesa-gesa tadi.Kita doa yang baik-baik yer,moga perkara buruk kita hindarkan."tenang suara Puan Sarina bertutur.

"Adam?Kenapa dengan Adam,bu?"Jantung Nafisa berdegup laju.Ada sesuatu terjadi kat Adam?Apa dia?

"Adam kemalangan nak,Ibu cuba nak panggil dia,tapi dia dah pecut kereta .Tiba-tiba,hospital call ibu kata Adam kemalangan.Nafisa tak tahu ke?"

"Ibu Rina,kenapa banyak dugaan asyik mai kat Nafisa bu?"teresak-esak Nafisa menangis.

"Ya Allah,kenapa ni Nafisa?"

"Ibu,Nafisa tak tahu nak cerita macam mana kat ibu."

"Kenapa ni Nafisa?Kenapa Nafisa menangis macam ni?Cuba Nafisa beritahu,ibu sedia mendengar."

"Ibu,ibu kat mana?Nafisa nak jumpa ibu."

"Ibu kat Hospital ampang puteri Nafisa,sekarang dah pukul dua pagi.Bahaya Nafisa keluar larut malam.Esok kita jumpa yer.Esok sajelah Nafisa."Lembut suara Puan Sarina memujuk Nafisa.

"Tapi.. buu."

"Ibu harap Nafisa dengar cakap Ibu.Ibu tak mahu jadi apa-apa kat Nafisa pula.Ibu sayangkan Nafisa.Apa-apa pasal Adam ibu whatsapp atau call jer yer nak?Boleh kan Nafisa?Ibu risau Nafisa drive sorang malam-malam macam ni.Bukan ibu larang,ibu tak larang Nafisa melawat Adam.Ibu cumakan risau akan keselamatan Nafisa.Ibu sayang kan Adam macam Ibu sayang kan Nafisa."

Nafisa terdiam apa benar kata-kata ibu rina tadi.Aku takkan biarkan pokok pisang berbuah dua kali.

"Baiklah bu,Nafisa ikut cakap Ibu Rina."Nafisa akur sahaja kata-kata Puan Sarina.

"Macamni lah ibu suka,Assalamualaikum."

"Waalaikumussalam bu,"Iphone 7+ itu diletakkan kembali di atas meja.Nafisa harus tenangkan dirinya.Nafisa mengambil wuduk.Dia menunaikan solat istikharah untuk menenangkan jiwa yang resah. 

Seusai solat,Nafisa melihat sejambak pasu bunga ros biru di atas meja kerjanya.

Adam yang menghadiahi bunga ros itu.'Adam maafkan Nafisa,Nafisa terpaksa'Nafisa mengalirkan air mata yang entah berapa kali.Aku tak kuat Ya Allah..




                                                                                                                                                        ~Bersambung Bab 7~

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro