DHM - 24 -

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Haih? Dari tadi asyik menengok tv, tak habis lagi ke drama awak tu?" Haji Rauf menegur isterinya lalu duduk bersama di atas sofa di ruang tamu rumah.

Asnida sekadar memberi jelingan tajam. Dia merasa geram apabila konsentrasinya terganggu.

"Saya tanya ni, dah tak ada suara nak menjawab?" tegur Haji Rauf lagi.

"Ish, apa abang ni? Bukan ke saya tengah tengok drama ni ... kejap lagi scene Zul Arifin, nak tengok apa dia nak cakap dekat heroin dia tu," balas Asnida, acuh tak acuh.

"Suka sangatlah awak tengok lelaki macam itu. Kalau awak bising-bising pasal si Hawa yang selalu membaca novel tu, saya tengok sama saja dengan awak. Kalau dah suka dengan cerita macam tu, apa pun dah tak peduli." bebel Haji Rauf.

"Dia tu, lain ... suka mengelamun, berangan. Saya tengok apa yang terpapar di kaca tv. Dah habis, habislah." balas Asnida tidak mahu kalah.

Haji Rauf mengelengkan kepala melihat ragam isterinya itu. Makin tua, makin kemaruk dengan drama pula. Bukannya nak menyambung belajar kitab agama.

"Assalamualaikum," sapaan salam mengalihkan pandangan Haji Rauf ke arah pintu utama rumahnya.

"Waalaikumusalam ... aik, Hajar? Tak kerja ke hari ni?" tanya Haji Rauf kepada anak bongsunya itu.

"Tak, abah ... boleh tak kalau malam ni Hajar tidur dekat sini?"

"Boleh, apa yang tak boleh, nya? Tapi kamu dah beritahu suami kamu?"

"... dah," jawab Hajar, lambat.

"Ha, masuklah kalau macam tu," pelawa Haji Rauf. Dahinya seraya berkerut melihat bagasi besar yang dibawa masuk oleh anaknya.

Hajar pantas membawa masuk bagasi miliknya melintasi ruang tamu menuju ke biliknya. Dia mahu cepat agar tidak dihidu oleh ibu bapanya.

***

"Terima kasih Tuan inspektor, saya hargai sangat kerjasama tuan," ucap Ishak kepada pegawai polis di hadapannya.

"Sama-sama ... saya harapkan acara Tuan pengerusi berjalan lancar," Inspektor Dahlan berjabat tangan mesra kepada ketua kampung itu.

Ishak mengangguk sambil tersenyum. Kertas permohonan permit telah diterima. Tinggal lagi acaranya belum dilaksana. Dia lantas mengambil kunci dari poket seluar serta membuka kunci pintu keretanya.

Brr ...  bunyi deringan telefon bimbit mematikan niat Ishak untuk terus menghidupkan enjin kenderaan.

"Hello! ... Ah, kau orang datang lusa. Lepas program sajalah. Aku sibuk sekarang ni ... tak menyempat, eh?" Ishak mula merasa berang mendengar desakan daripada si pemanggil.

"Kamu jangan pandai-pandai langgar arahan. Kalau tersilap, kamu jugak yang merana." nadanya seakan mengugut si pemanggil.

"Cis!" panggilan telefon ditamatkan kasar, sejurus stereng kereta dihempas sehingga punat hon tertekan dan berbunyi kuat. Panas sungguh hati Ishak mengenangkan desakan dari si pemanggil itu tadi.

Tuk, tuk! Ishak menurunkan cermin tingkap keretanya.

"Kenapa, encik? Ada apa-apa masalah?" salah seorang pegawai polis yang berada dekat menegur Ishak.

"Tak, tak ada apa-apa. Minta maaf, tuan." Ishak pantas berdalih. Selepas itu dia cepat-cepat memandu keluar dari kawasan Ibu pejabat polis di daerah itu. Namun destinasinya bukan lagi terus ke kampung, dia perlu ke sana bagi menyelesaikan perkara itu.

***


"Ibu, abah pergi mana?" tanya Hajar kepada Asnida. Kopi yang dibancuh di dalam teko di tuang ke dalam dua biji cawan.

"Pergi Balairaya ... ada mesyuarat katanya," balas Asnida setelah mencicip kopi buatan Hajar itu.

"Oh, ada apa-apa hal ke dekat kampung ni?"

"Tak adalah hal apa pun. Cuma acara pesta muda mudi saja. Anjuran ketua pengerusi merangkap ketua kampung kita, Tuan Ishak." balas Asnida lagi.

"Bila tu?"

***


"Bila Tuan Ishak nak sampai ni? Saya dari tadi dah siap dengan minit mesyuarat lama. Nak bincang hal pesta, isu jambatan rosak, parit tersumbat, isu kebun getah ... banyak lagilah isu berbangkit di kampung kita ni," Fairuz, setiausaha merangkap ahli jawatankuasa mulai bosan menunggu. Begitu juga ahli jawatankuasa yang lain.

"Jadi ke tak jadi mesyuarat ni?" tanya Jamil pula.

"Entah! Dah sejam lebih kita menunggu ni," ujar Fairuz.

"Sabar dulu, kita tunggu lagi sekejap. Manalah tahu Ishak ada urusan lain lagi. Bukan ke dia kata nak ambil permit di balai dulu? Mana tahu polis ada nak bincang dengan dia. Kita tunggu dulu sekejap." Haji Rauf cuba menenangkan ahli jawatankuasa yang hadir.

"Dah macam tak ada kerja lain, kena menunggu pulak. Baik aku pergi kutip getah sekerap aku tu, ada juga hasilnya. Dahlah, aku nak balik," Bakri mula angkat kaki. Beberapa orang ahli jawatankuasa yang sudah bosan menunggu juga mengikuti jejak Bakri meninggalkan balairaya.

Haji Rauf dan yang lain sekadar mengeleng kepala melihat kelibat Bakri dan beberapa orang itu semakin menjauh dari balairaya. Jikalau perangai tidak sabar, memang mudah angkat kaki. Orang sebegitulah banyak ketinggalan. Apa-apa maklumat sering ketinggalan. Jika tercicir nama, maklumat dan bantuan kerajaan tempatan pandai pula melenting. Jika diminta hadir mesyuarat pelbagai alasan diberi untuk tidak terlibat.

Beberapa minit selepas kelibat Bakri pulang, kereta antik milik Ishak memasuki kawasan perkarangan balairaya.

"Ha, itu pun Ishak dah sampai," kata Haji Rauf sambil melepaskan nafas lega. Begitu juga dengan ahli jawatankuasa yang lain termasuk Fairuz dan Jamil.

"Assalamualaikum semua ... saya minta maaf sebab terlewat sedikit. Ada hal di pekan tadi," Ishak pantas menyapa mereka yang sedang menunggunya di balairaya.

"Waalaikumusalam, tak apa Tuan ... kami pun baru saja datang. Sempat borak-borak kosong saja tadi," Fairuz membalas, menyembunyikan marahnya yang diluah sebentar tadi.

"Baiklah, semua dah ada ke ni? Eh, Bakri tak dapat jemputan ke?"  Ishak menyedari kekurangan ahli yang hadir.

"Ada tadi ... dah kamu lambat sejam, dia angkat kakilah ..." Haji Rauf berterus terang.

Ishak berdehem menepis rasa kurang senang. Dia tahu dia sudah membuat orang kampung menunggunya lama dek kerana perkara yang sia-sia. Mungkin benar, lebih baik mereka masing-masing meneruskan pekerjaan yang menjana pendapatan harian memandangkan kebanyakan orang kampung di situ bekerja untuk 'kais pagi, makan pagi, kais petang makan petang'.

***

"Ibu, adik tidur sini ke? Tak nampak macam nak balik aje gaya tu?" tanya Hawa sambil menemani ibunya di hadapan tv. Sambungan drama Asnida untuk slot magrib pula.

"Katanya tidur sini, suami dia outstation," balas Asnida.

"Oh," Hawa sekadar mengangguk perlahan. Tengah hari tadi dia agak terkejut melihat adiknya itu yang baru saja pulang ke rumah bermalam selepas hampir sembilan bulan berkahwin. Kalau sebelum ini Hajar hanya singgah siang, malam sudah balik. Maklumlah, bersuamikan anak 'Datuk', mana tahan tidur di bilik yang tiada penghawa dingin.

Mendengar azan magrib yang berkumandang di kaca televisyen Hawa pantas menuju ke bilik solat.

"Saya tak nak balik! Awak tak faham, ya?" jelas kedengaran suara keras Hajar di sebalik pintu biliknya. Hawa menghentikan langkah kakinya.

"Awak pandai-pandailah jelaskan. Saya tak nak backup awak lagi," Hajar berhenti dari bercakap ditalian. Wajahnya merah padma.

"Adik," Hawa mengetuk daun pintu bilik Hajar. Dilihatnya Hajar mengengam erat telefon bimbitnya.

"A-angah," Hajar terkejut melihat Hawa yang berdiri di muka pintu biliknya. Serta merta perasaan takut mula menyelubungi dirinya.

"Siapa tu? Ada apa-apa masalah ke?" tanya Hawa.

"Em, tak ... tak ada apa-apa. Ni kawan adik, dia nak minta tolong hal kerja ... tapi, adik dah tak dapat nak tolong, orang atasan dah tahu yang dia ni suka ponteng kerja." jelas Hajar.

"Oh, ya ke? Kalau macam tu, suruhlah dia berubah, rajin pergi kerja ... lagipun, tak baik tau makan gaji buta. Tak berkat rezeki tu." ulas Hawa.

"Ya, adik akan cakap macam tu," balas Hajar. Dia mengetap bibirnya.

"Dahlah, magrib dah ni .., jom, solat sama-sama,"

"Adik tak boleh angah ... uzur,"

"Oh ... okay," Hawa melintasi saja pintu bilik Hajar dan meneruskan niatnya.

Hajar menarik nafas lega selepas kelibat Hawa itu menghilang. Panggilan telefon sekali lagi membuatnya bengang. Apatah lagi nama yang terpapar pada skrin telefon itu adalah orang yang membuat fikirannya kacau bilau saat ini.

"Biarlah, dah malas nak jawab apa," suara Hajar kesal. Panggilan itu lantas ditamatkan tanpa dijawab.

***
1226
19:48
10 Dis 2019
***
Alhamdulillah 💙

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro