Bab 23🍁

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Our faith

_____________________

“AKU bukan tak nak berlembut dengan dia, aku cuma tak nak jatuh cinta pada perempuan yang salah.ucap Yoongi, rambutnya dia raup kebelakang.

Tekanan dengan kerja dan tekanan dengan masalah rumah tangga dia sekarang.

Sepatutnya menjadi suami kepada Jeon Hannah aka satu- satunya anak tunggal keluarga Jeon akan buatkan hidupnya lebih bahagia dan tenang.

Tapi itu semua akan menjadi lebih baik jika Hannah tidak seliar yang dia sangka.

“Lah, kalau dah begitu ceritanya. Baik kau cerai jelah dengan Hannah. Lepas tu bagi dia dekat aku.” ujar Woozi serentak buatkan Yoongi menjelingnya tajam.

“Kau fikir senang ke?”

“Mudahkan.”

Sekali lagi Yoongi menjeling. Kedua tapak tangannya dia masukkan kedalam kot doktornya.

Woozi hanya tersengih saja. Dia sebenarnya sengaja mahu menguji Dr.Min itu.

Yalah, kadang diam- diam ubi berisi. Bak kata orang tak mungkin dalam hati tak ada taman, kan?

Lagipun Yoongi dah hidup dengan Hannah hampir setahun, mustahil tak ada rasa cinta?

“Kau tak nak bagi dia peluang ke?” soal Woozi, mereka sama- sama berjalan beriringan dikoridor tersebut selepas memeriksa keadaan pesakit di wad 15.

“Aku takut dia salah gunakan peluang yang aku berikan. Kau tahulah perempuan, bila dah diberi peluang, mereka pandai salah guna.” balas Yoongi.

Woozi mendiamkan diri, cuba mencari topik lain untuk dibicarakan mereka.

“Ehm, isteri kau masih berbincang Seokjin pasal IVF tu ke?” soal Woozi serta merta buatkan langkah kaki Yoongi terhenti.

“Hannah ada datang?” tanya Yoongi dengan dahi yang berkerut.

“Eh, kau tak tahu? Hannah ada datang tadi, dia terus ikut Seokjin masuk pejabat untuk berbincang pasal rawatan IVF dan mungkin sekarang ni dia dah balik.” terang Woozi, Yoongi terdiam.

Dia melirik memandang jam di pergelangan tangannya.

Sudah masuk pukul 12 tengah hari. Masa untuk makan tengah hari tapi Yoongi sama sekali tak berniat nak ke kantin.

“Kau pergilah turun dulu, aku nak ke pejabat kejap.” ucap Yoongi, tanpa menunggu respon dari Woozi, Yoongi terus melangkah meninggalkan lelaki itu dan masuk ke lift.

Saat pintu lift terbuka, serentak mata Yoongi melihat kelibat Hannah dengan Seokjin sedang berjalan beriringan dikoridor.

Dengan langkah yang pantas dia mengejar kedua manusia tersebut.

“Nak saya dapatkan awak teksi ke atau...”

“Tak perlu, saya boleh ambil sendiri.” jawab Hannah sebelum menundukkan badan dan meminta diri untuk pergi. Seokjin juga memberi tunduk hormat.

Dia menghantar pemergian Hannah dari pandangan mata saja sebelum kembali masuk kedalam.

Tanpa diduga, hujan deras turun dan tak semena- mena membasahi tubuh Hannah yang sedang berjalan mahu menuju ke bus stop.

Beg tangan diletakkan diatas kepala untuk menghalang hujan membasahi kepala.

“Ahh jinjaa..” rungut Hannah, bajunya yang basah cuba dikeringkan dengan mengipasnya perlahan ketika dia sampai di perhentian bas.

Hannah melabuhkan punggung diatas kerusi, sejuk. Haih, kalaulah dia bawa kereta tadikan bagus. Boleh terus balik.

Haih.

Ketika dia mengelamun, saat itu juga fikirannya melayang ke perbincangan dia dengan doktor lelaki bernama Kim Seokjin itu.

“Cik Hannah yakin dengan keputusan nak buat IVF ni? Dah fikir masak- masak?” soal doktor lelaki itu.

Hannah cuma mengangguk kecil, pasrah dengan keputusan tersebut.

Yakin ataupun tidak, dia mesti mengalah dengan keputusan Yoongi yang mahu dia melakukan IVF.

“Dah bincang dengan-”

“Doktor Kim, saya rasa awak tak perlulah nak sebut nama dia lagi. Walaupun saya menentang kuat keputusan dia, dia akan tetap paksa. Tak ada jalan lain selain buat apa yang dia minta.” ucap Hannah.

Doktor Kim Seokjin terdiam. Pen yang dipegangnya dia letakkan diatas meja.

“Baiklah, kalau itu yang Cik Hannah mahukan.” ucap Doktor Kim.

Pin!

Hannah yang sedang mengelamun sedikit tersentak bila terdengar bunyi hon kereta. Hannah mendongakkan wajah, disitu dia lihat sebuah kereta yang agak familiar dimatanya.

Bila tuan empunya kereta melangkah keluar dari perut kereta, Hannah jadi tak senang duduk.

“Cik Hannah?”

“Tae- Taehyung- ssi...” bisiknya, bibir bawahnya digigit bila lelaki itu tersenyum kepadanya.

.

Daku tak tahu kenapa aku suka gantung cerita ni.

Ko tembak jelah aku, otak aku makin lama makin jammed👽

By the way i miss you guys😭

[🐋]
Hai, sila tekan vote serta komen jika anda sudi.
Thank you❤
[🐳]

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro