Bab 26🍁

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

.  .  .

Just let me seduce you...”

“Michin yeoja.” bisik Yoongi sebaik bait- bait ayat yang dituturkan Hannah semalam bermain di kepalanya.

Pantulan wajahnya dicermin dipandangnya agak lama, semalaman fikirannya melayang ke perbualan mereka semalam.

Aniya aniya! Bukan goda yang macam tu! Maksud saya, biar saya goda awak dengan cara saya sendiri. Orang cakap, kalau nak goda suami, mesti pikat selera dia...

Saya akan cuba pikat awak dengan masak makanan favourite awak. Deal? Ehe.ucap Hannah sebelum tersenyum menyerlahkan eye smile-nya.

Tanpa dirinya sedari, bibir pucatnya mengukir senyum kecil. Bila tersedar, Yoongi menggelengkan kepalanya, cuba menghilangkan segala sisi baik gadis bernama Hannah itu.

Dia kenal benar Jeon Hannah si sang isteri. Hannah tidak pernah sekalipun berlembut dengan dirinya. Kalau berjumpa, mereka akan bertikam lidah.

But now, selepas Hannah mengalami kemalangan jalan raya tempoh hari, sikap dan tutur katanya mula berubah.

Hannah yang dulunya dingin dan keras sekarang sudah jadi Hannah yang lembut, banyak mulut dan cengeng.

Hannah yang dia suka.

Drt drt!

Deringan telefon pintar miliknya buatkan Yoongi cepat- cepat melangkah keluar dari kamar mandi. Handphone yang tergeletak diatas katil itu dicapainya.

Laju saja jarinya menggesel butang hijau sebaik nama Minju tertera di skrin.

“Maaf kalau saya call awak diwaktu yang salah.” ucap gadis itu dihujung talian.

“Gwenchana.” jawab Yoongi, punggung dilabuhkan dibirai katil.

Gummy...” bisik Minju buatkan Yoongi sedikit tersentak. Jantungnya mula berdegup kencang sebaik perkataan gummy diucap Minju.

“Ahh maaf saya terlepas cakap pulak. Saya cuma rindu nak panggil awak gummy. Yalah, dah terbiasa,kan?”

Yoongi membisu.

“Minju...”

Eung?

“Saya pun rindukan awak juga.” ucap Yoongi dan saat itu juga dia berpandangan dengan Hannah yang baru masuk kedalam bilik tidur miliknya.

Bibir bawah digigitnya geram, tapak tangan dikepal. Wajah Yoongi dipandang Hannah tajam.

“Saya rindu nak luang masa bersama awak.” kata Yoongi lagi, Hannah berdiri berhampiran dengan dirinya mula dibakar api cemburu.

Siapa je suka bila lelaki yang sudah sah menjadi milik kau tiba- tiba saja mengucapkan kata rindu pada gadis lain? Isteri mana yang tak cemburu!

Wait, cemburu?

Aku cemburu?

“Yoongi...” panggil Hannah seraya menggigit bawah bibirnya. Dia sebenarnya sedikit geram dengan reaksi selamba lelaki itu.

“Kejap, maid panggil.” ujar Yoongi sebelum menjauhkan handphone dari telinganya.

“Apa kau nak?”

“Ehem. Saya nak ajak Min Yoongi aka SUAMI kepada Jeon Hannah sarapan pagi!” kata Hannah seraya melepas apron yang dia kenakan.

“Jadi, kepada sesiapa yang tak mempunyai sebarang hubungan dengan Min Yoongi aka SUAMI kepada Jeon Hannah ni, tolong putuskan panggilan kerana anda hanya orang ketiga dalam hubungan rumah tangga kami!” jerit Hannah seraya melempar apron kepada Yoongi tanda dia geram.

Tut!

Jelas kedengaran panggilan telefon diputuskan.

“Awak dah ada isteri cantik, cukup pakej macam saya ni, kenapa awak masih nak bergayut dengan perempuan lain?!”

“Kan saya cakap, beri saya peluang dan awak pun tolonglah beri kerjasama-”

“Hannah, i love you.

Terdiam dan terpaku. Hannah kembali terkebil- kebil bila Yoongi mengucapkan ayat keramat tersebut.

Nae?

“Tak ada apa- apa.”

“Alah! Ulanglah! Saya nak dengar dengan jelas, pleaseu.” Hannah memeluk lengan Yoongi, memujuknya dengan bibir yang dimuncungkan seinci.

“Aku cuma cakap je, tak ada makna langsung buat aku.” ucap Yoongi, dingin.

“Hish!” dengus Hannah, sedikit geram dengan ucapan lelaki itu. Saja mahu beri dia fakehope.

“Eum... tadi tu awak call siapa?”

Ex

“Oh.” Hannah melepas keluhan lega, nasiblah hanya bekas saja.

“... tapi dia masih ada tempat dihati aku.” ucap Yoongi buatkan senyuman Hannah memudar.

“Dia special.

“Dia ubah aku jadi lelaki setia.”

“Tapi aku kecewakan dia bila aku terpaksa kahwin dengan kau.” kata Yoongi tanpa emosi.

Hannah kembali diterpa rasa bersalah.

.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro