Bab 37🍁

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

. . .

Tok tok!

Pintu bilik Yoongi diketuk dua kali, sambil menunggu lelaki itu membuka pintu, Jieun mengemaskan gaun tidurnya yang berwarna putih itu.

Malam ini dia mahu menggoda Yoongi. Ehe-

Kena reject dek Yoongi, tak tahulah nak cakap apa.

“Yoongi?” panggil Jieun dari luar bilik bila dia sudah terlalu lama berdiri di luar. Bukan apa, sebaik saja pulang ke rumah petang tadi, Yoongi terus berkurung didalam bilik.

Nak merajuk pun agak- agaklah.

Kreak!

“Nak apa?” soal lelaki itu dengan wajah mamainya. Baru bangun tidur. Lelaki itu kelihatan serabut, dengan rambut yang kusut masai dan wajah yang masam mencuka.

“Boleh saya tidur dengan awak malam ni?” soal Jieun sambil mengedip- ngedipkan matanya. Yoongi terjeda seketika.

“Tak boleh.” jawab Yoongi seraya menutup pintu bilik.

Bibir Hannah muncung sedepa. Haish, kan dah cakap. Yoongi mesti reject punya.

Kreak!

Pintu kembali dibuka, wajah Yoongi kembali terpacul di muka pintu. Sempat lelaki itu mengeluh perlahan sebelum membuka daun pintu luas. Keningnya dijongketkan, petanda dia meminta Hannah untuk masuk.

“Masuklah. Boleh tidur sini, tapi jaga jarak.” ucap Yoongi. Bertujuan mahu berjaga- jaga malam itu.

Walaupun dia sudah meluahkan perasaannya kepada Hannah, namun bila mendengar penerangan yang tak masuk akal dari wanita tua di hutan tersebut, hati Yoongi jadi berbelah bahagi antara hendak mempercayainya ataupun tidak.

“Em...”

Yoongi merebahkan tubuhnya diatas katil. Jieun cuma tersenyum saja sebelum tubuh ikut dibaringkan disamping Yoongi.

Lelaki itu membalikkan tubuhnya membelakangi sang isteri.

Suasana didalam bilik tersebut hening. Mata Hannah tak mahu terlelap kerana fikirannya asyik melayang ke ucapan wanita tua tersebut.

Dia harus jalankan hubungan suami isteri bersama Yoongi, barulah dia boleh kembali.

Tapi persoalannya, Yoongi nak ke?

“Yoongi... awak tak nak jalankan tanggungjawab sebagai suami ke?” soal Hannah seraya ralit merenung belakang tubuh lelaki itu.

“Tak.” jawab lelaki itu sepatah.

“Kenapa? Saya... saya tak sabar nak ada anak-”

“Jangan cuba nak pancing saya.”

Hannah memuncungkan bibirnya. Namun beberapa saat kemudian bibirnya mula mengukir senyum kecil.

“Awak tak nak saya pergi ke?” soal Jieun seraya menguis belakang badan Yoongi dengan jarinya.

“Nama saya Park Jieun, saya cuma gadis penjual bunga di Gangnam. Saya tak setaraf dengan Hannah bahkan saya tak rasa yang saya layak untuk jadi isteri awak-”

“Tapi awak sayangkan saya, kan?” soal Yoongi.

Soalan itu buatkan Jieun terdiam seribu bahasa. Soalan yang baginya agak cepumas.

“Awak sayangkan saya, kan?” ulang Yoongi seraya baring menghadap sang isteri.

“Saya dah lama sayangkan awak. Awak je yang tak perasan.” balas Hannah. Senyuman kecil terbit di bibir Yoongi. Tapak tangan lelaki itu diletakkan di pipi Hannah.

“Kalau awak sayang, kenapa nak tinggalkan saya?” soalnya.

“Sebab saya bukan-”

“Saya nakkan Park Jieun.” ucap Yoongi, mereka saling bertentang mata.

Yoongi seakan terpukau dengan pandangan mata Hannah hingga dirinya secara tak sedar mula merapatkan wajah.

Bibirnya dilekapkan pada bibir Hannah. Gadis itu memejamkan mata.

Selamat tinggal, Yoongi.

. . .



Pagi itu, Hannah bangun dari tidurnya bila matahari masuk dari celahan langsir dan mengenai wajahnya. Dengan mamai, dia mencelikkan matanya.

“Yoongi?”

Selimut ditarik agar menutupi tubuhnya yang tak berbaju, Yoongi masih lagi tertidur disampingnya.

“Hem...”

“Eh?”

Jieun mula tersedar sesuatu, dia dan Yoongi sudah bersama semalam. Namun, dia masih kekal berada didalam tubuh Hannah.

Ke- kenapa?

Bingkas Jieun bangun sebelum berlari masuk kedalam biliknya. Telefon pintarnya yang berdering dicapai. Panggilan dari nombor yang tak dikenalinya.

Tanpa banyak soal, butang hijau digeselnya.

Yeobeoseyo?

Cik Hannah! Ini saya, Heemin. Em, opah saya lupa nak bagitau satu perkara kelmarin.” ucap Heemin di hujung talian.

“A- apa dia?”

Opah saya cakap, walaupun awak berdua dah lakukan hubungan suami isteri, Cik Jieun takkan dapat kembali ke tubuh asal Cik Jieun sebab Cik Jieun dah mati dalam kemalangan tu. Cik Hannah yang gantikan tempat Cik Jieun.

Dalam erti kata lain, Cik Jieun takkan dapat keluar dari tubuh Cik Hannah sampai bila- bila.

“Mworago?!” jeritnya kerana terkejut.



.

Hshshshshhshshshsh

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro