Bab 43🍁

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng




Suasana yang hingar bingar itu berhasil membuatkan lenanya terganggu. Dia merengek kecil, meminta agar mereka diam.

Mata yang terpejam seakan tidak mahu memberi kerjasama. Tubuhnya bagai digam diatas katil tersebut.

“Mmp... mph!” dia cuba untuk mengeluarkan suara, namun suaranya seakan tersekat di kerongkong. Seluruh tubuhnya tidak dapat digerakkan sama sekali.

Gelap.

Yang dia lihat hanyalah kegelapan.

No way, takkanlah dia berada dalam kubur? T- Tak mungkin.

Jebal!

Sesiapa tolong selamatkan saya!

Dia cuma mampu bersuara didalam hati, 'mmph' yang keluar dari mulutnya tidak bisa menjelaskan betapa takutnya dia disaat itu.

“Doktor Hwang! Dia dah bangun!” terdengar suara wanita berkata sebelum bunyi derap tapak kaki berlari ke arahnya. Dia menjadi semakin takut.

Apa yang berlaku sebenarnya?

Dia dimana?

Kelopak matanya dibuka lalu disuluh. Wajah seorang lelaki yang tak begitu jelas menghiasi pandangannya ketika itu.

“Cik Park Jieun, can you hear me?” soal doktor lelaki itu. Tapak tangan lelaki menggoncang perlahan bahu milik Jieun bila tidak mendapat sebarang respon dari gadis itu.

“Cik Jieun?”

“Huh!” Kali ini tubuh Jieun berfungsi 100%. Kedua kelopak matanya terbuka, penglihatannya jelas, tangannya boleh digerakkan.

“Syukurlah, Cik Jieun dah bangun.” ucap Doktor lelaki itu dengan sebuah senyuman. Jieun masih lagi bingung. Dia keliru.

D- dia masih hidup?

“Cik Jieun perlukan rehat yang cukup, luka dibahagian perut dan kaki masih belum sembuh.” ucap lelaki itu, tapak tangannya diletakkan diatas dahi Jieun sebelum dia mengangguk kecil.

Doktor lelaki itu kemudiannya melirik ke arah jam tangan di pergelangan tangannya. Dia bertatapan dengan Jieun buat beberapa saat, keningnya terjongket.

“Can you talk?”

Jieun mengemam bibirnya. Tak berani untuk bersuara. Pandangan matanya dikunci ke wajah doktor lelaki kacak itu.

“Cik Jieun?”

“Ma- macam mana saya boleh ada disini?” soal Jieun dengan nada suara rendah yang hampir tidak kedengaran oleh lelaki itu.

“Awak terlibat dalam kemalangan jalan raya-”

“Tapi dia cakap saya dah mati!”

Kening Doktor Hwang terjongket, dahinya berkerut pelik.

“Dia? Siapa dia?”

Gadis itu diam, soalan Doktor Hwang buatkan dia hilang kata- kata. Tak guna menjelaskan perkara yang hujungnya lelaki itu akan menganggapnya gila.

Doktor Hwang tersenyum kecil, kedua tapak tangannya dimasukkan kedalam poket kot doktornya.

“Mayat yang dijumpai bersama adik awak tu bukan mayat awak. Mereka cuma sahkan yang itu Park Jieun, tapi mangsa sebenarnya Lee Haneul. Gadis yang ikut terlibat dalam kemalangan, wajahnya tak dapat dikecam kali pertama kerana hancur teruk.”

Tenang saja lelaki itu menerangkan kemusykilan didalam diri Jieun.

“Dua hari lepas tu, ada seorang penduduk jumpa tubuh awak di tepi semak, 3 kilometer dari tempat kejadian. Dalam keadaan nyawa- nyawa ikan. You're lucky cause you still alive. God give you second chance because he know you're good person.” ucap Doktor Hwang.

Jieun menundukkan wajahnya, air mata jatuh membasahi pipinya. Entah kenapa, perasaannya mula berbelah bahagi saat itu. Dia merasakan dirinya tak layak untuk hidup kembali.

Dia... dia cuma tak layak.

“T- Tapi kenapa? Saya layak mati dari hidup dalam dunia ni tanpa sesiapa!” raung Jieun bila teringatkan adiknya, Park Jihoon. Tanpa adiknya, hidupnya terasa bagaikan tidak bermakna.

Jieun teresak- esak menangisi nasib adiknya.

Disaat dia keluar dari tubuh Hannah tempoh hari, dia sudah pasrah dengan takdir hidupnya. Tapi dia tak sangka yang dia kembali hidup, tanpa sesiapa disisi.

Dia sudah merelakan semuanya.

Bahkan, dia sudah merelakan lelaki bernama Min Yoongi itu. Merelakan kehidupan sementaranya sebagai isteri lelaki itu.

But now, she have to live alone?

“Cik Jieun, bertenang.”

“Jauhkan diri dari saya! Biar saya mati! Apa buktinya Tuhan sayangkan saya kalau dia berikan saya peluang hidup tapi bukan dengan adik saya?!” ujar Jieun, peralatan yang berada di meja lampu dicampak jatuh diatas lantai.

Tingkah laku gadis itu buatkan Doktor Hwang terpaksa memeluk tubuh Jieun dari bertindak lebih jauh.

“Cik Jieun bertenang! Ada hikmah disebalik apa yang berlaku. Saya jamin awak akan bahagia.” bisik Doktor Hwang, Jieun menyembabkan wajahnya didada lelaki itu. Lemah. Dia lemah.

Hidup bagai tidak berguna lagi bagi dirinya.

Dia cuma mahu mati! Mati! Mati!

“Apa yang berlaku ni?” dingin saja suara itu menegur berhasil membuatkan tangisan Jieun berhenti.

Su- suara itu...

“Min Yoongi...” bisik Jieun bila wajah dingin Yoongi terpacul di muka pintu wad pesakit miliknya.

Mata lelaki itu tajam menikam anak mata Jieun.

“Ini bukan wad pesakit mental nak meracau bagai.” pedas perlian lelaki itu buatkan Jieun kehilangan kata- kata.

Sekarang, dia kena hadapi Yoongi sebagai Park Jieun yang sebenar. Bukan lagi, sebagai Hannah. Tapi sebagai orang asing bagi lelaki itu.

We meet again, Yoongi.



.

ENTAH APA YANG MERASUKI MU SHA.

HINGGA KAU BISA MEMBUAT STORYLINE P FULUFULU KAYAK GINI.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro