Bab 49🍁

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng


YOONGI melangkah masuk kedalam rumah dengan fikiran yang bercelaru. Beg tangan diletakkan diatas sofa sebelum tubuhnya dihempaskan disofa.

“Saya Park Jieun! Roh wanita yang masuk kedalam tubuh isteri awak!”

Ucapan gadis itu kembali berputar dikepalanya. Saat itu dia berada didalam keadaan dimana hendak mempercayainya ataupun tidak.

Nonsense.

Benda yang gadis itu cakap tak mungkin betul. Tak pernah lagi dia dengar 'roh bertukar badan'. Tapi...

Dua bulan yang lalu, Hannah pernah mengungkapkan ucapan yang sama. Gerak geri dan semua penjelasan yang keluar dari mulut perempuan itu semuanya benar belaka.

Tapi persoalannya, benarkah itu Park Jieun, Jieun yang pernah masuk kedalam tubuh isterinya Hannah?

Dulu dia mempercayai ucapan Hannah kerana berfikir gadis itu hanya bermain- main dengannya.

“Nonsense.”

“Apa yang nonsense?” soal satu suara buatkan pandangan Yoongi teralih kepada Hannah yang sedang berdiri di hujung sofa.

Gadis itu sudah lengkap berpakaian gaun hitam yang mengikut bentuk tubuh dan baginya agak... seksi untuk Hannah?

“Lawa- lawa nak pergi mana?”

“Eo? Lawa ke? Malulah.” ujar Hannah tersipu- sipu malu. Yoongi memberikan pandangan dingin. Wajahnya tak beriak namun Hannah masih tetap tersenyum manis.

Dia melangkah dua tapak dan berdiri betul- betul dihadapan lelaki itu. Bahu Yoongi disentuhnya lalu tubuh lelaki itu ditolak hingga tersandar di sofa.

Yoongi menelan liur bila ruang pernafasannya di penuhi dengan wangian semerbak milik isterinya itu.

“Saya fikir nak bagi surprise awak macam ni. Saya pakai cantik- cantik untuk awak malam ni. You know what i mean...” bisik Hannah seraya jari jemarinya menari- nari diatas dada Yoongi.

Yoongi menarik nafas lalu menghembusnya. Dadanya terasa sesak bila digoda oleh isterinya saat itu. Ini pertama kali dia melihat Hannah berkelakuan begitu dan dia sedikit menyukainya.

Tubuh Hannah ditarik hingga gadis itu terduduk diatas ribanya. Hannah mempamerkan senyum kecil. Rancangannya untuk menggoda Yoongi nampaknya berjaya.

“Kenapa tiba- tiba?”

“Salah ke? Eum... awak tak suka? Tak apalah, saya faham, awak penat. Maaf-”

“Bukan macam tulah sayang.” pinggang Hannah dipeluk bertujuan menahan gadis itu dari melangkah pergi. Hannah sembunyi senyum, be a good guy, Yoongi.

Saya cuma pelik, tak pernah-pernah lagi awak buat macam ni. Dah lama tunggu saya ke?”

“Heum...”

“Aish, jangan buat muka macam tu. Awak buat saya makin tergoda.” bisik Yoongi, dia berikan ciuman sekilas di pipi Hannah.

Minyak wangi yang dihidunya tadi kini berubah wangian. Wait, minyak wangi lelaki?

“Sayang”

“Eum?”

“Ada sesiapa datang rumah tak tadi?” soal Yoongi. Curiga. Hannah mendiamkan diri, bibir bawahnya diketap sebelum gelengan dijadikan sebagai jawapan untuk soalan lelaki itu.

“Ke- kenapa?”

Yoongi mendiamkan diri. Namun matanya tajam menikam anak mata Hannah, mencari- cari kebenaran disitu namun hasilnya kosong.

Mata Hannah yang berkelip setiap saat menandakan yang gadis itu sedang resah.

“Geure...?”

“Yalah, awak tak percayakan saya?”

“Bukan sebab tak percaya sayang. Sifat awak sendiri yang mendatangkan keraguan dalam diri saya. Hannah yang saya kenal sebelum ni, bukan berpersonalitikan ini.

Saya nak Hannah yang jujur, Hannah yang pemalu. Saya nak Jeon Hannah saya semula.”

And what i see now, this is not Jeon Hannah that i used to know and love before.” ucap Yoongi buatkan Hannah mengetap bibirnya.

Yoongi menolak perlahan tubuh Hannah dan menjauh darinya.

“Yoongi, this is me.”

“Awak tahu bila saya pernah bawa awak ke rumah pokok?”

“H- Huh?”

Jawapan Hannah membuatkan Yoongi mulai yakin dengan ucapan gadis di hospital tersebut.

“K- kau dah kembali, Jeon Hannah.”

Hannah tersenyum kecil, cuba untuk mengawal riak wajahnya agar tak ketara yang dia sedang terkejut.

“A- apa awak merepek ni Yoongi? Saya Jeon Hannah. Tetap Jeon Hannah yang awak kenal-”

“Ya, tapi bukan Hannah dengan keperibadian yang aku idamkan.” ucap Yoongi sebelum melangkah keluar dari rumah tersebut.

Dia kembali masuk kedalam kereta. Dia mahu ke Hospital semula, menemui gadis bernama Park Jieun itu!

Hannah menghentak kakinya geram. Dengan pantas, telefon pintarnya dicapai sebelum nombor Kim Seokjin didailnya.

“Selesaikan perempuan tu sekarang juga!”


. . .

DOKTOR Hwang baliklah. Saya boleh jaga diri sendiri.ujar Jieun, sedikit rimas bila sejak pagi tadi doktor lelaki bernama Hwang Min Hyun itu asyik terpacak ditepi katilnya.

Tak ada tanda-tanda hendak meninggalkan wad itu langsung. Doktor itu akan keluar bila ada panggilan alam dan doktor yang memerlukan khidmatnya.

But seriously, dia tak ada kerja lain ke?

“Lepas awak tidur, saya keluar.”

“Masalahnya, saya tak boleh tidur!”

“Cuba.”

Jieun mengetap bibir. Dia saling berpandangan dengan lelaki itu untuk beberapa saat sebelum Jieun menguap kecil lalu menggeliat.

“Haaa ngantuknya!”

Jieun menepuk- nepuk bantal sebelum membaringkan kepalanya disana. Memejamkan mata sebelum berdengkur kecil.

“Hum...” Doktor Hwang menunggu untuk beberapa saat sebelum mengambil keputusan untuk pergi kerana tak mahu dilabel sebagai creep.

Jieun mencelikkan matanya. Keluhan lega dilepaskan. Pergi juga. Jieun kembali duduk di birai katil, berfikir seketika. Dadanya masih lagi terasa sakitnya.

Doktor Hwang kata, dia sudah memeriksa seluruh tubuh Jieun. Bahkan dia sudah melakukan x-ray, namun 'sakit' yang Jieun maksudkan itu itu tak dapat dijelaskan dalam istilah perubatan.

Perbuatan sihir memang tak boleh dikesan dalam kaedah perubatan, kan?

“Heum...”

Klek!

Pintu bilik dibuka, Jieun mengeluh kecil.

“Okay, saya minta maaf sebab tipu awak yang saya tak tidur lagi.”

“Geure? Jangan risau, aku akan tidurkan kau selama- lamanya.” jawab suara itu buatkan Jieun menoleh pantas. Wajahnya serta merta berubah takut.

“S- Seokjin?”

“Hai, sweetheart.” sapa Seokjin dengan senyuman sinisnya. Lelaki itu melangkah setapak, Jieun turun dari katilnya sebelum mengundur menjauhkan diri dari lelaki itu.

“Tolonglah, saya merayu pada awak-”

“Hannah minta aku bunuh kau malam ni. Mahu tak mahu, aku terpaksa turutkan.”

“Hannah? Puan Hannah? T- tak mungkin! Hannah wanita yang baik!”

“Baik? Ya dia baik sebab dia beri kau rasa suami dia. Dia baik untuk kepentingan dia sendiri. Sekarang dia minta aku bunuh kau, kau masih anggap dia orang yang baik?” soal Seokjin. Jieun mengetap bibirnya.

Jieun menyesal menghalau Doktor Hwang tadi. Kalau dia menjerit saat itu, dia yakin tak ada orang yang akan mendengarnya. Waktu sudah masuk ke waktu tengah malam. Kebanyakan nurse sedang berehat.

Jadi apa yang patut dia buat sekarang?

“Dia nak kau mati-”

“Tidak!”

Bantal dicapai sebelum dibaling ke Seokjin. Lelaki itu mengelak, tubuh Jieun ditarik sebelum dicampak diatas lantai. Gadis itu meringis sakit bila lukanya ditekan.

Seokjin sudah mengunci pergerakan Jieun, pisau sudah berada hampir dengan leher gadis itu.

“Kau mati!”

BUK!

Bunyi belakang tubuh Seokjin dihentak sesuatu kedengaran agak kuat di telinga Jieun. Lelaki itu diam sebelum tubuhnya rebah disamping Jieun.

Pandangan mata Jieun dihiasi oleh wajah Yoongi yang sedang termegah- megah itu.

“Jieun? Kau okay tak? Ada luka dekat mana- mana ke?” soal Yoongi, pipi Jieun yang masih berbaring itu ditepuknya perlahan.

Pandangan mata Jieun mula kabur dengan air mata sebelum tubuh Yoongi didakapnya erat.

“Huwaaaa!”


.

HSHSHSSH
😅

50 comment to unlock next chapter.👀

[🙆]
Hai, sila tekan vote serta komen jika anda sudi.
Thank you ❤
[💓]

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro