Bab 52🍁

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng




JIEUN melirik ke arah jam bulat besar yang melekat didinding, waktu sudah pun masuk jam 10 pagi, namun tak ada tanda- tanda Yoongi akan datang menemuinya sama sekali.

Pintu wad miliknya direnung seketika sebelum pandangannya kini teralih ke pada beg berisi pakaiannya.

Jieun melepaskan keluhan kecil, mungkin lelaki itu masih lagi mahu berkabung atas pemergian Puan Hannah. Mungkin Yoongi masih perlukan waktu untuk terima semua yang berlaku.

Walaupun Hannah bertindak kejam atas diri mereka berdua, gadis itu masih lagi memegang status isteri sah kepada lelaki itu. Jadi wajar, lelaki itu berasa sedih atas kehilangan Hannah.

KLEK!

Bunyi pintu bilik ditolak membuatkan Jieun serta merta mendongakkan wajahnya. Lain yang diharapkan datang, lain pula yang datang.

“Jieun!! Ya tuhan, weh kau masih hidup? Huwaaa aku baru dapat call dari Hospital weh!!” suara Bora, merangkap kepada kawan baik Jieun itu bingit memenuhi ruang bilik tersebut. Bora meluru memeluk tubuh Jieun.

“Kau okay tak? Masih sakit ke? Weh aku rindu kau! Rindu sangat- sangat!!!” ucap Bora dengan mata yang mulai berkaca- kaca.

Bora adalah orang yang paling sedih ketika mendapat tahu bahawa sahabat baiknya, Park Jieun disahkan meninggal dunia tempoh hari. Sampai berhingus dia jadinya.

Dan sekarang, bila pihak hospital menelefonnya dan mengatakan bahawa Park Jieun masih hidup, gembira bukan kepalang dia sampai terjerit di corong telefon kerana tak percaya.

“Alololo, aku okaylah. Park Jieun kawan kau ni kan seterong orangnya?” ucap Jieun, bahu Bora ditepuk- tepuknya. Bora memuncungkan bibirnya, tubuh Jieun kembali dipeluknya.

“Huwaaaaa kau tahu tak aku sunyi tanpa kau! Hari- hari aku pergi kedai bunga kau dengan harapan semua yang berlaku ni mimpi!

Aku jumpa bekas tunang kau dengan isteri dia je weh! Geram aku jadinya. Huwaaaa.” Bora mengadu lagi.

Jieun mendiamkan diri, sebut saja bekas tunang mengingatkan dia kenapa Taehyung. Heum, dah beristeri dah pun lelaki itu. Apalah agaknya reaksi dia kalau dia dapat tahu yang Jieun ni masih hidup.

“Aku rasa Taehyung tu mesti menyesal kahwin awal.”

“Alah biarlah dia. Dah dia tak berjodoh dengan aku, apa aku boleh buat? Dah tolong aku kemas barang ni. Nak balik! Rindu bilik!” Jieun memasukkan pakaiannya kedalam beg pakaian.

Tepat saat itu pintu wad ditolak dan kali ini Yoongi berdiri dihadapan pintu, sedikit bingung.

“Jieun?”

“Eo? Yoongi!” sapa Jieun.

“Nak pergi mana?” soal Yoongi dengan dahi berkerut. Matanya melirik kearah beg pakaian Jieun yang sedia diangkat turun itu.

“Nak balik, saya discharge hari ini.” jawab Jieun dengan senyuman yang lebar. Yoongi mengangguk kecil. Mereka diam untuk seketika, Bora hanya memandang dari sisi.

“Siapa ni?” bisik Bora, dia menyiku pinggang Jieun perlahan, mahu menarik perhatian gadis itu.

“Eo, ini Dr. Min Yoongi. Dia bertugas kat sini.”

“Oh, comel weh. Aku keluar dululah, aku tunggu kau kat luar. Bye!

“Eish.”

“Boleh kau contact aku lepas kau sampai rumah nanti? Em... kalau boleh, bagi alamat rumah sekali. Kalau ada waktu, aku singgah rumah kau. Just in case, kalau aku rindu.” ucap Yoongi, kad bertuliskan nombor telefon lelaki itu dihulurkan kepada Jieun.

“Aku tak nak kehilangan kau lagi.” ucap Yoongi lagi.

Bibir Jieun menguntum senyum kecil. Matanya merenung tepat didalam anak mata lelaki itu.

“Saya tak kemana- mana pun. Saya disini saja. Em... awak okay?” soal Jieun.

Yoongi melepaskan keluhan kecil.

“Bolehlah. Aku okay sikit lepas tengok muka comel kau ni.”

AFUFUFUHSHSHSHS, ehem! Ergh, this cold namja tryna flirt.

Aku minta maaf sebab tak jenguk kau selama dua hari ini. Aku perlukan ruang.”

“Saya faham dan saya tak kesah sebenarnya. Saya turut bersimpati atas pemergian Puan Hannah. Tanpa dia, saya dan awak tak kenal sesama sendiri, kan?” ujar Jieun. Yoongi mengangguk kecil.

Lelaki itu menggosok lehernya, sedikit kekok dengan pandangan mata Jieun yang membuatkan jantungnya berdegup tak berirama itu.

“Saya nak pergi dah ni-”

Can you give me a hug?

Permintaan Yoongi membuatkan Jieun membulatkan matanya. Agak terkejut dengan permintaan Yoongi yang agak mengejut itu. I mean, Yoongi minta kena peluk? Tak pelik ke tu?

“Kalau tak nak, tak apa... aku tak paksa-”

Jieun meluru memeluk tubuh Yoongi, agak erat membuatkan lelaki itu tersenyum lebar. Yoongi sembamkan wajahnya di leher Jieun. Keluhan lega dilepaskan.

Entah apa yang merasukinya hari ini, hatinya terasa begitu berat untuk melepaskan gadis bernama Park Jieun itu. Hatinya yang meminta sebuah pelukan dari gadis itu dan dia turutkan saja.

Adakah itu salah?

Nyeongan.

Lengan Jieun ditahan, Yoongi merenung wajah gadis itu untuk kesekian kalinya sebelum tubuh Jieun ditariknya kedalam pelukan semula.

“Hati aku berat untuk lepaskan kau... could you please tell me why?” bisik Yoongi, pelukan ditubuh gadis itu makin dieratkan.

“Molla.

“Pabo, sebab aku sayangkan kaulah.




.     .     .









“HUWAAA finally!Jieun mencampakkn tubuhnya diatas katil. Dia begitu rindukan katil miliknya bila hampir dua minggu terperup di hospital, tubuhnya lenguh kerana tidur di satu posisi saja.

Maklumlah, nak cover cara tidur dia yang tak berapa nak cantik tu. Kalau dia tak kesah sangat, kakinya boleh terkeluar dari katil, bantal pula tercampak kat bawah.

Muahahah, mahu terkejut nurse yang lalu lalang tu tengok dia tidur tak serupa bikin tu.

“Nasiblah aku rajin melawat rumah kau, bersihkan apa yang patit kalau tak mahu bersarang rumah kau ni.” ujar Bora seraya meletakkan beg pakaian milik Jieun diatas lantai.

Dia ikut berbaring disamping gadis itu. Masing- masing berbaring menghadap siling rumah.

“Oh ya, pasal doktor lelaki tadi tu kan, aku nampak kau macam rapat semacam je dengan dia sampai peluk- peluk bagai. Ada apa- apa ke?”

“Eh mana ada. Biasa je.”

“Biasa apanya sampai peluk- peluk macam tu? Eaaaa 'aku okay sikit bila nampak muka comel kau ni' Apa semua tu Miskaaa!” Bora mencuit- cuit lengan Jieun, mahukan jawapan yang tepat dari gadis itu.

“Kami kawan jelah.”

“Iyelah tu. Aku percaya sangat.”

Actually, dia baru kehilangan isteri dia. Dia perlukan heal untuk tenangkan hati dia yang sunyi.” ucap Jieun. Bora merenung sahaja wajah Jieun itu. Kemudian pipi Jieun ditekupnya.

Oh my god, Park Jieun maknanya kau tengah bercinta dengan dudalah sekarang?! Wehjsbsjsbsbdb, tell me more about it!!” Dengan penuh teruja Bora bersuara.

“Em... nanti- nantilah aku ceritakan. Oh ya, apa perkembangan kedai bunga aku? Lama aku tak jenguk weh. Rindu nak hidu bunga rose.

“Aip! Jangan nak cuba- cuba ubah topik!”

DING DONG~

Bunyi loceng rumah yang ditekan menjedakan perbualan mereka. Bingkas Jieun bangun dari pembaringan. Wajah peliknya bertayang.

“Siapa datang waktu- waktu macam ni? Kau ada call sesiapa untuk datang melawat aku tak?”

Bora mengangkat bahu tanda tak tahu. Hem, dia nak call siapa untuk jenguk Jieun ni? Jieun cuma ada dia sebagai kawan. Yalah, Park Jieun ni kan, forever alone orangnya.

Mereka sama- sama melangkah turun ke tingkat bawah untuk melihat gerangan yang datang.

Sebaik pintu rumah dibuka, mereka sama- sama terkaku.

“Jieun...”

“Taehyung...”




.

JENG JENG JENG

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro