✨💖 REBIRTH! 💖✨

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

??? Pov

Tiitt..
Tiitt..
Tiitt..

U-urrghh.. Aku kat mana ni..?
Kenapa... Kepala aku sakit sangat..?

"Gem? Kau dah bangun? Gem? "

Huh..? Su.. Suara siapa..?

"Gempa dah bangun ke, Hali?! Weyy!! Korang!! Gemgem dah bangun!! "

"Diamlah, Taufan!! Sini hospital kot! "

"Alah.. Sibuklah kau Solar! Hali! Betul ke Gemgem dah bangun tu? "

"E-entah.. Dia macam tengah celik... "

Siapa... Siapa tu? Kenapa bising sangat? Urghh... Aku rasa kepala aku sakit sangat sekarang.

Aku cuba untuk mencelikkan mata aku. Tapi peritnya rasa apabila ada cahaya yang terus masuk ke ruang penglihatan aku. Kenapa cahaya lampu ni terang sangat?

Huh? A-ada orang pegang tangan aku? Hangatnya...

"Gem.. Bukalah mata kau. Kami ada bersama kau sekarang. "

Buka mata..?

End Pov

Secara perlahan Gempa membukakan matanya. Dia dapat melihat, sepasang iris merah ruby sedang merenung tepat di dalam irisnya. Gempa mengerdipkan matanya. Terasa keperitan yang tidak terkata yang dapat dia rasai di kepala.

"Urghh.. A-aku kat mana ni? "

"Kau dalam hospital, Gem. Tadi waktu lawan Adudu, kau ditolak kasar oleh Probe. Lepastu kau pengsan. "

"A-Adudu.. Probe..? "

"Boboiboy! "

Belum sempat Gempa mahu menganalisa suasana di sekitarnya, tiba-tiba 4 suara asing datang menerpa di dalam indra pendengarannya. Keenam penghuni di dalam wad itu serentak berpaling ke arah pemilik asal suara tadi.

Dan kelihatannya, ada 2 orang gadis dan 2 orang lelaki masuk ke dalam bersama sebuah robot kuning yang terbang di sisi seorang gadis bertudung merah jambu. Mereka berlima berjalan mendekati katil yang diduduki Gempa.

Robot kuning tadi terbang mendekati Gempa lalu menganalisa keadaan Gempa. Gempa diam tidak terkutik apabila diperlakukan sebegitu dan tangannya yang sedang dipegang oleh Halilintar masih tidak dilepaskan.

"Hmm.. Tiada sebarang kecederaan yang dikesan. Gempa, kau ingat tak siapa diri kau? "

"Aah... I-ingat. Aku... Gempa. "

Robot kuning tadi mengangguk faham.

"Nampaknya dia masih ingat. Tapi aku masih khawatir dengan hentakan yang dia terima tadi. Jadi... Gempa, kau masih ingat siapa kitorang? "

Kali ini Gempa diam kaku. Dia mula memandang kawasan sekelilingnya dengan teliti. Setiap wajah cuba diperjatikannya.

Dan tidak lama itu, Gempa tertumpu pada wajah-wajah yang kelihatannya amat mirip antara satu sama lain. Namun perbezaan warna iris mereka membuatkan Gempa tersedar sesuatu. Lantas jari telunjuk Gempa diangkat dan diajukan kepada setiap seorang pemilik iris yang warna berlainan itu.

Gempa menunjukkan jarinya kepada pemilik iris ruby.

"I-ini... A-Abang Hali. Lepastu... "

Gempa menunjukkan jarinya ke arah pemilik iris biru langit.

"Ini pula... Abang Taufan, kan? "

"Abang? "

Gempa mula menunjukkan ke arah pemilik iris merah-oren dan biru muda.

"Ini... Blaze dan Ais. Dan yang terakhir.. "

Gempa menoleh ke arah hadapan katiknya.

"Thorn dan Solar. "

Keenam yang mempunyai wajah yang sama itu menghela nafas lega. Ternyata Gempa masih mengingati nama mereka tetapi... Kenapa untuk panggilan Halilintar dan Taufan bunyinya lain?

"Nampaknya Boboiboy masih ingat. Jadi kita tak perlu risau, kan Ochobot? "

Gadis bertudung merah jambu tadi berpaling ke arah robot kuning tadi yang bernama Ochobot. Ochobot mengganguk setuju namun dia masih mencurigai sesuatu.

"Umm... Boleh aku tanya sesuatu? "

Pandangan mereka kembali tertumpu pada Gempa. Kelihatannya Gempa seperti sedang hairankan sesuatu.

"S-siapa Boboiboy yang korang maksudkan tu? Dan.. Siapa korang ni? "

Gempa menunjukkan jari telunjuknya ke arah 5 orang tadi. Pemilik iris ruby yang masih setia berada di samping Gempa menepuk bahu Gempa dengan lembut.

"Kau tak ingat? "

Gempa menoleh ke arahnya. Secara perlahan namun yakin dia menggelengkan kepalanya.

"Maaf, abang. Gempa langsung tak ingat. "

"A-abang? "

Garisan merah muncul di wajah pemilik iris ruby tadi atau lebih dikenali sebagai Halilintar. Kelihatannya dia amat terkejut dengan 'panggilan' yang diberikan oleh Gempa tadi.

"Oh! Aku dah tahu! "

Ochobot menepuk tangannya seperti baru sahaja berjaya menyelesaikan satu masalah teka-teki. Yang lain kembali menumpukan perhatian kepada Ochobot.

"Gempa, adakah kau ingat mereka berenam ini adik-beradik kau? "

Gempa dengan yakin menganggukkan kepalanya. Ochobot sekali lagi mengangguk faham. Dia memusingkan dirinya menghadap ke arah 4 orang lagi yang berada di belakangnya.

"Yaya, Ying, Fang dan Gopal. Aku rasa Boboiboy Gempa mengalami masalah ingatan tentang kita. Jadi apa kata kita berikan dia masa untuk berehat dulu? "

"Haiya... Jadi macam mana dia boleh ingat nama kembar elementnya maa..? "

"Entahnya. Nama diorang boleh pula ingat. "

"Aku rasa.. Boboiboy Gempa ada masalah dalam memori dia. Kan tadi dia ada tanya siapa Boboiboy? "

"Hmmm... Betul juga tu. Tapi aku masih tak dapat nak memastikan apa masalahnya. Jadi apa kata kita balik dulu? Kita biarkan Boboiboy Gempa bersama yang lain terlebih dahulu. "

Mereka berempat mengangguk faham. Setelah mengucapkan selamat tinggal, mereka pun segera meninggalkan ruangan wad bersama Ochobot Si Robot Kuning tadi. Kini hanya tinggal 7 saudara berwajah sama itu.

Salah satu dari mereka yang beriris berwarna hijau mula menghampiri sisi Gempa yang satu lagi. Kelihatannya di wajahnya begitu risau sekali.

"Gemgem... Gemgem ok? "

Gempa menoleh ke arah si pemilik iris hijau tadi atau lebih tepatnya Thorn dengan pandangan hairan. Namun kemudian dia menganggukkan kepalanya dan tersenyum.

"Hmm.. Abang ok. "

"Eerr... Aku hairanlah. Kenapa Gempa pakai 'abang' segala ni? "

Si pemilik iris merah-oren atau lebih tepatnya Blaze mula menggarukan kepalanya hairan. Dia menoleh ke salah seorang lagi kembarnya yang memakai cermin mata oren-kuning di sebelahnya atau lebih dikenali sebagai Solar.

"Macam yang Ochobot katakan tadi, aku rasa Gempa ada masalah dalam memori dia. Dia seolah-olah... Lupa akan diri dia yang sebenar. "

"Atau Gempa sedang lalui satu memori silam yang kita tidak tahu atau... Lupa. "

Halilintar memangkah pendapat Solar tadi. Pandangannya masih tertumpu pada wajah Gempa yang kelihatannya masih hairan dengan suasana di sekitarnya. Namun jauh dalam benak fikiran Halilintar, dia seolah-olah dapat meneka apa yang berada di dalam memori Gempa sekarang.

"Gem... Adakah kau fikir kita semua adalah adik-beradik? "

Gempa sekali lagi menganggukkan kepalanya yakin.

"Kenapa? Adakah Abang Hali dan semua masih tidak dapat maafkan, Gempa? Gempa tahu Gempa salah... Jadi... T-tolong maafkan Gempa. Jangan seksa Gempa lagi... "

Kelu hati mereka berenam apabila melihat wajah Gempa yang tiba-tiba sedih dan suram. Seperti Gempa begitu terseksa sekali di sebalik pandangan matanya.

Mereka berenam berdiam diri. Suasana hening mula menyapa di kawasan sekitar mereka. Gempa memandang wajah mereka berenam. Dia juga turut hairan dengan pakaian dan topi yang dipakai oleh mereka. Semuanya berlainan warna dan corak serta cara pemakaiannya.

"U-umm... "

Suara kecil Gempa mula menyapa. Serentak mereka berenam memandang ke arah Gempa.

"Bukankah... Gempa berada di dalam bilik mandi? B-bukan ke... Gempa sepatutnya... Mati- AARGHH-!!!"

Gempa secara tiba-tiba mengerang kesakitan! Kerana merasakan denyutan dan sengatan yang kuat melanda di kepalanya, Gempa memegang kuat kepalanya dan mula mengerang serta menjerit kesakitan.

"AAARGHHH!!! T-TOLOONNGG!! HENTIKAAANN!! "

"HUH?!! K-kenapa dengan Gempa?! "

Mereka berenam mula panik atas situasi mengejutkan itu. Halilintar yang berada berdekatan dengan Gempa mula memegang tangan Gempa dan ingin menenangkannya.

Namun belum sempat Halilintar berkata-kata, tangannya yang memegang tangan Gempa pantas ditepis kuat oleh Gempa. Alangkah terkejutnya Halilintar apabila diperlakukan sedemikian. Yang lain juga tidak kalah terkejutnya.

Mereka mendapati badan Gempa mula menggigil. Tangisan mula kedengaran dan Gempa memeluk lututnya ketakutan.
"Tolong.. Isk.. Tolong berhenti pukul Gempa... Maafkan Gempa..!! Isk.. Maafkan Gempa!! "

"A-apa yang Gempa tengah mengarut ni?! "

"A-aku pun tak pasti!! "

Masing-masing mula mendekati Gempa. Jelas terpancar wajah kerisauan mereka ke atas diri Gempa. Entah kenapa melalui pandangan mereka, kelihatannya Gempa sedang terseksa dan disakiti begitu sadis sekali.

Mereka ingin cuba menenangkan Gempa, namun asal mereka mahu memegang atau menyentuh Gempa, pantas diri mereka ditolak dan ditepis kasar.

"Korang kejam... KORANG KEJAM!! TERGAMAK KORANG SEKSA AKU MACAM BINATANG?!! "

"G-Gempa?! "

"KORANG SAKITI AKU...! KORANG DAH BUNUH AKU!!! AKU BENCI KORANG... AKU BENCI!! KELUAR DARI BILIK INI SEKARANG!!! "

"Gempa tolong sedarkan diri kau..!! "

"AAARRGHHH!!! PEMBUNUUUHHH!! KORANG ADALAH PEMBUNUH!!! AKU BENCI!! BENCIII!!! KELUAR!!! "

Bagaikan ditusuk sembilu rasanya di hati mereka saat dihalau begitu keras sekali oleh Gempa. Masing-masing mula mengeluarkan air mata mereka.

"Tidak... K-kenapa dengan Gempa.. Kenapa dia jadi macam ni..? "

"Aku pun tak tahu... Isk.. Isk.. Aku.. Aku rasa aku tak sanggup nak tengok Gempa macam ni... "

"Apa yang patut kita buat seka-"

ZIIIIIINNG-!!!

Bagaikan diri disambungkan oleh sesuatu wayar. Keenam saudara itu mula diam dan kaku. Seolah-olah diri mereka tiba-tiba dirasuk dan dimasuki sesuatu.

"Uhuk.. Uhuuu... Tinggalkan aku... Aku benci korang...!! "

Gempa terus menangis dan menangis. Dia membenamkan wajahnya di dalam lututnya. Dia ketakutan.

Namun tiba-tiba, Gempa merasakan ada sesuatu menyentuh tangannya. Pantas Gempa mendongak dan dia mendapati saudaranya sedang memandang ke arahnya dalam keadaan menangis teresak.

Halilintar menyentuh tangan Gempa. Dia kemudian mengusap kepala Gempa dengan lembut. Dirinya juga tidak kalah sedang menangis bersama saudaranya yang lain.

"Gempa... Abang minta maaf. Selama ini... Kami sangat berdendam dengan kau. "

Taufan pula mendekati Gempa. Tangan Gempa diraihnya lalu diciumnya dengan perasaan penuh kasih sayang dan penyesalan.

"Abang Taufan juga nak minta maaf. Abang dah seksa Gempa.. Tanpa memikirkan talian persaudaraan kita yang dulu kita eratkan dan jaga bersama... "

Selepas itu, datang pula Blaze dan Ais. Mereka menangis teresak-esak dengan kuat sekali. Sehingga Ais yang terkenal dingin itu pun menangis semahunya.

"Abang... Kami sayangkan abang. Isk.. Isk.. Maafkan kami kerana pernah bencikan abang.. Maafkan kami... "

Gempa kaku memandang mereka. Namun tiba-tiba dirinya dipeluk kuat oleh seseorang. Dia segera berpaling dan mendapati Thorn sedang memeluknya dalam keadaan menangis tanpa henti.

"Isk.. Isk.. Huwaa... Maafkan Thorn, Abang Gempa!! Thorn tinggalkan abang!! Thorn buat abang kecewa..! "

"S-Solar juga nak minta maaf, Abang... Kami... Isk.. Dah banyak menyakiti abang... "

Air mata Gempa semakin deras mengalir. Melihat dan mendengar segala pengakuan saudara-saudaranya membuatkan dirinya kian hangat dan tenang. Namun begitu, air matanya masih mengalir turun.

"Adakah... Korang bencikan aku..? "

"Tidak!! Kami minta maaf!! Kami menyesal!! "

Serentak mereka berenam memeluk Gempa dengan begitu erat sekali. Gempa kaku namun terharu dalam tangisannya.

Dengan perlahan, Gempa membalas pelukan mereka. Dia mula tersenyum gembira.

"Terima kasih... Semua. Dan selepas ini, kita akan jadi saudara semula, kan? "

Mereka semua saling berpandangan. Serentak semua menganggukkan kepala mereka setuju.

"Hm! Kita akan dilahirkan semula. Dan kita akan bersama. Dalam suka dan duka, kita bersama-sama mengharunginya bersama... "

Gempa semakin terharu mendengarnya. Setiap wajah saudaranya diusap dan disentuh lembut.

"Tapi macam mana kita nak ingat kalau kita ini bersaudara? "

Mereka berenam tersenyum semula. Tangan Gempa digenggam erat.

"Selepas ini, kita akan menjadi kembar element yang ada dalam 1 badan seseorang. Apabila dia berpecah, kita semua akan keluar. Dan pada saat itulah, kita akhirnya dapat bertemu semula. "

"Apa nama pemilik kuasa element ini..? "

"Boboiboy. "

"Boboiboy..? "

"Hm! Kita bukan lagi dipanggil Abang Halilintar, Abang Taufan, Abang Gempa, Blaze, Ais, Thorn dan Solar. Selepas ini.. Kita akan dipanggil Boboiboy Halilintar, Boboiboy Taufan, Boboiboy Gempa, Boboiboy Blaze, Boboiboy Ais, Boboiboy Thorn dan Boboiboy Solar. "

Gempa mula tersenyum senang. Tangisan kegembiraan mula mengalir turun dari kelopak matanya. Dia menganggukkan kepalanya faham.

"Boboiboy... Ya. Dan selepas ini... Kita akan menjadi kembar selamanya... "

Mereka semua saling berpelukan dengan erat sekali.

Dalam suasana berpelukan itu, dalam sekelip mata sahaja mereka seperti baru dilepaskan oleh sesuatu. Dan mereka mula menyedarkan diri. Semua mencelikkan mata mereka hairan.

"E-eehh... A-apa dah jadi? Kenapa aku menangis? "

Taufan mula memandang yang lain. Kelihatannya bukan dia seorang sahaja yang menangis, yang lain juga turut mengalirkan air mata.

"Wahahahahaah!! Hali kau nangis ehh?! "

"Ckh! Diamlah Blaze!! "

Pantas Halilintar mengelap air matanya kasar. Dirinya sendiri tidak sangka bahawa dia sedang menangis dalam keadaan tidak sedarkan diri.

"A-apa sudah jadi sebenarnya. Kenapa kita tiba-tiba menangis ni? "

Solar membuka cermin matanya lalu mengelap air matanya.

"Ughh.. Habis hilang kehenseman aku.. "

Ais menjeling menyampah ke arah Solar. Dia juga sedang mengelap air matanya yang terus menerus tidak berhenti mengalir. Dia juga terkejut kerana dia boleh menangis sebanyak itu. Selama ini jika dia ingin menangis, pasti dia akan tidur. Tapi entah kenapa, tangisannya kali ini adalah...

"Tangisan ini... Seperti tangisan yang dah lama ditahan. T-tapi kenapa...? "

Thorn meletakkan tangannya di jantungnya. Terasa sebak di dalamnya sambil memikirkan keadaan sebenar.

"Isk.. Sniff... "

Terkedu mereka berenam apabila suara isakan seseorang menyapa. Pantas mereka berpaling ke arah sumber asal suara tersebut dan mereka mendapati bahawa Gempa sedang mengelap air matanya.

"G-Gem? Kau ok? "

Halilintar mula bertanya risau. Sedangkan dirinya sendiri tidak tahu kenapa dia menangis, inikan pula apabila bertanya kepada yang lain.

"A-aku ok. Aku... Pelik. Kenapa aku tiba-tiba menangis? "

"Aku pun tak pasti. Tapi kau ok tak ni? Kau baru sahaja diserang Adudu dan Probe tadi. "

"Ah, aku ok. "

"Kau nak aku panggilkan doktor? "

Gempa perlahan menggeleng. Dia dapat merasakan bahawa dia sedang menggenggam seseuatu yang berada di tangannya. Dia pantas memandang apa yang dipegangnya.

Botol?

"Woah, banyaknya botol kau! Dari mana kau dapat ni, Gem? "

Blaze memandang teruja ke arah botol-botol yang berada bersama Gempa. Manakala Gempa pula sedang melihat satu per satu botol-botol tersebut. Kesemuanya ada 6.

"Cuba buka, Gem. "

"Uhmm... Banyak sangatlah. Dan kejap, warna penutup botol ini semua ada tulis nama masing-masing. "

Gempa melihat satu per satu nama yang tertulis di penutup botol itu. Dan nama kembarannya ada di situ.

"Nama korang ada di sini. Aku punya je takde. Apa kata... Korang ambil dan bacakannya? "

Gempa terus memberikan botol-botol tersebut kepada pemilik nama yang betul. Halilintar yang menerima botol yang bertuliskan namanya memandangnya hairan.

"Aku tak ingat pula aku ada tulis surat dan letak dalam botol. "

"Entah. Setahu aku, kau tulis semuanya dalam diari, kan? "

"Ha'a. Eh-?! K-kau! Macam mana kau tahu, Gem?! "

"Eheheh! Aku dan Taufan ada ternampak hari tu! "

Gempa dan Taufan bertepuk tangan bersama. Kantoi Halilintar ada diari dalam diam.

"Ish! Korang ni..! "

"Hahahah! Rilek Hali, rahsia kau selamat dengan aku dan Gempa. "

Halilintar terus mengalihkan wajahnya. Geram pula bila dikenakan sebegitu.

"G-Gem.. Surat ini... "

Kini mata kesemua kembar element tertumpu pada wajah Solar. Jelas kelihatan wajahnya terharu ditambah terkejut. Semua memandangnya hairan.

"Kenapa Solar? "

"S-suar ini.. Adalah untuk kau. "

"Huh? "

Selepas mendengar kata-kata Solar, pantas yang ada kertas di tangan mereka dibuka lalu dibaca.

Yang lain mula sebak selepas membaca surat yang dibaca oleh mereka.

"Uuhh... Apa yang ditulis? "

"Regret message. "

Gempa memandang Ais hairan. Kenapa ia dipanggil sebegitu?

"Melalui apa yang aku perhatikan pada wajah semua, aku dapat rasakan yang... Surat ini semua ditujukan kepada Gempa. Dan isinya... Adalah sebuah kata-kata penyesalan."

Solar menghela nafas. Gempa menundukkan kepalanya. Dia sendiri hairan, apa yang telah kembar elementnya lakukan sehingga mereka sanggup menuliskan surat kepadanya.

Melihat reaksi Gempa sebegitu, Halilintar mula mempelawa dirinya untuk membacakan suratnya.

"Biar aku bacakan surat ni. "

Semua memandang ke arah Halilintar. Masing-masing mula tertunggu akan apa yang ditulis oleh penulis rahsia itu, atau lebih tepat sebenarnya adalah Halilintar sendiri(?).

"Ke hadapan Gempa, maafkan aku. Maafkan aku atas segala yang telah aku lakukan kepada kau. Aku gagal menjadi seorang abang yang baik untuk kau... Aku kecewakan kau... Aku sakiti kau... Aku dera kau... Aku menyesal. Aku sangat... Menyesal. "

Gempa diam dan kaku dalam mendengar apa yang dibaca oleh Halilintar. Sebenarnya dia sendiri cukup terkejut dengan apa yang ditulis di dalam kertas itu.

"Dulu sewaktu kita kanak-kanak, kita sentiasa meluangkan masa bersama-sama. Kita bermain bersama-sama dan ketawa bersama-sama. Boleh dikatakan... Segalanya... Bersama-sama. Tetapi Gempa, kerana keegoan kita sendiri dan perasaan amarah menguasai kita, akhirnya... Kita berpecah. "

Kesemua orang diam. Betapa terkejutnya mereka selepas mendengar kata-kata yang ditulis di dalam kertas tersebut. Hati masing-masing mula menjadi sebak.

"Aku gagal... Aku gagal sebagai seorang abang untuk lindungi adik yang paling aku sayangi. Dahulu.. Aku tak sanggup melihat dia dilukai dan ditinggalkan oleh aku. Namun pada akhirnya.... K-kami sendiri yang meninggalkan kau... Kami yang.. Menyebabkan kau terluka. Sehingga akhirnya kau.... Bunuh diri. Dan... Sebaik sahaja aku buka mata, baru aku sedar. Semuanya sudah... T-terlambat... "

"Halilintar, cukup. "

Gempa terus menutup perkataan seterusnya sebelum sempat untuk dibaca oleh Halilintar. Dia tidak sanggup untuk mendengarnya. Ditambah pula dia amat terkejut selepas melihat Halilintar sekali lagi tiba-tiba menangis sebaik sahaja dia membaca surat itu.

Tangan Halilintar ditariknya lembut lalu dia pun memeluk Halilintar dengan erat. Tidak pedulikan yang lain sedang melihat, Halilintar membalas pelukan tadi dan membenamkan wajahnya di bahu Gempa.

"Isk.. Isk... W-walaupun.. Kita tak faham apa sebenarnya y-yang terjadi tapi.. Isk.. Kenapa kata-kata di dalam surat itu seperti dah menceritakan segalanya? Isk.. "

Taufan bertungkus-lumus mengelap air matanya yang kali kedua dia menangis. Yang lain juga ternyata sedang menangis kesedihan. Mereka sendiri tidak percaya bahawa hanya dengan sekeping surat sahaja dapat membuatkan mereka menangis sampai begitu sekali.

Selesai berpelukan, Gempa menundukkan kepalanya semula. Sebenarnya dirinya juga rasa sebak selepas mendengar apa yang ditulis di dalam surat itu. Tetapi dia pendamkan sahaja.

"Aku rasa... Kita ni bagaikan dilahirkan semula. "

Semua mata tertumpu pada Gempa. Kelihatannya wajah Gempa amat serius sekali walaupun dalam keadaan bersedih. Gempa meminta semula kertas Halilintar tadi lalu dia membacanya.

"Kau yakin ke, Gempa? "

"Tak sangat tapi... Selepas apa peristiwa aneh yang kita lalui sekarang, aku dapat rasakan yang... Ada sebuah jiwa yang seolah-olah terperangkan di dalam badan kita sebelum ini. Dan sekarang... Kesemuanya sudah pergi. "

"Kita dilahirkan semula? Adakah kau bermaksud bahawa sebelum ini... Kita juga pernah bersama. "

Gempa menganggukkan kepalanya menjawab pertanyaan Solar. Selepas itu, dia memandang semula kertas yang berada di tangannya tadi.

Walaupun untuk peluang ini kita berpisah. Namun abang yakin, di masa akan datang kita akan bersama sebagai kembar semula.

Abang, Taufan, Gempa, Blaze, Ais, Thorn dan Solar... Kita akan bersama semula.

Jadi Gempa... Jika kau ingin kita bersama semula, tolong tunggu kami, ya? Kita pergi bersama-sama dan di masa akan datang nanti, kita akan menjadi kembar 7 semula.

Abang janji, pada waktu itu, kita akan jauh lebih bahagian dari waktu yang dulu.

Halilintar

Gempa tersenyum memandang petikan yang ada di dalam surat tersebut. Dia memberikannya semula kepada Halilintar.

"Semua, walaupun ini agak pelik tapi... Terdapat beribu penyesalan di dalam surat-surat tersebut. Dan kesemuanya ditujukan kepada aku. Memandangkan kita semua telah bersama, aku ingin mengatakan bahawa, aku sudah memaafkan segala salah silap korang. Walaupun... Sebenarnya aku tak tahu apa silap korang. Tapi... Yang lepas biarkan ia berlalu. Sekarang lebih baik kita fokuskan diri untuk masa hadapan. Ok? "

Gempa melemparkan senyuman hangatnya kepada kembar elementnya. Sebuah kehangatan tiba-tiba mengalir dari dalam tubuh mereka semua. Tanpa ragu-ragu, mereka juga membalas senyuman itu dan semuanya berpelukan semula.

Tuhan..
Terima kasih untuk peluang yang diberikan untuk kami kali ini.

Mulai sekarang, kami akan mengukir memori bersama dan takkan sesekali mensia-siakan peluang ini.

Kami akan saling menjaga antara satu sama lain.
Dan kali ini, semuanya akan bersama tanpa ada seorang pun yang akan ditinggalkan.





















THE END

Yaayyy~ semuanya sudah tamat. 😄💕
.
Fuh! 3000+ words untuk chap kali ini. Dan harap-harapnya ia berbaloi dan berjaya memuaskan hati korang semua Uwu 💕
.
So guys, long story short, sebenarnya in the first place diorang adalah saudara kembar biasa-biasa sahaja. Nothing special. Dan setelah kesemuanya dilahirkan semula, mereka kini menjadi kembar 7 yang merupakan superhero.
.
Agak complicated untuk faham keseluruhan cerita tapi Ani sudah pun mencuba sebaik mungkin untuk menerangkan segalanya.
.
Jadi guys, selesai sahaja untuk cerita kali ini. Tengoklah kalau Ani nak buat cerita lain pula ke itu masih tak pasti. Tapi yang pasti, untuk story ini SUDAH TAMAT. Ani ulang, SUDAH TAMAT 😊
.
So see ya in another short story.
Byeeee😆💕💞

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro