sabar

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

صبر
__________

[ Kolaborasi bersama imputeriiii ]

Disebalik jalan berpetualang duri,
Umat menyoroti jiwa yang terkaburi,
Lalu kau terkenal dengan kisah nafsi,
Sakitnya akal kau dek pidana duniawi,

Lekas, di mana prestij sabar kau?

Di saat umat lain lewati alam hedonisme,
Kau turut menapak dibelengu bisikan penipu,
Lantas ditanya ke mana pergi entiti mithali,
Tiada munasabah alasan selain swadaya ghaib kembali,

Lekas, di mana prestij hebat sabar kau?

Di waktu atma sakit dicemuh hebat,
Menggegarkan sukma ditemani mental yang sarat tekanan,
Satu tapakan kau jatuh,
Bangun dan satu tapakan kau jatuh lagi,
Dek kerana lelah sanggup kau tarik nyawa sendiri,

Di sini, aku soal lagi,
Ke mana perginya prestij sabar kau?

Di saat badai kehidupan membarahi,
Konkritkan dirimu,
Jangan biarkan dirimu kebejatan,
Bangunlah dengan azam yang kental,

Harungi segala onak duri,
Kerana ini lumrah hakikat,
Rajas sering menemani,
Dalam helaan nafas yang mula terhela,

Atma bagaikan dicarik,
Dalam pendam, ku terpaksa menelannya,
Pahit mencengkam sanubari,
Bisikan kekuatan menyapa.

[ Buat kamu, yang sedang membaca ]
28 February 2021.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro