04|🍀again?

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Pada pagi hari Sabtu yang indah dan terang, dapat dilihat  kesesakan lalu lintas yang berlaku disebabkan oleh penduduk masyarakat yang ingin menuju ke destinasi masing-masing. Hal ini kerana, selalunya pada hari minggu seperti ini, manusia yang sentiasa sibuk dengan kerja akan mengambil peluang untuk meluangkan masa bersama keluarga tercinta.

Namun bukan bagi Song Jihyo. Ya. Dikala keluarga lain akan keluar berjalan-jalan bersama, dia hanya berjalan seorang diri ditemani dengan telefon bimbitnya sahaja. Dikala keluarga lain mengisi minda mereka dengan memori indah yang tercipta, Jihyo hanya mengisi mindanya dengan keperitan dan kesengsaraan yang dia hadapi seorang diri. Dikala keluarga lain bergelak ketawa sesama mereka, Song Jihyo hanya menumpahkan air matanya yang sangat berharga untuk dibazirkan

Jihyo mengelap peluh yang berada di leher hasil dari lariannya pada pagi itu dengan menggunakan tuala kecil. Bangku berdekatan terus menjadi tujuannya lalu dilabuhkan punggungnya di situ. Pemandangan Han River yang terbentang luas di hadapannya sekarang membuatkan dia tersenyum kecil

“Rasanya Mummy and Daddy dah lama tak datang sini dengan aku. Bila agaknya kali terakhir aku ke sini dengan mereka?” Jihyo tergelak kecil sebelum menggelengkan kepalanya. Mustahil bagi dia untuk mengingati itu semua. Kerana apa? Kerana perkara itu sudah lama berlaku. Dan dia juga yakin, ibu bapanya juga pasti tidak ingat

“Jangan pernah bermimpi Song Jihyo. Parents kau dah tak pedulikan tentang diri kau. Cuma kau sahaja yang mengemis dari mereka untuk sentiasa bersama kau. Haha” tanpa dirinya sedar, air mata jernihnya sekali lagi perlahan-lahan jatuh menggelongsor di pipi. Sudah tidak dapat dihitung berapa kali dia menangis hanya kerana keluarganya sendiri

Jikalau orang di luar sana berlumba-lumba mahukan kemewahan, dia pula hanya inginkan kesederhanaan. Jikalau mereka mahukan kesenangan, dia pula hanya inginkan keselasaan hati dan perasaan. Jikalau mereka mahukan kekayaan harta, dia pula cuma mahu inginkan kekayaan kasih sayang. Cuma itu sahaja yang dia minta. Tak payah bukan?

Memang tidak payah, namun perkara tersebut terlalu mustahil bagi Song Jihyo. Dia sedar dan dia cuba untuk terima. Namun percayalah, tiada seorang pon ingin merasai apa yang Jihyo alami ketika ini. Kerana apa? Kerana harta yang paling berharga sekali di dalam dunia ini adalah keluarga kita. Keluarga kita yang telah diberi pinjam oleh Tuhan untuk satu tempoh tertentu

“W--wae?hiks..hiks..kena..kenapa aku?..ken--kenapa bukan orang lain?..hiks..hiks..perit untuk..hiks..aku..perit sangat..hiks..hiks” akhirnya Song Jihyo menghemburkan segala keperitan dan bebanan yang dipikul oleh dirinya selama ini. Hanya dengan cara ini. Hanya dengan cara ini dia dapat menyelesakan hatinya yang sudah berdarah itu

Pandangan orang lain tidak dihiraukan. Apa yang dia tahu, dia cuma ingin melepaskan segala duri dan racun yang telah lama sebati dalam tubuh badannya. Orang lain tidak memahami, dan mereka memang tidak akan memahami. Jadi biarlah dia berada di dalam dunianya sendiri buat seketika. Biarlah dia tergelam di dalam lautannya sendiri buat seketika

Kerana itulah Song Jihyo. Itulah diri Song Jihyo yang sebenarnya. Siapa sangka, sifatnya yang peramah dan sentiasa tersenyum sebenarnya adalah satu penipuan sahaja. Kemurungan dan seperti mayat hidup, itu adalah dirinya yang sebenar pada suatu ketika dahulu. Dan dia terpaksa menempuhi semua itu pada usia yang begitu muda

Dan semuanya berubah semenjak dia mengenali Eunji ketika berumur 8 tahun. Eunji hadir seperti bidadari yang memberikan cahaya kepada dunia gelapnya. Hanya Eunji sahaja yang berani menegurnya suatu ketika dahulu manakala anak-anak lain memandang serong kepadanya. Pelik. Itulah perkataan yang selalu diungkapkan oleh anak-anak lain tetapi tidak Eunji

Dia datang dan memberi sinar harapan kepada Song Jihyo. Hanya Eunji sahaja yang menjadi cahaya terangnya. Hanya Eunji

“Menangislah sebanyak mana yang kau mahukan kerana aku janji selepas ini hanya gelak ketawa sahaja yang bakal memenuhi kehidupan kau. Itu janji aku pada kau sayangku”

Dia, yang telah lama memerhatikan gerak laku Song Jihyo sejak daripada tadi. Melihatkan air mata yang jatuh berguguran di pipi Song Jihyo membuatkan dia juga terluka dan terseksa. Tidak sanggup melihat lagi penderitaan pemilik hatinya, dia terus pergi meninggalkan Song Jihyo seorang diri









“Jungkook, harini teman aku pergi beli buku” Jungkook yang sedang menonton televisyen terus mengalihkan pandangannya ke arah Jimin yang sedang berjalan ke arahnya. Kemudian, Jimin melabuhkan punggungnya di sebelah Jungkook

“Aku malas“ terus berubah riak wajah Jimin apabila Jungkook berkata begitu. Dia mencebik kegeraman sebelum alat kawalan jauh yang berada di tangan Jungkook dirampas dengan kasar. Ini membuatkan Jungkook memandang Jimin dengan tajam. Geram

“Aku tak kira. Aku nak kau ikut aku jugak. Kalau tak, aku bakar kau punya boxer” ugut Jimin lalu tersenyum sinis apabila melihat wajah Jungkook yang sudah berubah riak itu. Heh takut

“Kau ni dah tak ada boxer sendiri ke nak bakar sampai nak guna boxer aku?” ujar Jungkook geram. Ni yang paling dia pantang sebenarnya. Boxer kesayangannya tidak boleh dibuat main

“Pergi bersiap. Aku tunggu kau dalam kereta” tanpa mendengar jawapan Jungkook, Jimin terus melangkah pergi meninggalkan Jungkook sambil bersiul kecil

Jungkook dibuat tercengang di situ. Dia merenung badan kecil milik Jimin dengan tajam sebelum menuju ke arah tangga untuk bersiap. Tiada guna untuk dia melawan sekarang. Semuanya akan sia-sia

[Skip]

“Kau pusing-pusing la dulu dalam ni. Aku nak pergi cari buku aku. Kalau ada buku yang kau berkenan, ambik saja. Aku belanja. Sebagai tanda 'penghargaan'. Hoho” Jimin mengejek Jungkook sambil tangan kecilnya pura-pura menutup mulutnya sebelum berlalu pergi

Jungkook memandang pemergian Jimin dengan wajah yang mendatar. “Kau tengoklah aku akan buat kau 'botak' harini” dia memaparkan senyuman sinis sebelum menuju ke lorong yang menempatkan pelbagai jenis novel

Rambang matanya apabila melihat kesemua novel yang berada di situ. Ah, dia rasa bagaikan di syurga. Namun jangan salah sangka, sepadan dengan sikapnya, Jungkook lebih suka membaca novel yang bergenre thriller and mysterious. Dia lebih menggemari novel yang berkonsepkan kegelapan daripada novel romantis

Jungkook melihat satu-persatu novel yang menjadi tarikannya. Seperti biasa, dia akan membaca sinopsis yang terletak di kulit novel pada bahagian belakang sekali.  Seterusnya, beberapa buah novel lain juga dicapai

“Si Pendek tu tak cakap aku boleh ambil berapa banyak. Jadi aku akan ambil semua buku yang aku suka. Memang 'botak' kau kejap lagi. Heh”

“Eo? Jeon Jungkook-shi?”

Terhinjut sedikit bahu Jungkook apabila ada seseorang menegurnya dari arah belakang. Nasib sahaja dia sempat menyambut novelnya yang hampir terjatuh. Jungkook mengeluh kasar sebelum memusingkan badannya untuk melihat wajah yang baru sahaja menugurnya tadi.

Berkerut habis wajah Jungkook apabila melihat orang yang menengurnya tadi. Manakala orang itu tersenyum manis. Sedikit teruja apabila melihat Jungkook

‘Yeoja ni lagi’ getus Jungkook lalu mengeluh kecil. Wajahnya yang sedingin kutub utara itu menjadi pemandangan mata si 'Song Jihyo'

“Tak sangka saya dapat jumpa awak dekat sini. Lagi-lagi di tempat yang macam ini, yang penuh dengan novel” Jihyo menjeling sekilas novel yang berada di tangan Jungkook. Tak sangka namja di hadapannya ini suka membaca novel. Namun novel yang menyeramkan

Jungkook hanya memandang Jihyo dengan wajahnya yang dingin dan anak matanya yang memandang anak mata bundar milik Jihyo dengan tajam. Jihyo yang perasan akan panahan mata milik Jungkook itu terus mengalihkan pandangannya ke arah lain

“Saya nak ucapkan terima kasih sebab dah selamatkan saya haritu. Gomawoyeo” senyuman manis tetap dipaparkan walaupun dia agak tidak selesa dengan situasi mereka sekarang ini. Terbit rasa menyesal di dalam diri kerana telah menegur Jungkook

“Hmm” hanya itu sahaja respon daripada Jungkook. Ketika Jungkook berura-ura mahu pergi, Jihyo secara tiba-tiba memegang pergelangan tangan Jungkook membuatkan Jungkook terdiam kaku di tempatnya. Riak wajahnya cuba dikawal sebelum memandang wajah Jihyo bersama kening yang terangkat sebelah

“Sebenarnya saya perlukan bantuan awak” ucap Jihyo malu-malu. Dia masih lagi tidak melepaskan pegangan tangannya pada Jungkook. Wajahnya ditundukkan kerana terlalu malu meminta pertolongan daripada orang dia tidak rapat lansung. Namun ditebalkan sahaja air mukanya buat sementara waktu

Jungkook pula sudah memandang Jihyo dengan tajam














“Baik semua orang menyorok elok-elok. Raksaksa kacak nak datang menyerang ni.. Muahahahahah”

Serentak dengan itu, habis bising rumah itu dengan suara orang lari bertempiaran. Melarikan diri daripada 'Raksaksa Kacak' yang sedang memburu mereka di dalan rumah sederhana besar itu

“Terima kasih hyo sebab bawa kawan kamu untuk bermain dengan mereka. Bonda faham yang kamu kurang sihat sekarang, tapi kamu sanggup juga datang sini ” wanita separuh abad yang digelar sebagai Bonda itu menggengam erat tangan kecil Jihyo yang berada di sampingnya

“Tak ada apalah Bonda. Sepatutnya hyo yang kena minta maaf sebab tak dapat nak tunaikan janji hyo dengan budak-budak semua. Tiba-tiba rasa sakit kepala sikit” ucap Jihyo lembut sebelum dia mengalihkan pandangannya ke arah Jungkook yang sedang bersungguh-sungguh untuk mencari budak-budak yang sedang menyorok

“Kamu tak pernah kenalkan kawan kamu ini dengan Bonda. Mana Eunji?” soalan Bonda menyentakkan Jihyo yang sedang ralit melihat Jungkook. Leka seketika

“Macam mana hyo nak kenalkan kalau dia bukan kawan hyo. Eunji pula dia balik rumah keluarga dia harini. Katanya ada hal yang perlu dibincangkan” jawab Jihyo lalu tersenyum kecil apabila teringat kembali wajah bersalah Eunji

Namun jawapan aneh Jihyo membuatkan Bonda tertanya-tanya “Bukan kawan kamu? Maksud kamu apa sayang?" tanyanya aneh. Wajah Jihyo yang putih mulus itu ditenung dengan lembut

“Bonda, Jungkook bukan kawan Jihyo. Kami cuma belajar di sekolah yang sama. Ini baru pertemuan kali ketiga hyo dengan Jungkook ” Jihyo tersengih comel apabila melihat reaksi yang diberikan oleh Bonda

“Maksud hyo..hyo suruh orang yang hyo tak kenal untuk bantu hyo?” soalnya dengan perasaan kaget. Eh anaknya seorang ini buat perangai macam ini pula

Jihyo hanya tersenyum kecil sebelum menggelengkan kepalanya. “Bukan sampai tak kenal. Hyo kenal Jungkook. Itupun sebab dia dah tolong hyo haritu dekat sekolah. Lagi satu, hyo tak suruh tau. Hyo minta tolong dan dia dengan rela hati nak bantu hyo. Jadi apa salahnya”

Bonda menggelengkan kepalanya apabila mendengar jawapan Jihyo. Ish memang nak kena budak ini. “Sayang, kamu kalau tak boleh datang, tak apa. Bonda faham. Tak perlulah sampai menyusahkan orang lain. Kasihan dengan kamu dan Jungkook ”

“Bonda tak perlu risau. Bonda dengan budak-budak tak pernah menyusahkan hyo. Hyo lagi gembira kalau dapat tolong Bonda”

Serentak dengan itu, Jihyo memeluk erat badan milik Bonda sambil tersenyum manis. Hangat terasa apabila Bonda dengan kasih sayangnya membalas kembali pelukan tersebut. Seperti sebuah pelukan di antara seorang ibu dengan seorang anak
















“Gomawoyeo Jungkook-shi” Jihyo berkata dengan secara tiba-tiba bagi menghilangkan suasana canggung di antara mereka berdua sekarang ini.  Jungkook yang sedang berjalan bersebelahan dengan dirinya itu dipandang

Jungkook hanya menggumam sambil matanya setia memandang ke hadapan. Sedikitpun tidak menoleh ke arah Jihyo. Jihyo pula hanya tersenyum lemah kerana hanya perkara itu yang mampu dia lakukan sekarang.

“Boleh ceritakan pada aku tentang budak-budak tadi?”  Jungkook menyoal secara tiba-tiba namun dengan nada suara yang dingin. Wajah Jihyo dipandang sekilas sebelum kembali memandang ke hadapan.

Angin malam yang dingin itu membuatkan kedua-dua mereka berpeluk tubuh bagi menghasilkan haba. Sebenarnya Jungkook agak terkejut apabila Jihyo membawanya ke rumah anak-anak yatim sebentar tadi.

Apabila gadis kecil ini meminta pertolongannya sebentar tadi ketika di kedai buku, dia menjadi tertanya-tanya. Dia sangkakan gadis ini mengalami kesulitan hingga sanggup meminta pertolongan daripada orang yang dia tidak rapat. Jadi sebab itulah dia dengan rela hatinya membantu. Namun, tak pernah dia menyangka yang dia perlu bermain dengan anak-anak yatim tadi.

“Sebenarnya Daddy saya penyumbang utama untuk rumah anak-anak yatim itu. Sejak daripada kecil, saya memang selalu pergi ke rumah itu untuk bermain dengan budak-budak yang lain. Rumah anak-anak yatim menjadi tempat untuk saya meluangkan masa” jelas Jihyo. Tak semena-mena, memori ketika dia bermain di situ sewaktu kecil  kembali terbayang di benak fikirannya.

“Dan kau masih lagi melawat rumah itu walaupun kau dah besar?” pertanyaan Jungkook itu membuatkan Jihyo menghentikan langkahnya. Begitu juga Jungkook. Dia melihat raut wajah Jihyo yang agak---sedih?

“Rumah anak-anak yatim adalah segala-galanya untuk saya. Merekalah keluarga saya dan sayalah satu-satunya keluarga mereka. Mana mungkin saya melupakan keluarga saya sendiri” luahnya sambil memandang wajah Jungkook bersama senyuman kecil

Jungkook pula hanya memandang wajah Jihyo dengan pandangan dingin sahaja. Namun, setiap bait-bait kata daripada Jihyo sedikit sebanyak membuatkan hatinya berasa hangat.

“Apapun, saya nak ucapkan terima kasih sebab sudi bantu saya. Dan maafkan saya juga sebab dah menyusahkan awak harini” Jihyo tersenyum manis ke arah Jungkook

Dia sebenarnya tidak menyangka yang dia akan buat tindakan sedemikian dengan meminta pertolongan daripada Jungkook. Namja yang dia lansung tidak rapat atau lebih mudah stranger.

Namun, memikirkan janjinya bersama budak-budak tadi membuatkan dirinya serba salah. Tidak pula dia terasa sakit pada malam sebelumnya. Tiba-tiba sahaja dia berasa sakit kepala pada pagi tadi.

Jungkook melanjutkan langkahnya diikuti Song Jihyo “Kalau kau perlukan pertolongan lagi. Kau boleh minta tolong aku”

“JINJJA?! ” terhinjut bahu Jungkook apabila Jihyo secara tiba-tiba terjerit. Dia dengan geramnya melihat ke arah Jihyo dengan mata helangnya. Jihyo pula sudah tersenyum kegembiraan. Gembira mungkin.

“Awak yakin ke Jungkook-shi? Saya rasa macam menyusahkan awak pula” ujar Jihyo dengan penuh ragu-ragu. Tak mungkin dia mahu menyusahkan orang lain.

Jungkook hanya mengangguk “Aku tak kisah. Lagipun aku dapat juga pahala tolong anak-anak yatim”

Jihyo tersenyum manis apabila mendengar kata-kata Jungkook. Kenapa apa yang Hani beritahu kepadanya tentang sikap Jungkook jauh sama sekali berbeza dengan apa yang dia lihat? Baginya, Jungkook baik orangnya.

“Kalau macam tu---bolehlah saya anggap awak macam kawan saya kan?” soal Jihyo dengan ragu-ragu.

Jungkook pula sedikit terkesan dengan kata-kata Jihyo namun cuba dikawal riaknya. Dia hanya mengangguk kecil.

Jihyo sudah tersenyum gembira “Salam perkenalan daripada saya, Song Jihyo. Pelajar kelas 6-1” ujarnya sambil menghulurkan tangan kepada Jungkook. Wajah Jungkook dipandang dengan penuh keterujaan. Akhirnya, dia dapat seorang lagi kawan baru.

Jungkook memandang tangan Jihyo lama sebelum dia menyambut huluran tersebut. Wajah Jihyo dipandang. “Aku Jeon Jungkook. Pelajar kelas 6-2”

Kedua mereka saling memandang satu sama lain. Jihyo terlalu gembira kerana dia telah memiliki seorang lagi rakan. Dengan bersaksikan ribuan bintang di dada langit, maka disitulah titik permulaan Song Jihyo dan juga Jeon Jungkook.

-People don't really change, they reveal who they really are-

Vomment anda amat saya hargai🐼

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro