DUS 10 🦋

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"You only live once, but if you do it right, once is enough."

•••••
.
.
.
.
Happy reading!❤️

"Awak?"

Dan seakan dunia ingin kiamat kini.

Oh, tidak! Apakah?

Mengapa dunia ini sungguh tidak adil buatku...

Kenapa mesti mamat ni... Tengku Qarizh?

Okay, Qaireen rasa nak larikan diri dari sini sekarang.

Great, wow.

Just great. Brilliant.

Duniaku akan berakhir tidak lama lagi. Ya aku yakin. Habislah aku.

Argh, tidak!

Tengku Qarizh tersenyum sinis sambil berpeluk tubuh

"So, you know me?"

Wow, soalan yang bijak lagikan cerdik ya.

"Gila tak kenal? You are the man I hate the most. You want to know why I hate you?"

Aku membalas pandangan mata Tengku Qarizh yang sudah bertukar serius mungkin?

"Tell me, why?" Sarkastik saja suaranya.

"Because you are jerk! Pervert, playboy and the last one..." Seketika, aku tersedar. Aku pantas menutup mulut dengan tapak tangan dan terkebil-kebil aku memandang wajah dingin lelaki itu.

Oh man!

Apasal aku tiba-tiba marahkan dia depan semua staff ni?

Shit! 

Apa yang aku dah buat ni? Macam mana aku boleh terlepas cakap?

Melihat wajah tertanya dan tergamam pekerja yang lain, yang turut sama mendengar kutukan aku itu sudah membuatkan aku rasa ingin sahaja menyorokkan diri di bawah meja. Malu weh, malu!

Gila kau? Pekerja baru tiba-tiba berani nak marah CEO Purnama Holdings? Pergh, kalau masuk berita keluar pula tajuk...

' Tengku Qarizh dihina dan dimalukan oleh PA barunya sendiri pada hari pertama bekerja.'

Wow nice!

Memang menempah maut aku ni! Berita yang memalukan sungguh! Habis maruah aku! Dan maruah lelaki itu serta syarikat ini! Weh, apa yang aku dah buat ni? Ah, mulut ni pun kenapa tak reti nak kawal?

"Wow, baru hari pertama masuk kerja kau dah berani melawan aku? Kau cakap aku apa tadi? I'm jerk? Hebat betul kau, kan? Kau dengar sini betul-betul Puteri Qaireen Nisrina. You are fired!" Tajam mata helang Tengku Qarizh merenung aku.

Aku tersentak. Oh, tidak! Aku dah kena pecat? Ah, tak mungkin. Tak akan. Tak nak!

"Awak, jangan pecat saya! Awak, please! Jangan buat saya macam ni! Saya minta maaf!" Aku mula melutut di hadapan lelaki itu.

"Kau tak beradab dengan aku, Qaireen! Kau tak layak bekerja di sini. Attitude kau sangat teruk! Betul tak semua?"

"Betul! Sokong Tengku! Buu, Qaireen!" Pekerja-pekerja yang lain mula bersorak. Menghina aku dengan seronok.

"Buuu, Qaireen!"

"Buuu, Qaireen! Pekerja yang teruk! Perempuan murahan!"

"Hahahaha, good guys. Hina dia lagi. Macam mana dia hina aku, macam tu aku nak korang hina dia balik! Biar dia rasa. Padan muka kau, Qaireen! Rasakan balasan bila kau berani cari pasal dengan aku." Tengku Qarizh tersenyum suka. Melihat aku yang sudah menitiskan air mata di hadapan semua orang itu membuatkan dia puas. Puas dapat membalas dendam kepada aku yang lemah.

"Qaireen tak guna!"

"Qaireen biadab! Tak guna! Perempuan teruk! Muka cantik tapi mulut puaka!" Semakin galak kedengaran gelak tawa di ruang pejabat itu dan disertai dengan ejekan yang semakin menyakitkan hati.

Aku menangis semahu-mahunya. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. Baru hari pertama kerja, aku dah kena buang. Siap kena hina macam orang tak ada maruah pula. Macam mana aku nak bagitahu ibu sekarang pasal ini? Pasti ibu kecewa.

Tak! Tak, boleh! 

Aku kena lawan. Dia orang semua memang tak patut buat aku macam ni. Mereka tak dia hak nak hina aku! Dan Tengku Qarizh... memang patut makan penampar aku!

"Hahahaha, padan muka Qaireen!"

"Korang semua diam lah, bodoh!" Aku menjerit kuat. Tak, aku tak boleh lemah.

Semua terdiam akhirnya Dan mataku mencerlung pada wajah Tengku Qarizh yang sudah terkulat-kulat terpaku kerana terkejut mungkin suara aku berubah tinggi.

"Dan kau... kau patut mati!"

Gunting yang terletak di atas meja antara salah seorang pekerja itu dicapai dan...

Sukss!

Perut lelaki itu selamat ditikam oleh aku yang seperti tidak waras. Tengku Qarizh terbaring lemah. Jatuh dan mati!

Aku tersenyum sinis. Melihat lelaki itu terbaring tidak sedarkan diri dengan darah yang mencurah-curah keluar membuatkan aku ketawa.

"Padan muka kau!"

Baru puas hati aku. Tadi dia kenakan aku kan? Hah, sekarang terimalah balasannya. Baru tahu mulut dia itu nak senyap. Good job, Reen!

"HELLO, KAU DENGAR KE TIDAK NI?"

Aku tersedar dari lamunan yang agak dasyat. Terkebil-kebil aku memandang semua orang. Lagi-lagi Tengku Qarizh yang berpeluk tubuh sambil merenung aku tajam. Lelaki itu yang jerit pada aku rupanya. Dan lelaki itu masih hidup. Tiada sebarang apa-apa pun yang terjadi.

MasyaAllah, aku boleh lagi berangan yang Tengku Qarizh mati?

Ah, gilalah kau, Reen. Tak pernah dibuat orang. Hish! Mintak dijauhkan. Aku tak nak jadi pembunuh. Bunuh mamat tu bukannya aku dapat apa pun.

Aku tersenyum lucu. Entah apa-apa sahaja yang aku fikirkan tadi. Hahaha drama queen betul. Kalau aku cerita dekat sesiapa ni, terutama Hans, mesti mereka pun tak percaya. Atau gelakkan aku.

"Puteri Qaireen Nisrina!"

Yeah, aku tersedar dari lamunan buat kali kedua apabila nama panjang aku pula dipanggil.

Pekerja-pekerja lain mula pandang aku semacam. Ada yang tersenyum lucu melihat gelagat aku, dan ada juga yang... menyampah?

"Oh erm, sorry. Tengku tanya apa tadi eh?" Aku tersengih seperti kerang busuk. Tak boleh fokus dari tadi.

Tengku Qarizh memejamkan matanya rapat. Dia mengetap bibir menahan sabar.

"Awak semua boleh sambung buat kerja sekarang!" arah Tengku Qarizh tegas.

"Baik Tengku." Semua mengangguk dan mula beredar. Dan matanya masih kekal memandang aku dengan tajam. Bak helang.

"And you... enter my room now!" Aku terkebil-kebil melihat pemergian Tengku Qarizh. Dia nak apa siot panggil aku masuk bilik pejabat dia?  

"Habislah aku kali ni." Aku berdecit perlahan. Tak guna betul!

"Reen kenal ke dengan Tengku Qarizh tu?" Tiba-tiba Kak Sha menyoal. Aku menggigit bibir. Kak Sha masih tercegat tepi aku dari tadi rupanya. Ingatkan dah sambung buat kerja.

"Tak kenal. Erm, kak. Tengku tanya apa ya tadi  dekat Reen?" Aku tersengih. Ingin tahu.

"Oh, dia tanya, Reen kenal dia ke? Tapi Reen senyap je. Rupanya Reen berangan. Amboi, time Tengku Qarizh tanya pun sempat berangan eh?" Kak Sha tersenyum lucu. Aku menggaru kepala.

Aduh, memalukan betul lah kau ni, Reen. Dahlah sempat berangan pasal kau tikam mamat tu dengan gunting. Gila, kau memang dah gila!

"Reen cerita dengan akak, Reen betul ke tak kenal dengan Tengku tu? Sebab Reen nampak terkejut sangat bila tahu Tengku Qarizh tu adalah Tengku Qarizh. Erm, akak musykil."

Kak Sha ni, kan!

"Tak, akak. Reen tak..."

"Puteri Qaireen Nisrina!" Aku dan Kak Sha sama-sama tergamam. Oh, tidak!

Singa dah panggil aku sekali lagi. Mati aku kali ni, mati!

"Erm, Reen jumpa dia kejap. Nanti Reen cerita okay, dah bye." Aku berlalu pergi. Tak nak mamat itu panggil aku buat kali ketiga pula. Memalukan!

"Okay, good luck Reen." Aku tersenyum kekok. Fuhh, nervous pula nak berdepan dengan dia buat kali keempat. Tapi kali ni aku berdepan dengan dia sebagai... boss dan pekerja?

Haish, confirm awkward punya.

Oh, please. Aku harap dia tak marahkan aku lah kali ni. Takut lah pula. Hesy, seram!

****

Rabbi Yassir wala tu'assir, rabbi tammim bi khair: Ya Allah permudahkan lah urusanku, permudahkan lah jangan disulitkan.

Berkali-kali aku membaca zikir itu di dalam hati. Sambil kepala aku hanya menunduk sahaja dari tadi. Tak berani nak bertentang mata dengan dia. Aku tahu yang Tengku Qarizh tengah pandang aku macam nak... telan? Ya Allah seramnya.

"Erm!" Aku berdehem kecil. Sampai bila dia nak pandang aku tanpa berkata apa-apa? Dan sampai bila aku nak kena berdiri saja?

Aku beranikan diri untuk angkat kepala seketika. Tengku Qarizh hanya tersenyum sinis.

"Puteri Qaireen Nisrina, huh? Nice name." Aku menjulingkan bebola mata. Annoying. Berapa kali dia nak cakap yang nama aku sedap? Aku tahulah nama aku unik dan limited edition. Sebab itu tak habis-habis 'nice name' yang keluar dari mulut dia.

"Thank you, Tengku Qarizh." Aku membalas kata-katanya dengan kesat. Dan namanya sengaja aku tekankan.

Well, tengku huh? Tak percaya juga aku lelaki annoying yang pernah aku jumpa ini adalah anak raja. CEO kepada Purnama Holdings pula.

Pergh, aku dah cari masalah dengan calang-calang orang. Erm, patut ke aku minta maaf? Tapi bukan salah aku. Dia yang cari pasal.

"Look at me, amore mio (my love)." Arahannya aku turutkan walaupun aku sememangnya tidak  faham maksud ayat di hujung itu tadi. Amo... what? Dia tengah mencarut dekat aku ke apa?

"Do you want to say anything?"

"Erm, sorry?"

Terkebil aku memandangnya. Walaupun aku tahu dari awal lagi bukan salah aku. Salah dia. Dia yang tak nampak aku. Simbah aku dengan air lopak dua kali. Panggil aku mak cik, dan menggatal dengan aku.

See? Semua itu salah dia sebenarnya. Tapi disebabkan aku hormat dia sebagai boss baru aku, jadi biarlah aku yang mengalah. Tak akanlah aku nak bertekak dan bermasam muka dengan boss sendiri pula, kan?

Tak elok dan tak patut pulak. Nanti naya kalau gaji aku kena tolak. Tak nak! Nak duit!

Tengku Qarizh tersenyum. Eh, bukan tersenyum sinis seperti selalu. Tersenyum... manis? No and never. Senyum biasa sajalah. Heh, lambat lagi dia nak senyum begitu dekat aku.

"Good. Kau tahu kesalahan kau. Tapi kau perlu cakap elok-elok dan minta maaf baik-baik. Bukan macam tadi. Kau perlu duduk atas riba aku dan say sorry. Faham?"

Tengku Qarizh memulakan permainan yang dirancang. Dia sengaja ingin menguji tahap kesabaran dan kesungguhan perempuan itu. Dia nak uji juga adakah benar perempuan itu lain dari perempuan yang dia kenal.

Aku sudah membulat mata. Dia ni memang sengaja ke apa?

Kenapa dengan dia hah? Aku tak cari pasal dengan dia pun. Lagi satu, dengan staff  lain boleh pula bersaya-awak. Tapi dengan aku? Ber aku-kau saja ya. Macamlah aku tak perasan. Memang melampau betul.

"Perlu ke awak?"

Mamat ni memang sengaja ke apa? Nak cari penyakit? Nak one by one dengan aku cakap sajalah. Aku on!

"Yes, perlu. Sebab kau tu sekarang pekerja aku. Aku yang akan bayar gaji kau. Jadi aku nak tengok adakah arahan mudah macam ni kau boleh ikut atau tidak. Kau tak akan tak tahu yang pekerja harus sentiasa mendengar arahan boss. Dan ini adalah satu arahan. You have to follow and obey. Understand?"

Dia ni memang celaka!

Celaka tahap babun! Ini semua salah dia. Bukan salah aku. Kenapa kena minta maaf pada dia pula? Sampai kena duduk atas ribs dia bagai? Eeeeee, tak guna! Ambil kesempatan!

"I will not follow your instructions! Arahan awak tu sangat mengarut. Kenapa saya nak minta maaf dengan baik dekat awak pula? Dan kalau ya pun, saya dah minta maaf baik-baik kan tadi. Perlu ke sampai nak cakap lembut-lembut dengan orang macam awak yang dah terang-terang salah awak sendiri? Awak tak mintak maaf dengan saya pun, saya okay je lagi. Awak fikir saya tak ada maruah ke sampai nak kena duduk atas riba awak bagai?" ujarku geram. Panas betul dengan dia ni.

Dia fikir aku macam perempuan-perempuan yang lain ke? Yang dia selalu bawa keluar tu? Macam awek-awek dia ke? Eh, hello.

Aku ni ada maruah. Dan aku tak hadap dengan mamat macam ni kalau dia handsome sekali pun! Bagi free pun aku tak hadap!

"So you want to disobey my instructions?" Tengku Qarizh berpeluk tubuh. Sengaja dia ingin menguji sejauh mana gadis ini dapat bertahan dengan sikapnya. Dia nak tengok betul kah perempuan ini lain dari perempuan yang dia pernah kenal.

But bingo. Dia agak terpaku dengan jawapan gadis itu tadi. Namun dia nak teruskan lagi.

"I'm sorry, but I have to. Awak tak akan dapat menggunakan pesona wajah awak dan duit awak untuk melakukan apa pun yang awak inginkan dari saya seperti yang awak lakukan pada perempuan-perempuan lain. We are totally different. Sorry again, but I'm quit." Aku melangkah tanpa berpaling lagi. Aku nekad. Kerana aku yakin aku tidak akan sanggup berhadapan dengan lelaki ini setiap hari.

Tetapi aku tergamam dan terus berhenti melangkah apabila Tengku Qarizh mengungkapkan kata-kata yang menjerat hatiku sendiri. Bagaikan batu besar menghimpit diri ini.

"So kau lupa pasal contract yang kau dah sign tu?
You have to pay 10 thousand in compensation for breaking the agreement. Choose to continue your work or pay the compensation?"

This is not fair!

Ini memang tak adil bagi aku. Kenapa aku tak ingat pasal kontrak tu? Mana aku nak cari duit sebanyak itu dalam masa yang terdekat?

Aku mengeluh berat. Aku tiada pilihan sekarang. Aku telah diperangkap.

Dan nampak gayanya aku harus memilih...

Untuk terus...

Stay bekerja dengan lelaki celaka itu.

Oh, tidak! Damn it!

Bersedia kah aku untuk mengharungi semua ini? Dan adakah aku bersedia untuk berhadapan dengan lelaki celaka ini setiap masa?

Semestinya belum dan masih tidak akan pernah bersedia! Aku tak nak!

***

TBC!

Sorry, Hans tak ada bab ni. 😢

Vote, comments, share.♥️

Questions for you guys:

1) Suka Tengku Qarizh jadi kejam atau kuat mengusik?

2) Pandangan korang pasal Tengku Qarizh?

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro