DUS 12 🦋

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

In three words I can sum up everything I've learned about life: it goes on."

••••••
.
.
.
.
.
Happy reading!♥️





"Puteri  Qaireen, masuk bilik saya sekarang!"  Tengku Qarizh memberi arahan hanya melalui interkom. Dia kembali ralit menyiapkan kerja. Di atas mejanya terdapat banyak fail yang berselerak.

"Baik Tengku!" Qaireen tersenyum kelat. Kakinya mula melangkah berdiri di hadapan bilik Tengku Qarizh. Pintu tersebut diketuk dengan kuat.

Tuk! Tuk! Tuk!

"Just come in!"

Qaireen mengetap bibir. Pintu bilik pejabat lelaki itu dibuka perlahan-lahan.  Wajah serius dan beku lelaki itu tanpa sebarang senyuman membuatkan dia agak kecut perut.

Sekejap, dia ada buat salah ke?

Oh, no way!

"Erm, ada apa-apa ke Tengku?" Sampai bila dia harus berdiri macam ni? Dia banyak lagi kerja lain yang dia harus siapkan. Nanti lambat siap, lelaki itu juga yang marah.

Tengku Qarizh berhenti menaip dan kepalanya diangkat ingin memandang wajah cantik Qaireen.

"Aku ada appointment dengan Dato' Faizal pukul berapa?" soal Tengku Qarizh, tanpa secalit senyuman. Wajah tidak berperasaannya itu kadang semestinya membuatkan Qaireen dan pekerja-pekerja yang lain getar lutut semasa menghadap lelaki ini.

Ish, dah macam menghadap sultan gayanya. Lelaki ini ada aura yang menyeramkan.

"Oh, erm... dalam pukul 12 tengahari macam tu. Sekali makan tengahari dengan pihak sana. Kenapa ya, Tengku?" Takut-takut Qaireen menyoal.

Dia bukan apa, nanti kalau salah cakap sikit je dah nak melenting. Entah apa-apa saja perangai. Nasib lelaki itu masih lagi kekal professional. Kalau tidak, dia memang dah lama angkat kaki.

Tengku Qarizh menggeleng perlahan. Menjawab soalan Qaireen.

"Nothing, aku just nak pastikan yang aku dan kau alert. Pukul 12 nanti inform pada aku semula. Understand princess Qaireen?" Renungan tajam Tengku Qarizh membuatkan Qaireen serta-merta menganggukkan kepalanya.

"Faham, Tengku. Err, can I go now?"

Apa benda lah!

Dia suruh aku masuk bilik dia hanya mahu pastikan yang aku alert atau tidak? Dia nampak aku main handphone ke tadi? Cis! Dia bukannya buat apa pun. Cuma balas mesej Hans saja. Itu pun boleh nampak juga eh!

Susah betul kalau dapat boss jenis yang suka skodeng pekerja ni. Tambah pula Tengku Qarizh senang nampak apa yang dia buat dan apa sahaja yang dia buat disebabkan hanya cermin  saja menjadi penghalang kami.

Memang tak guna betul!

"Yes, tapi sebelum tu... can you make me one more glass nescafe ais?" Terkebil-kebil Qaireen dibuatnya.

Aik, bukan dia dah buat ke pagi tadi? Kenapa dia nak aku buat lagi ni? Bukan sehari satu gelas saja ke?

"Em sure, why not. Tapi bukan ke saya dah buat untuk Tengku pagi tadi?"

Sekarang baru pukul 10 nak masuk pukul 11 pagi. Cepat betul dia habiskan minuman sejuk begitu.

Tengku Qarizh mencebik. "Memanglah. Tapi aku nak kau buat lagi untuk aku. Sebab aku tak boleh kalau tak ada nescafe ais yang kau buat..."

Qaireen dan Tengku Qarizh sama-sama terdiam.

"Eh, bukan bukan. Maksud aku, aku tak boleh kalau tak ada nescafe ais time aku stress. Remember yang aku pernah cakapkan, aku perlukan nescafe ais pada waktu pagi dan semasa aku dalam keadaan tertekan. Kau nampak sekarang aku tengah sangat sibuk dengan projek baru? Banyak fail yang aku kena semak semula. Jangan banyak tanya. Can you do it for me, Miss Assistant?"

Kening Tengku Qarizh terangkat tinggi dan matanya sengaja dibulatkan. Bibirnya pula mula mencebik-cebik. Tangan disatukan kononnya meminta.

Alolo, kenapa comel sangat wahai Tengku Qarizh? You buat I hanyut~

Cis! Tak ada makna nak cairnya!

"Okay. Tengku tunggu dulu saya pergi buat sekejap." Lembut saja Qaireen membalas. Sejak jadi PA lelaki ini, dia terus berubah. Cakap pun lembut-lembut sahaja. Naya nanti kalau dia tinggikan suara atau protes arahan lelaki itu. Tengku Qarizh tersenyum sampai ke telinga.

"Thank you princess."  Dapat nescafe ais dia, barulah nak ceria semula wajah beku dia tu.

Patutlah wajah ketat je tadi, rupanya tengah stress. Kasihannya baby besar tu!

****

Qaireen tersenyum apabila dia semakin mahir membancuh nescafe ais seperi yang lelaki itu mahukan. Itu pun berkat Tengku Qarizh yang ajarkan dia cara bancuh seperti yang lelaki itu suka. Dia pun ada mintak tolong ibu ajar dia juga cara buat nescafe ais tanpa menggunakan serbuk 3 in 1 itu.

Dan sekarang, dia dah semakin mahir. Lelaki itu pun tak pernah lagi merungut soal nescafe ais yang dia buat. Sedaplah tu kiranya.

Alhamdulilah, sepanjang lima hari dia bekerja di sini, menjadi PA kepada Tengku Qarizh, semuanya baik-baik saja. Tidak seperti macam mana yang dia sangkakan pada awalnya.

Pada mulanya memang dia ingat yang Tengku Qarizh seorang yang tak serius dalam melakukan setiap pekerjaannya. Dia risau lelaki itu buli dia ke apa. Tapi dia silap. Lelaki itu memang menunaikan kata seperti yang dia mahukan agar lelaki itu tidak mengganggu kerjanya. Dia juga agak terkejut dengan sikap lelaki itu. Tengku Qarizh sangat serius dan professional. Wajah dan aura lelaki itu saja mampu membuatkan dia dan pekerja lain tergetar-getar lutut.

Uish, memang dia tak main-main betul dalam buat kerja. Patutlah lelaki itu boleh dapat gelaran dan pangkat CEO pada usia muda. 24 tahun sebaya macam Hans pun dah boleh jadi CEO sebuah syarikat besar. Rupa-rupanya, kalau dah macam itulah cara lelaki itu, cara kerja lelaki itu, dah tentu-tentulah layak menjadi CEO di syarikat terkemuka ini. Patutlah asyik dapat projek saja, rupa-rupanya CEO syarikat ni sangat serius dan tak pernah main-main dalam pekerjaan. Kerja lelaki itu sangat tiptop. Sempurna!

Tapi satu saja yang Qaireen tak berkenan sangat. Dia paling menyampah dengan satu sikap Tengku Qarizh ini.

Selain suka menyakat dan buat dia cair, ada satu lagi sikap yang Qaireen paling pantang!

Playboy.

Yeah, Mr Crocodile betul.

Tahu tak sepanjang lima hari dia bekerja dekat sini, hampir tiap-tiap hari pasti perempuan akan datang cari Tengku Qarizh. Sampai sanggup datang ke office tinggi ini semata-mata nak cari Tengku Qarizh.

Yang paling Qaireen menyirap, lelaki tu bukannya nak pergi jumpa sekejap ke apa perempuan-perempuan itu semua. Ini langsung tak nak jumpa semasa bekerja.

Yang kena hadapnya dia juga. Dia yang kena uruskan semua perempuan-perempuan seksi itu kerana tugasnya sebagai PA lelaki itu. Terpaksa lah dia bergaduh sampaikan bertarik-tarik rambut dengan perempuan-perempuan tak cukup sifat itu semua.

Okay, hiperbola.

Tak adalah sampai bertarik-tarik rambut. Kalau perempuan tu semua berani sentuh dia sikit,  memang makan samanlah jawabnya. Fikir dia nak duduk diam je? Memang taklah, brader!

Qaireen akan balas balik lah! Fikir dia takut dengan semua perempuan tu? Dia boleh sahaja lawan semula. Tapi terpaksalah dia panggil pak cik security guard dekat bawah tu.

Hah yang peliknya, lepas habis kerja pandailah pula mamat tu nak cari perempuan-perempuan tak cukup sifat itu semula. Hah, lepas dah jumpa pujuk merayu bagai, mesti tak lain tak bukan buat maksiat.

Hish, astagfiruallahhalazim. Mulut ni! Tapi bukannya dia nak menuduk sebarangan, dah memang itu yang dia nampak.

Kalau dah perempuan pun pakai baju tak cukup kain, dengan mulut manis Tengku Qarizh tu, siapa je yang akan tak akan terjerumus dalam dosa dan akhirnya... berzina?

Hish, minta dijauhkan sangat. Dia percaya lelaki itu taklah seteruk macam tu. Tak akan nak apa-apa anak perempuan orang.

Tengku Qarizh tu pun satu. Tak ada taste ke apa? Memang suka perempuan jenis cap ayam ke? Semua murah dan tak pandai jaga akhlak dan maruah diri.

Memalukan wanita betul. Memalukan agama juga. Astagfiruallah, minta bertaubatlah.

"Hish, ni baru lima hari aku bekerja dekat sini, kalau lima tahun? Tak ke mati keras aku nak melayan perangai mamat tu. Dengan girlfriend-girlfriend dia tu sekali, boleh jalan lah! Menyusahkan!" Pintu peti ais ditutup kuat.

Opss, correction, bukan tutup ya. Hempas. Ya, hempas kuat-kuat sampaikan bergoyang peti ais itu jadinya.

Apabila Qaireen berpusing ke belakang, dia berubah terkedu.

"Te... tengku Qarizh?"

Kenapa lelaki ni boleh ada dekat belakang dia pula? Sejak bila?  Alamak, dah lama ke dia berdiri dekat situ? Adakah lelaki itu dengar apa yang dia bebelkan dari tadi?

Tengku Qarizh menahan tangannya di tepi pintu peti ais. Sekaligus membuatkan Qaireen berdiri diam di tengah-tengah.

Badan Qaireen sedikit menggeletar apabila Tengku Qarizh datang mendekat. Dia berundur ke belakang, belakang dan akhirnya... good!

Dia tersandar di pintu peti ais. Oh, good.  Very good! Dia tersepit di tengah. Memang sangat ramah ya. Cliche sangat adegan begini.

Wajah cuak Qaireen membuatkan Tengku Qarizh tersenyum nakal.

"Kau buat air ke membebel, huh? Aku dengar kau mengutuk aku dari tadi. Aku tunggu kau lama dalam bilik, rupa-rupanya kau mengutuk aku dekat sini?"

Qaireen menggeleng laju. Serentak, matanya sekejap pejam sekejap terbuka. Dia gelisah. Pertama, sebab Tengku Qarizh dengar apa yang dia cakap, kedua sebab keadaan dia dan lelaki itu sangat rapat sekarang. Sampaikan dia boleh dengar detak jantung lelaki itu. Agak laju.

Oh, jangan! Jantung kau jangan buat hal!

"Tak, mana adalah. Tengku, please. Jangan dekat! Nanti orang nampak lah." Dada bidang lelaki itu ditolak perlahan. Namun langsung, Tengku Qarizh tidak berganjak. Masih statik di tempatnya.

Lelaki itu pula hanya sibuk memerhatikan wajah Qaireen dari tadi. Dia bukannya tak dengar apa yang Qaireen bebelkan. Memang dia tunggu Qairren tadi, tapi bila dah lama sangat, dia pun pergi lah ke pantry ini. Risau apa-apa terjadi pulak pada wanita ini. Tapi sampai saja di sini, tak sangka pula yang dia akan dapat tengok view Qaireen yang indah.

Qaireen sebenarnya nampak sangat cantik apabila memandang dari sudut tepi.

"Te... ngku nak buat apa ni?" Qaireen mengetap bibir menahan rasa apabila Tengku Qarizh bermain dengan rambut ikal mayangnya yang dibiarkan lepas.

Lelaki itu hanya mendiamkan diri. Tidak menjawab pertanyaan Qaireen. Malah dia sempat menyelitkan rambut Qairren yang terjuntai menutup wajah cantik Qaireen di tepi telinga.

Entah kenapa, apabila menatap wajah jelita Qaireen, hatinya berdebar semacam. Seperti  tidak kena sahaja dengan hatinya. 

Tidak. Dia memang tidak pernah rasa perasaan seperti ini apabila bersama dengan perempuan lain. Perempuan yang dia bawa keluar pun, tak  pernah lagi dia merasakan sebegini rupa.

Tapi kenapa kalau dengan Qaireen... jantung dan hatinya buat perangai?

Jantungnya berdegup seolah-olah dia baru sahaja lepas berlari 400 km.

"Princess Qaireen, you're so adorable. Can I taste you?" Pandangan redup Tengku Qarizh membuatkan jantung Qaireen menggila.  

Qaireen tergamam. Taste me? Maksud?

"Oh, erm tak. Bukan tu maksud aku. Maksud aku, can I taste your nescafe ais?" Pantas ayatnya dibetulkan. Tengku Qarizh gelabah menjelaskan perkara yang sebenar apabila melihat wajah terkejut gadis itu. Macam manalah dia boleh tersasul?

Mereka saling bertentangan mata. Buat seketika, seperti hanya mereka saja yang hidup di muka bumi ini.

"Reen, lamanya buat air... Eh, ya Allah!" Kak Sha terkejut. Terpaku dia berdiri di hadapan pintu apabila melihat view yang agak kurang sesuai di pantry ini.

Mendengar saja suara Kak Sha, spontan Qaireen menolak Tengku Qarizh menjauh. Tengku Qarizh berganjak ke belakang dan berdehem kuat.

Situasi memang sangat janggal sekarang. Qaireen menunduk saja wajahnya. Malu apabila Kak Sha nampak dia dan Tengku Qarizh rapat sangat macam tadi. Nasib mereka tidak buat apa-apa perkara yang memalukan.

Kalau tidak, hmm memang tak tahu lah nak nyorok muka ni dekat mana! Argh, malunya!

"Oh, erm Kak Sha? Nak erm buat air ke?" soal Tengku Qarizh. Agak gelabah juga wajahnya.

Kak Sha menahan senyuman. Jarang dia nampak majikannya malu-malu begini. Dengan Qaireen adalah kali pertama.

"Ya, Tengku. Erm, nak tengok juga apa yang Reen buat lama sangat tu sebab tadi dia cakap nak buat air. Rupa-rupanya tengah seronok bercin..."

"Eh, erm Tengku. Saya hantar air ni dalam bilik tengku kejap lagi. Tengku bolehlah masuk dulu. Sebab pukul 12 kita dah nak gerak dah!" Cepat-cepat Qaireen memotong percakapan Kak Sha.

Tak nak situasi jadi semakin awkward dan krik krik.

Lagi pun tak sanggup dia bila Tengku Qarizh tengok wajah merah dia nanti. Malu woi malu!

"Err, okay. Aku tunggu." Apabila kelibat Tengku Qarizh hilang dari pandangan, Kak Sha memandang Qairren dengan pandangan mengusik.

"Reen, explain to me!" 

Wajah Kak Sha berubah serius pula.

Qaireen memejamkan matanya. Hah, sudah. Dia nak kena bersoal jawab pula dengan Kak Sha sekarang.

Ni semua salah Tengku Qarizh! Kalau dia tak mengusik, tak adalah Kak Sha nak salah faham.

Tak gunanya!

***

TBC!

Vote, comments, share.♥️

Huwaaa, kesiannya Hans asyik dipinggirkan. Tak apalah, korang jangan risau. Hans selamat dengan sis. Sis ganti tempat Reen kejap.

Ihiks, sis gatal. Lepas ni watak Hans ada eh?


Questions for you guys:

1) Instagram or Facebook?

2) Suka tak kalau Tengku Qarizh ni naughty? Or suka dia beku dan tak berperasaan sampaikan Reen pun seram dengan Rizh?

Comments below!!👇

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro