DUS 15 🦋

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Good friends, good books, and a sleepy conscience: this is the ideal life."

.
.
.
.

Happy reading! ❤️



Qaireen bermundar-mundar di kawasan hospital itu apabila Tengku Qarizh masih lagi dalam perjalanan ke hospital sekarang. Bibirnya diketap rapat. Dia bukan apa, dia cuma risaukan Tengku Qarizh.

Eh, jangan salah faham. Dia bukan risaukan mamat tu, dia risau perangai mamat tu pelik-pelik sahaja bila berhadapan dengan keluarganya nanti. Tambah pula depan ibu nanti. Apa pulak kata mereka? Tengku Qarizh bukannya boleh percaya sangat. Nanti keluar perangai yang bukan-bukan dia.

Kalau dia bergaduh dengan lelaki tu depan mereka, lepas tu nanti dia balas balik, mahunya dia juga yang kena marah dengan Puan Sara. Tak pun Puan Sara dengan abang Qash mesti banyak soal dekat dia punya nanti. Jenuh dia nak menjawab. Bukan saja dari keluarganya, namun orang yang mengenali lelaki itu.

Yelah, Tengku Qarizh CEO syarikat terkemuka turun padang untuk melawat ibu pekerjanya yang sedang sakit. Fuh, tak ke pelik tu?

Selama ni tak ada pula mamat itu nak melawat pekerja-pekerja yang lain. Itu pun Kak Sha lah yang pernah beritahu dia. Pekerja yang Tengku Qarizh tak rapat, dan tak suka, memang taklah dia nak buat baik. Tayang muka ketat dia sahajalah.

Tapi kenapa bila dengan dia, mamat tu kena buat baik sampai nak melawat ibu bagai?

Adakah Qaireen tergolong dalam kalangan pekerja yang Tengku Qarizh rapat dan suka?

Euww, tolonglah! Mungkin kerana dia PA kepada Tengku Qarizh rasanya. Sebab itu lelaki itu buat baik pada dia kan? Hah, betul lah tu. Tak akanlah dia tiba-tiba baik dengan Qaireen... kerana ada makna yang tersembunyi? Fikir positif sahajalah. Mungkin tiba-tiba nak buat amal jariah untuk melawat orang sakit.

Ting!

Satu mesej dari Tengku Qarizh diterima olehnya. Mesej dari Tengku Qarizh itu dibalas dengan  segera.

Mr Crocodile
I'm here already.

Where are you?

I'm here! Behind you.

Qaireen tergamam. Belakang dia? Qaireen dekat belakang dia ke sekarang ni? Oh my gosh! Cepatnya dia sampai.

Qaireen berpaling ke belakang. Bibirnya diketap. Geram apabila terasa seperti diperboodohkan. Mana ada sesiapa belakang dia lah! Hish, mamat ni memang tak makan saman betul! Ada pula yang kena lepuk nanti. Dia dahlah gelabah dari tadi.

Don't play around with me! Where are you actually? Awak dah sampai hospital ke?

Minta kaki betul mamat ni! Orang serius, dia boleh main-main pulak. Fikir lawak ke?

"I'm here, princess."

Kali ini memang betul suara lelaki itu datang dari arah belakangnya. Terus Qaireen berpaling semula badannya ke belakang.  

Wajahnya masam mencuka. Tak suka betul bila dipermainkan. Sekarang barulah betul dia nampak wajah kacak mamat ni.

"Hey, coffee?" Cup minuman air kopi Starbucks itu dihulurkan pada Qaireen.

"Kenapa bagi saya coffee?" Datang-datang bagi dia coffee buat apa? Mananya Qaireen tak pelik. Macamlah dekat hospital ini tiada cafe untuk dia beli apa yang dia mahu.

Tengku Qarizh tersenyum sinis. Tangan gadis itu dicapai dan kopi tadi mula bertukar tangan. Secara terpaksa, Qaireen menerimanya juga.

"Because your face just like this coffee. Kelat. Cuba senyum sikit my princess. Boss kau datang dari jauh ni. Macam ni ke muka kau sambut kedatangan aku?"

Qaireen mengeluh perlahan. Dia cuba senyum dalam keadaan terpaksa. Meluatnya! Ya, ampun. Ada dia suruh datang ke? Matanya terpandang pula satu lagi cup minuman di tangan lelaki itu. Semestinya air nescafe.

"Erm, kenapa saya punya coffee sedangkan Tengku punya nescafe?"

Tengku Qarizh mengangkat kening. "Sebab aku suka nescafe kan? Soalan apa kau tanya ni?"

"Tapi bukan Tengku suka nescafe ais je ke?"

"Yelah, ada orang tu dah lah tak datang kerja, nescafe ais aku pun tak adalah jawabnya hari ni. So, nescafe panas pun okay apa. Asalkan aku dapat air aku."

Qaireen tersengih kecil. Sedikit serba salah pada lelaki itu. Alahai kasihan pulak baby besar ni.

"By the way, comel kau pakai speck macam ni. Kau memang pakai speck mata kan sebelum ni?" soal Tengku Qarizh tertarik melihat wajah Qaireen yang agak lain pada kali ini.

Kerana gadis itu memakai cermin mata bulat. Comel sangat! Tapi dia perasan mata gadis itu agak membengkak. Mungkin kesan sembab kerana menangis. Dia tak nak tanya lebih-lebih. Asalkan dia tahu gadis itu sudah okay sekarang.

Qaireen hanya mengangguk. Malu sebenarnya bila Tengku Qarizh puji dia comel. Ihiks, ihiks. Rasa macam nak menyorok muka dalam baju sahaja.

"And hoddie kau... macam kenal." Kali ini matanya galak ingin mengusik.

Qaireen mengetap bibir. Aduh, mamat ni perasan pula rupanya. Ingatkan dia dah tak ingat. Tapi tak akan hoodie sendiri tak ingat pula? Tak mustahil jugak kerana lelaki itu banyak baju. Orang kaya kan, biasalah. Mamat ni mesti sengaja nak kenakan dia!

Ini semua salah abang Qash. Pergi ambil baju salinan dia yang salah. Kenapa pergi ambil saiz yang kecil? Eeee, nasib baik pandai bawa hoodie ni sekali. Tak adalah Qaireen terpaksa pakai baju saiz badan macam si Qaseh tu.

Manalah nak muat dengan badan umur 20-an macam dia. Ish, mamat ni pun satu! Suka mengusik dia pula. Menyampah!

"Yeah, I remember now. Hoodie yang aku bagi masa aku ternampak kau punya..."

"Eh! Tengku! Erm, ibu saya tunggu saya dah lama dekat dalam tu. Jomlah masuk cepat. Datang sini nak melawat ibu saya kan?" Memerah wajahnya apabila Tengku Qarizh ingin membangkitkan semula isu yang sangat memalukan itu.

Ish, tak guna mamat ni! Kalau ya pun, tak perlulah nak sebut-sebut lagi perkara yang lepas itu. Memalukan betul tau tak?

Tengku Qarizh tersenyum lucu apabila Qaireen berlari anak masuk ke dalam bilik wad ibunya semula. Wajah merah seperti udang terbakar dan telatah gadis itu sangat mencuit hatinya.

Dia mengikuti langkah Qaireen masuk ke dalam. Susuk tubuh wanita yang agak berusia itu dipandang lama. Apabila wanita itu juga turut memandangnya, Tengku Qarizh tersenyum kecil.

Puan Sara membalas senyuman lelaki muda itu dengan ikhlas. Wajah anak perempuannya pula dipandang dengan pandangan minta penjelasan.

"Siapa ni, Reen? Reen tak pernah cakap pun yang Reen ada kawan lelaki lain selain Hans."

"Oh, erm ni bukan kawan Reen, ibu. Ini boss Reen dekat office. Err, Tengku Qarizh, ini ibu saya Puan Sara," terang Qaireen memperkenalkan diri masing-masing pada Puan Sara dan Tengku Qarizh.

"Apa khabar, aunty? Saya Qarizh. Boss merangkap kawan Qaireen."

Tengku Qarizh tersenyum sebelum tangan wanita itu disalam hormat. Puan Sara sedikit terpegun. Boss Reen? Masya-Allah, dahlah kacak, berketurunan raja. Hormat orang tua pula tu. Haih, untungnya Reen datang boss baik macam ni.

Terkebil-kebil Qaireen apabila mendengar bicara lelaki itu. Fuh, sopan habis. Lain macam tengok. Memang cair gila kalau perempuan-perempuan di luar sana dengar.

Suara tak macam selalu. Muka pun tak tegang dan beku seperti selalu. Ramah mesra pulak. Memang ini kali pertama Qaireen melihat sisi Tengku Qarizh yang sebegini rupa. Lain. Ya, sangat lain baginya.

"Khabar baik. Eh, Tengku. Silalah duduk. Ya Allah, terima kasih sangatlah sudi melawat aunty ni. Maaf sangatlah hari ni Reen tak dapat datang kerja. Bukan apa, aunty tengok Reen penat sangat sampaikan tertidur sebelah aunty tadi. Tak sampai hati pula nak kejutkan. Tengok-tengok Reen tak datang kerja pula hari ni. Minta maaf banyak ya, Tengku?" Lembut sahaja tutur bicara Puan Sara.

Tengku Qarizh tersenyum kecil. Qaireen tertidur sebab penat jaga ibu dia, sampaikan tak dapat datang office? Bibirnya mengukir senyuman.

Bila dia melihat wajah ibu Qaireen tadi, agak terkedu juga pada mulanya. Yelah, ibu Qaireen nampak muda dan masih jelita. Berseri-seri sahaja wajah wanita itu. Patutlah anak perempuan dia pun cantik semacam. Tengoklah ibu pun dah cantik, apatah lagi anak perempuannya.

Tengku Qarizh memandang Qaireen sekilas dan tanpa diduga Qaireen sememangnya tengah memandangnya saat itu. Gadis itu malu-malu apabila ditangkap mencuri pandangnya. Terus Qaireen memandang tempat lain. Tengku Qarizh hanya tersengih kecil.

"Jangan panggil saya Tengku, aunty. Rizh pun dah okay. Aunty janganlah banyak bercakap. Aunty rest cukup-cukup okay? Jangan lupa makan ubat..."

BlablablaSeriously? 

Tengku Qarizh dah macam mak nenek dah asyik membebel banyak-banyak dari tadi. Pertama kali Qaireen melihat sisi Tengku Qarizh yang macam ni. 

First, banyak bercakap dan asyik tersenyum.

Second, muka tak tegang, cakap tak kasar macam selalu. Bila lihat balik, memang dah dapat agak Tengku Qarizh ni anak yang macam mana.

Sama seperti Hans. Dua kali lima. Manja dengan mak dan seorang yang penyayang. Tapi Tengku Qarizh ni, penyayang dalam diam. Jenis yang tak suka menunjuk perangai dia yang menyenangkan hati semua orang itu. Suka bila orang pandang serong, pandang meluat dengan dia.

Dalam tidak sedar, Qaireen mengukir senyuman apabila melihat Tengku Qarizh melayan ibunya dengan sangat baik.

Serba-serbi elok dan tidak seperti yang dia sangkakan pada awalnya tadi. Kalau tadi dia begitu risau perangai Tengku Qarizh akan membuatkan dia susah, namun sekarang tidak lagi. Jujur, Qaireen berasa senang melihat lelaki itu melayan ibunya dengan sangat baik dan sopan. Ibu pun nampak macam suka sahaja dengan Tengku Qarizh.

****

"Apa pandangan kau Qash tentang apa yang aku cakap ni? Kau setuju tak dengan idea aku?" soal Hans pada Qash. Disebabkan Qash tua dua tahun darinya, memang mereka sering bahasakan diri aku, kau sahaja.

Qash terdiam. Memikirkan sesuatu.

"Susah untuk aku buat keputusan, Hans. Sebab idea kau tu dah tentu-tentulah ibu tak suka dan tak akan setuju. Memang semua ni permintaan ibu. Dia tak nak babitkan polis dalam hal ni." Qash mengeluh kecil.

Mereka sedang berbincang tentang jalan yang terbaik untuk hentikan perbuatan Encik Rizman pada keluarga Puan Sara lagi. Jalan penyelesaian yang terbaik buat mereka semua.

"Ya, aku tahu tu Qash. Aku minta maaflah. Bukan niat aku untuk masuk campur dalam urusan keluarga kau, tapi aku cuma rasa itu adalah jalan yang terbaik. Just let him in prison. Kalau kau sayangkan keluarga kau, dan tak nak tengok sesiapa yang tercedera lagi lepas ni, better you follow my opinion bro. Dan kalau kau masih sayangkan ayah kandung kau tu, better biarkan dia hidup dalam penjara. Sekurang-kurangnya ayah kau boleh berubah dan banyak yang dia akan dapat belajar kalau dia tinggal dekat situ. Dia akan belajar jadi orang yang berguna, bro. Perkara akan jadi lebih mudah," ujar Hans panjang lebar.

Qash memejamkan matanya. Easy to say but hard to do. Bukan semudah itu untuk dia pujuk ibu supaya ibu terima cadangan ini. Tidak mudah dan sangat complecated.

"Tapi ibu... Hans. Dia akan ikut ke rancangan kau ni? Banyak kali kami dah cuba pujuk dia, Hans. Tapi ibu tetap tak nak libatkan ayah pada pihak polis. Apa lagi yang aku boleh buat dari ikut segala kehendak ibu?"

"Relax, Qash. Aku ada. Biar aku try pujuk ibu pula kali ni. Maybe ibu dengar cakap aku ke kan? Siapa tahu. InsyaAllah, semuanya akan dipermudahkan. Allah dah tetapkan jalan yang terbaik untuk kau sekeluarga. Aku pun tak sanggup nak tengok orang lain lagi lepas ni pula yang masuk hospital. Aku tak nak dan aku tak suka tengok Reen sedih. Kau percayakan aku, kan?"

Pandangan mata mereka bertaut. Qash tersenyum nipis.

"I always trust you, man. Thank you so much sebab kau dah banyak bantu family aku. Tuhan saja yang dapat membalas jasa kau, bro. Dan aku harap sangat kau dapat jaga adik aku betul-betul. Tak kisahlah aku ada atau tak ada, hanya kau yang aku boleh harapkan. Kau faham kan maksud aku?"

Mendalam sungguh kata-kata yang diungkapkan oleh Qash. Dan sungguh, Hans terdiam mendengarnya. Bibirnya hanya mengukir senyum.

Qash bangun dan badan Hans ditepuk perlahan sebelum lelaki itu beredar ingin pergi ke cafe.

Hans hanya memerhati langkah Qash yang menjauh dengan pandangan yang sukar ditafsirkan. Seketika, Hans mengeluh lemah.

"Maafkan aku, Qash. Aku tak boleh dan aku tak mampu nak jaga adik kau macam mana yang kau harapkan. Kerana aku pun tak tahu... adakah aku mampu melihat Bunga lagi selepas ini." Hans mengukir senyuman kelat sebelum dia berdiri.

Namun, dia terundur ke belakang apabila seseorang terlanggar dirinya. Terkebil-kebil dia memandang si gerangan gadis yang terlanggarnya tadi.

"Im so sorry encik. Saya tak sengaja..."

"Hans?" soal gadis itu terkejut. Hans hanya tersenyum kecil.

"Yeah, Doktor Zalea."

"Awak buat apa dekat sini? Kita tiada apa-apa appointment kan hari ni?" soal Doktor Zalea hairan.

"Ya, memanglah tak ada. Tapi saya ada hal lain dekat hospital ni."

"Oh ya? Siapa yang sakit?"

"Bukan saya, tapi ibu saya yang..."

"Hans, siapa ni?" Percakapan Hans terhenti apabila suara dan kelibat Qaireen muncul di sebelahnya. Gadis itu memandang mereka dengan penuh persoalan.

Hans sedikit gelabah apabila Qaireen berada di sini bersama mereka.

"Oh, Bunga. Ni kawan aku. Doktor Zalea namanya." Tergagap-gagap Hans ingin menerangkan.

Hans membalas isyarat mata pada Doktor Zalea agar dia tidak membocorkan apa-apa rahsia pada Qaireen. Nasib juga gadis itu memahami.

"Oh hai, saya Doktor Zalea. Kawan Hans. Awak erm..."

"Saya Qaireen. Kawan baik Hans." Sengaja perkataan kawan baik itu ditekankan.

Doktor Zalea? Kawan Hans? Persoalannya, sejak bila Hans ada seorang kawan perempuan yang bekerja sebagai doktor ni? Kenapa dia tak pernah tahu?

Hey, tipulah kalau dia kata yang dia tak jealous. Dahlah Doktor Zalea ini cantik orangnya. Manis, lemah lembut bicaranya. Bekerjaya pula tu. Nak dibandingkan Qaireen dengan Doktor Zalea? Hmm, memang serba-serbi tidak serupa. Seperti langit dan bumi.

"Oh, kalau tak ada apa-apa lagi, saya pergi dululah. Ada patient tengah tunggu," pamit Doktor Zalea, lembut. Hans terus mengangguk laju. Manakala Qaireen hanya tersenyum kelat.

Dia melihat langkah Doktor Zalea yang semakin menjauh dengan perasaan bercampur baur. Sejak bila pula Hans berkawan dengan perempuan lain ni? Doktor pula tu. Fuh, memang hairan betul lah dia sebab Qaireen tak pernah kenal. Salah satu antara pelajar di universiti mereka ke dulu? Rasanya tiada pula doktor yang bernama Zalea.

"Bunga! Pandang apa lagi tu? Kau dengar tak aku tanya ni?" soal Hans tidak berpuas hati. Qaireen tersentak. Terkebil-kebil dia merenung Hans.

"Oh, kau tanya apa tadi?"

"Aku tanya, ni siapa? Sejak bila pula kau berkawan dengan lelaki macam ni?" Hans memandang Tengku Qarizh dengan pandangan semacam. Pandangan sukar ditafsirkan. Namun, dalam hati sarat dengan rasa cemburu yang bersarang.

Qaireen mengetap bibir. Aduh, macam mana dia lupa yang Tengku Qarizh ada sekali dengan dia dari tadi? Dia cari Hans dengan abang Qash sebab nak kenalkan Tengku Qarizh pada mereka berdua. Namun bila nampak Hans rancak berbual dengan perempuan lain, terus terlupa tentang Tengku Qarizh dan niat sebenar dia ke mari.

"Oh ni, boss aku, Tengku Qarizh. Dia datang melawat ibu tadi. Kenalkan ni Naz Hans, kawan baik saya sejak kecil."

Dari awal Tengku Qarizh datang, memang tugas dia memperkenalkan diri lelaki itu kepada yang lain apa? Hesy

Tengku Qarizh dan Naz Hans berbalas pandangan. Pandangan yang penuh seribu satu makna yang tersirat pada diri masing-masing. Hanya mereka sahaja yang tahu.

"Qarizh." Huluran tangannya disambut baik oleh Hans.

"Hans."

"So, kaulah boss Reen kan?" soal Hans tegas. Tengku Qarizh menjongketkan keningnya.

"Yup, why?"  

"Aku nak bercakap dengan kau sikit. Mans talk." Penuh mendalam maksud kata-kata Hans itu.

Tengku Qarizh mencebik. Mans talk konon.

"Yeah, sure." 

Belum sempat mereka ingin melangkah pergi, Qaireen yang terkebil-kebil tidak mengerti mula  bersuara.

"Korang nak pergi mana tu? Hans?"

Hans tersenyum nipis memandang wajah comel Qaireen yang sangat naif itu.

"Aku ada perkara nak bincang dengan boss kau ni, Bunga. Kau pergi teman ibu sekejap eh dekat dalam? Jangan risaulah." Lembut terus bicara Hans pada Qaireen.

Lupa ke? Hans kalau dengan lelaki memang terus watak dia bertukar. Dengan perempuan lain, dengan lelaki pula 100% lain. Hah itulah dia Muhammad Naz Hans yang sebenar. 

"Ta... tapi aku..." Belum sempat Qaireen bercakap, mereka telah melangkah menjauh. Meninggalkan dia keseorangan.

Qaireen mendengus. Apa benda pula yang mereka nak bincangkan tu? Dia orang bukannya pernah kenal antara satu sama lain sebelum ini. Qaireen memejamkan matanya.

Hans nak bincang apa dengan Tengku Qarizh? Dan siapa sebenarnya Doktor Zalea itu? Adakah kekasih Hans? Kenapa dia tidak tahu?

***

TBC

Jeng jeng jeng. Terlalu banyak mystery kan? Tak adalah banyak sangat hoho.

Questions for you guys:

1) DUS makin menarik atau makin hambar? Jelaskan pandangan anda di komen sekarang!

2) Korang rasa siapa sebenarnya Doktor Zalea eh? Adakah kekasih Hans?

Vote, comment, share!❤️

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro