DUS 19 🦋

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

" Love does not consist in the gazing each other, but in looking outward together in the same direction."

•••••••
.
.
.
.
Happy reading! ❤️






"Okay Dato' Naufal, apa-apa hal inform sahaja saya. InsyaAllah saya akan selesaikan masalah kita secepat yang mungkin. By the way, thank you so much." Tengku Qarizh berjabat tangan dengan Dato' Naufal buat seketika.

"Yeah, saya harap apa yang kita rancang akan berjalan dengan lancar. Thank you juga pada Tengku kerana sudi bekerjasama dengan syarikat kami dalam projek ini. Apa-apa hal, just inform my PA okay?" ujar Dato' Naufal pula. Lelaki berusia itu mengukir senyuman kecil pada Tengku Qarizh dan juga pada Qaireen yang turut ada sekali dalam perbincangan penting antara syarikat Purnama Holdings dan Sery Loly Holdings.

Tengku Qarizh mengangguk mengerti. Dia menghantar pemergian lelaki itu dengan ekor matanya sahaja. Sesudah Dato'Naufal dan pembantunya mula melangkah pergi, Tengku Qarizh memandang Qaireen di sebelahnya.

"Penat?" soal Tengku Qarizh sepatah. Mukanya tidak seperti tadi.  Ketat dan tegang. Sekarang di hadapan Qaireen hanya pandangan biasa sahaja yang ditayangkan.

"Boleh lah. Kenapa?" Kening cantik Qaireen terangkat tinggi. Menunggu jawapan dari lelaki itu.

"Kalau penat, pergilah order makanan. Aku tahu kau lapar kan? Dah nak tengahari dah ni. Kita lunch sekali lah dekat sini," putus Tengku Qarizh. Jam di tangannya dipandang sekilas. Sekarang sudah menunjukkan pukul 12 tengahari. Masa untuk makan.

Dia bukan apa, dia kasihankan Qaireen. Gadis itu pasti letih mendengar dan mencatat sesuatu tentang perbincangan dia bersama Dato'Naufal tadi berkaitan dengan projek baru syarikat. Tapi nak buat macam mana, dah memang itu tugas sebagai seorang pembantu peribadinya. Dia tak boleh nak tolong apa-apa kalau memang bab kerja.

"Okaylah kalau Tengku dah kata macam tu. Saya pergi order makanan sekejap. Tapi Tengku nak makan apa?" soal Qaireen.

Tak akanlah dia nak pesan makanan untuk dirinya seorang sahaja. PA jenis apalah kalau macam tu perangainya. Lagi pun yang patut makan dan yang lebih penat adalah Tengku Qarizh kerana lelaki itu yang menguruskan segala meeting bersama Dato' Naufal tadi. Dia hanya mencatat apa yang patut dan akan menyampuk sekali-sekala sahaja. Hampir tiga jam mereka meeting dari pagi tadi hingga ke tengahari, semestinya Tengku Qarizh juga lapar dan penat sama sepertinya.

"Hmm aku nak makanan yang sama macam kau. Tapi minuman semestinya aku nak nescafe ais. Tak nak air lain." Qaireen mengangguk faham walaupun dia agak pelik sedikit. Kenapa Tengku Qarizh nak makan yang sama seperti dia? Tak boleh pesan makanan lain ke? Ish, sibuk.

Selepas Qaireen memesan makanan, dia kembali semula ke tempat duduknya di hadapan Tengku Qarizh tadi.

Tengku Qarizh yang sedang bermain telefon, kembali meletakkan handphonenya di atas meja. Dia menongkat dagu. Kini, tumpuannya hanyalah Qaireen. Merenung wajah cantik Qaireen. Malu-malu Qaireen dibuatnya apabila ditenung sebegitu rupa.

Mamat ni dah kenapa? Buang tebiat? Tiba-tiba pandang orang macam nak terkam. Seram!

"Erm, aw... awak kenapa pandang saya macam tu?" soal Qaireen malu. Naik segan dia dibuatnya. Panggilan mereka juga telah bertukar.

Tengku Qarizh tersenyum kecil. Wajah malu-malu Qaireen sememangnya comel di matanya.

"Salah ke aku pandang kau?"

"Err, memanglah tak salah... tapi saya... saya malu. Jangan pandang lagi!" Terlepas ketawa kecil dari mulut Tengku Qarizh. Qaireen comel sangat! Itu pun nak malu ke dengan dia?

Alo, so cute my little princess.

Dia tidak lagi menongkat tangannya di dagu seperti tadi. Menghormati permintaan Qaireen walaupun agak lucu baginya.

"Kenapa awak gelak?" Eee, panas saja Qaireen melihat Tengku Qarizh sekarang ni! Gelakkan orang pulak! Bagi makan penumbuk baru tahu!

Tengku Qarizh berdehem. Meredakan tawanya sebentar.

"Tak ada apalah. Kau ingat aku tengok kau sebab kau rasa muka kau cantik sangat ke?" sindir Tengku Qarizh. Sengaja cari pasal.

Sebenarnya memang Qaireen nampak sangat cantik hari ini. Pagi tadi pun tak berkelip matanya memandang Qaireen yang baru sahaja tiba. Penampilan Qaireen agak comel di matanya kerana rambut gadis itu diikat tocang.

"Saya tak kata pun muka saya cantik kan!" Bengang betul Qaireen dengan lelaki ini. Tajam matanya merenung wajah selamba Tengku Qarizh. Cakap tak serupa bikin betul mamat ni! Tak pernah pandai nak jaga hati perempuan. Tak faham betulah dia macam mana ramai perempuan boleh lekat dengan dia.

"Memanglah kau tak cakap, tapi kenapa kau malu-malu bila aku pandang muka kau tadi?" Tengku Qarizh tersenyum sinis.

Oh wow, soalan yang mampu membuatkan dia terdiam tanpa bicara! Qaireen mengetap bibirnya.

Hah sudah, apa yang dia nak jawab ni?

"Itu sebab awak tu yang..."

Percakapan Qaireen terhenti apabila seorang pelayan berhenti di hadapan meja mereka untuk menghantar makanan yang telah di pesan sebentar tadi.

"Thank you," ujar Tengku Qarizh pada gadis yang menghantar makanan tadi. Namun, matanya masih merenung Qaireen. Qaireen hanya menjeling. Meluatnya rasa!

"Makan lah, kau nak tunggu aku suap kau dulu ke apa? Jangan harap lah ya!" Qaireen mengetap bibir. Sudu di angkat tinggi dan nasi goreng ayam telah selamat masuk ke dalam mulutnya. Dikunyah dengan geram.

'Eeee, mamat ni fikir aku nak dia suap? Memang tak akan! Kalau dia 100 kali tak ingin, aku 1000 kali lah tak ingin dia suap aku!' desis Qaireen bebal.

"Princess, aku nak tanya kau something boleh?" soal Tengku Qarizh tiba-tiba setelah lama mereka berdiam diri dan hanya fokus pada makanan. Dia baru teringatkan pasal sesuatu.

Qaireen mengetap bibir menahan gelak yang ingin terhambur keluar. Sejak bila mamat ni kalau nak tanya something dekat dia... mesti minta permission dia dulu?

Sumpah, lawak sangat! Dah insaf agaknya. Tapi tiba-tiba betul. Selalunya main sergah je orang. Siap paksa lagi orang jawab soalan dia.

"Pfft, ehek awak nak tanya apa?"

Tahan Reen, tahan. Jangan gelak!

"Berapa lama kau kenal dan berkawan dengan Hans?" Serius saja wajah Tengku Qarizh kini. Dia betul-betul nak tahu macam mana Hans boleh kenal Qaireen. Siap berkawan baik lagi. Dan masa dekat hospital hari tu, Hans siap panggil Puan Sara dengan panggilan 'ibu' lagi.

Mesti dia orang ada sesuatu hubungan yang agak serius. Mungkin benar sangkaannya?

Mendengar saja soalan Tengku Qarizh itu, terus wajah Qaireen juga berubah serius. Tambah pula soalan itu ada kena mengena dengan Hans. Kenapa tiba-tiba Tengku Qarizh tanya dia macam tu? Tentang Hans pula tu!

"Err, dah lama dah. Sejak kami kecil lagi. Hans memang kawan baik saya. Satu-satunya kawan baik saya. Dialah abang, dia lah kawan. Dialah segala-galanya bagi saya." Qaireen tersenyum apabila terkenangkan Hans. Sikap Hans, perangai Hans, memang dari dulu tak pernah berubah.


Baik sangat dengan semua orang. Kalau boleh, semua orang Hans nak tolong.

Memang Hanslah segala-galanya bagi Qaireen.  Haih, tiba-tiba rindu pula dekat Hans sekarang ni. Lama juga mereka tak lepak macam selalu. Dua-dua busy dengan kerja. Masing-masing ada komitmen sendiri.

Tengku Qarizh hanya memandang wajah Qaireen. Dia nampak wajah Qaireen berubah ceria apabila gadis itu bercerita tentang Hans. Dia orang memang ada apa-apa hubungan ke selain kawan baik? Mimik wajah Hans dan wajah Qaireen memang sama apabila dia menyoal tentang diri masing-masing pada mereka berdua.

Mereka akan tersenyum sendiri seperti Qaireen tadi.

"Selain kau anggap Hans macam kawan baik, macam abang sendiri, kau ada tak anggap Hans lebih dari semua itu?"

Qaireen tergamam. Terdiam dia jadinya. Kenapa Tengku Qarizh tanya dia macam tu? Adakah lelaki itu tahu yang dia cintakan Hans selama ini? Ketara sangat kah wajahnya?

"Err, soalan apa awak ni? Dia memang kawan saya jelah. Dan akan selamanya jadi kawan." Qaireen jawab dengan agak gugup.

Tengku Qarizh tidak puas hati dengan jawapan Qaireen. "Kau pasti? Aku bukanlah nak menyibuk hal orang, cuma aku nak tahu isi hati kau sekarang. Kalau betul kau hanya anggap Hans sebagai kawan, kenapa kau senyum bila kau cerita pasal dia tadi dekat aku? Kenapa wajah kau bila kau cerita pasal Hans, kau nampak ceria sangat?"

Qaireen terkesima. Tidak tahu untuk menjawab soalan itu kerana kalau dia tersilap susun ayat, rahsianya akan pecah. Dan rahsianya akan kantoi pada Tengku Qarizh pulak tu. Lagilah dia tak nak.

"Emm mana ada. Saya rasa awak dah..."

Sekali lagi kata-kata Qaireen terhenti apabila handphonenya berdering minta di angkat. Qaireen terus mengangkat panggilan itu. Namun, dalam masa yang sama di lega. Lega kerana tidak perlu menjawab soalan cemu emas lelaki itu lagi sekali. Fuh, selamat dia. Tengku Qarizh ni bukannya boleh percaya sangat. Selagi dia tak jujur, selagi itulah mamat ni akan korek rahsia sampailah dia bercakap benar. Lepas tu nanti gunakan kuasa veto dia sebagai seorang majikan kepada Qaireen. Benci!

Manakala Tengku Qarizh pula mendengus geram. Sibuk betul panggilan telefon itu! Hampir-hampir sahaja dia tahu kebenaran yang sebenar.

"Hello, ya abang Qash? Ada apa call Reen ni?" soal Qaireen pada Qash di hujung talian. Tak ada angin tak ada ribut tiba-tiba telefon dia tengahari begini. Mananya dia tidak pelik kerana sekarang masih waktu bekerja.

"Reen, datang balai polis sekarang!"

Dahi Qaireen berkerut. Wajah Tengku Qarizh sempat dipandang sekilas.

"Kenapa ni, abang? Lain macam je suara abang ni. Kenapa kena datang balai pulak? Abang jangan macam-macam ya," ujar Qaireen hairan. Dah kenapa suruh dia datang balai polis pula? Abang dia ada buat apa-apa kesalahan ke? Atau orang lain yang dia kenal?

"Datang jelah sini. Jangan banyak tanya dan jangan nak fikir yang bukan-bukan. Macamlah abang tak tahu apa yang ada dalam kepala otak Reen sekarang. Kalau Reen nak tahu, ayah dah kena tangkap. Sebab tu abang nak Reen datang sini," jawab Qash dihujung talian.

"What?" Qaireen tergamam. Ayah dah kena tangkap polis?

How dude?

"Macam mana boleh..."

"Nanti abang cerita. Abang dah share location. Reen datang je sekarang. Ibu pun ada sekali dekat sini." Qaireen mengangguk faham. Pantas talian di matikan dengan segera.

"Is everything okay?" soal Tengku Qarizh ingin tahu. Melihat Qaireen yang kelam-kabut semacam itu sememangnya membuatkan dia tertanya-tanya.

"Err, Tengku. Saya nak kena gerak sekarang. Ada emergency. Saya harap Tengku faham dan benarkan saya pergi. Maaf sebab saya kena pergi sekarang!" Terus Qaireen pergi tanpa sebarang bicara lagi. Namun, Tengku Qarizh menahan pantas Qaireen dari melangkah pergi.

"Kejap, biar aku hantar kau. Okay?"

"Tapi saya..." 

"No more excuses! Naik dengan aku lagi cepat sampai. So, let's go!" Qaireen mengeluh kecil sebelum mengikuti juga langkah lelaki itu. Dia tiada pilihan selain membiarkan Tengku Qarizh menghantarnya.

Tapi nanti kalau Tengku Qarizh tanya apa-apa macam mana? Ah, jawab sahajalah apa-apa pun. Yang pasti dia tak akan menberitahu perkara yang sebenar tentang ayahnya.

***

Sebaik saja tiba di hadapan balai polis seperti yang Qash katakan tadi, Qaireen terus membuka seat belt terlebih dahulu. Dengan kelam-kabutnya dia membuka pintu dan ingin masuk ke dalam balai secepat yang mungkin.

Namun, baru saja dia ingin membuka pintu dengan lebih luas, seketika barulah dia tersedar. Pantas wajah si tuan pemandu yang sedang memerhatikannya itu di pandang. Bibir naik mengukir senyuman kecil.

"Hmm, sorry terlupa nak say thank you dekat Tengku. Thank you tau sebab sudi hantar saya," ujar Qaireen ikhlas. Dia terus keluar tanpa sempat Tengku Qarizh membalas kata-kata tadi.

Namun, Tengku Qarizh pantas mencapai lengan Qaireen dan itu membuatkan Qaireen tersentak.

"Princess, wait!"

 Tengku Qarizh menahan gadis itu dari pergi jauh. Qaireen berpaling ke arahnya dengan riak wajah cemas.

"Ada apa lagi ni, Tengku?"

"Sorry, tapi aku cuma nak kau inform aku kalau ada apa-apa hal yang terjadi. Call  aku terus tau. Aku akan datang terus." Kata-kata Tengku Qarizh itu sememangnya membuatkan Qaireen pelik.

"Kenapa?"

"Sebab aku risau..." 

Jeda.

"Risaukan kau. Aku benarkan kau habis kerja awal tak bermakna aku tak risaukan kau. Aku memang tak akan tanya kau kenapa aku kena hantar kau dekat sini, kenapa abang kau suruh kau datang sini dengan cepat. Aku memang tak akan tanya sebab aku tak nak masuk campur dalam urusan keluarga kau. But please, if anything happen, just let me know. Can you Puteri Qaireen?"

Serius sahaja wajah Tengku Qarizh kini. Qaireen mengetap bibir. Kenapa sejak akhir-akhir ni dia perasan yang lelaki ini banyak berubah? Atau memang dia yang masih tak tahu perangai sebenar lelaki ini? Semalam dia nampak Tengku Qarizh spesis yang lain, hari ni Tengku Qarizh spesis caring pula dengannya? Sumpah, dia pelik sangat sekarang. Tapi dia tiada masa untuk berfikir, tiada masa untuk bertanya. Dia kena masuk dalam dengan cepat!

"Alright I will, but no need to worry about me. Everything is okay. Thank you again. And take care too." Kini barulah tiada halangan untuknya masuk ke dalam lagi.

Masuk saja ke dalam balai polis, kelibat abangnya di cari. Nampak saja abangnya yang sedang bercakap sesuatu dengan seorang pengawai polis itu, terus Qaireen melangkah ke arah abangnya dengan cepat.

"Abang, apa dah jadi sebenarnya ni?" Kelam-kabut Qaireen jadinya.

Qash memandang wajah cemas adiknya sebelum dia mengukir senyuman kecil.

"Orang tua tu dah kena tangkap pun akhirnya." Qash tersenyum gembira. Dahi Qaireen berkerut-kerut hairan.

"Orang tua mana ni?"

Tadi bukan abangnya cakap ayah ke yang kena tangkap? Ini orang tua pula? Dia memang tak boleh nak mencerna kata-kata Qash kerana kata-kata manis Tengku Qarizh tadi masih bermain di ingatan.

Qash menjulingkan bebola matanya. Hish, Reen ni susah betul nak tangkap apa yang dia maksudkan.

"Orang tua mana lagi? Orang tua yang dah menyusahkan hidup kita selama ni lah."

"Orang tua yang menyusahkan hidup kita? Siapa? Bukan abang cakap ayah ke tadi? Ish abang ni, cubalah staright forward cakap tu!" Bengang Qaireen jadinya. Dia beria lah cemas, abang Qash boleh pula cakap main-main macam tu!

"Ya Allah, Reen. Ayah Reen lah siapa lagi yang menyusahkan hidup kita selama ni?"

Qaireen angguk faham. Oh, ayah rupanya orang tua itu. Aduh kenapalah dia loading lama sangat.

"Eh, ayah Reen ayah abang juga tau!"

"Abang tak ada ayah yang menyusahkan hidup orang macam tu!"

"Abang! Kalau ibu dengar nanti, mahunya abang kena marah. Tak baiklah cakap macam tu. Buruk mana pun ayah tu, dia tetap ayah kita tau." Abang Qash ni suka cakap tak berfikir perasaan orang lain!

Qash mencebik. Dia pulak kena ceramah. "Banyak cakaplah kau! Pergilah teman ibu tengok orang tua tu. Ayah kesayangan kau sangat kan?"

Qaireen hanya menjeling meluat. Seketika dia teringatkan sesuatu.

"Tapi kan abang... macam mana ibu boleh setuju pula nak masukkan ayah dalam penjara? Bukan ibu ke yang paling bangkang dengan cadangan kita selama ni?"

Pelik betul dia. Ibulah orang paling tak suka libatkan polis kalau hal berkaitan dengan ayah. Buruk macam mana sekali pun ayah tu, Puan Sara tetap tak nak dan tak akan libatkan polis dalam hal ini. Penat juga lah mereka memujuk ibu, tapi tetap tak berhasil. Tapi kenapa sekarang... ibu boleh terbuka hati untuk ikut cadangan mereka ini?

Qash tersenyum kecil. "Alhamdulilah ni semua disebabkan Hans. Kalau Hans tak pujuk ibu, memang sampai bila-bila lah ayah kau akan menyusahkan kehidupan kita sekeluarga. Biar orang tua tu dalam penjara lama sikit. Senang nak insaf cepat. Kalau tak insaf-insaf lagi tak tahulah aku."

Qaireen terkedu. Terkaku dia buat seketika.

"Ap... apa dia tadi? Hans yang pujuk ibu?"

Hans yang pujuk ibu sampai ibu setuju dengan cadangan ini?  Ya Allah, biar betul?

"Yelah, Hans. Dia yang beria sangat nak cuba pujuk ibu. Abang dah cakap dah tak akan berhasil sebab ibu memang tak akan setuju punya, tapi abang betul-betul terkejut yang Hans berjaya pujuk ibu. Alhamdulilah, memang abang percayakan Hans sangat selama ni. Sumpah, abang tak sangka yang Hans berjaya pujuk ibu dalam hal ni," ujar Qash sangat bersyukur.

Qaireen pula masih lagi dalam delima. Hans? Ya Allah, kenapa Hans sanggup buat semua ini untuk mereka sekeluarga?

"Muhammad Naz Hans Bin Zaen ke?" soal Qaireen masih lagi dalam percaya tidak percaya.

Qash menjeling adiknya. Eee, budak ni kan!  Kenapalah lembap semacan dari tadi. Nasib adik tau, kalau tak dah lama dia humban dalam parit!

"Hish, Reen ni. Hans mana lagi yang Reen kenal selain Muhammad Naz Hans Bin Zaen tu? Reen okay tak ni?" Pelik sahaja Qash melihat perangai adiknya yang seperti dalam dunianya sendiri itu.

Sebut saja nama Hans... terus jadi sawan eh? Hebat betul penangan lelaki itu pada adiknya.

"Reen okay. Hans mana abang? Dia tak datang sekali ke?" Tiba-tiba Qaireen teringatkan Hans.

"Oh, Hans memang nak datang sekali tadi. Tapi tiba-tiba dia ada photoshoot last minute. Pre-wedding artis mana entah. Kenapa? Baru sebut nama dah rindu dia eh?" sakat Qash. Suka melihat wajah kemarahan adiknya itu.

Qaireen mencebik. Menyampah betul bercakap dengan abang Qash ni!

Tapi dia sangat-sangat tak sangka yang Hans mampu pujuk ibu. Dan dia sangat-sangat hargai usaha dan pertolongan Hans itu.

'Hans, sampai bila kau asyik nak tolong aku je ni?
Aku tak tahulah macam mana kehidupan aku tanpa kau suatu hari nanti. Aku tak boleh bayangkan kalau kau tak ada di depan mata aku aku suatu hari nanti... thank you Hans sebab kau banyak tolong aku...'  bisik hati Qaireen. Bibirnya mengulum senyuman manis.

Naz Hans...

TBC!

Vote, comment, share.❤️

Questions for you guys...

1) ciri-ciri wanita idaman para lelaki? Ada yang  suka macam Reen tak?

2) Ciri-ciri lelaki idaman para perempuan? Ada yang macam Hans atau Qarizh tak?

Okay bye!😜

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro