DUS 21 🦋

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"It's hurt to let go, but sometimes it hurts more to hold on."

••••••

~
~
~
~
Happy reading!🧡












"Bet... betul ke ni awak?" soal Hans tergagap-gagap. Membulat matanya memandang wajah serius Doktor Zalea itu. Adakah dia salah dengar?

"Yes, it's true. Penyakit awak semakin menunjukkan kesan. Kan saya dah berkali-kali pesan, jangan terlampau sibuk dengan kerja sampaikan awak tak ada masa untuk berehat. Awak perlu rehat secukupnya. Jangan terlampau stress yang berlebihan. Minum air secukupnya bagi mengelak dehidrasi. Selalunya pukul berapa awak tidur?" soal Doktor Zalea.

Serius sahaja wajahnya kini. Kalau bab kerja, memang dia tidak pernah main-main. Tugasnya ialah akan sentiasa memastikan pesakit-pesakitnya dalam keadaan yang baik.

"Err, dalam pukul 12 malam?" Hans mengetap bibirnya. Tahu kesalahan dia kali ini.

Dia tidur lewat pun bukannya buat perkara yang sia-sia dan perkara yang tidak berfaedah.  Banyak gambar yang dia perlu edit secepat yang mungkin. Bab-bab mengedit gambar ni memang dia tak akan benarkan pekerjanya yang tolong buatkan. Bukan sebab Hans tidak percayakan mereka, tapi kerana dia lebih suka melakukan semuanya sendiri. Biarlah semuanya hasil titik peluhnya sendiri. Nanti lepas dah dapat hasil, dia juga yang akan gembira dan bangga dengan usaha keras diri sendiri.

"What? Awak buat apa sampai tidur lambat macam tu? Ingat Hans, awak kena banyak rehat. Tinggalkan kerja awak tu sebentar, dan berehat. Saya tak nak simptom-simptom penyakit awak semakin membahayakan diri awak dan akan menjejaskan kesihatan awak."

Hans hanya diam. Akur mendengar dengan hati yang terbuka.

"Ni satu lagi, keluarga awak tak tahu lagi kan penyakit awak ni? Sampai bila awak nak rahsiakan dari diorang semua? Lambat-laun, mereka akan dapat tahu juga, Hans. Please, mereka patut tahu supaya keluarga awak dapat mengawasi awak. Dapat pantau kesihatan awak. Awak faham kan apa yang saya cuba nak sampaikan ni?" pujuk Doktor Zalea lembut. Masih lagi cuba memujuk pesakitnya tentang perkara yang sama.

Isu yang sama, dan situasi yang sama setiap kali berjumpa. Sebagai seorang doktor, dia harus tahu setiap masalah pesakitnya. Termasuklah dia harus mengambil bahagian dalam isu keluarga seperti ini. Kerana itu memang tanggungjawabnya sebagai doktor.

Hans mengeluh berat. Belakang badannya disandarkan pada kerusi.

Dia bukan tak nak bagi tahu mereka tentang penyakitnya ini...

Tapi dia tak nak semua orang risaukan dia. Dia tak nak semua orang bersimpati dengannya. Dia tak suka simpati orang!

Hans masih boleh jaga diri sendiri dan dia tak nak orang kasihankan dia. Serius, memang dia rasa suka. Kerana apabila mereka bersimpati dengannya, pasti Hans akan rasa bahawa dirinya tidak berguna. Menyusahkan semua orang dan tidak layak untuk terus hidup!

Dan yang paling penting, dia tak nak orang yang dia sayang sedih dengan perkara ini. Dan disebabkan itulah Hans memilih untuk merahsiakan hal penting ini dari semua orang.

Biarlah dia tanggung semuanya seorang diri daripada semua orang yang dia sayang sedih hanya kerananya. Tengoklah dia demam panas berhari pun, semua orang risaukan dia. Lagi-lagi mama dan Reen. Dia tak suka susahkan orang.

Selagi dia boleh pendam dan rahsiakan, dia akan tetap lakukan semua itu seorang diri. Titik!

"Suatu hari nanti mereka semua akan dapat tahu juga pasal ni. So, better saya tak bagitahu sekarang. Biarlah mereka tahu sendiri awak. Situasi sekarang tidak mengizinkan saya buat macam tu. Erm, okaylah. Dah tak ada apa-apa lagi kan? Saya tak nak orang syak pula yang saya datang sini," terang Hans risau. Risau ada mata-mata yang ternampak dia di hospital ini. Jenuh pula lah dia nak bagi alasan nanti.

Doktor Zalea mengeluh kecil. Faham sangat dah dengan sikap degil dan keras kepala pesakitnya. Nak buat macam mana, dia tiada hak untuk buat apa-apa melainkan hanya memberikan nasihat sahaja pada Hans. Dia tiada hak untuk masuk campur dalam urusan Hans dan keluarganya.

"Sebelum awak pergi, saya akan bagi awak ubat acetaminophen (Tylenol) untuk membantu merendahkan demam panas awak dan ianya juga akan menjadikan awak lebih selesa. Jangan lupa, semua ubat yang saya bagi awak kena makan! On time tau. Lagi satu, please. Saya masih tak puas hati dengan awak. Jujur dengan semua orang. Awak tak kasihan ke kalau mereka tahu sendiri? Penyakit awak ni bukannya makin baik tau, tapi makin teruk saya tengok. Please, Hans. Saya risaukan awak. Demi kesihatan awak jugak." Hans memandang wajah berharap gadis itu dengan jiwa yang perit.

Keluhan kecil terbit di bibirnya. Hans tersenyum simpul.

"I'm sorry. But I can't do that."

Dia tak akan beritahu penyakit yang dia hadapi ini pada semua orang. Mereka tak patut tahu. Terutamanya, mama dan Qaireen. Hans tak nak mereka sedih dengan berita ini.

Hans tak akan buat orang yang dia sayang dan orang yang dia cinta sedih dan kecewa dengan perkara ini! Mereka tak patut tahu. Itu tekadnya.

****

"Seriously, bro? Penyakit kau makin teruk?" soal Aniq terkejut. Tajam matanya merenung wajah Hans kerana menginginkan kepastian. Hans ajak jumpa tadi sewaktu dia masih di pejabat. Katanya ada hal penting nak beritahu. Rupanya memang benarlah, hal ini sangat penting dan mengejutkan dia.

Hans mengeluh kecil. "Yes, it's true. Aku tak ada pilihan lain Niq... selain hanya berserah pada-Nya. Aku redha dengan segala ketentuan yang Allah berikan pada aku. Dan aku tahu Allah sedang menguji aku sekarang. Tak apa, aku terima semuanya dengan hati yang ikhlas." Hans mengukir senyuman simpul.

Dia redha. Kalau suatu hari nanti, Allah mahu mengambil nyawanya, dia tidak kisah. Kerana dia tahu perancangan Tuhan adalah yang sebaik-baik buat dirinya.

Aniq tersandar lemah di kepala kerusi yang dia duduk itu. Ya Allah, sungguh dia tidak sangka, penyakit kawan baiknya sejak dari zaman universiti ini semakin teruk.

Sungguh, dia tidak boleh percaya dengan semua ini. Dia ingat Hans akan semakin pulih kerana lelaki itu tak pernah skip makan ubat atau berjumpa dengan doktor sepanjang dia tahu Hana sakit.

Tuhan, tiada peluangkah untuk sahabat baiknya sembuh dan bahagia bersama orang yang dia sayang? Ujian ini sangat berat untuknya.

"Habis tu mama dengan Reen macam mana? Kau tak bagi tahu lagi kan penyakit kau ni dekat mereka?" soal Aniq sangat-sangat risau dengan kesihatan Hans.

Hans tersenyum kelat. Aniq juga sama seperti yang lain. Tak pernah berhenti merisaukan dia. Kerana itulah dia tak nak pun Aniq tahu yang dia sakit. Memang Aniq dah tahu lama yang dia sakit. Sejak dari universiti lagi. Itu pun kerana Hans terkantoi dengan Aniq semasa mereka study di library. Hans terlupa makan ubat, dan dia pengsan akibat sesak nafas. Dan Aniq lah yang membawanya ke hospital kerana Hans memang datang dengan Aniq.

Dan disebabkan itu, terpaksalah Hans ceritakan segala-galanya pada Aniq perkara yang dia simpan selama bertahun-tahun ini. Tak adalah bertahun sangat pun, sejak dia habis zaman persekolahan.

Aniq juga sudah lama tahu yang dia cintakan Qaireen Nisrina. Aniq dah tahu lama. Mereka berempat termasuk Farha mula berkawan rapat sejak dari semester pertama. Jadi memang wajarlah Aniq tahu isi hatinya. Tapi Hans minta sangat-sangat yang Aniq dapat simpan segala rahsianya dengan kemas. Jangan pernah beritahu pada sesiapa sekali pun! Kerana Hans percaya yang Aniq mampu menjaga rahsianya dari diketahui oleh semua orang. Dan buktinya sampai sekarang rahsiannya dijaga kemas oleh Aniq.

"Aku tak sanggup nak bagitahu mama dengan Reen, Niq. Aku tak sampai hati nak tengok diorang sedih disebabkan hal ni. Aku tak suka tengok diorang sedih hanya kerana aku. Dan aku tak perlukan simpati orang, Niq. Kau pun tahu kan perkara tu?"

Aniq memejamkan matanya buat seketika. Ya, dia tahu semua itu. Dia kenal sangat dengan semua sikap Hans. Terlalu fikirkan perasaan orang lain tanpa sedar diri sendiri yang akan terluka. Dan sikap degil Hans memang dia dah tahu sangat. Dah masak sangat dah!

Sampai berbuih-buih mulut Aniq pujuk sekali pun, Hans tetap dengan keputusannya itu. Kalau dah A, akan tetap A. Tak akan ubah B atau C lagi. Dia harus hormat dengan keputusan Hans kerana dia risau Hans tidak mahu menceritakan apa-apa perkara lagi dengannya. Memandangkan hanya Aniq saja yang tahu rahsia Hans, dia risau Hans pendam semuanya sendiri selepas ini jikalau dia membocorkan rahsia.

"Dah tu sampai bila kau nak rahsiakan perasaan kau pada Reen? Dia berhak tahu, Hans. Aku nak tengok kau bahagia. Please, tell her about your feeling! Don't keep it a secret anymore," pujuk Aniq.

Hans tersenyum kelat. Perlu ke dia buat semua tu? Untuk apa?

"Tak guna kalau aku jujur dan berterus-terang tentang perkara yang sebenar. Sebab aku akan mati suatu hari nanti. Lagi pun ada lelaki lain yang lebih layak bersama Reen. Dan aku tahu yang Reen tak akan balas cinta aku sebab dia tak pernah anggap aku lebih dari seorang kawan. Aku kenal Reen macam mana. Aku takut cinta aku tak terbalas Niq," ujar Hans pasrah. Bibirnya mengukir senyuman nipis.

"Kalau cinta kau terbalas macam mana pula? Kau yakin ke yang Reen tak pernah ada perasaan pada kau? Kau pernah dengar sendiri dari mulut dia yang dia hanya anggap kau sebagai kawan?"
soal Aniq serius. Kenapa Hans mudah sangat berputus asa tanpa berusaha?

Hans menggeleng perlahan. No, dia tak percaya. Dia tak akan percaya yang Qaireen cintakan dia juga.

Apabila Hans kembali teringatkan peristiwa-peristiwa dia dan Qaireen dahulu, dia kembali sedar yang mereka berdua memang sangat rapat.

Tapi Qaireen tak pernah anggap dia lebih dari seorang kawan. Buktinya? Qaireen tak pernah luahkan perasaannya itu kepadanya.

Ya, Hans tahu lelaki yang seharusnya meluahkan perasaan cinta dan sayang terlebih dahulu kepada si wanita. Tetapi Hans tak nak dan dia takut dikecewakan oleh Qaireen kalau suatu hari nanti Qaireen tidak dapat menerima cintanya.

Dan Hans tahu yang Tengku Qarizh juga mula sukakan Qaireen. Hans lebih suka mengundur diri demi kebahagiaan orang lain. Orang yang dia sangat sayang. Hans nak tengok Qaireen bahagia dengan lelaki yang lebih layak.

Dan lelaki itu... bukanlah dirinya.

Perit untuk menerima. Tapi itulah hakikatnya. Dia tak mahu Qaireen kecewa kemudian hari.

"Dia tak pernah cakap macam tu pada kau kan, Hans? So, what's going on? Semudah itu je kau nak give up? Kenapa kau tak pertahankan cinta kau pada dia, Hans? Kau nak biarkan lelaki lain ambil gadis yang kau sayang selama bertahun-tahun? Macam tu je kau nak mengalah, Hans? Aku kenal kau bukan sehari dua, Hans. Aku tahu kau bukan seorang manusia yang mudah mengalah. Bukan seorang lelaki yang mudah menyayangi perempuan lain. Kalau kau dah mula sayang seseorang, kau akan sayang dia sampai kau mati. Tapi kenapa kau tak nak berterus-terang dan fight untuk cinta kau pada Reen? Kau nak tunggu lelaki lain rampas Reen baru kau nak lawan?"

Serius, Aniq memang tak faham dengan Hans. Kalau dah suka, tolonglah jujur.

Dia pun memang cuba nak jujur dengan Farha tentang perasaannya pada gadis itu, tapi dia sedar yang dia dan Farha sememangnya tiada masa untuk berdua dan bersama.

Jadi, masa untuk meluahkan apa yang dia rasa amatlah sukar. Dia dan Hans memang berbeza. Hans boleh jumpa Qaireen bila-bila masa yang dia nak. Tapi Aniq, dia dan Farha dah semakin renggang. Hubungan mereka bukan lagi seperti dulu. Farha semakin menjauh darinya.

Hans mengeluh berat. Aniq tak akan faham apa yang dia rasa dan kenapa dia buat semua ni.

"Senangnya kau cakap. Bukan senang nak fight untuk cinta aku ni. Aku bukan berputus asa, Niq. Aku cuma tak nak jujur sebab aku takut dikecewakan. Dan kalau Reen balas cinta aku juga, macam mana dengan dia? Reen akan kecewa dengan aku, Niq. Sebab aku akan mati! Aku bukannya macam korang yang boleh hidup bahagia... aku sakit Aniq. Aku sakit. Aku akan mati."

Senyap.

"Kau tak terfikir ke macam mana keadaan Reen bila suami dia mati masa dia belum sempat nak mencapai kebahagiaan dia bersama aku? Dan macam mana Reen nak membesarkan anak-anak kami bila aku tiada lagi di sisinya? Anak-anak aku nanti tak ada ayah, Niq. Tak merasa kasih sayang seorang ayah seperti kanak-kanak lain. Sebab tu aku lebih fikirkan perasaan Reen, kebahagiaan Reen berbanding perasaan dan kebahagiaan aku sendiri. Kau kena faham, dia segalanya bagi aku..."

Masing-masing terdiam. Mendiamkan diri tanpa bersuara. Entahlah. Aniq dah tak tahu nak cakap apa lagi dah dengan Hans. Kehidupan Hans sangat-sangat complicated. Dia tak boleh nak harapkan Hans sembuh seperti dahulu, tapi cukuplah Hans bahagia disamping orang yang dia sayang sebelum semuanya terlambat.

'Tuhan, berikanlah sinar kebahagiaan buat rakanku ini. Semoga dia dapat mencapai kebahagiaan sebelum menutup mata...' desis hati Aniq.

****

TBC!

Vote, comments, share. ❤️

Questions for you guys...

1) Korang dah tahu kan apa yang Hans hadapi sampaikan dia tak boleh mengaku perasaan dia pada Reen? 

Dia bukan egolah. Dia cuma nak Reen bahagia dengan orang lain....😔

2) Sedih tak part ni? Ke biasa-biasa je?

3) Chapter selepas ni ada someone confess. Korang rasa siapa yang start luahkan perasaan dulu? Hans, Reen atau Tengku Qarizh?

But warning... part seterusnya agak menyedihkan. Ecehhh!! 😂





Nak baca teaser bab 22? So, here we go!💙💙

"Aku nak bagi tahu kau yang sebenarnya aku... aku sebenarnya..."

" Sebenarnya apa?"

"Sebenarnya aku cintakan kau!"

Okay, sikit je. Pastikan korang sediakan tisu siap-siap hahahaha. Bye!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro