DUS 32 🦋

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"I feel like I waiting for something that isn't going to happen."

••••
.


.
.
.
.
Happy reading!🌷





"Puteri Qaireen Nisrina, aku dah mula jatuh cinta dengan kau."

Ayat keramat itu asyik berulang tayang sahaja di dalam fikiran Qaireen. Dia tidak dapat fokus pada kerjanya atau buat perkara lain kerana asyik memikirkan tentang luahan Tengku Qarizh itu. Luahan itu sangat mengganggu dirinya.

Tengku Qarizh... cintakan dia?

Allahu.

Macam mana dia nak berhadapan dengan lelaki itu nanti? Dia masih belum sedia. Dan dia juga tidak yakin yang Tengku Qarizh serius meluahkan isi hatinya itu. Yelah, mamat tu dahlah kuat mengusik. Suka mainkan perasaan orang. Manalah tahu apa yang dia cakap itu semua tidak betul dan hanya sekadar gurauan?

Tapi kalau tak betul pun, apa motif Tengku Qarizh cakap macam tu padanya?

Ketika itu Qaireen tidak tahu untuk memberi tindak balas bagaimana. Nak beriaksi pun dia tidak tahu. Kerana semuanya berlalu dengan pantas. Qaireen tak sangka yang Tengku Qarizh boleh jatuh hati padanya.

Semasa Tengku Qarizh luahkan perasaannya hari itu, bahawa dia cintakan Qaireen, Qaireen tidak sempat hendak membalas apa-apa kerana Farha dan Aniq telah mencelah perbualan mereka terlebih dahulu. Dan semuanya berlaku dengan pantas sehingga mereka pulang ke Kuala Lumpur semula. Dia tak sempat nak kata apa-apa lagi dan ingin mendengar kata-kata penerangan Tengku Qarizh yang selanjutnya. Hari ini, dia terpaksa menghadap Tengku Qarizh semula kerana lelaki itu adalah boss dia di tempat kerja.

Huh, betul ke apa yang mamat tu cakap?

Mustahil gila! Kenapa tiba-tiba sahaja? Eeee, peningnya kalau memikirkan perkara ini.

Qaireen melepaskan keluhan kecil. Serabut betul! Nak buat kerja pun tak senang kalau fikirannya asyik terganggu tentang perkara itu. Hatinya juga tak tenteram. Selagi dia tak dengar dari mulut Tengku Qarizh sendiri yang semua ini adalah betul atau tidak betul, selagi itulah Qaireen tak akan percaya dengan apa yang dia dengar.

Mustahil lah kalau Tengku Qarizh nak jatuh cinta padanya. Lelaki itu bukannya ada taste dengan perempuan yang macam dia ni. Tengku Qarizh punya taste sudah semestinya yang lawa, sexy, yang bentuk badannya seperti ala-ala model.

Dan semua ciri-ciri itu tidak sama sepertinya. Jauh beza walaupun dia cantik juga orangnya. Tapi lelaki itu memang suka memilih yang lebih baik dan terbaik. Dia sudah semestinya tidak termasuk dalam list perempuan yang Tengku Qarizh minat. Tapi kenapa sekarang semuanya seperti berubah. Apa yang dah merasuk lelaki itu?

"Huh. Pening betul lah kalau macam ni." Air nescafe ais yang sedang dibancuh itu dikacau dengan laju. Melepaskan geram.

"Amboi, Reen! Mengeluh nampak? Ada apa-apa masalah ke?" soal Kak Sha. Dia yang dari tadi asyik memerhatikan tingkah laku Qaireen dari jauh mula bersuara. Risaukan gadis muda itu.

Qaireen tersengih janggal. Hah, sudah. Kak Sha dah mulakan sesi soal menyoal pula sekarang ni. Apa yang dia nak jawab? 

"Tak ada apalah Kak Sha. Erm, Tengku Qarizh dah masuk office ke belum?" soal Qaireen ingin tahu. Batang hidung mamat itu dari tadi tak kelihatan lagi. Sudah pukul berapa masih tak muncul di pejabat. Selalunya dialah yang paling awal.

"Oh, Tengku belum masuk lagi rasanya. Ada hal lah tu," jawab Kak Sha tenang. Dia sudah biasa sangat kalau Tengku Qarizh masuk lambat ke pejabat. Mesti ada perkara penting sehingga lupa nak beritahu. Kalau bukan hal pejabat, semestinya tentang hal pribadi.

Dahi Qaireen berkerut-kerut. Lambat pula mamat ni masuk pejabat. Selalunya kalau nak datang lambat atau lelaki itu ada hal, pasti Tengku Qarizh memberitahunya terlebih dahulu. Semenjak dia jadi PA lelaki itu, begitulah perkara yang lelaki itu akan lakukan. Beritahu apa-apa yang perlu dia tahu.

Tetapi kali ini tidak pula. Dia tak dapat sebarang berita atau maklumat dari lelaki itu. Sudah hampir pukul sembilan pagi tapi batang hidung mamat tu pun masih tak nampak-nampak dari tadi.

' Tak apalah Reen, dia masuk lambat lagi bagus. Tak adalah kau rasa awkward sangat bila berdepan dengan dia nanti. Sekurang-kurangnya kau boleh bersedia dengan awal untuk menghadap mamat tu nanti.'

Qaireen tersenyum-senyum. Yes, bagus juga mamat tu masuk lambat. Lagi bagus kalau tak masuk langsung! Senang sikit dia hari ini. Dapat bebas dari lelaki itu.

"Ni akak nak tanya, vacation dengan Tengku macam mana hari tu? Seronok tak?" Kak Sha tersenyum nakal.

"Kak Sha! Eee, janganlah cakap kuat-kuat sangat. Nanti pekerja lain dengarlah," bentak Qaireen dengan mimik wajah tidak berpuas hati.

Orang lain tak tahu pun yang dia dan Tengku Qarizh pergi bercuti. Mereka semua ingat yang dia dan Tengku Qarizh ada urusan kerja di Terengganu. Padahal bukan pun sebenarnya. Kak Sha sahaja yang tahu dalam hal ini. Itu pun sebab Kak Sha yang uruskan chalet mereka semua di sana memandangkan Kak Sha memang ditugaskan menguruskan resort syarikat itu. Memang kantoi lah jawabnya. Tapi bukan mereka bercuti berdua pun. Hans, Farha, Aniq, Doktor Zalea sekali ada bersama. Jadi janganlah sesiapa salah sangka pulak.

Kak Sha tergelak melihat wajah cuak Qaireen yang sudah dianggap sebagai adiknya sendiri.

"Ya, ya. Maaf. Tapi kenapa korang balik awal sangat? Bukan seminggu ke dekat sana? Ni tak sampai seminggu dah balik dah. Pelik jugak akak."

"Tak naklah lama-lama Kak Sha. Masing-masing ada komitmen sendiri yang perlu diuruskan. Lagi pun tak naklah nanti ada pula orang mengata cakap curi tulanglah apalah. Huh!" Qaireen mendengus geram. Dia ingat lagi dulu masa Puan Sara masuk hospital, Linda senget tu beria perli-perli dia kononnya dia curi tulanglah apalah. Pekerja baru dah pandai minta cuti lama-lama. Cis! Dia bukan sengaja nak cuti pun okay! Menyampah. Dah cemburu tu cakap sahajalah.

Kak Sha hanya tersenyum. Dia tahu siapa yang Qaireen maksudkan. Siapa lagi kalau bukan Linda pekerja accountant syarikat ini? Buat kerja tiptop tapi kalau bab mulut... fuh, nauzubillah.  Tak ada insurance langsung.

"Okaylah Kak Sha. Reen nak sambung kerja dulu ya? Nanti boss datang habislah Reen kena dengan dia. Dia bukan boleh tengok Reen senang sekejap."

Kak Sha mengangguk faham sambil senyum nipis. Haihlah Tengku Qarizh, Tengku Qarizh. Tak pernah-pernah dia buat perangai begitu. Tapi dengan Qaireen, lain pulak. So something fishy.

*****

"Jadi kau ada apa hal dengan aku sampai kau nak jumpa aku pagi-pagi macam ni?"

Hans dan Tengku Qarizh berbalas pandangan. Tiba-tiba sahaja malam semalam Tengku Qarizh mesej beritahu bahawa mahu berjumpa dengannya pagi ini kerana ada perkara penting yang mahu dibincangkan. Hans pun setuju sahajalah kerana dia sudah dapat mengagak sesuatu tentang apa yang lelaki itu mahu katakan dengannya. Dia juga tidaklah sibuk pun pagi begini. Tengahari nanti baru dia masuk ke studio.

Tengku Qarizh menarik nafas terlebih dahulu sebelum mula berbicara. Dia agak gementar untuk berterus-terang dengan Hans. Tapi Hans sahajalah harapannya sekarang. Dia tak tahu nak minta tolong siapa lagi kerana Tengku Qarizh tahu Hans sahajalah yang sesuai untuk membantunya.

"Sebenarnya aku nak minta tolong kau sikit. Itu pun kalau kau tak keberatan lah."

Dahi Hans berkerut seribu. Minta tolong? Hmm, tak pernah-pernah Tengku Qarizh mahu meminta pertolongan darinya. Ini mesti ada perkara penting. Tapi bukan Hanslah kalau tidak menghulurkan bantuan. Dia akan tolong siapa sahaja yang memerlukan.

"Tolong apa? Cakap jelah. Macam tak biasa pulak kau dengan aku. Kalau perkara tu aku boleh tolong, InsyaAllah dengan senang hati aku akan tolong kau."

"Okay, aku cerita dekat kau. But before that, aku nak bagitahu kau yang aku sebenarnya dah beritahu Qaireen tentang perkara yang sebenar," ujar Tengku Qarizh tenang. Mungkin Hans patut tahu perkara ini terlebih dahulu sebelum dia meminta sesuatu dari Hans.

Senyap. 

Hans terdiam. Perkara yang sebenar? Rizh bagitahu apa dekat Reen? Ada apa-apa yang dia tak tahu ke?

"Apa yang kau bagitahu Reen?"

Jantung Hans berdebar-debar ingin tahu. Dia seperti sudah dapat agak tapi dia nak dengar dari mulut Tengku Qarizh sendiri. Mungkin apa yang dia sangkakan tidak benar dan perkara lain yang lelaki itu katakan pada Qaireen. Tengku Qarizh tersenyum kecil. Apabila terbayangkan kejadian dia berterus-terang dengan Qaireen tentang perasaan sebenarnya, dia jadi gembira. Lega sangat dalam hati ini.

"Guess what? Aku luah dekat Qaireen yang aku cintakan dia. Aku dah sedar yang aku cintakan dia weh. Tak sangka kan, tapi itulah hakikat yang sebenar."

Prak!

Hans terkedu dan sangat tergamam. Hatinya bagaikan sudah retak dan terbelah dua apabila mendengar bual bicara Tengku Qarizh itu. Sudah dia agak. Ternyata apa yang dia sangkakan adalah benar. Rizh akhirnya luahkan perasaannya!

Rizh dah luahkan perasaan sebenar dia pada Reen? Ya Allah! Ya Allah! Aku tak kuat. Aku tak sanggup.

Hans memejamkan matanya. Adakah hari ini adalah hari yang sangat dia takutkan selama ini? Hari di mana Tengku Qarizh meluahkan isi hatinya pada Qaireen? Sungguh, Hans tidak sanggup untuk berhadapan dengan semua ini. Namun pilihan apa yang dia ada? Dia gembira. Tipulah kalau dia cakap dia tak gembira bagi pihak Tengku Qarizh dan demi Qaireen. Tapi tipu juga kalau dia cakap yang dia tak rasa apa-apa. Sudah tentu hatinya sakit.

"Err, Hans. Kau dengar tak? Kenapa kau diam? Kau marah ke aku kata yang aku cintakan Qaireen?" Kalut Tengku Qarizh jadinya apabila melihat riaksi Hans seperti tidak gembira dengan khabar beritanya itu. Riaksi Hans tidak seperti yang dia sangkakan. Berbeza.

Marahkan Hans padanya? Tapi sebab apa? Adakah dia sudah tersalah cakap?

"Eh? Hah? Taklah. Mana ada aku marah. Aku cuma erm... terkejut je bila kau kata yang kau cintakan Reen, kawan baik aku sendiri. Haha sumpah aku tak sangka." Hans cuba kawal mimik wajahnya dengan mengukir senyuman kelat dan dia mula ketawa yang dibuat-buat.

Hans tak marah pun. Serius. Dia cuma kecewa. Sangat kecewa dengan apa yang baru sahaja dia dengar. Tapi dia tumpang gembira.

Tengku Qarizh menghembus nafas lega. Aduh Hans. Dia ingatkan apalah tadi. Memang semua orang akan tak sangka jika dia cakap yang dia cintakan Qaireen, perempuan yang baru dia kenal dan baru muncul dalam hidupnya. Jadi pembantu peribadi di syarikat dia pulak tu. Sangat pelik dan akan mengejutkan orang.

"Fuh, buat suspen jelah kau ni!"

Hans hanya tersenyum biasa. Suka dia melihat wajah Tengku Qarizh yang jelas terpancar riak wajah gembira. Begitu sayang Tengku Qarizh pada Qaireen.

"Asal? Cuak ke?"

"Eh gila tak cuak? Aku ingatkan kau marah aku sebab aku sailang Qaireen dari kau. Yelah, aku risau kalau kau sukakan Qaireen juga selama ni. Aku tak naklah jadi perampas. Tapi memang makan hatilah aku bro kalau betul." Hans dan Tengku Qarizh sama-sama tergelak.

"Taklah. Kenapa aku nak marah pula sedangkan aku tak hm tak pernah ada apa-apa perasaan pada Reen. Aku dah anggap dia macam adik aku sendiri tau. Kau jangan fikir bukan-bukan pulak."

Tengku Qarizh mengangguk faham. Namun, hatinya berasa lega apabila semua yang dia fikirkan adalah tidak benar. Hans tak pernah cintakan Qaireen. Lelaki itu hanya anggap Qaireen sebagai adiknya sahaja. Syukurlah kalau begitu. Tidak perlulah dia harus menjadi orang ketiga pula nanti dalam perhubungan mereka.

"Tapi apa yang Reen balas dekat kau? Dia ada cakap yang dia... cintakan kau juga ke?"

Hans berdebar-debar ingin mendengar jawapan dari Tengku Qarizh. Dia ingin tahu. Adakah benar yang Qaireen juga mencintai Tengku Qarizh?

Allah!

Kalaulah benar, Hans semestinya tidak mampu tanggung kesengsaraan ini seorang diri lagi. Adakah sebegitu cepat sekali Qaireen berubah hatinya dengan mencintai lelaki lain?

Tengku Qarizh mengeluh. Dia juga nak tahu jawapan dari Qaireen. Tapi apakan daya, dia masih tidak sempat untuk mengetahuinya.

"Tak pun, Reen tak sempat cakap apa-apa lagi sebab Aniq dengan Farha dah potong line. Kacau betul lah. Tapi tak apa, nanti bila aku masuk office semula, aku akan cakap lagi sekali yang aku betul-betul cintakan dia. Dan aku nak dengar balasan dari Qaireen sama ada dia nak terima aku atau pun tidak." Apabila teringatkan Qaireen, automatik bibir Tengku Qarizh mengulum senyuman.

Manakala Hans memejamkan semula matanya. Sumpah, dia tak mampu harungi semua ini. Dia tak mampu nak tipu perasaan dia sendiri pada semua orang. Dia tak mampu lepaskan Reen pada lelaki lain. Dia tak mampu melihat Tengku Qarizh dan Qaireen bersama nanti walaupun semua itulah yang dia mahu lihat sebelum dia menutup mata buat kali terakhir nanti.

Dia tak sanggup. Namun sesungguhnya Hans tiada pilihan untuk berkata tidak. Semuanya harus dia tanggung seorang diri. Tiada siapa pun akan tahu dan rasa betapa sakitnya untuk kita menipu perasaan sendiri dan hanya pendam semuanya seorang diri selama bertahun-tahun lamanya.

Hans tak mampu. Dan dia tak kuat. Dia hanyalah seorang lelaki yang lemah. Seorang hamba Allah yang tiada kekuatan. Hanyalah insan yang lemah dan manusia biasa. Pasti merasakan perit dan sakit.

Tetapi Hans tetap akan lakukan semua ini seorang diri demi... kebahagiaan Puteri Qaireen Nisrina, gadis yang dia sayang sampai mati. Biarlah dia sakit, biarlah dia tanggung semua kesakitan seorang diri asalkan cinta dan nyawanya bahagia.

It's hard to do but I need to do this all for my love. You know that you really love someone when you can't hate them for breaking your heart?

"Erm tak apalah kau cubalah lagi nanti. Tapi kau kata tadi nak minta tolong aku kan? Kau nak aku tolong apa?" Hans kembali teringatkan perkara itu. Kalau Tengku Qarizh dah suka Qaireen dan sudah meluahkan perasaannya, jadi lelaki itu mahu dia membantu apa pula dalam perkara begini?

"Okay, macam ni. Aku risau sangat yang Qaireen akan terus reject aku. Aku nak kau tolong berikan idea untuk aku dapatkan cinta Qaireen dan buktikan dekat Qaireen yang aku betul-betul cintakan dia. Boleh tak Hans kau tolong aku? Aku tak akan minta tolong kau pujuk Qaireen supaya dia terima aku sebab aku nak buktikan dekat dia sendiri yang aku betul-betul ikhlas cintakan dia. Dan aku tak nak kau pujuk dia sebab aku tahu yang cinta tak boleh dipaksa. Jadi aku nak dia buat keputusan sendiri tanpa orang lain desak. Kau faham kan apa yang aku cuba nak sampaikan?"

Hans hanya mengangguk walaupun hatinya sangat pedih bagaikan ditikam-tikam. Bayangkan, kawan baik sendiri minta tolong dengan kita supaya cinta hati kita sendiri cintakan kawan baik kita?

It's really hurt. And it's really hard too.

"Aku ada idea. InsyaAllah idea aku ni boleh bantu kau serba sedikit untuk dapatkan Reen tanpa paksaan dan kerelaan diri dia sendiri. Tapi sebelum tu aku nak kau jujur dengan aku satu benda."

Hans dan Tengku Qarizh berbalas pandangan mata.

"What?"

"Aku nak kau cakap dengan aku betul-betul. Kau betul cintakan Reen atau kau hanya anggap dia macam perempuan-perempuan lain? Adakah kau hanya nak mempergunakan dia seperti perempuan lain yang kau sakitkan? Dan kalau betul, kenapa kau cintakan Reen? Aku bukan apa, aku cuma risau dan takut kau mainkan perasaan Reen. Aku takut kau masih keluar dengan perempuan lain walaupun aku boleh nampak yang kau dah banyak berubah. Aku takut sangat yang kau tak ikhlas pun cintakan Reen dan kau nak mainkan perasaan dia."

Yes, memang Hans boleh nampak Tengku Qarizh ikhlas dan bersungguh-sungguh untuk dapatkan cinta Qaireen. Buktinya, lelaki itu sanggup berubah demi cintanya, lelaki itu sanggup berjumpa dengannya untuk meminta tolong dan lelaki itu juga tidak mahu dia memujuk dan memaksa Qaireen supaya gadis itu terima cintanya.

Dia nampak semua itu. Tahu bagi Hans, selagi dia tak dengar dari mulut Tengku Qarizh sendiri, memang taklah dia nak percaya. Dia bukan apa, dia takut Qarizh mainkan perasaan Qaireen sahaja nanti. Dia tak nak Qaireen terluka hanya disebabkan kata-kata dusta Tengku Qarizh nanti. Dia tak nak Qaireen terluka kemudian hari selepas gadis itu benar-benar sudah mencintai dan menerima Tengku Qarizh seadanya. Dan dia tak nak Qaireen bersedih dan menangis seperti mana Hans pernah lukakan Qaireen dulu.

Tak sanggup lagi untuk dia melihat Qaireen down seteruk itu. Sama seperti mana dia lakukan dulu. Tapi Hans terpaksa. Bukan sengaja. Dan kalau Tengku Qarizh... mungkin lelaki itu sengaja? Sebab itulah dia mahukan kejutan dan penjelasan yang jelas sebelum dia bersetuju untuk membantu lelaki itu.

Tengku Qarizh tersenyum nipis. Soalan Hans agak sukar untuk dia jawab tapi dia faham yang Hans benar-benar sayang dan risaukan Qaireen.

"Hans, kau tak perlu risau. Aku ikhlas dan betul-betul cintakan Qaireen. Aku tak tahu bila perasaan ini hadir dalam diri aku, tapi sekali dia hadir, aku tak akan sia-siakan peluang yang Tuhan berikan pada aku. Gadis sebaik Qaireen sememangnya tidak layak bersama aku. Tapi aku akan cuba untuk jadi lelaki yang terbaik untuk dia. Aku tahu memang susah nak berubah, lagi-lagi king of crocodile macam aku ni kan? Ya, memang sukar. Tapi tak apa, demi cinta aku, masa depan aku, aku sanggup lakukan apa sahaja. Kau pun tahu kan Hans yang aku tak pernah jatuh cinta pada mana-mana perempuan selain Yuhanis?"

Hans hanya senyap. Tekun mendengar. Ya, dia masih ingat kisah percintaan Tengku Qarizh bersama Yuhanis dulu. Tengku Qarizh sangat mencintai Yuhanis dan setia kepada gadis itu. Kisah percintaan mereka pernah tersebar satu sekolah. Pasangan yang sangat serasi dan sepadan apabila bersama. Tapi Tengku Qarizh banyak berubah disebabkan person itu juga.

"Dialah satu-satunya perempuan yang aku paling cinta dulu. Tapi bila dia curang dengan lelaki lain dan khianat cinta aku, aku mula gunakan ketampanan dan harta yang aku ada untuk balas dendam pada semua perempuan. Bagi aku semua perempuan adalah sama. Disebabkan rasa dendam aku, dan disebabkan masalah keluarga yang berikan aku tekanan membuatkan aku berubah sampai jadi Tengku Qarizh yang semua orang kenal sekarang. Aku berubah teruk gila sebab aku rasa dipermainkan. Aku faham perasaan sakit apabila dipermainkan tu macam mana jadi yeah aku gunakan peluang tu untuk sakitkan perempuan lain yang tak bersalah."

Tengku Qarizh menunduk wajah. Sedar khilafnya sebagai seorang manusia biasa di muka bumi Allah ini. Hanya disebabkan salah orang lain, orang lain yang jadi mangsanya. Nauzubillah.

"Tapi bila aku dapat tahu perkara sebenar yang Yuhanis tak pernah curang pun dengan aku dan lelaki itu adalah sepupu dia, aku mula sedar segala salah silap aku. Aku dah salah sangka dengan dia dan tak berikan dia peluang. Dan bila Yuhanis meninggal, aku kembali semula seperti Qarizh Arsyad yang playboy dulu. Aku mula stress dan lupa diri aku yang sebenar. Tapi sekarang... Qaireen pula yang muncul dalam hati aku. Dia pula sedarkan aku dan buat aku berubah semula. Dan dia sama seperti Yuhanis. Sangat-sangat baik orangnya sampaikan aku rasa aku tak layak bersama mereka."

Tengku Qarizh mengeluh. Dia diuji dengan perempuan yang baik dalam kehidupannya. Tapi mungkin sekarang Qaireen bukanlah sekadar ujian, namun jodoh yang Allah telah tetapkan buatnya.

"Qaireen sedarkan aku banyak perkara Hans. Hadirnya Qaireen dalam hidup aku bagaikan sihar cahaya yang baru untuk aku teruskan hidup. Bagaimana aku boleh lukakan dia dan sia-sia dia kalau aku tak sanggup untuk kehilangan sinar cahaya baharu yang Tuhan telah berikan untuk aku? Aku tak akan sia-sia kan dia dan buat dia macam mana yang aku buat dekat Yuhanis dulu. Percayalah, aku tak nak hilang permata Tuhan berikan pada aku buat kali kedua."

Penuh makna dan sangat mendalam mukadimah Tengku Qarizh itu. Dia benar-benar maksudkan segala apa yang dia katakan. Bukan sekadar mahu menyedapkan hati sendiri atau memujuk Hans supaya memahami, tetapi dia ikhlas dan dia bersunguh untuk berubah.

Dan sekarang, barulah Hans percaya dan yakin bahawa Tengku Qarizh memang betul-betul ingin berubah demi cintanya buat Qaireen. Bibir Hans naik mengukir senyuman gembira. Dia percayakan Tengku Qarizh. Dari dulu lagi kepercayaan yang dia letakkan buat lelaki itu tidak pernah berubah. Entah kenapa, mungkin Allah yang menggerakkan hatinya supaya sentiasa percayakan Tengku Qarizh.

"Alhamdulilah sangat kalau kau dah cakap macam tu. Aku percayakan kau, jangan risau. Cuma aku harap kau tak musnahkan kepercayaan yang aku berikan pada kau ni." Hans menepuk bahu Tengku Qarizh seketika.

"InsyaAllah Hans. Aku cuba buat yang terbaik. Selagi kepercayaan kau pada aku masih ada, semuanya akan baik-baik sahaja."

Hans angguk perlahan. Mungkin keputusan dia untuk membantu Tengku Qarizh adalah perkara yang betul. Apa salahnya kan? Dia nak tengok kedua-dua kawan baiknya bahagia.

"Aku pun tak pastu yang idea aku ni boleh membantu kau ke tidak sebab hati Reen tidaklah selembut yang kau sangkakan. Tapi bagi aku, kau patut lakukan sesuatu yang mampu membuatkan Qaireen percaya yang kau betul-betul cintakan dia."

"Huh? Tapi macam mana?" 

Hans menjongketkan keningnya apabila melihat wajah bingung Tengku Qarizh. Mungkin ayatnya agak memeningkan tetapi kalau tidak cuba, macam mana nak tahu berjaya atau pun tidak. Bibirnya mengukir senyuman penuh makna. Dia ada idea yang baik untuk Tengku Qarizh. Mungkin yang terbaik juga buat Qaireen.

"Aku nak kau buat..."

*****

"Eh! Tengku! Sekejap!"

Laju langkah Qaireen mengikuti langkah Tengku Qarizh yang baru sampai ke pejabat itu.

Amboi! Laju betul mamat ni jalan. Tak tegur orang langsung. Dia dahlah penat tunggu mamat itu sampai. Tapi mamat ni boleh pula buat tak nampak je dia di sini? Ish, tak patut betul!. Dahlah masuk pejabat lambat.

"Yes? Anything?"

Tengku Qarizh berpaling. Sengaja dia buat tidak nampak Qaireen tadi. Dia ingatkan Qaireen tak nak layan dia, rupa-rupanya gadis itu yang tegur dia dulu.Wah, ini merupakan peluang yang baik. Dia baru sahaja sampai ke pejabat setelah selesai perjumpaannya bersama Hans tadi. Tengku Qarizh ingat nak bincang dengan Qaireen tentang perkara ini lambat lagi kerana mungkin Qaireen masih lagi terkejut atau tidak mahu melayannya. Tapi tidak salah jika dia menggunakan peluang yang ada seperti sekarang ini.

"Err, tak ada apa pun. Saya cuma nak Tengku sign fail ini je. Penting." Fail ditangannya dihulurkan pada lelaki itu.

Tengku Qarizh memandang fail tersebut tanpa niat mahu mengambilnya sebelum wajah cantik Qaireen pula ditenung. Namun, pandangannya kali ini sangat menggerunkan.

"Bawak masuk fail ni masuk dalam bilik aku. Dan aku ada perkara penting nak berbincang dengan kau. Jadi masuk bilik pejabat aku sekarang."

Dahi Qaireen berkerut-kerut. Kurang mengerti apa yang lelaki itu mahu darinya.

"Tengku nak bincang dengan saya pasal apa? Pasal projek yang baru ke?"

"Bukan pasal kerja, tapi pasal dua hari yang lepas." Terus Tengku Qarizh masuk ke dalam biliknya tanpa berpaling lagi. Dia malas berbahas perkara ini di sini kerana tiada privasi. Kalau Qaireen mahu tahu lebih lanjut, lebih baik bercakap di dalam biliknya sahaja.

Dan Qaireen pula rasa seperti tercekik tulang ikan sekarang ini. Pasal dua hari yang lepas? Itu bukan ke semasa... lelaki tu meluahkan perasaan padanya?

Oh no way! I'm not ready yet.

"Puteri Qaireen Nisrina!"

"Yes boss. I'm coming!" Pasrah sajalah wahai hati. Nasiblah dapat boss macam tu.

Hmm but I'm still not ready. Apa nak buat sekarang ni? Adakah masih sempat untuk dia larikan diri sekali lagi ke planet lain?

"Ibu! Tolong Reen!" Qaireen rasa macam nak menangis sahaja sekarang ni.

Mampus lah dia! 

****

TBC!

Vote, comments, share.❤️

Questions:

1) Korang ship tak hubungan QaiRizh?

2) Agak-agak kan apa idea Hans tu eh?

Korang dah tahu kan kenapa Tengku Qarizh playboy? Dia pernah jatuh cinta dulu tapi dipermainkan. Biasalah lelaki, perempuan yg tak salah pun dipermainkan juga hm tabah. 😌

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro