DUS 37 🦋

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Loving someone doesn't need a reason. If you can explain why you love someone, it's not called love."

•••••
.
.
.
Happy reading!🍄












🦋6 𝓱𝓪𝓻𝓲 𝓶𝓮𝓷𝓰𝓮𝓳𝓪𝓻 𝓬𝓲𝓷𝓽𝓪𝓶𝓾: 𝓭𝓪𝔂 4 🦋

"Kak Sha okay ke plan kita ni? Kak Sha rasa akan berjaya tak? Reen bukan apa, Reen takutlah yang Tengku Qarizh tak suka. Risau dia marah tak tentu pasal pulak," kata Qaireen resah. Telapak tangannya sedikit basah akibat peluh. Fikirannya mula berfikir perkara yang bukan-bukan.

Kak Sha tersenyum nipis. Baru Qaireen disentuh. Qaireen memandang tepat wajah Kak Sha.

"Jangan risau Reen, semuanya akan okay. Tak akanlah dia nak marah kita sebab perkara ni pula. Apa yang Reen nak risaukan sangat?"

"Reen takut yang Tengku Qarizh marahkan kita lah akak. Yelah, kita selamba je plan semua ni tanpa pengetahuan dia. Kalau dia marah macam mana?"

Kak Sha tergelak kecil. Riaksi wajah Qaireen agak melucukan. Apa yang Qaireen takutkan sangat ni?

Mereka bukannya buat kerja yang salah. Padahal Qaireen sendiri yang merancang ingin menyambut hari ulang tahun kelahiran Tengku Qarizh. Sekarang tengoklah gadis itu pula yang gelabah semacam.

Semasa mula-mula plan, beria betul teruja. Lepas semuanya dah siap, hampir sempurna, macam ni pula yang jadi? Gugup dan resah semacam sahaja Qaireen.

Haih, Reen... Reen.

"Reen don't worry. Everything will be fine. Reen jangan risau okay?Trust me, Tengku Qarizh pasti akan suka. Surprise Reen kali ni memang the best lah. Dah, jangan risau okay? Sikit lagi Tengku Qarizh masuk pejabat, Reenlah orang pertama yang kena ceria. Jangan gelabah macam ni. Kita bukannya buat kerja jahat pun kan? Akak percaya mesti dia gembira bila orang yang dia sayang buat kejutan macam ni untuk dia."

Kak Sha menggenggam tangan Qaireen erat. Qaireen mengangguk laju. Dia menarik nafas dalam-dalam bagi menghilangkan debaran dalam hati.

"Harap-harap macam tu la Kak Sha..."

****

Kedinginan dan keindahan bandar Tokyo, Jepun itu berjaya membuatkan Hans termenung jauh mengingati seseorang.

Seseorang yang sentiasa dan selalu berada di dalam hatinya. Tak pernah hilang walau sesaat wajah cantik itu dalam fikirannya.

Hans tersenyum nipis apabila merenung wajah cantik Qaireen di dalam galeri telefonnya.

Gambar gadis kesayangannya itu ditatap lama. Wajah Qaireen yang sedang tersenyum indah membuatkan hati Hans senang. Bibirnya tidak lekang mengukir senyuman apabila terkenangkan Qaireen yang jauh di Malaysia.

"Haih Bunga. Aku rindu kau tahu tak? Kenapalah dalam kepala otak aku ni asyik fikirkan kau? Kenapa aku asyik teringat dekat kau? Sedangkan kau tengah berseronok dengan Rizh. Kau tengah bahagia dengan dia. Dan aku masih teringatkan cinta hati aku, iaitu kau Bunga."

Gambar Qaireen semasa mereka berdua di zaman sekolah menengah itu di tatap lama. Namun, hatinya sakit dan pedih kerana menanggung kerinduan yang semakin menggunung tinggi.

"Kalau ikutkan hati aku kan, aku nak sangat culik kau dan bawak kau lari dari semua orang, dari semua masalah yang membelenggu kita berdua untuk kekal bahagia. Aku nak hidup berdua je dengan kau dan lupakan semuanya. Tapi aku tahu semua tu hanyalah keinginan aku sahaja. Aku tak akan dapat pun memiliki kau, menakluki hati dan perasaan kau sebab kita masing-masing tak dapat untuk bersama, bahagia berdua sampai bila-bila. Aku sedar dan aku tahu tentang perkara itu, Bunga. Aku tak boleh lari dari masalah dan takdir ini. Tapi tak salahkan aku nak mencintai kau sampai aku mati? Walaupun kau bukan milik aku..." Hans senyum nipis.

"Tak apalah Bunga, walaupun kau dah ada Rizh, aku akan tetap sayangkan kau, ada untuk kau selalu, dan aku akan sentiasa mencintai dan memantau kau dari jauh. Selagi aku masih hidup, aku masih bernafas, aku akan selalu ada untuk kau bila kau perlukan aku."

Bandar Kusatsu Oncen itu menjadi tumpuan matanya.

"Sehari je lagi, Bunga. Sehari je lagi sebelum aku dapat menatap muka kau, gadis yang aku rindu."

Kerana esok Hans akan pulang ke Malaysia setelah kerjanya di sini telah selesai. Sememangnya perkara pertama yang dia akan lakukan adalah berjumpa dengan mamanya, dan dia akan terus berjumpa dengan Qaireen. Dia rindukan wajah-wajah orang yang dia sayang. Selagi ada masa, dan diberikan keizinan, dia tak akan sia-sia peluang untuk bersama dengan orang yang dia sayang.

"Mr Hans! Your model is ready. We're waiting for you here!" Jeritan dari seorang kliennya itu mematikan lamunan Hans dari terus memikirkan tentang Qaireen dan mamanya.

"Yeah, alright. I'm coming."

Dia terus berdiri dan mula menyambung tugasnya sebagai seorang photographer yang berdedikasi dan sangat tekun dengan kerja-kerjanya. Hans perlu siapkan kerjanya dengan segera sebelum dia pulang ke Malaysia.

****

Tengku Qarizh berjalan masuk ke arah bilik pejabatnya. Butang pintu lif ditekan.

Namun, matanya hanya tertacap pada handphone di tangan.  Ada klien pula yang menghantar email penting padanya waktu begini. Dia sudahlah agak lambat masuk ke pejabat.

Apabila Tengku Qarizh sampai sahaja tingkat atas, di tempat pejabatnya, pintu utama ditolak perlahan.

POM!

Dan dia terkejut apabila melihat orang ramai berkumpul di ruang rehat utama syarikatnya itu.
Membulat mata Tengku Qarizh. Terkejut melihat semua orang di sini dan terkejut mendengar bunyi letupan kecil itu tadi. Nasib handphone di tangannya tidak terjatuh. Habis pecah pula skrin handphonenya nanti.

"Kak Sha. Kenapa semua berkumpul ni? Dah tak ada kerja ke apa? Saya bagi korang gaji bukannya percuma. Saya nak korang semua buat kerja, bukannya makan gaji buta." Tengku Qarizh bersuara dengan tegas tetapi tidaklah dalam nada yang marah. Semua pekerja mula menundukkan wajah masing-masing. Mereka tahu Tengku Qarizh memang mengutamakan masa dan tidak suka pekerjanya buat kerja sambil lewa.

"Eh! Rizh. Kenapa cakap macam tu?" tegur Puan Sri Haura pada anaknya dengan mimik wajah tegas.

Tengku Qarizh tergamam. Sejak bila Puan Sri Haura ada sekali di sini?

"Mu... mummy? Mummy buat apa dekat pejabat Rizh? Kenapa korang berkumpul ramai-ramai ni?" soal Tengku Qarizh pelik.

Dah kenapa semua orang tersenyum-senyum tengok dia ni? Ada apa-apa ke? Sampai mummy pun ada sekali. Ada apa-apa yang dia tidak tahu ke?

"Kami semua berkumpul sebab nak sambut birthday kamulah, Rizh. Happy birthday anak mummy. Mummy sayang Rizh sangat-sangat." Tengku Qarizh dipeluknya dengan erat.

"Happy birthday boss!" ucap semua orang dengan ceria. Mereka kembali senyum dan mengikut seperti yang sudah dirancang.

Tengku Qarizh sudah tersenyum. Laaa, nak sambut birthday dia ke? Ya Allah, sumpah tak sangka.

"Thank you so much guys, and mummy. Tak sangka korang ingat hari lahir Rizh."

Seorang demi seorang wajah pekerjaannya dipandang dengan senyuman. Namun, seketika dahi Tengku Qarizh berkerut. Senyuman semakin pudar perlahan-lahan.

Sekejap, seorang lagi tiada.

Qaireen mana? Tak akanlah Qaireen tak sertai sama?

'Dia tak ingat birthday aku ke? Dia tak nak sambut birthday aku ke?' monolog Tengku Qarizh seorang diri. Dia sedikit kecewa. Perasaan gembiranya bagaikan lenyap apabila gadis kesayangannya tiada sama di sini. Menyambut hari ulang tahun kelahiran buatnya.

"Tengku Qarizh? Tengku okay tak ni?" soal salah seorang pekerja lelaki itu. Semua memandang lelaki itu dengan perasaan hairan kerana wajah Tengku Qarizh tiba-tiba sahaja berubah.

"Hah?Oh, saya okay. Cuma Qaireen dia..."

"Awak cari saya ke?" Satu suara yang sangat Tengku Qarizh kenal mula mendekati mereka.

Pantas dia mengalihkan pandangannya ke arah pantry. Bibirnya terus mengukir senyuman semula apabila melihat Qaireen berjalan ke arahnya dengan memegang sebiji kek.

"Happy birthday to you! Happy birthday to you! Happy birthday to Tengku Qarizh Arsyad. Happy birthday to you!" Suara merdu Qaireen menyapa pendengaran semua orang.

Qaireen tersenyum. Dia betul-betul berdiri di hadapan lelaki itu. Bertentang mata dengan Tengku Qarizh tapi hanya had paras bahunya sahaja. Dah mamat ni tinggi macam galah sangat. Hmm dia hanyalah seorang gadis pendek.

"Happy birthday awak. Semoga Allah memberkati hidup awak, dimurahkan rezeki selalu dan dikurniakan kesihatan yang baik,  dipanjangkan usia, dipermudahkan segala urusan dan sentiasa ceria. Amin Ya Rabbal Alamin."

Tengku Qarizh tersenyum lebar. Senyumannya semakin melebar melihat wajah ceria bidadari hidupnya.

"Thank you sayang. I love you," ucap Tengku Qarizh ikhlas. Tetapi ucapannya itu hanya perlahan. Mungkin hanya mereka sahaja yang boleh dengar.

Mata mereka bersabung seketika. Namun, masing-masing mengukir senyuman di bibir.

"Ehem!" Yang lain hanya melihat drama mereka, mula mengusik.

Tengku Qarizh dan Qaireen tersedar. Malu-malu Qaireen memandang wajah mereka. Uish, nak main mata depan mummy Tengku Qarizh. Mampus macam ni.

"Dah-dahlah tu, Rizh. Orang tengok ni. Tutup lilin tu cepat," usik Puan Sri Haura. Tersenyum dia melihat perangai anaknya.

Alhamdulilah, akhirnya anaknya semakin berubah. Dah pandai belajar mencintai wanita lain selain Yuhanis, dan kembali tersenyum dan ceria seperti selalu. Dan semuanya berkat dari usaha Qaireen.

Calon menantunya. InsyaAllah satu hari nanti. Dia tumpang bahagia untuk mereka.

****

Selepas sahaja majlis hari lahir secara kecil-kecilan tadi berakhir, Tengku Qarizh terus membawa Qaireen ke sebuah taman permainan.  Kononnya nak ada masa untuk mereka berdua sahaja tanpa orang lain. Cis, main culik sahaja anak dara orang! Dahlah masih belum habis waktu bekerja lagi. Suka hati dia sahaja.

"Sayang, birthday kau bila eh?" soal Tengku Qarizh ingin tahu. Dia pandang wajah cantik Qaireen dengan penuh minat.

"Erm dalam bulan 10 nanti. Alaa, lambat lagilah. Kenapa awak tanya?"

"Bulan October? Sekejap, kau jangan cakap dengan aku yang birthday kau sama dengan..."

"Ya. Hari lahir saya sama dengan Hans. Tarikh yang sama je. Tapi tahun dan hari lain. Faham tak?" Qaireen memotong percakapan Tengku Qarizh. Keningnya diangkat tinggi.

Memang benar tarikh hari lahir mereka sama. Dan disebabkan itulah mereka sering menyambut hari ulang tahun bersama-sama sejak dari kecil lagi.

Tengku Qarizh senyap. Ralit merenung wajah cantik Qaireen. Langsung tidak lepas walaupun sesaat.

"Awak! Dah kenapa pandang saya macam tu? Hmm?" soal Qaireen lembut. Tergelak dia melihat perangai lelaki itu. Asyik tenung muka orang pula. Malulah dia macam ni. Hish!


Lelaki itu menggelengkan kepalanya.

"Nothing sayang. Aku cuma happy sangat hari ni. Thank you so much sebab buat aku gembira hari ni. Thank you sebab kau plan semua ni. Thank you juga sebab kau bawa mummy aku sekali masa hari ulang tahun aku. Kalau kau nak tahu kan, aku dah lama sangat tak raikan ulang tahun sendiri. Yeah, sejak daddy aku meninggal, semuanya berubah. Kehidupan aku berubah, kehidupan keluarga aku berubah, mummy berubah. Semua dah lain sangat. Mummy aku pun jarang sangat sambut ulang tahun aku. Tapi disebabkan kau... semuanya dah semakin sempurna. Thank you sayang."

Luah Tengku Qarizh ikhlas. Ya, memang semuanya dah berubah. Dah tak sama macam dulu. Memang tiap-tiap tahun Puan Sri Haura akan wish ucapan kelahiran untuknya. Tapi sememangnya tidak cukup dan tidak semeriah dulu. Semasa daddynya masih bernafas.

Dan apabila dia melihat mummynya tadi ada sekali... sememangnya dia sangat-sangat hargai dan sangat-sangat gembira. Sumpah, sebak sangat.

Qaireen hanya senyum dan terus senyum. "Don't say thank you to me. Awak pun berhak dan layak bahagia. Awak pun layak untuk rasa dihargai dan disayangi. Dan saya nak awak rasa semua tu," balas Qaireen lembut sahaja tutur katanya.

Tengku Qarizh mengangguk. "Yeah, you're right. That's why I love you, princess."  Tengku Qarizh sengaja mengengsot badannya. Ingin kedudukannya lebih rapat dengan Qaireen.

Qaireen mencebik. Mengadanya. Dia menongkat dagunya.

"Why you love me? Maksud saya... macam mana awak boleh jatuh cinta dengan saya? Seorang gadis yang jatuh bezanya dengan perempuan-perempuan yang awak bawa keluar selama ni. How and why you love me?" soal Qaireen ingin tahu. Sangat-sangat nak tahu sebenarnya.

Dah lama dia nak tanya, dan sekarang barulah dia berkesempatan ingin bertanya pada lelaki itu.

"I don't know,"  jawab Tengku Qarizh ringkas. Senang dan padat.

Dahi Qaireen berkerut-kerut tidak mengerti. Itu sahaja jawapan yang lelaki itu boleh berikan? Dia betul-betul nak tahu.

"Maksudnya? Awak tak tahu macam mana awak boleh cintakan saya atau awak tak tahu perasaan yang hadir dan muncul itu betul atau tidak?"

Keluhan kecil terlepas. Tengku Qarizh memejamkan matanya.

"Not like that. Sayang, look. Loving someone doesn't need a reason. If I can explain why I love you, it's not called love," terang Tengku Qarizh serius.

"Urm? Dah tu?" soal Qaireen masih tidak faham.  Cinta seseorang tapi tiada sebab? Eh peliknya?

Dia dulu cintakan Hans pun ada sebab. Sebabnya Hans adalah satu-satunya lelaki yang sangat-sangat baik padanya. Lelaki yang caring and care tentangnya. Selalu ada untuknya.

Jadi? Macam mana dia tak cintakan Hans dulu? Kalau dah macam itulah perangai dan sikap Hans... memang sesiapa pun ditempatnya akan dapat merasakan perasaan yang sama.

"Aku cintakan kau ikhlas. Perasan itu datang dan hadir dengan sendiri. Aku tak pernah minta, dan aku gembira dengan kehadiran cinta ini pada kau. Aku bersyukur sangat sebab aku mencintai orang yang sebaik-baik kau. Dan aku sangat-sangat mencintai kau, sayang. I love you wildly, insanely, infinitely." Luahan ikhas Tengku Qarizh itu berjaya membuatkan Qaireen terharu dan sebak.

"Sebab cinta ke awak masih tak give up untuk dapatkan saya?"

"Yes of course. Sayang, went you love someone, you don't give up. Never and ever.  If I can't have you, then I don't want anyone. I only want you... just you."

Mata mereka bertentangan lagi. Namun, jantung masing-masing sudah berdegup kencang.

"Walaupun saya banyak kekurangan? Walaupun saya masih belum dapat cintakan awak? You still love me or not?"

"Of course I do. I love you means that I accept you for the person you're. And that I do not wish to change you into someone else."

Qaireen tersenyum nipis. Faham. Sangat faham dah sekarang. Tengku Qarizh memang ikhlas cintakan dia kan? Alhamdulilah, syukurlah kalau begitu.

"Okay, stop drama petang kita ni. Dan sekarang ni aku nak..." Tengku Qarizh mendekatkan wajahnya dengan wajah Qaireen.

Terkebelakang terus gadis itu akibat terkejut dengan tindakan drastik lelaki itu.

"Err, awak nak apa?"

Tergelak Tengku Qarizh dibuatnya apabila melihat wajah cuak Qaireen.

"Hey, relax lah. Aku cuma nak hadiah birthday aku je. Kau tak bagi pun!" Lelaki itu memeluk tubuhnya. Muncung ditarik panjang. Sengaja nak protes sebab Qaireen tak bagi dia apa-apa hadiah.

Qaireen tergelak. Alo, nak hadiah birthday ke? Cakaplah awal-awal. Ini tidak, suka buat dia gelabah tak tentu pasal. Ish.

"Sebenarnya saya kan awak... saya sebenarnya..."

"Sebenarnya apa? Kau jangan cakap yang kau tak beli aku hadiah eh! Sampai hati. Aku merajuk nanti!" Wajah Tengku Qarizh sudah berubah masam mencuka.

Dan sekali lagi Qaireen tergelak melihat telatah kebudak-budakan Tengku Qarizh itu.

"Ya, ada lah. Tak cakap pun tak ada kan? Ish, dia ni. Dah besar panjang pun masih nak hadiah eh?" 

Sebuah kotak sederhana dalam handbagnya dikeluarkan. Dan kotak itu dihulurkan pada gadis itu.

Terus berubah ceria wajah Tengku Qarizh. Hadiah comel yang berbalut dengan tali halus berwarna merah jambu dibuka perlahan-lahan.

Tersenyum Tengku Qarizh apabila di dalam kotak itu rupa-rupanya ada tali leher. Tali leher bunga-bunga pula tu.

Alahai, comelnya budak kecil seorang ni!

"Macam mana? Suka tak?" soal Qaireen berdebar-debar ingin tahu. Dia sengaja belikan tali leher kerana dia tidak tahu hendak membeli apa untuk lelaki itu. Dia harap sangat Tengku Qarizh akan suka walaupun lelaki itu boleh beli 100 tali leher dengan menggunakan duit sendiri. Tapi dia ikhlas nak bagi hadiah. Walaupun kecil, tapi bermakna.

Kepala diangguk perlahan. Tak akanlah dia tak suka hadiah pemberian cinta hati? Dia tak kisah apa pun hadiahnya, asalkan dari Qaireen sendiri.

"Aku suka. Terima kasih. Comel sangat sayang hadiah kau ni. Aku hargai." Kad yang terselit di dalam kotak itu dibaca pula. Terkumat-kamit mulutnya membaca ucapan ringkas dari gadis itu.

Happy birthday Mr. Ex Casanova.♡

Thank you for loving me, and thank you for always being my rainbow after the storm.

Wait until I tell you that I love you alright? ♡

Tengku Qarizh mengangguk. Mata cantik Qaireen ditenung semula.

"Yeah, I always wait for that day. Walau beribu tahun sekali pun, aku akan tetap tunggu kau dan hanya mahukan kau." Tengku Qarizh senyum lebar. Dia tiada masalah untuk menunggu gadis itu. Kerana hatinya hanya inginkan Qaireen, bukan perempuan lain.

Qaireen juga turut tersenyum. Alhamdulilah, hari keempat sudah selesai.

Hari ini Tengku Qarizh tiada sebarang task dan mission kerana Qaireen nak hari ini hanya hari bahagia untuk lelaki itu. Sempena ulang tahun kelahiran Tengku Qarizh, Qaireen rasa cukuplah hari ini dia dapat menggembirakan lelaki itu dan membuat lelaki itu tersenyum.

****

TBC!

Vote, comments, share.❤️

Questions:

1) So bab today... tentang birthday Tengku Qarizh. Korang ada apa-apa wish tak nak ucap dekat Mr Crocodile kita ni? 😂

2) Dah ready untuk next chapter? Next chapter agak menyedihkan. Kesian Hans :)

And by the way, buat yang tak tahu... Birthday Reen dengan Hans sama tau. Sama tarikh. Ihik, sweetkan diorang? Sebab tu jadi kawan baik.
🙈❤️

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro