DUS 42 🦋

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Faking a smile is easier that explaining why you're sad."

•••••
.
.
.
.
Happy reading!🐠















"Mama, kenapa tenung Hans macam tu?"

Soal Hans perlahan sahaja. Suaranya agak kurang jelas apabila mulutnya dipakaikan dengan alat pernafasan itu. Ini kerana Hans masih tidak dapat untuk bernafas seperti normal dengan sendiri. Dia perlukan masa.

Puan Mardiah mengelap air mata yang masih bersisa di kelopak mata. Tangan Hans digenggam erat. Bagaikan tidak mahu dilepaskan.

"Hans anak mama, kenapa Hans sanggup buat mama macam ni? Kenapa Hans... Hans tak pernah bagitahu mama tentang perkara yang sebenar? Mama ni siapa pada Hans? Mama tak penting ke bagi Hans? Mama tak berhak ke tahu tentang penyakit Hans ni? Kenapa Hans harus memilih untuk merahsiakan dari semua orang?" soal Puan Mardiah berjauh hati.

Dia sebagai ibu, sudah semestinya dia adalah orang yang paling sedih dan terkilan mendengar berita tidak baik tentang anaknya itu. Satu-satunya anak dia, sudah lama menghidap sakit kanser darah?

Allahuakbar.

Hanya Allah sahaja yang tahu betapa pedih dan kecewanya dia tentang perkara ini. Ujian seberat ini yang Puan Mardiah harus tanggung.

Ya Allah, dia akui yang dia tidak mampu mengharunginya. Dalam hidup, dia hanya ada Hans sahaja. Tiada orang lain. Anaknya hanya seorang. Tiada dua dan tiada tiga.

Hanya Muhammad Naz Hans sahaja ahli keluarga yang Puan Mardiah ada. Jadi dia tak mahu hilang satu-satunya pertama yang berharga dalam hidupnya.

Hans tersenyum perit. Alat pernafasan di mulutnya itu dibuka perlahan-lahan. Sukar untuk dia bercakap apabila alat tersebut mengganggu percakapannya.

Kedua-dua tangannya menggenggam erat tangan Puan Mardiah.

"Mama maafkan Hans ya sebab rahsiakan semua ini dari mama. Dari semua orang. Hans cuma tak nak mama risau je. Hans tak nak tengok mama sedih. Hans sayangkan mama sangat-sangat. Mama adalah orang yang paling penting dalam hidup Hans. Kerana mama syurga Hans, sampai bila-bila."

Air mata Puan Mardiah kembali gugur mendengar bicara Hans yang sangat menyentak tangkal hatinya. Ibu mana yang tidak sebak. Hans seorang anak yang sangat baik. Selama ini di depannya, Hans hanya tunjuk dirinya kuat. Tapi tak sangka perkara sebesar ini yang anaknya harus tanggung seorang diri. Ya Allah. Dia jadi serba salah dengan nasib yang menimpa anaknya. Kalaulah dia boleh tukarkan posisinya dengan Hans sekarang, sudah lama dia akan lakukan.

Tapi dia tahu, ujian ini bukan sahaja Hans yang kena hadap, malah Puan Mardiah sekali. Orang-orang sekeliling Hans memang tak kuat untuk menerima ini semua, tapi mereka tak boleh terus begini dan kena berlakon kuat depan Hans kerana Puan Mardiah tahu Hans sangat perlukan orang yang dia sayang sekarang. Ada selalu dengannya, memberi semangat sentiasa. Ya, dan itu yang Puan Mardiah tengah cuba lakukan.

"Kalau Hans sayangkan mama, tolong kuat Hans. Tolong janji dengan mama yang Hans tak akan tinggalkan mama. Boleh ya sayang?" pinta Puan Mardiah pilu. Dia amat berharap yang Hans tak akan tinggalkan dia.

Untuk meminta Hans melakukan pembedahan, itu semua sudah terlambat. Hans hanya ada enam bulan atau kurang sahaja lagi untuk lelaki itu teruskan hidup. Dan jika buat pembedahan, risiko tinggi lelaki itu tidak akan dapat diselamatkan. Dia juga sudah bertanya pada Hans soal ini dan cuba untuk memujuk anak lelakinya untuk melakukan pembedahan, tetapi jawapan dari mulut anak lelakinya sangat menyentuh hati seorang ibu seperti dia.

'Hans tak akan buat pembedahan tu sebab Hans yakin dengan kuasa Allah dan takdir yang dah ditetapkan untuk Hans. Tengoklah Hans masih boleh hidup sampai sekarang walaupun Hans tak kuat. Kalau Hans buat pembedahan pun tak menjaminkan yang Hans boleh sembuh mama. Malah Hans akan lebih terluka jika risikonya lebih bahaya.'

'Jadi Hans lebih mahu menghabiskan baki masa yang ada untuk orang yang Hans sayang, dari tak sempat mama. Hans nak ada dengan mama disaat-saat terakhir Hans sebagai seorang yang masih waras, bukannya dalam keadaan yang lebih bahaya selepas membuat pembedahan itu. Harap mama faham.'

Ya, begitulah yang Hans katakan padanya. Puan Mardiah semakin sebak sebenarnya. Dia tak sangka begitu sekali yang Hans fikir. Dia akui apa yang anaknya cakap ada betulnya juga dan dia sebagai seorang ibu harus beralah dan memahami kehendak Hans. Percaya dengan takdir Allah, itu lebih penting.

Jadi Puan Mardiah hanya berharap pada Hans agar lelaki itu tetap dapat bertahan. Puan Mardiah akan sentiasa meminta pada Tuhan agar memberikan kesembuhan pada anaknya.

Puan Mardiah berharap sangat yang keajaiban akan berlaku. Dia nak sangat Hans sembuh!

Kerana Hans adalah satu-satunya anak yang dia ada.

Hans hanya mengukir senyuman kecil. Dia tak nak mamanya sedih dan risaukan dia. Cukuplah dari semalam mamanya penat menangis kerananya. Dia tak suka tengok.

"Mama jangan risau okay. Hans akan sentiasa..."

Percakapan Hans terhenti seketika apabila ada panggilan telefon yang mengganggu percakapannya.

Handphonenya yang berdering minta diangkat itu terus dijawab. Panggilan dari Doktor Zalea.

Ada apa gadis itu menelefonnya?

"Hello ya Doktor Zalea. Ad... ada apa ya call saya?" soal Hans tersekat-sekat. Disebabkan dia hanya bergantung bernafas pada alat pernafasan tersebut, suaranya juga terus kembali tersekat-sekat apabila nafasnya mula berkurang.

"Err Hans. Sebelum saya cakap, saya nak minta maaf terlebih dahulu. Saya memang dah tak sanggup nak rahsiakan semua ini. Mereka berhak tahu Hans. Maafkan saya," terang Doktor Zalea dihujung talian. Dia rasa sangat serba salah kerana mungkir janji pada Hans. Namun dalam masa yang sama, dia lega kerana akhirnya Qaireen dan semua orang tahu tentang perkara yang sebenar.

Hans yang mendengar, berkerut dahi. Apa yang Doktor Zalea merepek ini?

"Maksud awak?"

Sejak dia di tahap yang terakhir ini, bukan Doktor Zalea lagi yang merawatnya dan bukan gadis itu lagi yang menjadi doktor untuknya. Doktor lain yang lebih pakar dalam bidang penyakit Leukemia yang akan merawatnya sepanjang masa. Mungkin itu yang lebih baik. Entahlah.

"Hans, Reen dengan Tengku Qarizh dah tahu semuanya. Saya minta maaf sangat sebab saya terpaksa ceritakan..."

"Apa? Macam mana mereka boleh tahu? Ya Allah!" Hans kalut. Puan Mardiah yang melihat juga menjadi gusar.

"Maafkan saya Hans, saya terpaksa jujur dengan mereka sebab mereka yang nak sangat tahu. Dan saya juga... eh? Hello Hans?" Panggilan telah dimatikan.

Tanpa mendengar yang lebih lanjut, terus Hans mencabut segala wayar yang berada di anggota badannya. Dia sudah agak apa yang telah terjadi sekarang jadi Hans tak boleh membuang masa lagi.

Puan Mardiah yang melihat menjadi bimbang.
"Ya Allah Hans! Hans buat apa ni hah? Kenapa Hans cabut semua wayar tu? Hans nak pergi mana?" soal Puan Mardiah cemas.

Hans dengan pantas menukar pakaian. Hanya seluar hospital sahaja yang masih tersarung di kaki.

"Hans jawab mama tanya! Hans nak pergi mana?"

Hans toleh, memandang wajah Puan Mardiah dengan mimik minta simpati.

"Hans kena pergi mama. Tolong biarkan Hans pergi." Tangan Puan Mardiah dikucup laju sebelum Hans mula mencabut lari meninggalkan hospital itu dengan segera.

Dia harus mencari Qaireen dan Tengku Qarizh untuk menjelaskan semuanya. Ya harus, sebelum semuanya menjadi semakin kucar-kacir!

"Tapi Hans..." Puan Mardiah terpinga-pinga seorang diri. Hanya melihat anaknya yang semakin menjauh dengan keluhan berat.

****

Pintu kereta teksi itu ditutup dengan pantas. Hans berlari keluar dengan langkah yang laju. Ingin mendapatkan Tengku Qarizh terlebih dahulu.

Dia yakin lelaki itu akan berada di tempat ini. Di taman ini. Kerana setiap kali Tengku Qarizh dalam masalah, pasti lelaki itu akan menenangkan dirinya di tempat yang indah dan menenangkan seperti taman ini.

Panta Hans berlari ke arah Tengku Qarizh. Dari jauh dia sudah nampak kelibat lelaki itu yang seperti dalam dunianya sendiri.

Dalam pada dia berlari, tangannya masih lagi ditekup di atas dada bahagian jantung. Hans masih perlukan bantuan pernafasan. Dia tercungap-cungap ingin bernafas dengan baik.

Namun, dia harus menjelaskan semuanya pada mereka berdua terlebih dahulu. Tiada masa untuk memikirkan tentang kesihatannya. Mereka lebih penting.

"Qarizh!"

Hans dan Tengku Qarizh berpandangan. Namun, Tengku Qarizh hanya memandang wajah Hans sekejap sahaja. Tidak berminat untuk melihat wajah Hans ketika ini.

Hatinya sakit.

"Kau tipu aku. Kau cintakan Reen. Kau tipu aku!" Tengku Qarizh mengetap bibir. Tangan dikepal menjadi penumbuk.

Sanggup Hans menipu dia selama ini? Kononnya tiada perasaan pada Qaireen. Tapi semuanya sudah jelas. Semuanya sudah terbukti. Dia dah faham semua sekarang.

"Aku tak cintakan Reen."

Tengku Qarizh berpaling dengan wajah kecewa.
"Jangan nak tipu lagi. Cukuplah Hans. Dengan melakukan ini, kebenaran tak akan berubah, Hans. Reen cintakan kau, dan kau mencintai Reen. Bagaimana aku boleh terlibat dalam kisah cinta ini?" Keluhan terlepas.

Kenapa dia boleh terlibat dalam hal ini? Kenapa? Ya Allah, kenapalah dia tak sedar langsung lelaki yang Qaireen maksudkan dulu adalah Hans. Lelaki itu hanya Qaireen cintai.

Patutlah Hans beria nak tolong dia dapatkan cinta Qaireen untuknya. Rupa-rupanya disebabkan ini. Sekarang barulah dia faham semuanya.

Kenapa dia perlu terlibat? Kenapa?

Tengku Qarizh tak mahu jadi orang ketiga! Dia tak nak Hans berkorban disebabkan semua ini terjadi. Dia tak boleh terima langsung!

"Kisah cinta perlukan dua hati Rizh. Dan dalam beberapa bulan, hati aku tak akan ada lagi di dalam cerita itu. Aku hanya akan menjadi sebuah kenangan. Dan kau adalah kebenarannya Rizh," jawab Hans perit. Dia cuba untuk tersenyum.

Dia hanyalah sebuah kenangan. Kenangan yang tak akan pernah dilupakan. Tapi Tengku Qarizh pula? Dia adalah kebenarannya. Dialah yang selayaknya bersama Qaireen.

Bukannya Hans.

"Aku boleh menghadapi kenyataan, Hans. Tapi aku tak kuat untuk menghadapi kenangan. Aku tak boleh nak hadap semua ni..."

Tengku Qarizh melabuhkan punggungnya di atas kerusi dengan hati yang sebal. Dia meramas rambut sendiri. Serabut yang dirasakan.

Bagaimana dia... seorang lelaki yang serba-serbi penuh dengan kekurangan mahu bertanding dengan Hans yang sebaik-baik manusia?

Dia telah kalah sebelum bertanding. Hanslah yang lebih layak. Bukan dia. Tengku Qarizh rasakan yang dia hanyalah persinggahan dan orang ketiga yang menyibuk dalam urusan percintaan mereka berdua. Dia seolah seorang lelaki perampas yang mengambil Qaireen dari kehidupan seorang lelaki yang lebih layak.

Dahlah Hans sedang sakit. Ya Allah! Semakin Tengku Qarizh kecewa dan serba salah di atas segala yang berlaku. Kalaulah dia tahu, kalaulah. Dia tak akan biarkan hatinya terbuka dan mencintai Qaireen! Qaireen milik orang lain. Tengku Qarizh tak mahu dia dianggap pengkhianat kawan baik sendiri. Ini tak sepatutnya terjadi!

Hans mengetap bibir menahan geram melihat Tengku Qarizh seolah-olah sudah pasrah dengan semuanya. Ya Allah, semudah itu sahaja Tengku Qarizh ingin mengalah? Tidak tahukah lelaki itu bahawa dia sangat berharap padanya untuk menjaga Qaireen nanti?

"Tak kuat... tak kuat apa, Rizh? Kenapa kau tidak ada kekuatan Rizh? Itu maknanya kau tak mencintai Reen macam mana yang aku sangka kan? Berhenti melakukan semua ini. Kau memang tak serius cintakan Reen kan selama ini?"

Tengku Qarizh mula berdiri. Ingin berhadapan dengan Hans. Bibirnya juga diketap menahan rasa.

"Apa yang kau tahu? Apa yang kau tahu tentang cinta aku pada Reen? Kau tak akan tahu apa-apa pun Hans. Reen adalah hidup aku, nyawa aku, segala-galanya bagi aku!"

"Jadi kenapa kau mahu buang hidup kau sendiri?"

Jeda.

"Kenapa kau tak faham Rizh? Jika Reen bersama aku, dia akan kehilangan. Tapi jika dia bersama kau, dia tak akan kehilangan apa-apa pun! Dia tidak akan kehilangan cinta, kehilangan persahabatan. Jadi jangan kau pernah fikir yang kau adalah perampas, atau pengkhianat aku. Kau tak buat pun semua tu Rizh. Aku tak rasa kau buat semua tu dekat aku pun selama ini sebab aku sendiri yang nak bantu kau. Jadi tolong jangan buang nyawa kau sendiri hanya kerana aku."

"Cintanya hanya untuk kau, milik kau. Dan bukan untuk aku." Suara Hans mula mengundur.

Sebak yang dirasakan. Cinta Qaireen selamanya untuk Tengku Qarizh. Tiada lagi untuknya.

"Aku tak punya waktu Rizh. Dan kau ada masa dan waktu untuk terus bersama dengan Reen. Aku tak ada waktu! Tak ada! Kau faham tak?" Dadanya diketuk berkali-kali.

Sakit.

Pedih yang dirasakan.

Jiwanya bagaikan disiat-siat dengan pisau yang tajam. Sakit. Sangat sakit.

Inilah yang dinamakan sebuah pengorbanan. Semestinya sakit tetapi inilah yang terbaik.

Tengku Qarizh yang tekun mendengar, mula mengangkat wajah. Semakin tergamam dengan kata-kata Hans.

"Reen milik kau. Kau tak boleh tinggalkan dia. Tolong jangan tinggal dia. Walau sekali pun. Jika bukan untuk kau, bukan untuk Reen, lakukannya untuk orang yang dah nak mati... lakukan ini untuk aku! Tolong Rizh. Lakukan permintaan terakhir aku ini. Kau tak boleh tinggalkan Reen. Hanya itu yang aku minta! Hanya itu!"

Bahu Tengku Qarizh ditepuk perlahan. Ingin lelaki itu mengerti bahawa dia maksudkan kata-katanya itu. Dia sangat berharap agar Tengku Qarizh tidak akan meninggalkan Qaireen.
Tolonglah bahagiakan Qaireen semasa dia sudah tiada nanti.

Tolonglah... hanya itu sahaja yang Hans mahukan. Tengku Qarizh sahajalah harapannya sekarang.

Hans mula menapak perlahan-lahan ingin melangkah pergi dari sini. Dia mahu memberikan Tengku Qarizh masa untuk berfikir apa yang dia telah jelaskan semuanya tadi. Dan sekarang Hasn harus menjelaskan semuanya pada Qaireen pula.

Pasti gadis itu sedih dan kecewa dengannya.

Baru sahaja Hans ingin pergi, langkahnya terhenti apabila kata-kata Tengku Qarizh menyentak tangkal hatinya.

"Kalau kau berada di tempat aku, apa yang kau akan buat?"

Mata mereka bertentangan. Namun dalam hati masing-masing penuh dengan perasaan yang menyakitkan. Sarat dengan kesakitan yang mencengkam jiwa.

Hans tersenyum. Perit.

"Aku sangat berharap yang aku berada di tempat kau, diposisi kau... kalaulah aku yang dapat hidup bersama Reen, aku yang dapat bahagiakan dia. Tapi Rizh, semua tu tidak akan pernah menjadi kenyataan. Kerana semuanya sudah tertulis yang Reen bukan milik aku..."

"Tapi milik kau."

Terus Hans melangkah pergi dengan hati yang sakit. Namun dia lega. Lega dapat menjelaskan semuanya pada Tengku Qarizh.

Tengku Qarizh hanya melihat Hans yang semakin jauh dengan mata yang mula berkaca.

****

Qaireen duduk termenung seorang diri di atas lantai gelanggang bola keranjang itu.

Dia merapatkan kedua-dua belah lututnya. Air mata yang mengalir hanya dibiarkan.

Kata-kata Hans kembali menjengah ingatan. Satu-persatu situasi yang lama diingat kembali. Ternyata banyak perkara yang Qaireen baru sedar sekarang. Banyak kata-kata tersirat Hans dulu yang dia tak faham langsung tapi tidak lagi kini.

"Bunga, aku tak suka tau orang lain sakitkan orang yang aku sayang. Aku tak suka dia usik sikit pun. Jentik pun aku tak izinkan. Kau tahu kan aku tak suka orang usik hak dan barang aku?" Aku mengangguk lemah. Ya, aku tahu tu. Tapi persoalannya, sejak bila pula aku ni hak dia?

" Aku tahu tu. Tapi aku bukannya hak kau!" Pening ke apa mamat ni?

"Yes, kau hak aku. You're mine Qaireen Nisrina. Walaupun macam mana sekali pun, kau tetap hak aku." Serius saja Hans berkata-kata.

Air mata Qaireen gugur semula. Kata-kata lamaran Hans hari itu pula yang dia ingat.

"Bunga, ma... maafkan aku. Gadis yang aku maksudkan tadi, dan gadis yang aku cinta adalah... Zalea. Dan bu... bukannya kau."

"Allahu!" Qaireen menggosok matanya. Kata-kata Hans semakin banyak yang terlayar di fikiran.

Semuanya menyakitkan.

"Bunga... please. Jangan buat aku macam ni. Aku minta maaf sangat-sangat Bunga... sebab apa yang dah terjadi pada kau ni semuanya kerana aku, salah aku kan? I'm so sorry. Aku tak berniat langsung nak seksa hati dan perasaan kau, Bunga. Aku tak berminat pun nak lukakan hati kau. Tak terdetik pun dalam fikiran aku nak buat kau menangis... tapi aku... aku terpaksa."

Dan luahan perasaan Hans padanya dulu juga ternyata... dari lelaki itu sendiri. Sememangnya semua itu dari hati Hans sendiri. Dan perkara itu yang lelaki itu rasakan selama ini?

Ya Allah!

Kenapa dia baru sedar sekarang?

"I love you Puteri Qaireen Nisrina. I love you so much." Hans menahan sebak.

Dan Qaireen terus berpaling ke belakang. Dia tergamam. Tengku Qarizh hanya mampu menjadi pemerhati mereka.

Hans acah selak lagi buku nota yang kosong tanpa secalit tulisan itu. Mungkin dengan cara ini dia dapat meluahkan isi hatinya selama bertahun-tahun. Dan mungkin dengan cara ini dapat memulihkan kembali hubungan mereka berdua.

"Kemudian dia tulis... dia tulis... Bila aku tutup mata, aku nampak kau, Qaireen..." Hans dan Qaireen berpandangan.

"Bila aku buka mata, aku rindu untuk jumpa kau. Rindu senyuman kau, rindu perangai kau yang sangat menggembirakan hati." Pandangan mata Hans dan Tengku Qarizh bertaut pula.

"Walaupun kau tak bersama aku, tapi aku rasa kau berada di sekeliling aku. Selalu ada dalam hati aku. Setiap saat, setiap minit. Bila masa saja. Aku hanya mencari jantung hatiku saja, iaitu Qaireen. Katakan la itu cinta, gila atau hanya dengutan jantung aku. Tapi aku tetap hanya mahukan cinta hati aku." Pandangan berkaca Hans berlawanan dengan pandangan Qaireen yang juga turut berkaca matanya.

"Banyak orang yang dia mainkan, tapi hanya seorang gadis yang dia amat cintai. Iaitu Qaireen Nisrina, perempuan yang selamanya berada di dalam hati. Aku tak mungkin lupakan kau, dan aku tak akan pernah lupakan kau. You are mine. Always mine. Dan aku akan cintakan kau selama-lamanya. Aku akan cintakan kau, hingga akhir hayat aku. Walaupun kita tak mungkin bersama, tetapi hati ini hanya inginkan kau. Dan hanya milik kau, Bunga..." Setitik air matanya menitis dipipi.

"Ya Allah! Allah... Allah. Hans, kenapa dia... kenapa dia kena buat aku macam ni?"

Qaireen jatuhkan kepalanya di atas kedua-dua belah lutut sendiri. Menangis lagi dan lagi. Hanya menangis yang mampu membuatkan dia lega. Walaupun hanya sedikit.

"Bunga." Hans berjalan ke arah Qaireen. Luluh hatinya melihat keadaan Qaireen sekarang.

Mendengar sahaja suara Hans, terus Qaireen angkat kepala. Ingin memandang wajah lelaki yang sudah banyak berkorban untuknya.

Apabila Hans mula menapak ke arahnya, Qaireen juga melakukan perkara yang sama. Berjalan mendekat Hans. Namun mata mereka masih berpandangan.

Langkah Hans dan Qaireen terhenti apabila kedudukan mereka semakin dekat.

Hans mengukir senyuman nipis. Rambut Qaireen yang berterbangan ditiup angin diselitkan kebelakang telinga gadis itu. Air mata Qaireen dilap perlahan-lahan dengan jarinya.

Qaireen semakin sebak. Tangan di angkat dan diletakkan di atas dada Hans. Betul-betul di bahagian hati lelaki itu.

Matanya berkaca.

"Kenapa... kau sangat mencintai aku? Sampai kau sanggup menyiksakan cinta kau untuk aku.  Walaupun sekarang cinta aku untuk orang lain? Kenapa?"

Qaireen menangis lagi. "Kenapa? Kenapa kau cintakan aku? Kenapa kau tak pernah bagitahu aku? Kenapa kau perlu buat semua ni untuk aku Hans? Tsk tsk... kenapa? Jawablah!" Baju Hans ditarik-tarik melepaskan emosi.

Hans pantas menahan tangan Qaireen dan tangan gadis itu digenggam erat.

"Aku tak cintakan kau, Bunga. Aku tak... aku tak cintakan kau."

Terus Qaireen ditarik masuk ke dalam pelukan. Setitis, air mata Hans mula mengalir. Qaireen pula semakin teriak.

Mereka sama-sama tidak kuat. Sakit sangat. 

Tuhan, kenapa Kau harus menguji kami begini?

"Aku tak cintakan kau. Tapi aku... aku tak boleh tipu perasaan aku yang aku sangat mencintai kau Bunga."

Dan Hans tidak mahu menahan dirinya lagi. Dadanya semakin sesak. Akhirnya, Hans tidak sedarkan diri dalam pelukan hangat Qaireen.

Qaireen tergamam. Matanya membulat melihat tubuh Hans yang lemah dalam pangkuannya. "Hans? Hans? Kau okay tak?" Pipi Hans ditepuk perlahan.

Apabila Hans masih tidak memberikan apa-apa respon, Qaireen mula panik.

Ya Allah... tolong jangan uji dia lagi.

"Hans, jangan macamlah ni. Bangunlah. Jangan tinggalkan aku. Aku sayang kau." Qaireen meletakkan kepalanya di atas dada Hans. Dia melepaskan tangisan lagi.

*****

TBC!

Vote, comments, share.💖

Questions:

1) How do you guys feel bila semuanya dah terbongkar?

Akhirnya...
Reen tahu jgk perkara yang sebenar  :).

2) Qaireen or Farha? 😂❤️

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro