DUS 45 🦋

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Every moment with you, is a moment worth remembering."

.....
.
.
.
.
.
Happy reading!🎉







"Kenapa kau rahsiakan hal ini dari aku? Dari kami semua sedangkan kau tahu kami semua juga berhak tahu? Kenapa hah Aniq?" soal Farha tidak berpuas hati. Dia berpeluk tubuh memandang tajam tunangnya itu. Wajahnya juga kekal dingin.

Dari hari pertama dia tahu yang Hans sakit, dan Aniq merupakan orang pertama yang tahu Hans sakit dari mereka semua, sudah semestinya dialah orang yang paling geram dan sakit hati. Sanggup Aniq berkomplot simpan rahsia penting ini?

Sanggup Aniq tipu tunang sendiri? Tipu semua orang? Tipu Reen? Dan tipu Puan Mardiah? Boleh lagi nak rahsiakan perkara sepenting ini dari kami?

Sungguh, Farha geram sangat dengan lelaki itu. Mahu sahaja dia kerjakan si Aniq ini cukup-cukup! Tetapi ada yang tumpang bilik ICU sebelah Hans kang. Naya sahaja. Lebih baik dia lupakan hasratnya itu. Tak baik pula kejam dengan tunang sendiri. Nasib baru tunang, belum suami lagi. Huh!

Aniq mengeluh perlahan. Wajah tunangnya yang garang itu dibalas dengan pandangan lembut.

"Aku bukan tak nak beritahu korang. Aku cuma dah janji dengan Hans. Aku tak akan mungkir janji aku. Kau kena faham sayang, yang aku pun sememangnya tak sanggup nak rahsiakan semua ini dari korang. Terlalu mustahil untuk aku diamkan diri sebab aku tahu perkara macam ini bukan perkara main-main. Benda serius. Tapi demi Hans, demi persahabatan kami, aku terpaksa pegang amanah yang dia berikan pada aku. Kau faham kan sayang? Dahlah, janganlah marahkan aku lagi. Benda dah nak jadi kan, semuanya dah tertulis. Jangan marah aku please?" terang Aniq bersungguh-sungguh.

Farha mendengus. Agak tidak puas hati dengan jawapan lelaki itu. "Benda dah nak jadi apanya? Kau boleh buat pilihan kan sama ada kau nak bagitahu kami atau pun tidak... tapi kau memilih untuk tak nak bagitahu. Itu bukan istilah 'dah tertulis' tau. Keputusan di tangan kau, Niq."

"Kau masih tak faham ke sebab apa aku buat semua ni?"

"Ya, aku faham Niq. Aku faham niat baik kau, tapi cara kau rahsiakan dari kami bertahun-tahun ni adalah salah. Kalau Hans dah buat keputusan dia macam tu, kenapa kau kena ikut jejak dia? Kenapa kau tak nak nasihatkan dia? Malah kenapa kau kena lakukan perkara yang sama macam mana yang dia lakukan? Kau patutnya nasihat dia supaya dia berterus-terang tentang perkara yang sebenar. Kau patut paksa dia, pujuk dia untuk buat rawatan dari awal lagi. Tapi itulah, kau pun sama je dengan dia. Tak boleh pakai betul! Lepas dah jadi macam ni, siapa yang paling terkesan? Dah tentu-tentulah aunty Mardiah dengan Reen. Kau tak kesian ke dekat mereka Niq?"

Farha berpeluk tubuh. Akhirnya, dia dapat melepaskan segala-galanya pada Aniq.

Ya, memang Aniq dah janji dengan Hans. Tapi dalam masa yang sama, Aniq kena pujuk dan nasihatkan Hans supaya Hans terbuka hati untuk melawan sakit itu dan berterus-terang pada semua orang. Terutama sekali Puan Mardiah. Farha kasihan melihat wanita itu.

Bayangkan, anak sendiri menghidap penyakit bertahun-tahun lamanya, tapi diri sendiri sebagai seorang ibu tak tahu apa-apa langsung? Sungguh, luluh hati Farha melihat Puan Mardiah yang sangat sedih mengenangkan nasib anaknya sendiri.

Aniq melepaskan keluhan. Ya, dia akui itu semua merupakan kesalahannya. Dia pun buntu dan tak tahu apa yang harus dia lakukan sekarang. Bukan dia tidak pernah mencuba, banyak kali juga. Namun Hans tetap Hans. Sentiasa berdegil dan suka buat keputusan sendiri. Tak mahu fikirkan orang sekeliling walaupun hakikatnya Hans buat keputusan begitu demi semua orang yang dia sayang juga.

"Okay, aku minta maaf. Aku janji lepas ni aku dah tak akan buat macam tu lagi. Apa-apa rahsia yang aku tahu, aku akan terus bagitahu semua orang kalau perkara itu harus mereka tahu. Especially, kau sayang. Okay?"

Farha mengangguk. "Okay, macam inilah tunang aku. Berani buat keputusan. Baru lelaki namanya."

Aniq hanya menjeling meluat. Eleh, dah dapat dengar apa yang dia mahukan, terus nak mention pasal tunanglah apalah. Inilah perempuan. Menyampah!

****


Qaireen berjalan perlahan-lahan menuju ke arah kereta Mercedes Benz milik Tengku Qarizh. Pintu kereta lelaki itu dibuka dan dia mula masuk ke dalam perut kereta.

Tengku Qarizh yang segak berkemeja hitam, dipandang seketika.

Tengku Qarizh juga sama, merenung Qaireen dari atas hingga ke bawah. Dia agak terpukau dan terpaku melihat kecantikan gadis itu.

Qaireen nampak sangat cantik!

Gadis sunti itu memakai long dress berwarna hitam sama seperti baju kemejanya. Dan rambut pula hanya dibiarkan tidak berikat. Nampak sangat ayu dan lawa.

"Err, awak. Awak dah janji kan yang kita tak akan lama dekat majlis ni? Saya bukan apa, saya nak temankan Hans. Saya tak boleh tinggalkan dia dekat hospital tu. Boleh kan awak?" Qaireen berterus-terang tentang apa yang dia mahukan.

Sebenarnya malam ini, syarikat Purnama Holdings mengadakan makan malam. Kiranya company annual dinner bersama para pekerja dan beberapa orang clients yang di hormati juga telah dijemput hadir bersama bagi memeriahkan lagi majlis tersebut.

Dan disebabkan ini kali pertama dan kali terakhir Qaireen bekerja di Purnama Holdings sebelum kontrak itu sudah berakhir, nak tak nak dia terpaksa juga turut hadir sama dalam majlis makan malam ini.

Tengku Qarizh juga sibuk sangat mahu pergi bersamanya. Kononnya sebagai boss dan PA. Padahal Tengku Qarizh sengaja nak dekat-dekat dengan dia. Macamlah Qaireen tak tahu.

Pada mulanya memang Qaireen tak nak pergi, sebab malam ini dia nak jaga Hans di hospital. Tapi disebabkan Hans juga yang beria pujuk dia supaya dia hadir di makan malam kali ini, terpaksalah Qaireen turutkan juga.

"Ya sayang, aku tahu. Aku janji lepas habis je makan nanti, kita terus balik eh?"

"Tapi kan awak, awak jangan nak mengada-mengada panggil saya sayang pula eh dekat sana nanti. Mummy dengan ayah tiri awak ada sama kan? Keluarga awak pun ada sekali kan? Jadi jangan nak buat hal! Gatal tak bertempat eii!" pesan Qaireen agak garang. Dia tak nak timbulkan isu baru pula dalam keluarga Tengku Hisham nanti.  Lagipun dia agak segan dengan keluarga Tengku Qarizh dan semua yang ada di majlis itu nanti.

Tengku Qarizh mencebik sedih. "Alo, tak boleh ke? Hmm, tengoklah macam mana nanti." Tengku Qarizh sengih tak bersalah.

Qaireen mendengus perlahan. " Suka main-main tau dia ni! Hish, orang serius ni tau!" Peha Tengku Qarizh ditepuk perlahan melepaskan geram.

Spontan, Tengku Qarizh tergelak.

"Okay... okay. Aku janji. Tapi kalau aku beritahu mereka tentang hubungan kita... boleh tak?"

Mata Qaireen membulat. Terkejut. "Hah? Hubu... hubungan apa?" Qaireen blur seketika.

Tengku Qarizh tergelak lagi. Kenapa comel sangat ni? "Hubungan apa lagi sayang oi? Kau dah terima pinangan mummy aku kan? Kau pun dah pakai kan cincin aku tu? So, itu tandanya kau milik aku. Kita ada hubungan yang seriuslah kiranya. Faham tak ni?" Hidung Qaireen dicuit. Geram!

Kenapa Qaireen nampak comel sangat? Sangat naif dan blur.

Qaireen masih lagi terkebil-kebil. Dia kurang mengerti. "Err, mummy awak kan dah tahu? Awak nak beritahu siapa lagi?"

"Siapa lagi kalau bukan Tengku Hisham, kakak tiri aku dengan pekerja-pekerja yang lain dekat majlis itu?"

"Hah?"

Qaireen terkejut. Weh, gila ke? Dia belum bersedia lagilah. Dia pun masih tak pasti dengan perasaannya terhadap Tengku Qarizh sekarang ini.

Kenapa Tengku Qarizh tergesa-gesa sangat? Kenapa tak bincang dahulu dengannya?

Sejak dia dapat tahu Hans sakit, perasaannya mula bercampur baur. Tapi dia tak naklah beritahu sesiapa tentang perkara ini. Biarlah dia seorang sahaja yang tahu semuanya sendiri. Kalau dia tersilap langkah, dia takut yang dia akan menyesal. Jadi lebih baik dia mendiamkan diri sahaja.

"Awak serius ke?"

Melihat wajah cuak Qaireen, pecah terus ketawa Tengku Qarizh yang ditahan dari tadi.

"Taklah, aku main-main je. Tak akanlah aku nak buat macam tu tanpa bincang dengan kau dulu. Lagi pun mummy tak kasi. Hahaha, so cute my little princess. Comel sangat kau ni!" Pipi tembam Qaireen dicubit perlahan.

Qaireen sudah mencebik meluat. Mamat ini... sempat lagi bergurau macam itu! Tahu tak dia dah cuak gila tadi?

"Awak jahat! Penipu betul dia ni eeeeiiiiii!" Bahu dan peha Tengku Qarizh ditepuk buat kali yang kedua. Tetapi kali ini lebih kuat.

Dia terus berpaling menghadap ke arah luar tingkap. Tak mahu kawan dengan lelaki itu. Dasar penipu!

Manakala Tengku Qarizh tersenyum kecil. Dia mula menghidupkan enjin kereta.

"Kau jangan merajuk boleh tak? Sebab aku tak ada masa nak pujuk kau sekarang ni. Kita dah lambat kan? Tapi lepas ni aku boleh pujuk kau," ujar Tengku Qarizh lembut sambil mata mula fokus pada jalan raya di hadapan.

"Awak tak payahlah nak mainkan saya!" Qaireen berpeluk tubuh. Bibirnya sudah memuncung. Sangat tidak berpuas hati dengan lelaki itu sekarang ini. Ada kang yang dapat makan kasut high heels dia sekejap lagi.

"Aku tak mainkan kau punlah. Aku bergurau sikit je tadi. Apa kata kau duduk je situ diam-diam, jangan bising dan jangan buat muka macam tu kalau tak nak aku cium mulut muncung kau tu nanti. Okay, sayang?" sakat Tengku Qarizh. Matanya sempat mengerling ke arah Qaireen sekilas. Terus berubah merah wajah gadis itu.

"Eeeeii, dia yg tipu orang lepas tu nak bersayang-sayang pula! Entah apa-apa je perangai tu." Qaireen mula menyibukkan diri dengan melihat pemandang di luar tingkap. Malas dah nak melayan Tengku Qarizh itu.

****

Masuk sahaja ke dalam dewan hotel utama Purnama Holdings, Qaireen mula terkejut. Agak tercengang melihat suasana dan kecantikan tema makan malam kali ini.

Fuh, ramainya orang! Ah, malu pula rasanya.

Tengku Qarizh yang perasan wajah Qaireen mula berubah, mula menenangkan gadis itu.

"Hey, relax baby. Kenapa ni?" Bahu Qaireen dicengkam perlahan.

Qaireen mengetap bibir. "Ramainya orang awak. Ini semua pekerja-pekerja Purnama Holdings ke? Kenapa ramai sangat?" Serius, Qaireen tak pernah nampak muka-muka mereka ini semua selama dia bekerja di Purnama Holdings.

Mungkin pekerja-pekerja dari tingkat paling atas sehingga bawah sekali mungkin? Tengku Qarizh punya ofis pula hanya di tingkat 16. Tidak terlalu tinggi dan terlalu ke bawah.

Satu company Purnama Holdings ada lebih kurang 30 tingkat. Fuh, patutlah ramai! Dahlah Purnama Holdings merupakan salah satu syarikat yang maju dan agak terkenal di Malaysia mahukan di luar negara.

"Ya, kau jangan risaulah. Kita bukannya makan dekat sini pun. Meja makan kita dah disiapkan dekat dinning room. Sekali dengan mummy and my family. Kau okay kan?"

Semakin gelabah Qaireen jadinya. Apa? Dia kena makan semeja dengan keluarga besar Tengku Qarizh?

Oh, tidak!

"Err, kenapa saya kena ada sekali pula? Saya kan hanya pekerja biasa awak. Lagi pun erm tak naklah saya. Saya seganlah dengan keluarga awak," tolak Qaireen dengan mimik wajah cemas.

Tengku Qarizh tersenyum nipis. "Don't worry, aku ada dengan kau. Sentiasa ada dengan kau. Aku tak akan tinggalkan kau. Remember right?" 

Mata mereka saling bersatu. Perlahan-lahan bibir Qaireen tersenyum. Dia tersentuh dengan ayat lelaki itu. Tengku Qarizh juga turut tersenyum.

"So, okay kan? Jomlah cepat. Nanti mummy bising dekat aku kenapa kita masih tak sampai-sampai lagi dari tadi." Lengan Qaireen hendak dipegang, namun disebabkan Qaireen menolak dengan lembut, terus Tengku Qarizh mengangkat wajah merenung Qaireen.

Apa lagi yang tak kena pula ini?

"Why Reen? Kau tak selesa ke dengan majlis macam ni? Kau nak balik ke? Kalau kau nak balik, kita balik jelah sekarang. Lagi pun aku tak suka tengok kau tak selesa mac..."

"Eh, bukan macam tu awak! Bukan pasal tu. Tapi saya tak nak awak pegang tangan saya depan family awak please," pinta Qaireen agak tidak selesa.

Tengku Qarizh mengangguk faham. Sebab itu rupanya? Baiklah dia tak akan pegang tangan Qaireen dah lepas ini.

"Okay maaf, jomlah masuk cepat." Qaireen hanya mengikut langkah Tengku Qarizh masuk ke dalam. Seorang pekerja yang membuka pintu buat mereka tadi mula menunjukkan tempat makan Tengku Hisham sekeluarga.

"Thank you,"  ujar Tengku Qarizh pada pekerja tadi. Dia mula mengatur langkah ke meja makan.

Puan Sri Haura yang melihat kelibat anaknya dan Qaireen, mula berdiri.

"Hey, my son. Kenapa lambat sangat?" Bahu Tengku Qarizh ditepuk manja. Tengku Qarizh hanya tersengih tidak bersalah.

"Sorry mummy."

Puan Sri Haura menggelengkan sahaja kepalanya. Qaireen pula yang dipandang kini. "Hi, Reen. You look so gorgeous tonight," puji Puan Sri Haura ikhlas. Qaireen senyum malu.

"Thank you. Apa kurangnya dengan aunty? Look so young and beautiful."  

Puan Sri Haura tersenyum nipis. "Ada-ada sahaja kamu. Have a sit girl."  Qaireen mula duduk di sebelah Tengku Qarizh dan berhadapan dengan Puan Sri Haura.

Tengku Qaira yang duduk di sebelah kanannya pula disapa dengan mesra. "Hi, kak Ira. You look so beautiful tonight. Hehe, Mia tak ikut sekali?" soal Qaireen cuba beramah mesra walaupun hakikatnya hatinya sudah mahu pecah sekarang. Berdebar semacam.

"Hehe, thank you. Mia tak ikut sebab budak tu memang tak suka pergi majlis macam ni. Nanti mulalah buat perangai. Merengek sana sini. Payah akak nanti." Qaireen hanya mengangguk faham. Biasalah budak-budak.

Di meja bulat ini, hanya ada Tengku Hisham, Puan Sri Haura, Tengku Qarizh, Tengku Qaira dan juga dia.

Abang tiri Tengku Qarizh mana? Tak ada pun sekali di meja makan ini.

Qaireen agak teragak-agak ingin menyapa Tengku Hisham. Tak tegur, nanti dilabel sombong pula.

"Err, hai Tengku Hisham. Saya Qaireen." Qaireen cuba untuk tersenyum. Walaupun agak kekok.

Tengku Hisham yang sedang memotong daging steak itu mula bersuara tanpa memandang wajah Qaireen. Hanya fokus pada makanannya sahaja.

"Yeah, I know you already. Girlfriend Qarizh kan?"

Agak teragak-agak untuk Qaireen menjawab. Dia hanya menunduk wajah. Sedikit malu dan kekok. Dan apabila soalannya tadi tidak berjawab, Tengku Hisham menyoal lagi.

"You mangsa dia yang ke berapa pula ya kali ni?" soal Tengku Hisham sinis. Nadanya seperti mengejek sahaja.

Tengku Qarizh yang sedang khusyuk makan, terus berhenti mengunyah.

"Daddy! Kenapa cakap macam tu?" tegur Tengku Qaira pada Tengku Hisham.

Tengku Hisham hanya belagak selamba. Dia menyedut sedikit minuman itu.

Qaireen pula menggigit bibir. Alamak, dia lupa yang Tengku Qarizh dan Tengku Hisham tak pernah sebulu. Asyik bergaduh dan masih tak pernah nak berbaik.

Apa yang dia kena buat ini?

"Betul apa yang daddy cakap. Untuk pengetahuan you Qaireen, Rizh ni memang seorang playboy. Pembawa malang, dan lelaki yang tak pernah nak serius. Yang dia tahu apa? Main-mainkan perasaan wanita dan malukan keluarga. Kasihan you Qaireen sebab dapat lelaki seperti dia," ejek Tengku Hisham lagi. Kali ini sengaja hendak mengapi-apikan lagi kemarahan Tengku Qarizh.

Tengku Qarizh yang mendengar dari tadi, mula mengetap gigi. Tangan sudah dikepal penumbuk. Tapi sebenarnya dari dulu lagi, seorang lelaki yang bernama Tengku Qarizh Arsyad, dia tidak pernah membalas semula kata-kata kejahatan Tengku Hisham.

Lelaki itu selalu bersabar dan hanya buat-buat tidak dengar sahaja. Sudah menjadi kebiasaan buat dirinya apabila berhadapan dengan Tengku Hisham. Akan sentiasa jadi situasi begini. Sebab itu jugalah dia malas nak hadir dalam majlis syarikat seperti ini.

Namun, apabila Tengku Hisham kaitkan Qaireen dalam balahan mereka kali ini, itu sudah membuatkan tahap kesabaran Tengku Qarizh hilang serta-merta. Rasa hormat juga mula nipis senipis kulit bawang. Dia tak suka orang libatkan Qaireen!

Walaupun maruahnya agak tercalar, tetapi itu tidak penting. Yang penting adalah Qaireen sahaja. Dia tidak mahu gadis itu tidak selesa dengan Tengku Hisham!

Qaireen yang sedar akan perubahan wajah Tengku Qarizh, terus menggenggam tangan lelaki itu di bawah meja. Dia perlu tenangkan Tengku Qarizh.

Tengku Qarizh agak tersentak pada mulanya, namun dia juga mula membalas genggaman tangan Qaireen sambil menyambung makan semula. Dia cuba tenangkan diri.

'Buat-buat tak dengar, Rizh. Buat macam mana yang selalu kau buat,' getus Tengku Qarizh. Makanan dikunyah dengan geram.

"Erm actually Qaireen, what do you do? Selain bekerja sebagai PA CEO Purnama Holdings, apa perancangan kamu selepas ini?"

"Tak akanlah kamu asyik nak berkepit dengan Rizh je kan? Nanti buat kerja ke tidak CEO tu ya?" perli Tengku Tengku Hisham. Tidak pernah penat untuk dia mengenakan anak tirinya itu.

Tengku Qarizh memejamkan mata. Cuba sabarkan diri. Tak mahu timbulkan kekecohan di majlis ini mahupun di hadapan Qaireen.

"Oh err saya cadang nak cari kerja lain sebab saya masih nak belajar lagi dalam ilmu pekerjaan. Tapi kalau boleh, saya nak rehat dulu, spend time dengan ibu saya sebelum kembali bekerja," jawab Qaireen gugup.

Sebenarnya bukan dia nak spend time dengan Puan Sara sangat pun, tapi dia nak jaga Hans di hospital sampai lelaki itu sembuh. Itu nekadnya.

"Oh, that's good. At least, there are young people like you who believe in the value of work."

Qaireen senyum sahaja. "Tapi kenapa you  nak belajar lagi ilmu pekerjaan di company yang lain? Kenapa? Rizh tak pernah ajar kamu selok-belok business ke? Or dia sendiri yang tak tahu apa-apa tentang business? Kalaulah Tengku Firdaus masih ada, memang dialah orang yang paling kecewa bila tahu anak sendiri tak dapat nak uruskan syarikat dengan baik. Huh memalukan."  Tengku Hisham meneguk sedikit air jus oren itu lagi.

"Abang!" tegur Puan Sri Haura. Dia yang baru muncul semula di meja makan mereka mula bersuara. Tengku Qarizh mula mengangkat wajah. Bertentang mata dengan Tengku Hisham.

"Tapi Rizh dah cuba yang terbaik untuk jadi CEO Purnama Holdings, company peninggalan arwah daddy." Akhirnya Tengku Qarizh mengeluarkan suaranya kembali. Sesekali, dia perlu membela diri.

"Yes, memanglah. Tapi kamu masih lagi tak berusaha dengan sebaiknya. Kamu masih mengharapkan pekerja buat semuanya.  Dan kalau bukan disebabkan Tengku Firdaus yang amanahkan kamu jaga Purnama Holdings, kamu akan berada di mana sekarang Rizh? Sudah semestinya kamu akan berfoya-foya dengan perempuan bukan?" balas Tengku Hisham serius.

"I have my life. Dan itu perangai Rizh yang dulu, sekarang tidak lagi." Malas lagi hendak berlama di sini, terus Tengku Qarizh berdiri dan meninggalkan semua orang.

Puan Sri Haura hendak mengejar langkah anaknya tetapi sudah ditahan awal oleh Tengku Hisham.

Dan Qaireen yang melihat lelaki itu mula pergi,  juga mula ikut sama. Namun, kata-kata Tengku Hisham membuatkan perbuatannya itu terhenti.

"Qaireen, listen to me. He's my son, but he's bad for you."

Qaireen melepaskan keluhan. Apa lagi lelaki tua ini mahukan? Tak penat ke sakitkan hati orang?

"Tengku Hisham, ini mungkin bukan urusan saya, dan saya tak layak untuk masuk campur dalam urusan Tengku Hisham sekeluarga, tapi... dengan penuh rasa hormat, saya dapat melihat betapa susah dan bersungguh-sungguhnya Tengku Qarizh bekerja keras untuk mendapatkan setiap projek. Malah berjuta-juta harganya."

Tengku Hisham mula tekun mendengar. Turut sama yang lain juga.

Suasana mula senyap.

"Saya juga nampak perubahan dia dalam berubah menjadi yang lebih baik. Bukan untuk saya, bukan juga untuk Tengku Hisham, tapi untuk diri dia sendiri dan juga untuk mengubah pandangan orang sekeliling tentang dirinya sendiri. Tengku Qarizh bukan lagi lelaki playboy dan suka main-main yang macam Tengku Hisham fikirkan. Dia dah banyak berubah. Dan saya rasa, Tengku Hisham tak patut salahkan dia lagi di atas kematian Tengku Firdaus. Sebab semuanya telah tertulis. Tengku Qarizh tak salah pun dalam hal ni. Tak perlu rasanya untuk kita terus menghukum dia," terang Qaireen lembut dan sopan sahaja bicaranya.

Tidak mahu mereka salah anggap dengan tujuannya untuk menegur.

"Hmm, I should go. Thank you so much, Tengku Hisham, aunty and Kak Ira. Nice to meeting you guys."  Tangan Puan Sri Haura di salam sebelum Qaireen mula melangkah pergi. Mengikut langkah Tengku Qarizh tadi ke arah kereta semula.

Tengku Hisham mula senyap. Memikirkan kata-kata Qaireen sebentar tadi. Agak tersentap dia.

"Please abang, jangan gaduh lagi. Kesian Rizh," pujuk Puan Sri Haura sebal. Suaminya tak pernah mahu berubah. Kasihan Tengku Qarizh.

Tengku Hisham mengeluh berat. Mula tersedar sesuatu.

"I will try my best."

*****

"Awak, janganlah macam ni. Tak macho dah Mr Ex Crocodile saya."

Tengku Qarizh yang khusyuk memandu mula merenung wajah Qaireen sekilas.

"Macam ni apa?"

"Janganlah diam je awak. Tak best la macam ni. Awak kan selalu banyak mulut. Ada je benda yang awak nak bebelkan."

Dia mencebik tak suka. Dia tak suka dan tak senang hati melihat keadaan lelaki itu seperti ini.

Spontan, Tengku Qarizh tergelak kecil. Namun, hanya seketika sebelum wajahnya mula berubah keruh dan dingin.

"I'm sorry you had to witness that. Sorry for everything. Aku tak sepatutnya pujuk kau untuk ikut aku ke majlis ini," luah Tengku Qarizh perlahan. Namun, dia betul-betul ikhlas. Agak malu dengan Qaireen setelah apa yang terjadi.

Dia anak yang tak berguna kan? Mungkin ada betulnya juga apa yang Tengku Hisham katakan.

Qaireen senyum nipis. "Don't apologize. Saya yang kena minta maaf sebab saya yang nak tegur Tengku Hisham tu dulu. Tak pasal-pasal dia kaitkan awak sekali," ujar Qaireen serba salah.

Tengku Qarizh menggelengkan kepalanya.  Ini bukan salah Reen, tapi salah dia.

"It's not your fault. Memang Tengku Hisham tak akan dapat terima aku sebagai anak tiri dia sampai bila-bila agaknya. Maafkan aku sebab kaitkan kau dalam hal ni."

"No, it's okay. Awak kena bagi dia masa. Dan walau macam mana sekali pun, awak kena hormat dia. Jangan balas apa yang dia cakap. InsyaAllah, lama-lama nanti Tengku Hisham akan dapat terima awak juga. Doa banyak-banyak supaya dia berubah dan terbuka hati okay?"

"Okay sayang. I love you," luah Tengku Qarizh secara spontan. Dia bersyukur kerana dapat wanita yang memahami seperti Qaireen dan sentiasa ada dengannya ketika dalam suasana yang menyesakkan jiwa seperti tadi.

Qaireen hanya tersenyum. Tidak tahu hendak membalas ayat itu atau pun tidak. Kerana dia masih lagi keliru dengan perasaan sendiri.

Dalam tidak sedar, dia mengeluh. Berat untuk dia hadap kali ini.

****

TBC!

Vote, comments, share.❤️

Okee, bab kali ni agak panjang dan Hans takde. Lepas ni Hans akan sentiasa ada oke? Hiks.

Questions:

1) Reen dah mula keliru dengan perasaan dia sendiri. Cane ni guys? Kesian Rizh, Hans pun sama :)

Lepas ni sis akan cepatkan waktu. Sebab nak habiskan DUS cepat. So, harap korang okay je tau? 😂

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro