DUS 7 🦋

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

" Sometimes you have to forget whats have done, appreciate what you still remain and look forward to whats coming soon."

•••••••
.
.
.
Happy reading!♥️


Tengku Qarizh Arsyad mendengus geram. Hilang terus selera makannya apabila mummy tidak habis-habis menyuruh dia membawa Jasmine keluar jalan-jalan. Apa? Mummy fikir dia tiada kerja lain ke nak buat selain menghadap muka perempuan itu? Dia lebih rela menghabiskan duitnya dengan keluar bersama perempuan lain daripada terpaksa menghadap muka Jasmine.

Huh, kalau dah tengok muka pun tak sudi, apatah lagi nak keluar bersama? Namun mummy mesti tidak akan faham apa yang dia rasa. Dia bukannya tidak cuba untuk membuka hatinya pada Jasmine, tapi dia tahu bahawa Jasmine itu sama saja seperti perempuan-perempuan yang pernah dia mainkan.

Perempuan nak apa saja dari dia? Of course lah duit. Wah! Kenapalah semua perempuan yang dia kenal, semua macam tu? Tiada perempuan yang pernah ikhlas dan setia dengan dia.

Dan sebab itu juga dia mula bencikan perempuan kecuali mummy dan adik perempuannya. Perempuan lain semua dianggap sama. Kaki kikis. Hanya pandang harta dan rupanya saja. Tak pernah nak ikhlas. Huh, sebab itulah dia suka mempermainkan perempuan. Memang hobi. Dia rapat dengan perempuan hanya suka-suka. Tiada niat jahat apatah lagi perasaan suka dalam hatinya.

Bagi Tengku Qarizh Arsyad, semua perempuan adalah sama. Kecuali perempuan yang dia jumpa seminggu yang lalu. Perempuan itu agak... lain daripada perempuan yang dia pernah kenal.

Nampak macam tak terhegeh-hegeh dengan dia. Dan nampak macam tak pandang harta langsung. Lelaki sekacak dia pun, perempuan itu  nampak tidak peduli. Dia agak tertarik dengan perwatakan berani gadis itu.

Siap pakej marah, kutuk, hina dia lagi semasa itu. Ya, bagi dia perempuan yang dia 'terbasahkan' baju dengan lopak air itu nampak lain dari yang lain. Cakap pun tak hormat orang. Mulut macam puaka pun ada.

But seriously, that girl so cute when she was angry. With those red cheeks, she look so cute and adorable. She so brave and don't care about anything.

Seketika, Tengku Qarizh tersedar. Kenapa tiba-tiba dia terfikirkan perempuan tempoh hari pulak? Oh man!

What's wrong with me, dude? Ah, I'm out of my mind. Stupid you, Rizh.

Handphonenya yang berbunyi mengejutkan Tengku Qarizh. Pantas panggilan itu dijawab dengan meluat.

"Hello, baby? Where are you? You kan nak keluar dengan I hari ni. But now, what happen?" Suara manja perempuan itu membuatkan Tengku Qarizh tersenyum sinis.

Oh, dia ada janji nak jumpa dengan mana-mana perempuan ke hari ini? Ugh, ingatlah bila dia cuti hari ni dapatkan rehatkan diri. But now, what? Dengan mummy yang tak habis-habis sebut pasal Jasmine lagi. Dengan ada temu janji lagi. Huh merimaskan. Tapi okay juga bila difikirkan semula. Dia pun tengah bosan sekarang ni. Baik dia enjoy sekejap. Boleh hilangkan tekanan.

" Aww, honey. I'm sorry. Okay-okay I datang sana sekarang. I  ambil you. Lepas tu I bawa you pergi shopping okay, babe? Jangan marah-marah. Nanti tak cantik dah." Dengan suaranya yang husky mampu mencairkan mana-mana perempuan. Rita dihujung talian sudah memggeletis semacam. Dia suka.

"Sure, baby. I waiting you here. Faster okay? Bye, love you!" Tengku Qarizh tersenyum sinis. Mudah. Sangat mudah. See, dia baru saja acah ajak pergi shopping, dah tak merajuk.

Perempuan, tak semua complicated. Kalau kena dengan cara memujuk, faham kehendak perempuan, nescaya semudah ABC saja perempuan akan okay dan terpujuk dengan sendiri. Jangan fikir semua perempuan menyusahkan.


***

Setelah bersiap dengan rapi, aku melangkah keluar dari rumah. Nak jumpa ibu dulu pun, memang tak perlu. Waktu-waktu macam ni sudah tentulah ibu sibuk kerja.

Senyuman terukir dibibirku apabila melihat Hans di luar rumah sambil bersandar pada badan keretanya. Dia dah tunggu aku dari tadi.

Sebenarnya aku nak cari kerja. Yelah, alhamdulilah kerana hampir seminggu aku sudah tamatkan pengajian. So, tak akanlah aku nak duduk rumah goyang kaki saja? Sebab itulah aku nak cari kerja secepat yang mungkin. Tak suka duduk rumah saja. Aku dah niat nak bantu ibu dan keluarga.

Tapi bila Hans kata dia nak tolong aku cari kerja melalui online, isi borang saja, terus aku setuju kerana aku rasa tak perlu nak susahkan diri cari kerja biasa seperti pelayan di kedai makan atau sebagainya. Sepatutnya aku cari kerja yang sesuai dengan kelayakan aku terus. Tak perlu buang masa. So, yeah.

Hans ada point yang betul dekat situ.

Dan disebabkan sekarang ni aku tak ada buat apa-apa, cuma goyang kaki dekat rumah dan ambil alih tugas ibu di rumah, sebab itu agaknya Hans ajak aku keluar. Aip! Tapi bukan pergi dating. Cuma jalan-jalan saja.

Tapi aku peliklah. Hans sanggup ketepikan kerja yang dia sayang itu sebentar, demi tidak mahu kawan baiknya ini mati kutu akibat kebosanan? Wow, memang one in a million lah Hans ni. Dia pentingkan aku dari kerja dia. Dia tahu aku bosan duduk rumah mungkin. Ini yang aku makin jatuh ni...

Jatuh apa lagi kalau bukan jatuh hati pada dia. Eh tibe. Tak adalah, dia memang baik. Tak hairanlah dia ambil berat tentang aku.

"Puteri Qaireen Nisrina! Termenung apa lagi tu? Cepat sini!" Hans sudah memanggil. Dengan muka yang pasrah aku melangkah mendekatinya.

"Kita nak pergi mana ni, Hans? Kau asal tunggu dekat luar ni? Kenapa tak tunggu aku dalam kereta je." Hish, mamat ni. Tak buat apa serba salah tak boleh ke? Dahlah matahari memancar di atas kepala. Berpanas dekat luar buat apa? Nanti habis kulit cerah dia berubah hitam baru tahu.

"Eeee, banyak tanyalah kau ni. Aku saja nak tunggu sini. Bungaaaaa, aku ada something nak bagi dekat kau." Hans menghulurkan sejambak bunga mawar putih dari belakang badannya yang disorok dari tadi.

"For you, bunga mawar putih." Jambangan bunga itu dihulurkan padaku.

Aku tersenyum suka. Bunga itu disambut baik oleh aku dan dihidu seketika. Hmm, Hans memang tahu apa yang aku suka. Aku memang suka bunga mawar putih berbanding bunga yang lain. Sebab itulah Hans kalau nak bagi aku bunga, mesti ambil yang jenis ini. Sebab bunga mawar putih, sama dengan maksud nama aku. Sebab itulah aku jatuh suka. Bunga mawar putih nampak sangat cantik dan suci.

"Thank you for this flowers, Hans." Hans membalas senyumanku. Dia berpeluk tubuh.

"Bacalah kad tu dulu," pinta Hans. Dia asyik memerhatikan aku yang sedang menghidu bunga itu. Bunga ni wangi sangat!

Aku mencebik bibir. "Perlu ke nak bagi kad sekali Naz Hans?" Aku angkat kening merenungnya pula.

"Of course."

Aku geleng kepala sahaja. Kad yang terselit di tepi kelopak bunga itu dibaca. Berkerut-kerut dahi aku jadinya.

Smile always because your smile is my happiness, my Bunga.♡

From: your Mr Click-Click.

Automatik aku tersenyum lebar. Pandangan matanya aku balas. Kami berbalas senyuman buat seketika.

"Why my smile is your happiness?" soalku lembut. Dalam otak sudah penuh dengan tanda tanya. Aku ingin tahu sebabnya.

Hans masih sama, tersenyum dan terus tersenyum. Senyuman dia memang indah.

"Because you're my life, my heart. If you're happy, of course I'm happy too." Terus bahunya aku tampar perlahan.

"Sweet talker!" Aku tergelak lalu melangkah masuk ke dalam kereta. Namun apabila terasa tanganku digenggam secara tiba-tiba, tersentak aku buat seketika.

Aku membalas pandangan mata redup Hans dengan penuh persoalan. Apa lagi dia nak?

"What?" Kening aku terangkat sedikit. Hans menggeleng dan tersenyum. 


"Aku cakap benda yang betul, bukan sekadar nak berayat manis pada kau. If you know the right thing, I hope you will believe it..." Genggaman tangan aku dilepaskan dan Hans mula masuk ke dalam kereta.

Meninggalkan aku yang masih lagi terkebil-kebil sendirian. The right thing? What's that? Apa maksud dia?

"Masuk cepat, Bunga!" Hans melaung dari dalam keretanya. Aku tersentak.

"Oh, okay. Coming!"

****

"Erm, Hans. Kita nak buat apa je dekat mall ni?" Teragak-agak aku menyoal. Entah kenapa, aku rasa kekok pula dengan Hans sekarang. Apa yang dia cakap tadi buat aku rasa something.

Dia memang maksudkan apa yang dia kata tadi atau sebaliknya? Hish, tak fahamlah aku.

"Oh, aku saja nak jalan-jalan dengan kau dekat sini. Kenapa? Kau ada nak beli apa-apa ke? Jomlah, aku boleh temankan. Nak aku belanja pun boleh je untuk kau." Hans ikut berhenti melangkah dan mengalihkan pandangannya ke arah aku.

Aku tersenyum janggal. Aku pun tak tahu nak beli apa sekarang. "Hmm, aku rasa aku tak nak beli apa-apa kut. Apa kata kita pergi makan aiskrim nak?" Daripada penat kaki berjalan tanpa hala tujuan, lebih baik makan aiskrim. Baru syok!

Hans tersenyum. "Aku okay je. Dah, jom."

Baskin Robbins tempat yang kami tuju. Tempat kegemaran aku dan dia. Dulu kalau aku dan Hans habis saja kelas tambahan, terus dia bawak aku datang sini. Lepak-lepak sekejap. Almaklumlah aku dan Hans bukannya jenis ponteng kelas. Mahunya aku dan Hans kena ceramah dengan mama dan ibu nanti. Jadi pergi lepas kelas sahajalah.

Setelah berpesan dua mangkuk aiskrim kegemaran kami, kami duduk di bangku yang telah disediakan. Aiskrim perisa Rainbow Sherbet dihabiskan segera.

Namun tanpa aku sedar, Hans sibuk merenung aku yang ralit makan aiskrim. Tiba-tiba Hans ketawa dan aku tersentak dengan kelakukannya.

"Kenapa?"

Hans tersenyum menahan ketawa. Sapu tangan di dalam poket seluarnya dikeluarkan dan tepi mulut aku dilap perlahan tanpa sebarang kata. Aku hanya terdiam melihat perbuataannya dengan mata membulat. Agak terkejut.

"Mulut kau comot, Bunga. Kau makan aiskrim macam budak-budak kan?" Sapu tangannya itu diserahkan kepada aku dan aku hanya mengambil dengan senang hati.

"Buat apa kau bagi aku handkerchief ni?"

"Ambil jelah. Nanti manalah tahu kalau kau makan comot lagi ke apa. Tak akan nak aku je yang lap untuk kau? Yelah, kau kan kanak-kanak fanta yang terlepas dari tadika. Makan aiskrim pun macam budak kecik," usik Hans dan dia kembali ketawakan aku.

Membulat mataku. "Hans! Eee, jahatnya kau ni. Tak baiklah cakap macam tu dekat aku! Aku dah dewasa okay!" Bantah aku menahan geram. Suka benar dia ketawakan aku ya.

"But you forgot that even when you were little you ate this kind of dirty aiskrim too. Tapi lagi comot aku rasa." Hans gelak lagi.  

Wajah aku sudah masam mencuka. Tak guna Hans! Perlu ke dia ungkit kisah lama aku masa kecil dulu? Hish, dia pun sama je okay. Mestilah makan comot! Itu pun nak jadi isu.

"Sudahlah kau. Tak nak dengar lagi. Hish menyampah betul!" Terus aku berdiri dan meninggalkan Hans yang baru berhenti ketawa itu. Hans terkebil-kebil melihat aku yang menjauh.

Hey, fikir aku suka ke kena bahan dengan kawan baik sendiri? Pergh, nak tahu rasa dia macam mana? Rasanya seperti anda menjadi eronman.

HAHAHA tiber bertiktok you all's.

Apabila aku sudah jauh dari Hans, aku mengeluh perlahan. Aku nak pergi mana sekarang ni?

"Yes, baby. Ambil jelah apa yang you suka. I belanja you, kan?"

"Seriously, baby? Awhh, so sweet. Okay... okay you tunggu dekat sini kejap tau. Ke you nak ikut I masuk dalam?" soal Rita manja. Tengku Qarizh tersenyum sinis. Dia geleng sekali.

Tangan Rita diambil dan dikucup sekilas.

"I tunggu you dekat sini but don't be late! I hate waiting." Rita tersenyum menggedik. Tengku Qarizh cium tangan dia depan orang ramai lah! Wah bangga dia buat dosa!

Percakapan pasangan sejoli itu pun berakhir di situ apabila perempuan tadi mula masuk ke dalam kedai pakaian wanita yang berjenama. Aku tersenyum sinis. Tak malunya buat drama depan orang macam tu. Dekat public macam ni.
And wow, yang aku tak percaya, mamat tu adalah Mr Pervert yang aku jumpa tempoh hari.

Oh my gosh, lepas Mr Blind, Mr Pervert. And now what? Mr Crocodile pula ke?

Eee, mamat tu playboy jugak rupanya. Patutlah miang keladi semacam dengan perempuan. Dengan aku yang stranger ni pun dia boleh cakap lepas je. Lepas kejadian tempoh hari, aku dah tak jumpa mamat tu lagi. Tapi hoodie mamat tu masih lagi pada aku.

Aku perlu pulangkan semula atau tidak? Eee, tapi buat apa aku simpan hoodie lelaki playboy tu pula. Tak kuasa aku. Kalau aku bagi dekat dia, semestinya aku perlu berdepan dengan lelaki itu. Oh tidak! Memang tak akanlah. Aku masih malu lagi dengan apa yang dah berlaku seminggu yang lalu. Ini nak jumpa dia lagi? Memang tak akan!

"Woah surprising. Look who's here. What are you doing here, beautiful? "

Soalan yang aku rasakan dekat dengan aku itu membuatkan aku tersentak.

Pantas aku angkat wajah. Tergamam aku jadinya. Oh no! Mamat ni perasan aku dekat sini rupanya. Ah, yang aku tak blah-blah dari tadi tu dah kenapa!

Tengku Qarizh tersenyum sinis apabila melihat wajah gadis itu. Dari tadi dia dah nampak kelibat Qaireen, namun dia hanya buat-buat tak nampak kerana ada Rita sekali. Sekarang dia rasa nak usik gadis itu buat seketika.

Aku terdiam. Apa nak jawab ni? Ah, perlu ke aku jawab soalan dia? Baik aku blah cepat daripada kena soal jawab dengan mamat ni.

Namun baru saja aku ingin melangkah, tanganku telah pun ditarik dan automatik badannya menghadapnya terus. Apa dia ni!

"Don't think you can run away from me, baby." Tengku Qarizh tersenyum sinis.

" Saya bukan perempuan tadilah yang awak nak panggil baby babi bagai. And now, what do you want from me Mr Crocodile?" Aku berpeluk tubuh. Sesuka hati dia saja nak buat apa yang dia suka.

"Mr Crocodile, huh?" Tengku Qarizh buat smirks.
Tak sangka, itu panggilan gadis itu terhadapnya.

"Yup, you are Mr Blind, Mr Pervert and last but not least, you are Mr Crocodile!"

Suara aku mula meninggi. Panas, geram dengan mamat ni. Tak puas hati betul aku dengan dia.

"Seriously? Oh, ya. Mungkin semua tu panggilan manja kau untuk aku, kan? Oh no, sweetnya kau. Baru jumpa tiga kali dah ada tiga panggilan manja, huh?" Tengku Qarizh berpeluk tubuh dan tersenyum sinis. Agak impressed.

Aku buat muka meluat. Ugh, please. Jangan nak mengarut.

"Please lah. Jangan nak perasan sangat ya. I hate this guy so much!" Aku mula melangkah pergi. Terpaksa cari Hans semula dari aku terus menghadap lelaki seperti ini. Menyakitkan hati!

Manakala Tengku Qarizh tersenyum sinis melihat Qaireen yang menjauh dengan wajah tak puas hati.

How cute this girl.

****

TBC!






Vote, comments, share. ❤️

Questions for today..

1)  Black or white?
2) Mr Pervert, Mr Blind or Mr Crocodile?😝

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro