Part 11 (Epilog)

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Seusai aku menjejakkan kaki ke kelas, aku terus pergi ke tempat duduk aku. Sambil menyiapkan buku untuk subjek seterusnya, mata aku melilau mencari kelibat Thorn.

Pelik, kenapa tempat dia kosong?

Setahu aku Thorn biasanya datang awal ke sekolah.

"Hurm, dia lewat sikit kut." Ujarku untuk menenangkan diri. Entah kenapa aku rasa tak sedap hati.

-----

Kelas sudah berlangsung selama 21 minit, namun kelibat Thorn masih lagi tidak kelihatan.

"Aduh, mana dia ni? Dari tadi tak masuk lagi kelas."

Ujarku separuh berbisik. Yelah, cikgu tengah mengajar di hadapan, takkan nak cakap kuat kuat kut. Tak pasal pasal aku dapat pop quiz free.

Aku melihat jam tangan aku, masa kelas pertama berbaki 8 minit lagi. Aduh, budak ni memang dah lambat sungguh ni.

"Thorn pindah ke?" Tiba tiba ayat tersebut terkeluar dari mulut aku. Aku tak tahu sebab apa, tapi aku rasa seperti dia dah berpindah.

Sama seperti Gempa berpindah secara mengejut ketika aku berusia 12 tahun dahulu.

Aku mengeluh. Mungkin betul yang dia dah berpindah. Tak sempat aku nak minta maaf.

"Assalamualaikum cikgu, maaf saya lambat masuk."

"Thorn?"

-----

"Thorn, kau pergi mana tadi?" Aku menyoal Thorn yang sedang khusyuk menjamah makanannya.

"Thorn ada urusan sikit tadi. Cikgu minta Thorn jadi wakil untuk pertandingan apa entah. Thorn malas nak ingat nama pertandingan tu." Kata Thorn dengan mulut yang masih penuh dengan makanan.

"Ouh... Ingatkan kau pindah tadi. Sebab kau tak masuk masuk kelas tadi."

"Aik? Kenapa Solar tak anggap Thorn tak datang sekolah je? Sekali tak datang terus pindah?" Soal Thorn polos.

Aku tersengih malu. Macam mana lah aku tak terfikir macam tu? Buat malu je.

"Thorn, aku minta maaf weh." Aku meminta maaf pada Thorn.

"Sebab apa?"

"Errr... sebab aku tolak pelawaan kau untuk jadi kawan baik kau dan cakap benda yang kasar pada kau?"

"Ouh... Tentang tu, aku okay je Solar. Kena reject dengan crush lebih menyakitkan hati daripada ayat kau tu." Jawab Thorn selamba.

Eh eh, budak ni pernah confess ke apa? Beraninya. Aku sendiri tak berani.

"Jadi, Solar nak jadi kawan baik Thorn, tak?" Thorn menyoal aku lagi.

"Tapi aku dah buat salah dengan kau, kau masih nak jadi kawan baik aku?" Soal aku kembali dengan nada tidak percaya.

"Tak semestinya dengan satu kesalahan, kita dah tak boleh nampak semua kebaikan orang tu."

Aku tersenyap. Entah kenapa aku rasa terharu mendengar jawapan Thorn itu. Cara dia berfikir... Macam Gempa. Mudah memaafkan.

"So, nak jadi bestfriend Thorn tak?"

"Aku ikut je, tak salah pun rasanya jadi bestfriend kau." Aku menjawab selepas beberapa saat berdiam diri.

Mendengar jawapan aku, Thorn tersenyum riang. "Bagus! Lepas ni Solar tolong Thorn buat homework ek?"

"Eh, itu ke tujuan kau nak kawan dengan aku?"

"Taklah, Thorn nak kawan dengan Solar sebab Solar baiklah!" Thorn membalas.

Aku tersenyum.

"Okay, mulai hari ni kita best friend ya?"

Thorn menggangguk laju. " Okay, kita bestfriend!"

Dia menjerit sedikit sebelum menutup mulut. "Ehehehe, sorry bro." Ujar dia pada murid murid lain yang memandangnya hairan.

Aku tergelak melihat perangai Thorn. Macam manalah remaja lelaki 13 tahun perangai macam budak budak ni?

Tapi apa yang penting,

Aku dah ada kawan semula.

Kawan yang sanggup memaafkan aku walau aku melakukan banyak kesilapan.

Kisah silam?

Aku tidak akan buang,

Tapi aku tak akan dihantuinya lagi.

Cukuplah aku simpan,

Agar ia boleh dijadikan iktibar pada esok hari.

-----

Aku melangkah ke arah tempat melepak aku sejak tingkatan 1.

Di mana?

Tolonglah, guys.

Takkan dah lupa kut?

Pokok di belakang bangunan sekolah lah.

Ketika aku sudah tiba di sana, dapat aku lihat seorang remaja lelaki sedang duduk di bawah pokok tersebut.

"Assalamualaikum?" Aku memberi salam.

"Ouh, waalaikumussalam. Solar!" Remaja tersebut menoleh dan dapatlah aku lihat wajahnya.

"Gempa? Apa yang kau buat kat sini?" Aku bertanya. Pelik, dia takde kelas ke di sekolah dia sekarang?

"Tiada apa apalah, sengaja nak tengok tengokkan kau selepas 2 tahun berlalu." Gempa tersenyum.

"Ouh, aku okey je. Kau?" Soal aku semula.

"Macam biasalah." Gempa tergelak kecil.

"Btw, Gempa. Aku nak berterima kasih pada kau."

"Aku? Kenapa dengan aku?" Gempa menunding jari ke arah dirinya sambil mempamerkan wajah hairan.

"Sebab kau dah tolong aku atasi rasa takut aku waktu aku form 1 dulu." Aku tersenyum kecil mengenangkan waktu aku menangis dulu.

"Ouh... Yang tu? Takpelah Solar. Asalkan aku dapat tolong adik adik aku." Jawab Gempa.

Aku menggangguk kecil sebelum tersedar sesuatu,

"Adik adik kau?"

Gempa tersengih sebelum melihat jam tangannya. "Weh, Solar. Aku ada urusan sikit. Jumpa kau nanti!"

Dia terus berlari ke arah dinding sekolah dan lompat melepasinya. Sempat dia melambai ke arah aku. Aku yang melihatnya pula hanya terkaku.

"Cayalah, sejak bila Gempa boleh lompat tinggi macam tu?" Soal aku pada diri sendiri.

Aku mengambil keputusan untuk pulang ke kelas. Waktu rehat berbaki beberapa minit lagi. Sambil aku melangkah, minda aku terus bertanya.

Kenapa Gempa cakap adik adik dia?

Yang aku pasti, Gempa tak akan beritahu aku buat masa terdekat ini. Haih... Best pula dapat kawan macam tu.

"Solar!" Aku menoleh ke arah suara tersebut. Dapat aku lihat Thorn sedang duduk di kantin bersama kawan kawannya yang lain.

"Jom makan sekali!" Pelawa dia lagi.

Ouh, aku lupa nak kata, selepas dua tahun berlalu, Thorn semakin matang. Dan apa aku dapat tahu, peminat dia hampir memotong jumlah peminat aku. Ceih!

Kata mereka, mereka suka lelaki yang innocent tapi tegas.

Aku pun tak faham dengan pemikiran perempuan ni. -_-

Dan, kalau peminat dia dah ramai, kawan dia lagilah. Tapi, sejujurnya aku tak kisah kalau dia ada ramai kawan pun. Asalkan dia masih Thorn yang sanggup maafkan salah silap orang padanya.

Dan sanggup berkawan dengan aku.

"Okay!! Aku makan sekali dengan kau!" Ujar aku sebelum berlari ke arah mereka.

-----

Tanpa Solar sedari, terdapat sepasang mata sedang memerhatikannya dari jauh.

Pemilik mata tersebut tersenyum kecil melihat hubungan rapat antara Solar dan Thorn tersebut.

"Sekarang, giliran Halilintar pula," kata orang tersebut lalu terus berlalu pergi dari situ.

-TAMAT¿-

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro