Little Kimchi

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Kau ni dah gila ke?! Kenapa aku tiba-tiba didaftarkan dekat sini?! Siapa yang benarkan korang untuk daftarkan aku dekat sini?! " Gempa menghentak bonet kereta mewah milik Halilintar selepas sebaik sahaja mereka keluar dari bangunan pejabat Solar.

Gempa melempiaskan segala amarahnya kepada Halilintar. Ada ke patut daftarkan untuk orang lain tanpa keizinan mereka? Ini adalah paksaan tanpa kerelaan namanya!

"Nak ataupun tak nak, kau akan sambung study dekat sini juga. Sini tempat paling dekat. " Halilintar membalas ucapan Gempa dengan nada yang datar sambil menyilangkan kedua belah tangannya pada dada bidangnya.

Gempa menjengkilkan matanya dengan geram. Di dalam hatinya tak henti-henti menyumpah seranah kepada Halilintar yang suka sangat ambil kesempatan ke atasnya.

"Wahai pak cik yang tua kerepot. Dengar sini. Aku nak study di luar negara dan tak pernah terfikir pun untuk sambung study di sini! Kau siapa nak atur hidup dan pembelajaran aku?! Ayah aku ke?! "

"Tak. Bakal suami kau. " Halilintar membalas dengan senyuman senget di bibirnya.

Gempa terpana seketika dengan jawapan spontan Halilintar. Jantungnya tiba-tiba berdegup kencang. "A-apa?" Wajah Gempa mula kemerahan.

"Pfft- kau ni sensitif betul, kan? Kau ingat aku nak ke jadi suami kau? Heh, buang masa aku ada isteri macam budak kecik. Dah, masuk! Aku akan hantar kau pulang. " Halilintar segera masuk ke dalam keretanya. Meninggalkan Gempa yang masih lagi kaku berdiri di sebelah kereta tersebut. Wajahnya masih lagi kemerahan dan mulutnya sedikit terbuka.

Piin! Pinn!!

Gempa dikejutkan dengan bunyi hon dari kereta mewah Halilintar. Segera dia menyedarkan dirinya dari mengelamun dan masuk ke dalam kereta tersebut. Tidak lama kemudian, kereta tersebut pun mula bertolak pulang ke rumah Gempa.

💖✨💖✨💖✨💖

["Hola, hola Gemgem! Macam mana? Dah daftar universiti dengan Solar dan Hali? "]

Suara ceria Taufan mendapat kekehan tawa dari Gempa. Sekarang Gempa sudah pulang ke rumahnya dan dia berada di dalam biliknya. Hari ini mood dia rasa sedikit kucar-kacir. Dia masih tidak dapat faham dengan apa yang telah terjadi sebelum ini.

"Taufan sudah tahu ke tentang hal ini? Atau korang memang merancangkan hal ini? "

Taufan sedikit ketawa canggung sebelum mula membalas, ["Ahahaha... Macam mana nak cakap, ya? M-macam nilah. Sebenarnya memang kami rancang untuk Gempa study dekat sini. Kami tahu yang mesti Gempa nak study dekat tempat lain, kan? Tapi Hali dah rancang awal-awal. Kami juga tidak tahu kenapa tapi percayalah Gem! Segala rancangan Hali memang takkan pernah mengecewakan sesiapa dan ia sentiasa berakhir dengan baik! Jadi Gempa percaya sajalah pada dia, ya? "] Taufan berkata dengan nada berharap. Berharap agar Gempa boleh menerima perilaku Halilintar dengan hati yang terbuka. Dia tahu Gempa mungkin mengalami kesusahan untuk berkenalan dengan Halilintar. Dia sudah cukup kenal dengan kawannya yang seorang itu.

"Hmm... Tak mengapa. Lagipun walaupun saya marah tapi saya rasa baik saya biarkan sahaja apa yang dia ingin lakukan. Tapi! Kali ini saja tau! Saya masih ingin menjaga jarak saya dengan korang semua! " Gempa berkata dengan nada yang tegas.

"[Ah, itu yang aku nak tanya. Gem, kenapa kau nak berpisah dengan kitorang? Kitorang ada buat salah ke?]" Taufan bertanya dengan nada memohon penerangan. Semenjak dari kejadian Gempa tidak mahu bersama mereka tempoh hari, dia dan yang lain mula rasa ada yang tidak kena dengan gadis itu.

Gempa menghela nafas selepas mendengar soalan Taufan. Inilah sebabnya dia tidak mahu nombornya diketahui oleh mereka. Mereka akan mengganggu dan ingin mencari kesempatan ke atasnya. Tetapi selepas mendengar ugutan Halilintar tempoh hari dia semakin rasa tidak selamat jika dia teruskan berahsia dari mereka. Mungkin ada baiknya jika dia menceritakan segalanya kepada mereka?

"Taufan, saya rasa lebih baik saya ceritakan segalanya kepada korang berenam serentak dan secara berdepan. Saya akan jelaskan segalanya. Ok? "

"....ok. Baiklah. Jadi kau berehatlah ya, Gempa? " Taufan membalas dengan nada kecewa. Dia teringin untuk menjadi orang pertama yang mendengar segala keluhan dan masalah Gempa. Tetapi pada masa yang sama dia tak nak memaksa. Jadi biarlah dia kekal dengan keadaan begini. Asalkan Gempa akan terus bersama dan kekal dengan dia dan yang lain.

"Hm. Baiklah. Selamat malam. "

Selepas itu Gempa pun menutup panggilan. Dia membaringkan dirinya di atas katilnya yang berwarna kuning keemasan. Gempa termenung seketika sambil melihat ke arah siling biliknya. Mengosongkan fikirannya yang semakin hari semakin serabut dengan apa yang terjadi pada dirinya.

"Kenapa aku tak boleh melalui kisah gadis remaja yang lain macam di luar sana? Maksud aku... Aku pun nak membesar dengan kehidupan yang normal. Takde orang akan mengganggu hidup aku dan aku dapat hidup bahagia bersama keluarga aku. "

Gempa memusingkan dirinya menghadap ke arah dinding bilik. Fikirannya mula mengingat kembali akan pertemuan kali pertamanya dengan 6 jejaka yang sangat dibencinya.

Bermula dari kali pertama dia pulang ke Bandar Cyberjaya yang terkenal dengan kemajuannya setelah berbelas tahun tinggal di Kampung Pulau Rintis bersama atoknya, Tok Aba. Kepulangan Gempa berjalan dengan lancar pada awalnya tetapi tiba-tiba dia diserbu oleh sekumpulan lelaki bersut hitam yang aneh dengan tiba-tiba menyerangnya dan menembak pemandu peribadinya.

Ikutkan hati, Gempa mahu kekal berlakon menjadi gadis yang suci di mata orang luar tetapi kerana keadaan yang terdesak, dia terpaksa menunjukkan dirinya yang sebenar.

Sebenarnya diri Gempa yang suci dan lembut itu bukanlah dirinya yang sebenar. Diri sebenarnya adalah seorang gadis yang gemar akan cabaran dan bergerak mengikut kehendak hatinya sahaja. Tetapi bukan niat Gempa untuk menjadi penipu di mata orang dengan menjadi seorang gadis yang suci dan baik. Tetapi ini kerana permintaan ayahnya juga.

Ingatan Gempa masih ingat sewaktu dia berumur 11 tahun. Ayahnya pulang ke kampung untuk melawatnya dan Tok Aba. Gempa yang baru sahaja pulang dari sekolahnya dan saat melihat kepulangan ayahnya sudah tentulah cukup gembira. Gempa melompat ke sana ke sini seperti kanak-kanak riang yang lain. Memanggil nama ayahnya dengan gembira sekali. Meraikan kepulangan ayahnya dengan riang. Tidak memikirkan apa pandangan ayahnya kepadanya pada saat itu.

Dan bermula dari saat itulah, tanpa Gempa sedari, ayahnya mula memerhatikan segala gerak-gerinya dan aktivitinya.

Di saat petang pada hari yang sama, Gempa diajak keluar oleh Fang dan satu lagi kawan mereka iaitu Gopal. Sudah menjadi kebiasaan bagi kanak-kanak untuk bermain pada waktu itu. Tidak perlu mengira bahawa lelaki dan perempuan seharusnya bermain dengan kumpulan mereka sahaja. Yang sudah namanya kanak-kanak sudah tentu tidak akan memikirkan hal sebegitu. Jadi sebab itulah Gempa tidak ada masalah untuk memikirkan perbatasan yang sepatutnya. Tetapi pada hari itu, kerana satu kejadian itu membuatkan Gempa terpaksa berhenti dari segala apa yang disukainya.

💖✨💖✨💖✨💖

"Haish... Kamu ni, Kimchi . Kuat betul bermain, ya? Sampai habis luka-luka ni semua! " Tok Aba memarahi Gempa sambil menyapu ubat pada luka-luka kecil yang terdapat pada lutut dan tangan kanak-kanak perempuan itu. Gempa sedikit meringis apabila merasai kepedihan dari ubat tadi yang kena pada lukanya. Tapi dia hanya ketawa.

"Kenapa ni, abah? "

Amato yang baru siap mandi terus bertanya apabila dia melihat keadaan ayahnya dan anaknya di ruang tamu. Tok Aba yang telah selesai dengan merawat luka Gempa terus bangun untuk menyimpan perkakas rawatan di tempat asal. "Si Kimchi ni, hah. Tadi lepas main dengan kawan-kawan dia terjatuh pula. Tu yang abah tengah rawat ni. "

"Eheheh... Tapi Kimchi kan sudah biasa dengan luka-luka ni semua? Atok janganlah risau! Sebab Gempa gadis yang kuat!" Gempa cuba memujuk Tok Aba sambil-sambil cuba menunjukkan otot kecilnya di kedua belah tangannya.

Amato mengabaikan segala perbualan antara ayahnya dan anaknya dan melihat keadaan luka yang ada pada Gempa. Selain luka baru, kebanyakan yang lain sudah tinggal parut tapi ia seolah-olah telah merosakkan kulit putih Gempa. Hal itu membuatkan Amato kecewa dan marah dengan Gempa. Kecewa kerana Gempa tidak menjadi anak perempuan seperti apa yang sering difikirkannya.

Bukankah anak perempuan seharusnya bermain pondok-pondok dengan kawan-kawan perempuannya? Kenapa anaknya ini bermain permainan yang kotor dan kasar pula? Bersama dengan budak lelaki pula tu!

"Gempa. "

Gempa menoleh ke arah ayahnya. "Ya, ayah? "

Mata mereka saling bertemu. Melalui reaksi ayahnya, Gempa tahu dia sudah melakukan kesilapan yang telah membuatkan ayahnya kecewa. Tetapi Gempa tidak tahu apa kesalahannya.

"Ayah tak nak kamu bermain benda-benda macam ni dah lepas ni."

Terkedu Gempa mendengarnya. Segala ungkapan ayahnya jelas kedengaran begitu dingin dan tegas sekali. Tidak sama seperti nada perbualan ayahnya yang biasa.

"Kenapa dengan kamu ni, Amato? Biarlah dia nak main. Apa masalahnya? " Tok Aba cuba membela cucunya.

"Ini urusan saya dan anak saya saja, abah! Abah jangan nak masuk campur! " Amato memarahi ayahnya dan menoleh semula ke arah Gempa. "Gempa, mulai dari hari ni, ayah tak nak kamu bermain macam budak-budak dekat luar sana! Terutama sekali dengan budak lelaki! Ia akan merosakkan kamu! Tengok semua luka pada badan kamu! Kamu tahu tak yang harga seorang gadis itu salah satunya ialah kulit yang licin dan cantik? Takde luka-luka ni semua! "

Wajah Amato berubah tegang. Dan hal itu membuatkan Gempa mula menggigil ketakutan. Gempa ingin menangis kerana suara tinggi ayahnya dan dia cuba untuk menahannya tetapi gagal kerana pada waktu itu dia terlalu takut akan ayahnya. Gempa akhirnya menangis. "Isk.. Kenapa ayah m-marah Gempa..? Gempa minta maaf... G-Gempa tak tahu...! "

"Tengoklah cara kamu menangis! Takde ciri budak baik! Tutur kata kamu juga berbunyi kasar! Dan cara baju yang kamu pakai pula, kenapa nampak macam tomboi ni?! "

"T-tapi! Gempa suka baju ni! Atok belikan baju ni waktu hari-"

"Ha, dah pandai menjawab!? Ayah rasa kamu ni sudah terlalu banyak sangat dimanjakan! Kamu kena ubah perangai kamu ni, Gempa! "

"Amato, kenapa kamu marah anak kamu ni? Dia kan masih kecik? "

"Tak boleh ayah! Pada umur nilah Gempa kena belajar jadi budak yang baik! Budak yang apa orang lain sangkakan! Gempa ni satu-satunya anak perempuan Amato! Amato nak dia membesar dengan baik! Jadi perempuan yang boleh membawa kebanggaan keluarga! "

Tangisan Gempa semakin menjadi-jadi. Dia menggenggam kain bajunya dengan erat. Kata-kata ayahnya itu cukup pedih, namun dia tahu jika dia mengingkarinya dia akan dibenci oleh ayahnya. Jadi, segala kata-kata ayahnya cuba dihadam dengan baik. Walaupun ia menyakitkan, tapi kerana waktu itu dia masih kecil jadi dia dengarkan sahaja.

"Amato! Mana kamu nak pergi tu?! "

Suara panggilan Tok Aba menyedarkan Gempa dari fikirannya. Gempa mendongak dan melihat ayahnya sudah siap dengan memikul beg pakaiannya.

"Amato nak balik. Gempa, kamu dengar sini! Ayah tak nak kamu jadi seorang gadis yang tomboi! Ayah nak kamu jadi budak yang baik! Jadi gadis ideal bila besar nanti! Suruh atok kamu ajar macam mana nak jadi gadis yang berdisiplin dan bertanggungjawab! Kalau kamu tak nak ubah juga diri kamu, ayah tak tahu macam mana lagi nak cakap! Jangan degil dan dengar! Faham?! "

"F-faham... " Gempa menjawab dengan isak tangisannya.

Selepas itu, Amato pun pergi meninggalkan Tok Aba dan Gempa yang masih sedang menangis teresak-esak. Tok Aba segera mendapatkan cucunya dan mengusap air matanya. "Dah, kamu tak payah lah menangis. Ayah kamu tak bermaksud pun nak marah macam tu. "

"Isk.. Isk... T-tapi kalau G-Gempa tak ubah jadi budak baik... A-ayah tak nak sayang Gempa dah ke..? "

"Bukan macam tu. Ayah kamu... Uuhh... Dia nak kamu jadi budak baik supaya kamu boleh jaga diri. Tapi kalau kamu tak jadi macam tu pun dia tetap akan sayang kamu. Dah, jangan nangis. "

Gempa cuba menghentikan tangisannya. Pada waktu itu dia masih tidak faham kenapa ayahnya berkata demikian. Kenapa begitu penting sangat untuk beruba menjadi orang yang lain dari diri kita yang sebenar?

Tetapi apabila semakin menginjak dewasa, Gempa semakin faham. Dalam dunia yang penuh dengan tipu helah ini, manusia hanya mempercayai mereka yang baik dan sempurna sahaja. Mereka yang sempurna, barulah orang akan menghargainya. Orang akan memandang orang yang sempurna sahaja. Bukannya orang yang degil dan sangat nakal.

Tapi persoalannya, wujudkah orang yang sempurna di dalam dunia ini? Semua orang ada kekurangan sendiri. Jadi kenapa mahu susahkan diri untuk menjadi orang yang sempurna? Bukankah menjadi diri sendiri itu lebih penting?

"Haahh... " Helaan nafas keluar dari celah mulut Gempa. Persoalan yang sama kerap kali berulang di dalam kepalanya.

Kerana dari hari itulah, dia memaksa dirinya untuk berhenti keluar bermain dengan kawan-kawannya. Dan tentang berita bahawa ayahnya telah kahwin baru membuatkan dia semakin ingin menjadi seperti apa yang ayahnya inginkan. Dia tidak kisah jika dia harus berlakon sampai bila-bila. Asalkan dia dapat bersama dengan ayahnya dia akan bahagian. Mungkin?




TBC(?)
.
Di saat cerita makin bosan dan diri sendiri pun sudah bosan dengan cerita ini... Aaahh!! Nak cepat habiskan buku ni laaahh!! 😭💢
.
Maaaaaafff sebab lambat update! 💦 Nak kerah otak untuk memikirkan idea untuk jalan cerita ni boleh tahan penat juga. Jadi harap semuanya faham, ya?
.
P/S: Kalau ada yang tak faham tu silalah buat cerita sendiri. Kami pun nak tengok macam mana perasaan korang bila takde idea nak menaip. Best ke tak? Hahaha ok gurau je. Jangan terasa, ya? 😃

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro