Remember This!

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Gempa melangkah keluar dari dewan kuliah dengan wajah yang sedikit suram. Tidak, ia tiada kaitan dengan perbualan dia bersama-sama Puan Hanna tadi. Hanya saja sebenarnya dia masih teringat akan kejadian sewaktu sesi kuliah bermula.

'Macam mana dalam banyak-banyak kelas dan couse dia boleh sama dengan aku? ' Gempa bermonolog sendirian sambil mendengus kesal. Begitu khusyuk sekali dia mengumpat adik tirinya itu sehingga dia tidak sedar akan kehadiran Blaze di sebelahnya.

Tap! Tap!

"Huh? "

Gempa tersedar dari lamunannya apabila dia merasakan ada seseorang tiba-tiba menepuk bahunya. Dan sebaik sahaja dia menoleh, dia pun melihat wajah ceria Blaze di belakangnya.

"Cak! Hai, Gempa! Macam mana kuliah pertama di hari pertama? Ok? "

"Oh, hai Blaze. Ok je. Biasa-biasa... "

"Hm? Kenapa nampak macam takde semangat je ni? Ada orang buli ke? Meh aku tolong ajar dia! Cakap siapa nama budak tu-!"

"Well... Well... Look at here? Isn't my step-sister, Gempa? "

Gempa menghentikan langkahnya dan menatap datar ke arah hadapannya. Siapa lagi kalau bukan Suzy yang akan datang 'menyapanya'? Walaupun lebih kepada mengganggu sebenarnya.

"Apa kau nak? "

Tidak mahu berbasa-basi, Gempa pun bertanya dengan jengkel sembari melipatkan kedua belah tangannya di hadapan dada.

Suzy tersenyum sinis dan memutarkan bola matanya. Dengan penuh keyakinan, dia berjalan mendekati Gempa yang mana terdapat Blaze di sebelahnya yang agak terpinga-pinga dengan keadaan sekarang. Bunyi derapan kasut tumit Suzy bergema di ruang jalan dewan-dewan kuliah yang agak sunyi itu.

"Nothing. Cuma nak sapa kakak tiri aku saja. Tak boleh? "

"And if I say, yes? "

Suzy tertawa sinis. Dia pun berdiri di hadapan Gempa dengan penuh bongkak. Biarpun dia lebih pendek daripada Gempa, tetapi tahap konfidennya mungkin lebih tinggi dari ego Adudu yang tak nak mengaku dia tak pandai tangkap power sfera.

"Dengar, aku malas nak panjangkan perbualan kita ni sebab aku pun malas nak tengok muka kau lama-lama. So let me just make this short and clear, okay? "

"Aku takde mintak pun kau untuk datang jumpa aku. So siapa yang nak tengok siapa sekarang, hm? Sedar diri sikit! Pendek! "

Gempa berjalan melepasi Suzy dengan cepat. Tidak lupa untuk melanggar bahunya sedikit untuk menunjukkan siapa yang lebih berkuasa di sini. Namun malang sekali, sebaik sahaja Gempa lepas daripada Suzy, kelihatannya rakan-raka Suzy yang lain sudah menunggu dari belakang untuk menghalangnya daripada berlalu pergi.

"Who so fast, huh? Aku tak habis cakap lagi."

Dengan penuh sombong Suzy mendekati Gempa dan berdiri di hadapannya semula. Kali ini dia berdiri dengan bertambah bongkak apabila ada rakan-rakannya di belakangnya.

"Dengar sini, Perempuan Kampung. Tempat ni adalah istana aku. Aku boleh buat apa saja ikut kesukaan aku dan takde siapa pun yang boleh dan berani tindas aku! Kau faham? Dan kalau kau berani mengadu apa-apa dekat Papa tentang ni, atau aku terdengar apa-apa aduan kau tentang aku, siap kau! Kau akan berdepan dengan penyiksaan yang sebenar daripada aku! Faham? "

Daripada takut dan gerun, Gempa sebenarnya sama sekali tidak terkesan dengan ugutan tersebut. Dia malah sempat melemparkan senyuman sinisnya ke arah Suzy.

Dengan tajam Gempa menjeling dan memandang rakan-rakan Suzy yang berada di belakangnya. Kesemuanya memasang wajah bongkak dan perasan berkuasa di situ.

"Sedihnya... "

"Huh? "

Kening Suzy berkerut apabila dia tidak mendapat respon yang diingininya daripada Gempa. Berbanding takut, wajah Gempa sama sekali tidak menunjukkan perasaan tersebut. Sebaliknya, gadis beriris emas tersebut membalas senyuman sinisnya dan turut berdiri tegak di hadapannya juga.

"For your information, Miss Suzy. Just in case kau dan kawan-kawan kau tak baca buku peraturan dan risalah pentadbiran di universiti ni, or maybe korang terlupa la kan sebab otak tu bengap sangat. There is no your name on it! Takde walau seayat pun nama kau dekat nama-nama para pentadir universiti ni. Jadi apa hak kau untuk ada kuasa dekat sini? Nak cakap Papa tu berkuasa? Oh well, patutnya aku lah kan yang berhak dapat takhta di 'istana' kau ni sebab aku anak kandung dia. Dan kau? Pfft... Anak kutip je! "

Gempa rasa puas bila dapat melihat perubahan wajah Suzy. Adakah dia akan berhenti di situ sahaja? Oh, tidak. Dia masih ingin melepaskan beberapa lagi pelurunya!

"And one more thing, kau dan kawan-kawan sampah kau ni semua betul ke dah habis sekolah, eh? Bukan apa... Sebab aku rasa kesian. Masih guna lagi kaedah nak tindas orang dan tunjuk yang diri korang tu lebih atas. Sedangkan, aku rasa dalam buku peraturan universiti ni mana ada peraturan orang atasan boleh menindas orang bawahan mahupun orang lain? Betul tak? Eh, takpela... Aku lupa yang otak korang mungkin tak simpan benda-benda tu semua melainkan ingatan sampah je! "

"Kau ni...! "

Baru sahaja Suzy hendak mengangkat tangan dan memukul Gempa, Blaze yang sedari tadi berdiam diri pun melangkah ke depan dan menghalang perbuatan tersebut. Suzy memandang terkejut pada Blaze yang tiba-tiba muncul di belakang Gempa. Sedangkan Blaze pula memandang Suzy dengan jelingan yang tajam dan mengancam.

"Touch her and you'll know your place, bitch!"

Gempa tersenyum puas dengan kemenangannya. Dia menarik tangan Blaze dari memegang tangan Suzy dan seterusnya menggenggam erat tangan lelaki tersebut sebelum dia menjeling ke arah Suzy semula.

"Ingat ni, Suzy. Tak kira lah betapa tingginya kau sekarang, kau kena ingat yang kau yang akan rasa paling sakit bila jatuh nanti. Let's go, Blaze. "

Dan begitu sahaja Gempa serta Blaze meninggalkan tempat tersebut. Meninggalkan Suzy dengan penuh amarah dan kesal yang membuak-buak di dalam jiwanya.

💖✨💖✨💖✨💖

"Uuhh... Are you okay? "

Blaze bertanya seraya melirik ke arah Gempa dengan risau. Sebetulnya dia sedikit takut dengan keadaan situasi tadi kerana dia selalu dengar yang pertengkaran antara perempuan adalah lebih mengerikan berbanding lelaki. Nyaris-nyaris dia ingin mengeluarkan telefonnya untuk menelefon polis kalau bukan Gempa terus menarik dan membawanya pergi. Sekiranya mereka lebih lama di situ, mungkin Blaze sudah terduduk di tepi dinding dan meraung nama ibunya kerana saking takutnya dia jika Gempa dan Suzy beradu tangan tadi.

"Huh... I'm fine. Thanks for back me up just now. Nyaris-nyaris aku nak pukul Suzy balik kalau tangan dia sentuh aku. "

Yep! Blaze bersyukur sangat-sangat kerana dia sempat menghalang perkara yang paling menakutkan yang bermain di dalam fikirannya berlaku!

"Ah, hahahaha! Takde apa lah! Dah jadi tugas aku untuk lindungi kau, kan? "

Gempa terkekeh-kekeh ketawa mendengar jawapan Blaze. Dia pun melepaskan pegangannya pada lengan Blaze dan berlalu sedikit ke hadapan daripada Blaze sambil berkata,

"What are you? My bodyguard or something?"

Blaze terdiam. Sebenarnya sedari tadi lagi dia diam tatkala Gempa melepaskan tangannya. Entah kenapa apabila gadis itu sudah tidak menyentuhnya, dia terasa seperti tiba-tiba kosong.

"Jom, Blaze? Kau kata yang lain tengah tunggu? Dekat mana? "

"Oh! Ah! D-dekat cafe! Jom aku bawa kau ke sana! "

Blaze pun segera mengalihkan perhatiannya dan mengejar Gempa semula. Mungkin hanya perasaannya sahaja tadi. Jadi ia boleh diabaikan sahaja. Kan?













TO BE CONTINUE
.
UUwwwwuuuu what we have here? Hshshhssh
.
Author rasa puas hati gila bila dapat taip bahagian revenge Gempa. Hahahaha rasa bahagiaaaa 😂

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro