Silent Killer

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Jam menunjukkan pukul 3 pagi. Di dalam bilik Gempa, kelihatan penghuninya begitu lena sekali dibuai mimpi tidurnya. Kipas disiling begitu sederhana menyejukkan suasana dalam bilik tersebut. Memandangkan Gempa sering dibersarkan di kampung, dia sudah cukup terbiasa dengan suasana angin kipas dibandingkan dengan angin pendingin hawa. Namun begitu, jika Gempa sering terdedah dengan pendingin hawa terlalu lama, dia akan mula bersin dan akhirnya selsema teruk kerana badannya yang tidak cukup kuat menahan suhu sejuk.

Memandangkan suhu di dalam biliknya sungguh selesa dan nyaman, Gempa dapat menikmati tidurnya dengan tenang dan damai. Jelas terpancar wajah ketenangan pada wajah gadis berumur 17 tahun tersebut. Seolah-olah dirinya sedang larut dibuai mimpi yang cukup indah dan bahagia sekali.

Krreeaakk~

Bunyi muka pintu dibuka langsung tidak membangunkan penghuninya. Di sebalik muka pintu itu, muncul seorang gadis yang kelihatannya muda beberapa tahun dari Gempa. Dia berjalan memasuki bilik Gempa lalu dia menutup pintu bilik dengan rapat. Dengan perlahan dia berjalan menghampiri katil Gempa. Di belakangnya, terdapat sebilah pisau.

"Kau yang nak sangat benda ni, slut. Jadi aku harap kau suka~"

Gadis itu, iaitu Suzy tertawa kecil yang nadanya seolah-olah berbunyi kejam. Dan pisau yang disembunyikan di belakangnya mula diangkat tinggi. Dan tanpa membuang masa, pisau yang diangkatnya terus dihala kuat menuju ke arah badan Gempa untuk ditikamnya.

"MATILAH KAU!! "

SRAAKK!!

"HUH?!! "

Terbelalak mata Suzy apabila dia tidak mendengar apa-apa jeritan langsung daripada Gempa. Dia melepaskan pegangannya pada pisau tadi lalu dia pun cuba menyentuh bahagian dia tikam tadi.

"Apa benda yang lembut ni?! "

"Cuba nak bunuh akak ke dik~?"

Terkejut Suzy apabila dia tiba-tiba terdengar bunyi suara sinis oleh Gempa. Dengan pantas Suzy mula mengundurkan dirinya dari katil Gempa apabila Gempa membukakan matanya dan menampakkan iris emasnya yang bersinar di dalam kegelapan yang suram itu.

MENYERAMKAN!

Itu yang terlintas di fikiran Suzy apabila matanya memandang iris emas Gempa. Ia sangat bersinar terang! Seolah-olah pandangan mata seekor puma yang sedang merenung tajam ke arah musuhnya.

Suzy tersedar bahawa pisau yang dibawanya tadi masih berada di bantal yang ternyata Gempa gunakannya untuk dipeluk. Dengan pantas Suzy ingin mendapatkan semula pisau tadi namun Gempa terlebih dahulu mengambil telefonnya lalu membalingnya tepat di dahi Suzy sehingga bunyi telefon tersebut yang terhantuk di dahi Suzy begitu kuat kali kedengaran.

PANGG!!
KRAK!

Telefon Gempa pecah!

"AARGHH!!! SAKIT!! "

Suzy terjerit kesakitan sambil memegang dahinya yang sudah mengalirkan darah yang banyak sehingga ia sedikit masuk ke dalam mata kirinya. Dan dengan tidak sengaja Suzy terpijak telefon Gempa yang membuatkan telefon itu terus pecah dan rosak. Gempa tersenyum sinis melihat keadaan Suzy yang kacau itu lalu dengan pantas dia menjerit.

"Tolooongg!! Sesiapa tolong!! Ada pencuri masuk!!! Tolong! Toloonngg!! "

BHAAMM!!

"GEMPA?! Anak ayah kamu ok?! "

"A-ayah?! " Terbutang mata Gempa apabila dia mendapati ayahnya iaitu Amato berdiri di ambang muka pintu biliknya. Dengan pantas Gempa bangun dari katilnya lalu menerpa ke arahnya dan memeluknya kuat. "Ayah! Ayah! Tolong ayah ada orang cuba nak bunuh Gempa!! "

Sofia yang kebetulan baru sahaja tiba terus meluru masuk ke dalam bilik Gempa. Manakala Yaya dan Ying yang kebetulan tadi menjaga Amato terus masuk lalu membukakan suis lampu bilik Gempa. Alangkah terkejutnya mereka apabila mereka melihat Suzy sedang terduduk sambil memegang lukanya dan sedang menangis kuat.

"Suzy!! Anak Mama kenapa dengan kamu ni!? "

"Hwaaaaaa!! Mama tengok Gempa tak guna tu!! Dia baling telefon dia dekat kepala Suzy, Mama!! "

Sofia tanpa membuang masa terus mendapatkan anak gadisnya. Dilihatnya keadaan luka di kepala Suzy lalu dia terus menjeling tajam ke arah Gempa. "Kau?!! Apa yang kau dah buat pada anak aku?! "

"Sofia! Bertenang! "

"Apa saya pula?! Dia yang tiba-tiba datang ke dalam bilik saya tahu tak?! "

"Habis kenapa kau baling telefon kau dekat dia, hah?! "

"Apa pula kamu mahu salahkan saya?! Kerana keadaan bilik ni gelap saya sudah tentu saya ingatkan itu adalah pencuri!! Dan satu lagi!! Dia itu sedang cuba untuk menikam saya tahu?! Lihatlah bantal di atas katil saya itu!! Terdapat sebilah pisau tahu?! "

Mendengar kata-kata Gempa, Ying terus melesup mendapatkan bantal yang berada di atas katil Gempa lalu membeleknya. Terkejut Ying apabila dia ternampak pisau yang berada di bantal tersebut. Semua yang berada di situ kecuali Suzy dan Gempa terkejut.

"Tapi dia dah lukakan Suzy, Mama!! " Suzy nampaknya tetap mahu memenangkan dirinya. Gempa mengetap giginya geram. "Habis?! Jika saya tidak berbuat demikian pasti kamu mahu menikam saya, bukan?! Apa yang sebenarnya kamu mahu buat di dalam bilik saya pada malam-malam sebegini, Suzy?! "

"Tak guna kau-!!! "

"Sudah! Cukup!! "

Amato terus menjerit bagi menghalang pergaduhan tersebut. Wajah Gempa diusap dan dibelainya lembut. "Gempa ok? " Gempa hanya sekadar menganggukkan kepalanya sambil cuba tersenyum. Amato menghela nafas lega. Dia terus memberikan Gempa kepada Yaya dan Ying manakala dirinya terus berjalan mendekati Sofia dan Suzy.

Amato menjeling tajam ke arah mereka berdua. "Suzy! Apa yang kamu buat pada Gempa sangat berbahaya!! Kamu sedar tak apa yang kamu sudah lakukan ini?! "

"T-tapi dia tu dah lukakan Suzy, ayah!" Suzy menangis dan masih ingin mempertahankan dirinya. "Sudah!! Sofia! Bawa anak kamu ni ke bilik sekarang! Aku akan uruskan korang berdua sekejap lagi. Cepat!! "

Sofia hanya mengangguk akur. Dia dengan takut-takut cuba memapah anaknya dan membawanya keluar dari bilik itu. Sebelum keluar dari bilik, Sofia sempat menjeling ke arah Gempa yang ternyata Gempa sudah memandang sinis pada Sofia. Dengan perlahan namun kesat Gempa berbisik, "Masih awal 1 juta tahun untuk manusia macam korang nak bunuh aku. Faham? "

Sofia menjengkilkan matanya geram. Namun dia tidak mahu bertekak dengan Gempa kerana dikhuatiri akan dimarahi oleh Amato semula. Jadi dia terus keluar dari situ dengan perasaan amarah yang membuak-buak.

"Haih... " Mendengar suara keluhan Amato, terus ketiga anak dara itu memandang ke arah lelaki dewasa tersebut. Gempa tanpa membuang masa terus menuju ke arah ayahnya dan memeluk ayahnya erat dan cuba untuk mengelakkan diri dari tersentuh luka yang ada pada ayahnya. Amato yang menerima pelukan tersebut terkejut ditambah terkedu apabila terdengar suara isak tangisan dari Gempa. "Isk.. Isk... Gempa ingatkan... Ayah.. T-takkan sedar... Isk.. "

Amato kaku seketika melihat keadaan anaknya seorang itu. Namun kemudian dia tersenyum. Amato membalas pelukan Gempa dan membawa anaknya menuju ke katil semula. Kepala Gempa diusapnya lembut. "Sudah. Jangan nangis ya, sayang? Ayah kan kuat? Ayah mesti dapat sedar punya. " Amato berkata lembut.

"Isk.. A-ayah betul-betul ok ke? Ada rasa sakit lagi tak? Bila ayah tersedar? Ayah perlukan apa-apa ke? " Bertubi-tubi soalan yang keluar dari mulut Gempa sebaik sahaja gadis itu meleraikan pelukan mereka berdua.

Amato hanya ketawa terkekeh-kekeh melihat kerisauan anaknya. Dia pantas menggelengkan kepalanya dan mengusap wajah anaknya lembut. "Ayah ok lah. Takde rasa sakit pun. Kak Yaya dan Kak Ying tu dah jaga ayah dengan baik tau! " Mendengar kata-kata ayahnya, pantas Gempa menoleh ke arah 2 orang maid yang sedari tadi lagi berdiri di ambang muka pintu beserta dengan senyuman ramah mereka.

Gempa tersenyum senang. Dia terus berlari mendapatkan 2 maid tersebut lalu memeluk mereka dengan erat. "Isk.. Terima kasih Yaya! Ying! Gempa tidak tahu harus berkata bagaimana lagi kerana kalian berdua sudi merawat ayah Gempa! " Gempa berkata seraya tersenyum penuh kegembiraan.

Yaya dan Ying hanya tertawa kecil sebelum membalas senyuman Gempa semula. "Takpe! Sudah tugas kami maa..! "

"Ha'a. Lagipun kami tahu yang Cik Gempa mesti risaukan keadaan Tuan Amato, kan? "

"Hm! Gempa sangat risaukan ayah. Jadi Gempa ucapkan banyak-banyak terima kasih ya? " Gempa menundukkan kepalanya sebagai mengucapkan terima kasihnya kepada 2 maid di hadapannya. Manakala Yaya dan Ying hanya tertawa kecil melihat telatah Gempa.

Amato hanya tersenyum melihat situasi ceria anak kesayangannya bersama 2 pembantunya itu. Dia menghela nafas lega. Namun seketika kemudian Amato mengalihkan pandangannya untuk menatap ke arah telefon Gempa yang sudah hancur berkecai di atas lantai. Terus berubah kesian Amato melihat keadaan telefon anaknya yang sudah tidak dapat diselamatkan lagi.













TBC(?)

Fuh! Ambil masa yang lama juga nak update buku ni. (o;TωT)o Harap korang semua tak kisah menunggu lama, ya?
.
Hmmm... Apa jadi eh seterusnya?
Siapa boleh teka?
Ada orang masuk meminang Gempa tak lepasni? 😂
Ok gurau je.
😂😂😂😂

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro