This Girl

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Dengar cerita anak kepada isteri pertama Encik Amato akan pulang semula ke bandar. "

"Pasti beliau mengadakan majlis besar-besaran untuk anaknya. Yelah, Encik Amato kan terkenal di bandar ni kerana syarikatnya yang hebat? "

"Bagaimana agaknya rupa anak gadis tunggalnya yang pertama, ya? "

Di kawasan stesen kereta api yang padat dengan orang lalu lalang, terdapat beberapa orang yang sedang berbual tentang sesuatu. Bukan mereka sahaja, masih ada orang lain yang turut berbual topik yang sama.

Namun dalam keramaian orang itu, hanya seorang gadis sahaja yang tidak mempedulikan apa yang sedang menjadi topik hangat pada hari itu. Dia hanya berjalan lurus sebaik sahaja dia keluar dari gate kereta api setelah berjam berada di dalam gerabak.

Dia bersama beg bagasinya hanya terus berjalan. Surai rambut hitam panjangnya berterbangan bebas apabila dia berjalan.

Sebaik sahaja gadis itu keluar dari stesen, dia mendongak ke langit dan melihat suasana hangat musim luruh. Daun-daun berguguran dan ada yang jatuh di atas kepalanya. Dia mengambil daun tersebut lalu dengan senyuman dia memandang daun yang kekuningan itu yang persis iris emasnya.

"Cik! Tunggu sekejap! "

Seorang pengawal yang bekerja di stesen kereta api tersebut memanggil gadis tadi.

Sebaik sahaja gadis itu berpaling, hembusan angin mula menerpa dan menerbangkan dedaun yang berguguran dan rambutnya juga dibelai oleh angin dengan lembut.

(Ok author tak pandai nak describe cerita so, teruskan... 😐)

"Ya..?"

Gadis itu memandang ke arah pengawal tadi. Pengawal itu segera menghampiri gadis tadi berserta wajah kemeriahannya.

"Umm.. Cik tertinggal kad pass cik. "

Pengawal tadi menghulurkan kad pass yang ada wajah gadis tadi kepadanya. Gadis tadi menerima huluran tersebut lalu tersenyum.

"Ah, terima kasih. Maaf sebab menyusahkan encik, ya? "

Dengan senyuman manisnya, gadis itu menundukkan kepalanya dengan sopan sehingga membuatkan pengawal tadi semakin kemerahan.

"Aahh!! T-takpe! I-itu... Cik Gempa... Anak kepada Tuan Besar Amato ke? "

Dengan wajah yang masih kemerahan pengawal tadi memberanikan diri bertanya. Gempa, si gadis manis tadi mengangkat semula kepalanya lalu memandang pengawal itu.

"Y-ya.. Macam mana encik tahu? "

"S-saya ternampak nama cik di kad pass itu. Maafkan saya. Dan uhh... Sebenarnya, Tuan Amato telah mengarahkan pemandu peribadi untuk mengambil Cik Gempa. Dia sedang tunggu sekarang. "

"Ah, yeke? Baiklah, boleh encik tolong tunjukkan di mana kereta tersebut? "

Dengan senyuman sopan Gempa berikannya kepada encik pengawal tadi. Bagaikan dipukau oleh senyuman itu, pantas pengawal itu mengangguk lalu menunjukkan jalan kepada Gempa. Mereka berdua berlalu pergi meninggalkan stesen kereta api tersebut.

💖✨💖✨💖✨💖

"Selamat kembali semula, Cik Gempa"

Sebaik sahaja pengawal itu selesai menghantar Gempa, dia pun beredar dari situ dan Gempa disambut pula oleh seorang pemandu peribadi yang dihantar telah oleh ayahnya untuk menjemputnya. Pemandu peribadi yang lengkap bersut hitam dan berbadan tegap. Tidak lupa dengan cermin mata hitamnya.

Gempa yang memandang pemandangan yang seolah-olah lain dari dunianya itu hanya mampu tersenyum canggung.

"Aah... Ayah ni upah pemandu peribadi atau... Bodyguard sebenarnya? "

Sebaik sahaja pintu dibuka oleh pemandu peribadi tersebut, Gempa memberikan beg bagasi kepadanya dan baru sahaja hendak melangkah masuk ke dalam kereta sebelum dia tiba-tiba ternampak beberapa buah kereta menghampiri keretanya dengan laju. Gempa yang perasan akan kemunculan yang tiba-tiba itu terus menjerit.

"Huh?! Encik Pemandu!! Cepat ke sini!! "

Dalam keadaan yang terkebil-kebil pemandu itu menurut perintah Gempa. Dia segera menghampiri Gempa dan melihat ke arah mana Gempa melihat.

Ternyata terdapat 3 buah kereta sedang memecut laju menghala ke arah mereka lalu berhenti tepat di sekeliling kereta mereka. Sebaik sahaja enjin dimatikan, kesemua yang memenuhi ruang 3 buah kereta tadi pun keluar. Masing-masing berpakaian lengkap sut blueblack dan bercermin mata hitam.

Salah seorang dari mereka menghampiri kereta Gempa dan mengacukan pistol ke arah Gempa. Barusan sahaja pemandu tadi mahu melindungi Gempa, tetapi gadis itu terlebih dahulu menghalangnya.

Gempa memandang tajam ke arah ketua kumpulan asing tersebut.

"Kenapa anda semua tiba-tiba datang ke sini? "

"Maafkan kerana menganggu, Cik Muda. Tetapi kami mendapat arahan dari tuan kami untuk membawa cik ke rumah tuan. Sekarang juga. "

Gempa memandang sinis ke arah ketua kumpulan itu. Dia menyilangkan tangannya dan memandang ke arahnya dengan dingin.

"Saya tidak memerlukan pembantu 'ekstra' untuk menjemput saya. Kirim salam sahaja kepada tuan kalian yang saya langsung tak kenal itu. "

Lelaki tadi hanya tersenyum sinis, bunyi pistol kedengaran dan ia membuatkan Gempa bersama pemandu itu sedikit terkejut.

"Jangan apa-apakan Cik Gempa! Apa yang korang nak dari dia?! "

"Diam! "

Bang!

"Arrghh!! "

Dengan sekali tembakan, peluru tepat mengena di bahu kiri pemandu tersebut. Gempa dengan panik memandang ke arah pemandu tadi lalu dia pun segera mendapatkannya.

"Encik ok? "

"Urghh.. S-saya ok. Cik Gempa cepat larikan diri! "

Gempa terdiam seketika. Dia mengerling semula ke arah kumpulan lelaki tadi dengan pandangan yang misteri. Dia kembali menghadap ke arah mereka setelah mendudukkan pemandu tadi ke dalam kereta di bahagian belakang pemandu.

"Saya tidak akan ke mana-mana selagi saya tidak tahu motif kenapa saya perlu ikut kalian. "

"Heh, Cik Muda... sekiranya cik masih ingin berdegil, kami terpaksa melakukan kekerasan. Dan sudah tentu cik tak benda tu jadi, kan? Jadi jangan banyak tanya dan ikut kami dengan segera!! "

Gempa berdecit geram. Dia memandang ke arah pemandu tadi dengan pandangan prihatin. Melihat keadaan seolah-olah makin teruk, secara tiba-tiba pemadu itu menghalang Gempa.

"Jangan Cik Gempa! Ini mesti dari syarikat musuh ayah Cik Gempa! "

"Musuh ayah? Hoo... Baiklah. "

Gempa kembali memandang ke arah kumpulan tadi. Senyuman kecil terukir di bibirnya. Dia melepaskan pegangan pemandu tadi lalu segera menghampiri kumpulan lelaki tadi.

"Cik Gempa?! "

"Jangan risau Encik Pemandu. Saya hanya pergi selama 3 minit sahaja. Atau mungkin singkat sikit. Jadi, sila duduk dan berehatlah. "

"Huh?! "

Gempa mengenyitkan sebelah matanya ke arah pemandu tadi lalu kembali menghampiri kumpulan itu. Sebaik sahaja dia mendekati ketua tadi, dia mula berkata-kata.

"Jadi.. Yang hantar kalian semua ini adalah musuh ayah saya, hm? "

Dengan senyuman manis Gempa bertanya ke arah mereka. Para kumpulan tadi yang memandang senyuman manis Gempa mula terpegun dengan wajah comelnya.

"Heh, jadi cik akan ikut? Kan senang kalau awal-awal lagi macam ni? "

Ketua tadi menyegetkan kepalanya sambil tersenyum sinis ke arah Gempa. Acuan pistol ke arah Gempa masih tidak dialihkan.

Gempa masih dengan senyuman manisnya sambil tertawa kecil. Namun sebaik sahaja yang lain mula leka, dengan pantas Gempa menepis tangan ketua tadi dan terus mengambil pistol di tangannya lalu dia pun menjatuhkan ketua tadi dan mengunci pergerakannya.

Oleh kerana terleka, yang lain mula bertindak untuk mengacukan pistol ke arah Gempa namun Gempa terlebih dahulu bertindak menembak mereka satu per satu setiap seorang.

BANG!!
BANG!!
BANG!!
BANG!!
BANG!!
BANG!!

"AARRGHHH!! "

Ternyata kesemuanya tepat mengena! Mereka semua jatuh tersungkur apabila setiap dari tangan mereka yang memegang pistol tadi terkena tembakan.

Gempa masih tersenyum, dia mengacukan pula pistol di kepala ketua kumpulan tadi. Dengan penuh maksud tersirat dia berkata,

"Hey, encik. Tolong sampaikan pesanan sadis saya kepada tuan kalian ya? Katakan kepadanya... Don't play with earth. Itu sahaja. "

Gempa sedikit mencubit pipi ketua tadi tapi dengan kuat membuatkan lelaki tadi terjerit kesakitan. Dengan kasar Gempa menolak dan menendang lelaki tadi dan sempat memijaknya tanpa belas kasihan.

Gempa tersenyum puas. Kemudian dia berbalik kepada pemandu peribadi tadi.

"Encik Pemandu tak apa-apa? "

Dengan khawatir dan prihatin Gempa bertanya. Dia sempat mengeluarkan sapu tangannya yang cukup besar saiznya itu lalu membalut dan mengikat luka pemandu tadi.

Pemandu tersebut masih terpegun dengan apa yang Gempa lakukan tadi. Bagaikan masa 3 minit yang berlalu begitu pantas. Semuanya seolah-olah terjadi dengan sekelip mata sahaja.

"Urrghh... Tak guna kau! "

Gempa ternampak salah seorang dari kumpulan lelaki tadi sedang ingin menembaknya. Dengan pistol yang ada di tangannya, Gempa membalingnya tepat mengena kepala lelaki tadi dan selepas itu lelaki itu pengsan.

Pemandu tadi sekali lagi dikejutkan dengan tindakan tiba-tiba Gempa itu. Mulutnya terlopong luas memandang situasi yang sedang berlaku.

Gempa kembali menoleh ke arah pemandu tadi. Wajahnya yang tadi serius kembali bertukar risau. Seolah-olah situasi tadi tidak berlaku pun.

"Encik ok? Boleh memandu lagi? Kalau tak mampu biar saya saja pandu! "

Pantas pemandu itu menggelengkan kepalanya. Dengan segera dia keluar lalu menolak Gempa masuk ke dalam kereta dan dia juga masuk ke bahagian memandu. Setelah enjin dihidupkan, dengan pantas pemandu tadi memandu kereta dengan kadar kelajuan yang cepat dan meninggalkan kumpulan lelaki tadi dalam keadaan lemah.

💖✨💖✨💖✨💖

Gempa termenung di luar tingkap. Wajahnya begitu risau dan resah sekali.

"Haish... Manusia zaman sekarang sangat bahaya kan, Encik Pemandu? "

Pemandu tadi bergidik seram apabila dipersoalkan sedemikian. Dia sebenarnya sudah bermandi peluh selepas melihat kejadian tadi. Dalam hatinya terkumat-kamit berkata-kata.

"Cik Gempa bukan sahaja penembak yang handal, dia juga pembaling yang tepat dan juga boleh memandu?! Biar betul gadis muda ni dibesarkan di kampung?! Entah apa lagi rahsia dia yang tersembunyi yang akan mengejutkan lagi semua orang lepasni. Cik Gempa... Jauh lagi bahaya dari orang lain. "

Tidak menjawab pertanyaan Gempa tadi, pemandu itu terus memandu kereta dengan kada yang cepat menuju ke jalan rumah Gempa.












TBC(?)

Hanya cerita suka-suka yang akan berchapter selepas ini. 😅
Ini hasil kolaborasi antara Kak Zie dan Ani lagi. Dan kali ini kita buat perwatakan Gempa jauh lebih hotzzzz. Uwu
.
Tak pasti nak sambung ataupun tidak, but thanks for reading! 😆💞

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro