Walking on the Street

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Gempa's POV

Aku melihat rupa paras wajahku dan keadaan pakaian aku di sebalik pantulan cermin yang ada di hadapan. Ok! So perfect! Melihat wajah aku yang kini kian membesar, terasa teringat pula suatu ketika dahulu. Ayah kata muka aku macam arwah mak. Waktu tu arwah mak meninggal dan aku baru 5 tahun. Aku tak terlalu ingat wajah arwah mak. Tapi nasib baik ayah ada simpan gambar aku dengan arwah mak dulu masa kecil.

Aku mengeluarkan gambar aku bersama arwah mak dari poket seluar aku. Hanya ini sahaja satu-satunya gambar kesayangan aku kerana mak aku sedang menggendong aku yang masih kecil. Betul-betul tak sangka yang wajah kami berdua mirip. Aku tersenyum senang sambil mengamati wajah mak di dalam gambar tersebut.

"Mak.. Semoga mak sentiasa tenang di sana. "

Aku menyimpan kembali gambar tadi di dalam poket baju. Baiklah, masanya untuk berjalan-jalan!

💖✨💖✨💖✨💖

Aku berjalan turun melalui tangga menuju ke tingkat bawah. Sambil turun, aku ternampak sekumpulan tiri-tiri sedang mengadakan mesyuarat tingkap bersama. Huh.. Tu tak lain tak bukan nak buat sepakatan angkatan tentera nak jatuhkan aku lah tu.

"Mama, kita tak boleh biarkan budak hingusan tu terus ambil alih perhatian Papa! Dia mesti sedar diri dia tu siapa! " Suzy mula menyebut-nyebut nama aku.

Ok, diorang tak lah sebut nama aku tapi memang aku jelas rasa dia tengah mengumpat pasal aku. Yelah, siapa yang menjadi topik paling hangat dalam rumah ni sekarang? Takkan tukang cleaner kot?

"Sabar, Suzy. Kita kalau nak tumpaskan seseorang kita kena fikir dulu perancangan yang teliti. Tak boleh main serang je. "

"Tapi Suzy dah tak tahan Mama! Abang Stanley pun nampak kan tadi perempuan tu buat apa kat adik? " Suzy berpaling ke arah sebelahnya iaitu tempat dimana abang dia berada. Huh.. Jadi itu abang dia, ya? Dah lah gemuk. Memang semua keluarga di sini 'sihat-sihat' belaka ya?

Stanley nampaknya hanya menghela nafas lalu menatap ke arah mak cik tua berkedut tadi.

"Mama, apa kata kita jatuhkan dia secara perlahan-lahan? Dan jangan kasi ayah tahu! "

Kelihatannya mak cik tua tadi tengah berfikir. Ceh, acah-acah bijak. Dah tua kerepot tu padan buat yoga lah kasi badan tu segar sikit. Nanti tak pasal-pasal sakit urat belakang bagai.

Ah, abaikan diorang. Baik aku teruskan niat aku untuk terus keluar berjalan-jalan. Kalau tak nanti tak pasal-pasal buang masa dekat benda yang tak berfaedah.

Hmm.. Tapi sebelum itu, baik 'sapa' diorang dulu, kan? Oklah, dengan segala hormatnya aku berjalan menghampiri keluarga yang tak seberapa keluarga aku tu dengan santai.

"Hai, semua! Seronok sangat berbual, ya? " Dengan (tidak) ikhlasnya aku menyapa diorang. Cis, nak kena bagi senyuman pula dekat diorang. Menyampah.

Sebaik sahaja aku menegur diorang, pantas diorang menoleh ke arah aku dengan pandangan tidak puas hati. Alah, tak hadap sangatlah dengan muka korang tu.

"Cis! Datang menyibuk je. Maaflah, kami tengah seronok berbual. 'Orang luar' tak layak masuk. "

Tak guna punya perempuan pendek! Kau ingat kau hebat ke nak hina aku balik? Siap kau aku balas balik.

"Oh? Tengah berbual? Alahai... Ingatkan tengah kumpul dosa tadi. Ops! Maaflah tercakap pula. Korangkan suci dan baik~ so tak mainlah buat dosa ni, kan? "

"Kau-!! "

Nampaknya gunung berapi nak meletus~ Ahaahahah~

"Oklah! Saya tak nak lama-lama di sini. Fuh! Panaslah. By the way, tak pernah berniat pun nak join. Not my taste~ adiew~"

Dengan gaya cat walk aku berjalan menuju ke muka pintu depan. Sambil selamba kucing aku hayunkan beg tangan aku dan mengabaikan jeritan langsuir dari Suzy. Fufufu~

"Cis!! Siaplah perempuan tu!! "

💖✨💖✨💖✨💖

"Cik Gempa nak keluar? "

Kedengaran seseorang datang menyapa aku. Pantas aku menoleh ke kanan dan ternampak seorang pelayan datang menghampiri aku bersama senyuman ramahnya. Aku membalas kembali senyuman dia lalu menganggukkan kepala aku.

"Yup. Ummm... Sebenarnya saya masih belum biasa di sini. Kalau boleh, saya ingin tahu tempat-tempat menarik di sini. Ada tak? "

"Oh? Sudah tentu! Kalau Cik Gempa pergi ke pusat bandar, Cik Gempa boleh jalan-jalan di dalam mall. Ada juga beberapa kedai makanan dan restoran yang sedap-sedap di sini. Kalau nak cuci mata, ada juga taman bunga, taman rekreasi dan tasik berdekatan. Semuanya bersih dan cantik mata memandang!"

Kelihatan pelayan itu begitu bersemangat sekali menjelaskan aku tentang kawasan bandar ini. Dengar saja apa yang diceritakannya pun sudah buat aku teruja. Mengagumkan!

"Baiklah! Terima kasih! Saya minta izin keluar dulu, ya? "

"Ah, Cik Gempa takpe ke keluar seorang diri? Biarlah saya teman Cik Gempa juga. "

Kelihatan pelayan ini begitu baik menjalankan tugasnya. Namun aku hanya menggelengkan kepala sahaja sambil tersenyum ramah ke arahnya.

"Tidak perlu. Saya akan pulang semula dalam sekitar jam 7 petang. Dan umm... Boleh saya tahu, nama awak? "

"Ah, n-nama saya Yaya. Biasanya saya bertugas memasak bersama kawan sekerja saya iaitu Ying. Dia maid berbangsa Cina. Tapi dia berkebolehan! "

"Wah! Jadi saya bolehlah berkawan dengan Yaya dan Ying! Selamat berkenalan Yaya! "

"Ya! Selamat berkenalan juga Cik Gempa!"

Dengan ramah aku menghulurkan tangan aku ke arah Yaya iaitu kawan baik pertama aku di bandar ni. Yaya pula dengan senang hati menerima huluran aku.

"Oh ya, Umur Cik Gempa berapa? "

"Ah? Oh, umur saya bakal masuk 18 tidak lama lagi. Yaya pula? "

"Oh, kiranya Gempa lagi junior lah ya? Saya sudah masuk 20."

"20? Tapi Kak Yaya nampak mudalah!! "

"Eish! Mana ada! "

Kami tertawa kecil bersama-sama. Tidak lama kami berbual mesra, aku pun meminta izin untuk beredar dan dibalas anggukan dari Yaya. Sebelum keluar, aku sempat melambaikan tangan kepada Yaya dan dibalas juga oleh Yaya.

Baru senang hati dapat keluar dari rumah. Aku tak nak lah keluar naik kereta. Baik jalan kaki lagi best! Baiklah, mari jalan-jalan sekeliling bandar!

💖✨💖✨💖✨💖

Sementara menunggu waktu aku tiba di bandar, mungkin lebih elok kalau aku perkenalkan diri aku dahulu.

Nama aku Gempa. Mungkin nama aku agak pelik sebab bunyi macam nama bencana. Tapi Tok Aba kata waktu aku dilahirkan, berlakunya bencana gempa bumi di kawasan bandar ni. Tak tahulah kelahiran aku ni bawa malapetaka atau apa tapi aku sudah cukup bersyukur sebenarnya kerana selamat dilahirkan walaupun dalam keadaan darurat waktu tu.

Umur aku sekarang masih 17 tahun. Tapi tidak lama lagi bakal masuk 18. Aku baru saja tamat pengajian sekolah menengah tinggi dan aku juga sedang menunggu tawaran untuk sambung belajar di luar negara. Itu kalau ada rezeki lah. Aku ambil course Perakaunan dan Perniagaan. Orang kata mungkin sebab aku nak ikut jejak ayah tapi sejujurnya aku tak pernah terfikir untuk itu sebenarnya. Sejak awal lagi aku sudah didedahkan dengan perniagaan melalui Tok Aba yang sering membawa aku ke kedainya untuk berniaga. Kedai Tok Aba amat terkenal di kampung kami yang sering dipanggil KokoTiam. Menu paling sedap dekat sana mestilah Hot Chocolate Tok Aba! Sebab ia memang tidak pernah mengecewakan dan ia memang sangat sedap!

Aku dibesarkan oleh Tok Aba selama lebih kurang 12-13 tahun. Macam aku sebutkan sebelum ini, sejak arwah mak meninggal iaitu di waktu aku berumur 5 tahun, aku sudah ditinggalkan oleh ayah aku di kampung bersama Tok Aba. Awalnya aku agak kecewa dan sedih kerana sering tertanya kenapa ayah tergamak buat aku macam tu? Tapi mujurlah ada Tok Aba yang sering menghiburkan aku.

Sepanjang aku dibesarkan di kampung, ayah tidak pernah berhenti menghantarkan wang untuk menjaga aku. Tok Aba juga sering memberikan aku wang saku untuk persekolahan. Aku dijaga dan dididik oleh Tok Aba dengan baik sekali. Namun aku tak pernah merasa hidup mewah. Walaupun diberi keperluan dan kelengkapan yang cukup terutama sekali duit, aku sering menabung dan menyimpan duit aku dengan baik. Aku ingin manfaatkan duit aku dengan cara yang baik dan pada benda yang berfaedah. Jadi aku sentiasa meletakkan matlamat dalam pengunaan duit aku.

Sehingga aku sendiri masuk ke kelas seni mempertahankan dengan menggunakan duit aku sendiri. Tak banyak kelas yang aku masuk seperti Kelas Latihan Taekwondo, Karate dan Silat. Untuk lebih menguasai dalam silat, Tok Aba iaitu mahaguru silat sendiri yang ajar aku.

Selain itu, dengan izin Tok Aba, aku juga dapat masuk kelas menembak. Mungkin disebabkan kawasan kampung itu semakin maju, kelas menembak dan memanah sering diadakan pada hujung minggu. Dan aku juga tidak pernah melepaskan peluang untuk menyertainya. Sehinggalah aku ada lesen menembak sendiri. Hehehe!

Tapi aku tak pernah terfikir untuk angkuh dan sombong. Sebaliknya aku jadi sering segan dan mengelak apabila bertemu orang tidak dikenali. Pertuturan aku juga sangat kuno walhal dalaman aku sangat moden. Tapi aku rasa ia salah satu senjata terbaik aku. Sebab apa? Sebab aku nak kalahkan keluarga tiri aku!

Aku sangat bencikan mereka! Mak cik tua kerepot itu tergamak mengambil alih tempat arwah mak di dalam hati ayah! Aku tak nak tuduh yang bukan-bukan jadi aku buat sendiri penyelidikan tentang mak cik tu sebelum aku datang ke sini.

Dan aqku tak sangka, sebenarnya mak cik tu sering menggunakan kuasa ayah untuk menjatuhkan sesiapa sahaja. Duit ayah pun sering dikawalnya untuk membeli barang-barang yang mahal! Tengoklah anak-anak dia tu! Itu bukanlah anak kandung ayah sebenarnya. Mereka itu awalnya tiada ayah dan mak cik itu adalah seorang janda anak 2. Tapi entah apa yang dia buat pada ayah sampai ayah menjadikan dia isteri kedua dia! Cis! Dasar perampas! Dah lah tua kerepot, muka berkedut, perut berlipat 3 lapis, perampas, janda anak 2, tak sedar diri pula tu! Ambik kau aku maki hamun dekat kau! Hmph!

Sebenarnya aku bukannya mudah untuk bencikan seseorang itu melainkan dia yang buat aku bencikan dia dulu. Tapi kalau sudah buat aku benci tu... Hmm... Sekali aku benci memang sampai akhirlah jawabnya. Melainkan dia sudah insaf. Dan dia datang minta maaf. Ok itu aku maafkan.

Berbalik pada kelebihan aku tadi. Disebabkan aku seorang pemalu dan susah untuk bergaul pada waktu dulu, aku sering belajar dengan tekun dan bersungguh-sungguh. Supaya tak nak ketinggalan lah katakan. Apa-apa hal aku sangat susah untuk diperangkap. Jadi boleh dikatakan dalam aku mempunyai sifat yang malu, aku ada satu lagi sisi yang mana sangat berbahaya dan harus berwaspada. Untuk mangsa aku lah. Hehe!

Huuhh.. Tapi bila jadi palsu ni... Bosan juga, kan?

End Gempa's POV

Helaan nafas dikeluarkan dari mulut Gempa. Dan membetulkan kedudukan begnya yang berada di atas bahunya sambil memandang ke hadapan. Secara perlahan, mata Gempa dapat melihat suasana bandar.

Akhirnya dia tiba di pusat bandar yang maju dan hebat itu!

"Uwaahh~!!" Gempa terjerit kagum. Iris emasnya bersinar-sinar tanpa berkelip memandang sekitar kawasan bandar tersebut. Segala penat lelah yang dirasainya kerana berjalan tadi terus saja hilang.

Gempa berjalan menuju ke kawasan pertengahan bandar sambil melihat di sekelilingnya. Kagumnya dikala melihat bangunan-bangunan pencakar langit yang begitu tinggi dan unik rekabentuknya. Restoran-restoran dan kedai-kedai juga banyak di setiap jalan raya.

"M-mana nak mula dulu ni? Makan dulu ke? Aku pun belum makan lagi ni.."

Gempa mengetuk-ngetuk dagu kecilnya sambil berfikir. Iris emasnya juga tidak lari dari melihat di setiap kawasan restoran yang tersusun dengan rapi. Semua membawa menu yang berbeza belaka.

"Baiklah! Makan makanan western sajalah! Jom makan~!"

Gempa dengan riangnya melompat menuju ke kawasan lalu lintas untuk melintas ke jalan seberang. Dalam dia sedang sibuk menunggu lampu bertukar hijau, tiba-tiba dia tertangkap sebuah kereta yang sedang laju menuju ke arahnya. Terbelalak matanya apabila kereta tersebut semakin menghampirinya.

SKREEEETT!!!

Terjerit Gempa kerana terkejut akan kereta tadi yang tiba-tiba berhenti di hadapannya. Gempa tercungap-cungap menarik nafas kerana terlalu terkejut. Nasib baik takde sakit jantung. Kalau tak, habis pengsan dia di situ.

"Tsk! Siapalah yang bawa kereta macam tak guna kepala ni?! " Gempa bermaki hamun pada pemandu kereta tadi.

Seketika kemudian, keluar seorang lelaki yang bercermin mata hitam dari bahagian duduk belakang kereta. Dia melangkah keluar dari kereta mewah itu dengan lengkap berpakaian sut hitam.

Gempa mengerling tajam pada lelaki tersebut sebaik sahaja dia sedang menghampiri Gempa. Orang-orang yang lalu-lalang hanya sekadar melihat keadaan yang dingin tersebut.

"Kau Gempa, kan? " Lelaki tadi soal dengan nada yang dingin dan datar. Gempa mengernyitkan matanya hairan.

"Siapa? "





TBC(?)

OWO MASA YANG DINANTIKAN BAKAL TIBA!! 🔥🔥🔥
.
Agak-agak apa akan jadi nanti? Gempa dalam mood tak best sekarang, mesti akan gaduh nanti. 😂
.
Next or nah?

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro