10 | Isha

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Seminggu berlalu dengan pantas, kehidupan aku kembali normal setelah si Dryan tu dikhabarkan ke Itali pula selepas ibu bapa kitorang pulang dengan selamat. Entah balik bila, bukan urusan aku. Aku dan Ariq, hmm aku nampak dia cuba baiki hubungan kitorang. Sejak Dryan takde ni tapi entahlah. Hati aku ni... Tetap rasa tak kena. Tak macam dulu, dia seperti bukan Ariq yang aku kenal.

Ralit aku termenung setelah menghabiskan tugasan yang guru Matematik Tambahan beri tadi, bahuku dengan tepuk seseorang. Kepala aku angkat, memandang ke arah seorang gadis yang melemparkan segaris senyuman ke arah aku. Cantik, rambutnya panjang dan manis senyuman.

"Hai, Reen kan?" Aku mengangguk dengan keliru. Aku tak pernah nampak dia sebelum ini. Siapa dia ni? "Macam mana boleh kenal aku?" Aku menyoal kembali sebelum mengajak untuk duduk di kerusi pondok yang bertentangan dengan aku. "Siapa je yang tak kenal pemain piano dan violin yang terkenal dalam sekolah ni?" Erk... Ye lah, aku ni dalam sekolah dikatakan ramai juga yang kenal... Itu pun sebab aku aktif dalam pelbagai pertandingan sama ada di dalam sekolah mahupun luar tapi dia ni...

" Aku Raisha, budak baru dalam sekolah ni." Eh? Oh, jadi dia lah budak baru yang bernama Raisha tu? Tiba-tiba aku jadi berminat nak teruskan. Otak aku sekilas terbayang raut wajah kacukan Dryan Wyatt. Grr, dia minat perempuan macam ni? Patutlah, cantik dan sopan je. Dryan tu je yang tak cukup adab. "Haiii, aku Nuryn. Orang panggil Reen macam kau sebut tadi." Kitorang berjabat tangan setelah itu. Aku yang nampak kekok sekarang ni manakala Raisha nampak mesra dan senang sesuaikan diri.

"Kau kenal Dryan tak, Raisha?" Erk... Terlalu jelas sangat ke soalan aku ni? Dryan cakap nak jaga dia dari jauh, jadi mungkin logik kalau Raisha tak berkawan dengan Dryan.

"Dryan Wyatt? Mestilah kenal. Dia dari keluarga Wyatt," balas Raisha dengan nada riang yang dia ada. Agaknya dia tak faham soalan aku. Kalau yang tu, aku pun tahu. Wyatt Family bukan terkenal dalam negara ni je tapi dari luar negara.

Maksud aku... Dia berkawan tak dengan Dryan... Tapi kalau aku tanya lagi mesti macam pelik pula. Ah, biarlah. Tak payah nak masuk campur urusan percintaan mamat Itali sewel tu. Aku dapat tengok Raisha di secara berdepan pun dah okay. Ya, dia memang cantik dan sopan. Macam tak kena je dengan Dryan Wyatt.

Jam tangan dikerling sekilas, sudah tiba masa untuk masuk ke dalam kelas. Waktu rehat sudah hampir berakhir jadi aku mula bangun dari bangku. "Kau kelas mana, Raisha?" Apa yang pasti, dia bukan blok sains sebab aku tak nampak dia sebelum ni sejak khabar kata ada budak baru tu. "Aku sekelas dengan Ariq. Aku minta diri dulu. Jumpa kau lagi, Reen." Belum sempat aku menegur, Raisha sudah pantas meninggalkan pondok ini.

Barangkali tak mahu lewat masuk ke dalam kelas. Dia kenal Ariq? Uh, sekelas kan? Mungkin dia cakap macam tu sebab tahu aku ada hubungan dengan Ariq. Ah, lantak. Aku kena masuk ke dalam kelas cepat. Lepas ni masa Cikgu Hana, garang.

Kaki mula melangkah, seiring dengan otakku yang mula terlayar sedikit memori nakal Dryan Wyat, Izz dan Kimi. Mereka selalu nakal dengan guru yang lain terutama sekali Cikgu Hana. Senyuman ringkas terukir tanpa sengaja apabila teringat, " Lama lagi ke kau dekat sana?" Ugh, asal aku teringatkan dia pula ni bila sebut tentang Cikgu Hana? Alahai, Dryan...

DAHI aku mula berkerut, apa yang dikatakan Ariq buat langkah aku terbantut di tengah jalan. "Awak tak boleh hantarkan saya? Kenapa tak beritahu awal..." Sungguh aku tak faham dengan Ariq ni, tak boleh ke dia bagitau awal pagi tadi? Sudahlah aku terlupa bawa purse hari ni, ditambah dengan telefon awam di sini memang rosak disebabkan monyet bertopengkan manusia. Takkan aku nak kena patah balik, tumpang telefon awam dalam asrama? Itu je cara kalau tak nak pinjam telefon sesiapa.

Nampak agak menyusah di situ. "Saya minta maaf, Reen. Saya memang tak sempat nak hantarkan awak. Saya ada urusan penting dekat hospital." Ah... Maybe sebab aunty... Aku cuba faham lagi walaupun ini bukan kali yang pertama Ariq buat tapi kali ini...

"Ariq, saya nak ikutlah. Dah lama sangat saya tak tengok aunty. Selalu cakap dalam telefon je." Aku pun tertanya-tanya keadaan aunty macam mana sekarang. Sebulan sekali, aunty akan menghubungi aku untuk bertanya khabar. Sporting kan bakal mentua aku tapi itu lah, aku tak pernah jumpa lagi sejak aunty kemalangan. Sejak Ariq berubah jadi manusia yang sangat sibuk dan abaikan aku. Ya, aku tahu. Dia ada alasan jadi sebab itu juga kitorang masih bertahan di sini.

"Reen, saya-"

"Apa salahnya? Awak selesaikan urusan awak dulu dalam hospital dan saya ikut. Saya janji tak ganggu awak. Boleh saya jumpa dengan aunty juga." Kata-kataku terbitkan reaksi resah dan sesuatu yang tidak kena pada wajah Ariq. Kenapa?

"Tak bolehlah, Reen. Saya minta maaf sangat. Reen, saya dah lewat ni, nanti doktor tertunggu. Sorry, Reen. Malam ni saya facetime dengan awak." Belum sempat aku membalas apa-apa, Ariq sudah masuk ke dalam keramaian pelajar untuk menyeberangi jalan raya. Murid tingkatan lima yang membawa kenderaan seperti kereta tidak boleh bawa masukkan kereta ke dalam sekolah jadi aku hanya memerhati Ariq masuk ke dalam kereta.

Aku memerhati sekeliling, uh aku tak kenal sesiapa pun. Berbelasan minit berlalu, aku tersedar kereta Ariq masih lagi di sana dan tidak bergerak. Hospital? Bukan dia dalam keadaan tergesa-gesa ke? Mata dikecilkan lagi, kenapa aku rasa macam nampak orang lain dalam kereta tu? Ke aku salah tengok sebab jauh ke? Badan terus dibangunkan, perlu ke aku melintas jalan untuk pergi ke sana?

Tiba-tiba kereta itu mula bergerak untuk keluar dari jalan itu. Jantung aku mula berdegup pantas, entah aku berdebar. Rasa seperti ada yang tidak kena... Terasa nak dekat dengan kereta itu tapi Ariq nak keluar dari jalan tu kan? Mesti ikut arus di sebelah perhentian bas ni. Kalau aku berdiri sini pun, nampak jelas.

Berdebar, aku menunggu dia masuk ke jalan ni... Aku yakin tu kereta dia dan aku nampak macam ada penumpang dalam kereta tu,

"Oit!"
"Argh!"

Aku terjerit kecil dengan sergahan manusia yang tiba-tiba berdiri di hadapan aku. Ralit tengok dari depan sampai aku tak sedar yang dia berjalan dekat sini. Dryan?

"Tepi lah! Aku tak nampak!" Aku cuma menarik bajunya agar ke tepi, uh berat. Dia betul-betul lindung aku dari tengok kereta Ariq. Aku cuba ke tepi, sebelah kanan tetapi Dyan yang bertentangan aku terus menahan jalan dengan tangan kirinya. Aku mencebik kuat lalu ke sebelah kiri pula. Sempat lagi ni!

"Argh!" Tangan kanan dia menghalang juga malah dekatkan aku lagi. Bagus, sekarang aku tersepit di dinding dengan kedua dua tangan Dryan Wyatt. Bibir sendiri digigit kuat, kenapa kaki aku mengiggil? Badan kitorang agak rapat sekarang ni dan... Aku angkat wajah sedikit ke atas kerana Dryan lebih tinggi. Mata hijau zamrud itu merenung lama ke arah aku. Tiada suara, jeda.

"Kau rindu aku tak?"
"Haish tepi lah!" Tanganku menolak roti roti yang berlapik baju t shirt Polo itu jauh dari aku. Eh, bukan abdomen dia, maksud aku. Ugh, gelabah biawak punya pasal ni. Nafas aku pun tak cukup bila Dryan berdiri rapat sampai macam tu.

"Ugh kenapa nak rindu kau pula, sibuk je." Mata dijelingkan sambil bibir pula mencebik lagi. Dryan ketawa kecil, entah dia terhibur agaknya tengok aku yang agak serabut sekarang. Oh ya, aku baru sedar. Dia dah balik... Uhm, kenapa terasa hati ni berbunga-bunga pula? Sejak bila aku letak baja, air dan cahaya matahari yang secukupnya? Perasaan aku je agaknya. Padahal biasa je.

"Sorry, Reen. Aku cuma tak nak kau terluka." Perlahan suara Dryan berkata tapi aku masih dapat mendengar. Saat aku berpusing kembali ke arah dia, Dryan mengalih ke arah lain seperti tak mahu aku bertanya maksud di situ. Kenapa... Dengan Dryan ni? Pelik...

"Kau lapar? Nak makan dulu tak sebelum balik?"

Aku belum sempat membalas, lengan baju aku sudah ditarik dengan paksa. Dryan dan kasar memang sejodoh. Anak diorang ialah paksa. Aku pula mangsa.

SEPASANG mata aku tidak berhenti melihat ke arah beberapa orang bodyguard di luar dari bilik privasi ini. Entah ke mana Dryan ni bawa aku untuk lunch, ada kawan VVIP yang di mana mereka menyediakan bilik makan untuk privasi. Jadi hanya aku dan Dryan di sini dan saling menghadap antara satu sama lain, meja menjadi penghadang. Bilik yang Dryan pilih ini sediakan set barbecue, goreng dan erk merebus mungkin? Entahlah, apa yang aku nampak banyak bahan mentah yang tunggu dimasak di atas meja ni je.

Tentang beberapa orang pengawal berkot hitam tadi. Ada juga yang menjaga dari luar tapi perbuatan mereka tidak terlalu jelas. Pendek kata, dari jauh dan tidak terlalu ketat walaupun uhm masing-masing ada pistol tersendiri. Wyatt Family kan? Apa yang aku pelik sangat... Tapi aku tertanya... Dryan selesa ke hidup macam ni?

"Kau nak aku sumbat daging tengah panas ni dalam mulut kau ke? Makanlah, nanti lapar macam mana?" Uh garang betul Dryan ni... Haish, aku dengan pasrah mencari sudu atau pun garpu. "Eh? Takde?" Aku mula bangun dari meja itu tetap Dryan pula menghalang aku.

"Takde, aku pun tak pasti kenapa tapi diorang bagi ni je. Kalau tak percaya, kau nak tanya diorang pun boleh." Aku berkerut, menipu lah! Tak logik. Memang betul tak logik. Tak mungkin restoran mewah sampai macam ni takde stok sudu dan garpu?

Aku yang degil itu terus berjalan keluar dari bilik ini. Takde betul lah... Tapi tetap tak logik! Aku kena tanya pekerja sini juga.

END REEN's POV

READERS POV

Jari jemari runcing dan panjang itu mengepit chopsticks besi di tangan untuk mengalihkan daging dan ayam perap itu agar masak dengan sempurna. Sebelah tangannya menongkat dagu runcing sambil sekilas mata memerhati ke arah Tengku Nuryn Delisha yang begitu degil sedang bertanya perihal tersebut kepada pekerja. Wajah hampa yang terlihat di wajah gadis itu membuahkan senyuman nakal anak Tuan Wyatt.

Dia yang mengarahkan pengawalnya menguruskan hal itu kerana dia tahu Reen tidak reti menggunakan chopsticks. "Uh, memang meja yang lain macam ni juga ke? Takkan aku nak kena serbu satu per satu bilik dekat sini untuk tengok." Cebikan gadis itu semakin kuat. Terselit rasa tidak berpuas hati lagi.

Dryan Wyatt bereaksi selamba, daging yang sudah masak terus disepit lalu dimasukkan ke dalam mulut. Tengku Nuryn Delisha hanya memandang sambil menyedut minuman yang dipesan tadi. Perut sudah membuat konsert tapi dia tidak reti guna chopstick. Sebelah besi chopstick diambil lalu cuba mencucuk berbola di dalam kuah Tom Yam itu tetapi gagal.

Sedar tak sedar, sepasang pemilik mata hijau zamrud itu memerhati dengan hati yang tercuit. "Kenapa, Bella? Kau nak aku suapkan kau tak?" Dia sudah tersenyum nakal. Di hadapan Nuryn Delisha memang takkan boleh berlakon dengan lama. Pantas gadis itu mengeleng laju, gila. Dia takkan terima walaupun di hadapannya Dryan memang seorang lelaki yang menarik perhatian para gadis. Macamm mana pun dia marahkan Ariq, Reen takkan terima lelaki lain.

Hati memang tak nafikan sedang goyah tetapi dia masih bertahan juga. " Jual mahal, okay takpe. Bukan selalu aku nak baik dengan kau. Ni pun sebab aku dah seminggu tak jumpa kau." Dryan sambung makan malah biarkan jelas lagi setiap apa yang dia masukkan ke dalam mulut, "Sedap, Reen. Rugi kau tak makan." Tangan Nuryn digempal geram, Dryan sengaja!

END READERS POV

REEN's POV

AAAAAAA

Perut aku lapar, aku tak makan pagi tadi sebab tunggu Ariq dalam bilik guru. Uh, dugaan. Biasa lah kebanyakan orang bercinta nampak bangang dan aku tak nafikan.

Nafas ditarik mendalam dan dihembus. Aku tersedar tentang pengawal tu lagi. Entahlah, aku cuma tertanya-tanya je.

"Dryan..."

Uh tadi aku yakin je nak tanya tapi bila mata hijau tu pandang ke sini, hilang terus soalan.

"Uhm?" Sempat lagi dia menguyah dengan selera. Bau makanan ni memang mencabar iman aku. Jangan sampai aku ambil guna tangan. Haish Dryan ni pun satu. Mana lah tahu nak tolong aku ambilkan daging atau ayam tu letak dalam pinggan ni ke? Takkan aku nak ambil terus. Penyepit makanan tadi ada tapi bila aku nak makan tiba-tiba hilang. ARGH, stress.

"Kau selesa ke setiap mana kau pergi, ada pengawal..." Walaupun mereka hanya menjaga dari jauh tetapi tidakkah dia rasa macam orang perhati juga?

"Dah biasa, dari kecil lagi. Mummy dan daddy aku sibuk, Reen. Banyaknya, pekerja yang uruskan aku. Kenapa? Kau tak selesa ke keluar dengan aku macam ni? Boleh je kalau tak nak diorang ikut tapi ada kes sikit dekat Itali sana. Yea, kau tak perlu tahu tapi kawalan agak ketat buat sementara." Aku... Tak faham apa yang Dryan membebel ni. Urusan keluarga dia, biar je lah. Apa yang aku faham, mereka memang akan ada pengawal untuk keselamatan.

"Memang semua dari Wyatt Family macam tu kan? Hmm kalau bakal isteri kau nanti macam mana? Dia pun akan dikawal macam tu? Maksud aku dari keselamatan." Dryan mengangkat wajahnya sambil tangan sibuk memasak di bawah.

"Isteri aku? Macam kelakar je bunyi tapi... Tak, dia tak perlukan pengawal. Aku tak galakkan kalau bukan terdesak." Aku memerhati hirisan ayam perap itu yang sudah lama sedang dikepit oleh Dryan. Dahi aku agak berkerut, kenapa?

"Sebab dia bukan Wyatt ke?"

Dryan mengeleng laju, uh salah. Spontan itu, dia menghulurkan hirisan ayam itu ke arah aku dengan chopstick di jari. Dia nak suap? Terkebil sekilas.

"Sebab aku kan ada."

- TO BE CONTINUED -

uhhh sorry kalau hambarrrrrr
PLEASEEEEEEE VOTE & COMMENT 🥺♥️
THANK YOU🥺💕

SOALAN: DALAM STORY NI, KORANG NAK TAK DIORANG KAHWIN? MAKSUD AUTHOR, KAHWIN AWAL😂

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro