18 | A day with him Part I

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Pendek lagi ')

Aku memerhati ke arah luar tingkap. Terbangun tatkala Dryan mengoncang lembut badan aku tadi. Katanya dah sampai tapi apa yang aku lihat kereta ini bergerak di sepanjang jalan berhiaskan lampu. Besar... Walaupun gelap aku dapat gambarkan kawasan selepas kereta ini bergerak masuk dari suatu gerbang besar.

Wyat...
Aku jadi gementar, nak menangis pun ada sekarang. Aku takut. Kalau dah perjalanan nak masuk dari pagar ke rumah pun dah lama begini, ringkas kata memang lagi besar dari kediaman mereka di Malaysia. Aku memerhati ke arah dia, dah layu macam pokok. Mengantuk agaknya, haish kenapalah waktu aku tidur tadi dia tak ikut sekali?

"Kau penat tak? Nak aku angkat?" Lain macam... Dryan... Aku geleng, mungkin dia perasan muka mengantuk aku dari tadi. Aku kebosanan dalam jet tadi, dah turun ke darat ni jadi gembira pula. Akhirnya, kereta dihentikan di suatu laluan. Aku menarik tangan sendiri dari Dryan yang memang tak mahu lepas dari tadi. Belum sempat aku bukakan pintu, pengawal sudah bukakan pintu untuk aku dan Dryan.

Uh, aku tak selesa. Aku banyak kali larang driver dalam keluarga aku untuk buat benda begini tapi kalau pekerja Wyatt, aku tak berani. Nampak garang dan tegas semuanya, memang ada vibes tersendiri. Aku keluar dari kereta manakala Dryan terus berjalan ke arah aku dengan butang baju kemeja... Haish kenapa dia buka pula yang tiga teratas tu, agaknya tak selesa tapi terlebih seksi pula dengan cermin mata bulat berwarna hitam.

Aku terkedu sendiri tatkala kepala dialihkan ke hadapan. Terasa kerdilnya badan aku berdiri agak jauh di hadapan sebuah bangunan empat tingkat ukiran barat yang sudah bagai istana ukiran lama. Cantik, mewah dan sangan elegan. Banyak pokok, pacuran air dan hiasan kolam ikan lain lagi di sekeliling. Jarak aku dan bangunan itu sedikit jauh dan lorongnya terdapat barisan orang... Pekerja ke? Kenapa?

Dryan tidak berkata panjang, dia terus menarik tangan kanan aku untuk berjalan seiring dengannya di laluan manusia dari pelbagai seragam. "Mr Wyatt and Mrs Wyatt." Aku terkedu lagi apabila mereka membongkok badan serentak Dryan mula berjalan di tengah ini bersama aku. Sebu tak pasal perut aku tengok hampir tiga puluh orang pekerja dari pelbagai pakaian berdiri dengan berdisiplin dan teratur. Terasa tangan aku digenggam makin erat, reaksi dia dingin...

"It's okay, don't be scared. Aku ada. Lagipun tangan kau berat jadi aku tolong angkatkan." Hati aku sedang mengeluh sekarang. Alasan dia untuk pegang tangan aku sambil berjalan... Ah, aku kena biasakan diri dengan gangster ini.

Tiba di hadapan sebuah pintu yang tinggi dan besar, aku agak ini pintu utama. Dua orang pekerja terus membuka pintu tatkala aku dan Dryan tiba di hadapan.

"Dryan!" Aku terkejut dengan suara lantang dan pemiliknya pula tiba-tiba berlari ke arah sini dengan riang. Seorang perempuan yang kelihatan sebaya terus memeluk erat sampaikan pegangan Dryan pada tangan aku terlepas hanya kerana terkejut. " Mi manchi!" (I miss you!) Dia menyambung lagi dan mata aku cukup berbulu tengok pipi Dryan dicium dengan sebegitu spontan.

"Wow, Bella. Stop it." Dryan cuba merungkaikan pelukan tetapi perempuan ini malah mengeratkan lagi dengan lebaran senyuman. Dia... Bella? Orang yang selama ini Dryan panggil dekat aku? Paling aku tak tahan, boleh berpelukan di sini? Aku tak ulang balik pasal cium pipi tadi! Siapa dia ni? Entah, aku dah malas nak fikir. Aku melihat ke arah pengawal yang sedang mengangkat bagasi. Perlahan-lahan aku berjalan ke arah pengawal itu dan agak jauh dari mereka yang sedang bercakap dalam bahasa yang aku tak faham.

"Reen?" Ha baru nak sedar aku yang dah berjalan mengikut pengawal yang mengangkat bagasi ini. Aku agakkan pengawal nak bawa ke bilik jadi kaki hanya melangkah ikut. Dryan yang aku lihat dari jauh beransuran pergi dan berjalan ke arah sini. Entah kenapa hati aku sedang berapi-api sekarang... Kau cemburu ke, Tengku Nuryn Delisha? Obviously! Aku pun tak pernah terkam Dryan macam tu. Jangan sampai aku pula yang remake.

Mata aku hanya memerhati ke sekeliling jalan yang selang dengan beberapa pintu, memang sangat banyak bilik di lorong ini setengah naik ke tingkat tiga dengan lif. Dryan ada juga hulur tangan tadi tapi aku jeling. Tak ada maknanya aku nak pegang tangan dia lepas perempuan itu pegang tadi. Ya, aku memang kebudakan pun. Sudah.

"Selamat berehat, Mr dan Mrs Wyatt." Aku terkedu mendengar pengawal itu malah berbahasa pula walaupun muka dengan nampak macam orang di sini. "Kau buat muka terkejut sangat, Reen. Pekerja di sini perlu fasih dalam empat atau lima bahasa termasuk yang kita guna sekarang. Jadi kau tak perlu takut nak guna English atau Malay di sini." Oh, jadi begitu? Tapi apa yang aku nak hairankan, Dryan pun fasih. Eh dia kan mixed blood... Tapi Dryan pernah cakap... Kau tak perlu jadi orang Malaysia untuk fasih berbahasa melayu. Ya, dia benar. Tak semestinya kalau kau fasih bahasa dalam suatu negara , kau perlu jadi rakyatnya.

"Susahnya nak jadi pekerja di sini." Aku sempat membalas walaupun aku sendiri tahu Wyatt Family bukanlah calang-calang orang yang boleh bertemu rapat dengan mereka apatah lagi bekerja di dalam kediaman sendiri. Dia mereaksi dengan mengangkat sepasang kening, tangan lelaki ini terus menarik pemegang pintu sebelum ditolak.

Besar dan luas. Benda ini pertama kali terluncur di fikiran aku apabila melihat bilik tidur Dryan di sini. Aku fikir dia akan hiaskan dengan gaya remaja lelaki yang kasual. Yea, untuk keselesaan tapi Dryan... Lebih kepada elegan, mewah, tersusun dan dia memang akan kekalkan perkataan mahal. Aku keluh lagi, bukan tuannya je yang seksi tapi taste dan vibes pun buat aku tergugat. Sedarlah, Reen. Aduhai, penat jadi gatal sebenarnya tapi hm tangan Dryan seksi.

Aku memuji dalam hati, memang malulah nak beritahu secara depan. Biasalah, perempuan sejenis aku. Tidak bercakap banyak, dia terus mengangkat bagasi tersebut dan mengambil beberapa set barang mandian dari beg. Maksud aku dari segi skincare aku dan dia. Ya, anak-anak. Dyran agak menjaga rupa parasnya tetapi tak ada lah teliti macam aku sampai banyak produk. Dia cukup dengan basic. Apa lagi aku nak cakap tentang dia? Ah abaikan. Lebih baik bersihkan diri dan sambung tidur.

TERASA ada pergerakan yang menganggu tidur tapi bila aku buka mata masih gelap. Bukankah tadi Dryan ada buka lampu tidur yang malap di hujung sana? Aku gerakkan kepala jauh sedikit dari asal, patutlah. Wajahku ditekup elok pada dada si Dryan. Memang patut aku tak boleh bergerak tapi selesa.

"Good morning, princess." Dahi aku dikucup tatkala mendengar suara dalam, penat dan mengantuk Dryan. Wat da fish is dis? Aku dah auto cuak. "Relax, princess. Kau cemburu kan malam tadi? Haish. Sorry, Reen. Bella dah terbiasa bertegur sapa macam tu." Aku hanya memcebik. Dah malas nak menafikan perasaan cemburu yang masih tersisa.

"Siapa dia?"

Dryan diam sebenarnya. "Dia kawan aku sewaktu sekolah di sini. Kawan sejak aku kembali ke sini setelah kes tu." Kes? Setahu aku, ya Dryan asal dari sini dan pernah pindah ke Malaysia untuk beberapa bulan.

Mungkin dalam tempoh itu aku pernah berjumpa dengan dia? Jadi 'kes' itu buat dia berpindah semula ke sini? Kes apa? Ingin bertanya tapi Dryan hanya berahsia. Aku pernah juga tanya mama tentang hal ini tetapi mama dan papa seolah mengelak dan memang minta aku terus lupakan. Aku sudah keliru, sebenarnya pentingkah untuk kita ingat semula masa silam?

"Aku tengok reaksi kau pun dah tahu. Jadi... Aku kena bertanggungjawab lah kan? Memandangkan kita di Itali dan sangat istimewa sebab buat pertama kali aku bawa kau jadi..." Berdebar. Kenapa suara dia begitu sangat seksi di awal pagi hari? Hati aku dah menangis, ini kalau boleh tengok mata hijau dan cara dia pandang aku... Auto arwah.

"Jadi?"

Tuhan, aku ngak kuat sesungguhnya.

"Nak luangkan masa dengan aku tak?" Adakah ini dianggap sebagai date? Hati aku mengeluh lagi. Memandangkan aku tak tahu nak buat apa di sini dan aku juga teringin nak tengok aktiviti Dryan yang selalu menghilang malah alasan yang lain aku memang nak duduk dekat dengan dia jadi mengapa tidak?

"Uhmm... Okay..." Sejak bila Reen jadi seorang pemalu uh. "Sebagai couple?" Aku sempat menambah perisa dalam masakan drama di pagi hari. "Obviously, sayang." Aku diam. Tak lama lagi mungkin aku akan menghidap sakit jantung kalau begini terusan. Sayang pula. Haih.

"Jadi mari kita mulakan dengan cuci muka dan gosok gigi sama-sama. Mandi tu kalau nak sekali pun boleh tapi kalau kau tak bersedia lagi... Kita mandi kolam nak? Ada kolam air panas dekat spa bawah. Lepas solat, kita turun padang ke? Bersenam?" Maka Dryan teruskan lagi dengan kata-katanya yang cukup bersemangat tetapi aku pula... Tidak terlalu fokus mendengar tetapi mereaksi cara dia bercerita. Comel. Dryan yang ini... Aku tak rasa semua orang boleh nampak.

"Cahaya malap pun aku boleh nampak reaksi berkerut kau tu, Reen. Kau risau ke di sini? Tanpa mama dan papa?" Aku berkerut sebab... Terbayang mandi kolam dengan dia sebenarnya... Urat tu. Roti lagi. Rupa paras dia, aduhai. Berdebar... Namun, untuk sembunyikan sisa inesen yang ada jadi aku angguk.

"It's okay. Aku jaga kau." Rambut aku pula yang digosok lembut. Haih, takziah hati. Aku jadi tak sabar nak luangkan masa seharian dengan dia kalau dah pagi begini pun hati aku dah lebur.

- TO BE CONTINUED -

Maaf, chapter pendek lagi. Kali ini sebab wattpad pun ikut demam. Chapter yang ditulis awal tadi menghilang tanpa khabar😌 Thank you korang yang sudi vote & komen chapter sebelum ini. Author akan cuba stabilkan panjang chapter seperti selalu. Thank you🥺♥️

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro