20 | Darah

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

SORRY PENDEK + HAMBAR ')

Kunci? Cecair merah dan bau seperti darah ini buat aku tidak tenang. Dryan ada lukakan diri ke? Tapi darah sebanyak ini sampai mengalir ke luar...

"Dryan?" Aku cuba memanggil malah menunggu untuk beberapa minit, diam. Kerana kedengaran seperti tiada orang pula? "Mrs Wyatt? Bahan sudah tersedia." Suara Mike memanggil aku lagi. Argh, aku tertanya tapi... Aku pasrah. Kaki mula melangkah ke arah lelaki tinggi berkot hitam tadi.

"Mike, kenapa ada darah bawah pintu tu? Tak mungkin Dryan terluka sampai macam tu kan?" Agak mengambil masa juga ya untuk Mike hadam satu per satu perkataan dari mulut aku. Haish, kenapalah aku tak guna English je? Tapi aku suka betul dengat mereka berbahasa dengan aku. Nada dan suara itu agak seksi hm. Ditambah dengan para pangawal Wyatt memang bergaya dan kemas. Fuh, handsome weih. Dia dah mula dah miang, haih.

"Hm kucing mati agaknya..." Nada Mike kedengaran tidak selesa. Misteri betul orang dalam rumah ni. Aku malas nak kisah. Mungkin fikiran aku agaknya, entahlah. Tak logik pula kalau ada orang mati dalam rumah. Darah begitu? Aku tersenyum sendiri. Kalau apa-apa jadi, mesti polis dah ada. Tak mungkinlah.




.





END REEN'S POV

CEBIKAN Bella mengalihkan perhatian satu-satunya anak Tuan Wyatt yang sejak dari tadi tidak berhenti tersenyum. Jarang untuk melihat bibir itu terukir, akan tetapi sejak berjumpa kembali dengan Tengku Nuryn Delisha semula.

"Patutlah kau pilih dia. Cantik rupanya." Sepasang mata hijau emerald itu hanya memandang dengan reaksi malas layan. Sifat asli Dryan Wyatt. "Sepatutnya kita dijodohkan berdua. I tak percaya you pilih perempuan lain. Patutlah, cantik dari atas sampai bawah. You fikir benda macam tu boleh berkekalan ke?" Dia terus menyerang Tuan Muda Wyatt lagi. Memang benar, kalau ikutkan perancangan antara dua pihak keluarga sememangnya ingin mengahwini anak mereka bersama apabila sudah besar nanti.

Hal ini kerana keluarga Bella ada masuk campur dalam hal cubaan penculikan Dryan dan Reen dahulu. Mereka yang menjumpai lokasi tepat itu dan menghulurkan bantuan terlebih dahulu. Sejak dari itu, keluarga Wyatt menjalani hubungan kerjasama dengan keluarga Bella dan menolong mereka naik dalam industri perniagaan.

"Aku terhutang budi dengan keluarga kau tapi tak ada lah sampai setuju dengan cadangan. Apatah lagi, aku terikat pun sebab aku sayang Reen dari dulu lagi. Kalau keluarga kau tak jumpa, Reen mungkin dah tak ada sekarang." Dia masih menunggu dengan sabar. Kata Reen, gadis itu sedang buatkan kek untuk dirinya. Mahu dimasuk campur, Reen sudah melarang dia masuk ke dalam dapur. Sepinggan spaghetti Carbonara yang dimasak oleh Bella hanya dibiarkan di atas meja.

"Aku cuma kesiankan Reen. Dia tak tahu apa-apa tentang Wyatt kan? Di sebalik keberadaan dan pangkat kehormatan masih terselit sisi dunia gelap." Dia bereaksk seolah-olah tidak mendengar lagi.

"Sebelum I terserempak dengan you yang penuh dengan darah sewaktu keluar bilik tu tadi, I nampak Reen depan tu. You patut bersyukur waktu you buka tu nampak I, bukannya Reen. Tunjukkan sekitar Itali? You balik pun sebab ada urusan di sini lagi kan," ujar Bella lagi sebelum tersenyum sinis. Tidak, dia tidak ada kaitan untuk campur dalam dunia gelap Wyatt cumanya dia kenal dan menerima.

"Kenapa? Kau pun nak kena bunuh juga?"

Serentak dengan kata-kata dia, Tengku Nuryn Delisha masuk ke dalam ruang makan dengan membawa dua potong kek. "Kau diam, Bella." Suara Dryan Wyatt memberi arahan dingin.

"Hm? Kenapa?"

-

AKU memandang ke arah mereka berdua dengan hairan. Suasana di dalam ruang makan ini seperti dalam kutub selatan. Dryan hanya mengeleng perlahan apabila aku duduk di sebelah dia. Nak dikatakan bagi betis, nak paha jugalah bila aku tarik kerusi agar jadi sangat rapat dengan kerusinya.

"Cantiknya kau hias, Reen." Uhuk, berbunga-bunga hati aku bola dipuji lagi-lagi dengan buah hati. Aik, awal eh aku tukar status Dryan. Seriously, Dryan? Kau nak lunch dengan kek? Isteri sendiri pun haih... Baru belajar masak ke?" Kali ini aku terkejut. Sebelum ini kelakuan dia kelihatan pelik. Apa yang terjadi? Mangkuk ni terus tunjuk belang? Hm, aku memang tak boleh sembunyi reaksi wajah yang tiba-tiba berubah.

Dryan seperti tidak peduli kata-kata Bella, tangannya menarik sudu di tangan aku dengan selamba. Berdebar pula aku nak tunggu dia merasa. Kek red velvet yang dihias cheese itu direnung lama. Fuh, kenapa dengan Dryan ni?

"Kenapa? Kau teringat benda dalam bilik tadi ke? Merah." Suara Bella menegur membuatkan aku memandang mereka silih berganti. Bilik? Ingatan aku terimbas pada peristiwa tadi. Perlukah aku bertanya kepada Dryan?

"Diam, Bella."

Aku memandang ke arah Dryan yang seperti hilang dalam dunianya. Dia seperti sedang fikirkan sesuatu. Aku sebenarnya tak ada lah nak fokus mana tapi jawline Dryan agak menarik di situ. Fuh, Astagfirullah. Saat dia menelan liur sendiri, mata aku memerhati ke arah halkum itu pula. Tiba-tiba jari jemari panjang Dryan menarik tangan aku untuk pegangkan sudu kecil ini untuk dia. Tangan pun seksi, haih. Rambut perangn dia pun nampak on point, sedikit basah mungkin kerana baru sudah mandi. Aku berdebar dengan ciptaan Tuhan yang seorang ini.

"Kau kenal Wyatt Family tak, Reen? Mesti lah kau dah pernah jumpa uncle dan aunty kan? Maksud aku, kenal selain dari penghormatan dan kekayaan mereka..." Adakah Bella maksudkan dari sebelah dunia mafia mereka? Aku hanya mengangguk perlahan. Siapa yang tak kenal Wyatt? Ya, maksud aku... Mereka terkenal di merata tempat. Aku pun tak pernah sangka boleh berjebak dalam keluarga terhormat ini.

"Kau tak takut?" Hm... Aku tahu ramai takutkan Wyatt Family. Bukan hanya disebabkan kekayaan dan pangkat mereka... Mereka juga ada dunia di sebelah gelap yang menguruskan pembuatan bahan api, pemegang kawasan dan beberapa hal lain lagi. Memanglah aku takut pada mulanya, akan tetapi...

"Tak. Dryan cakap tak semua mafia bunuh orang. Lagipun aku dah pernah jumpa mummy dan daddy. Baik dan sporting je." Aku percaya Dryan. Lagipun lelaki di sebelah aku ini hanya budak nakal di sekolah. Biasalah kalau dia bergaduh dan luka malah mengamuk sana sini. Memang sifat Dryan Wyatt, asalkan dia jaga aku baik-baik sudahlah. Dah habis sekolah nanti, dia buanglah perangai gangster tu.

"Tak semua hm. Kau yakin sangat kan yang kau kenal Dryan? Aku lagi kenal dia dari kau." Dia ketawa? Apa kena dengan perempuan ni?

"Reen, kau nak terima ke kalau Dryan ni pembunuh? Tak payah susah-susah nak berlakon kau terima dia seadanya kalau kau tak kenal siapa Dryan Wyatt yang sebenarnya." Apa yang dia... Merepek ni? Reaksi Dryan di sebelah aku semakin dingin. "Kau keluar boleh tak, Bella?" Suara dia memetir segenap ruang dalam tempat makan ini... Aku pun terkedu.

"KELUAR! Keluar dari rumah aku," sambung nada kasar itu lagi, diakhir dengan rengusan. Bella berdeham sekilas sebelum bangun dari kerusi. PRANG! Aku terjerit apabila sebelah tangan Dryan menempis kuat pinggan spaghetti sehingga jatuh ke bawah. Dingin. Aura ke 19 ke ni? Tapi tiba-tiba aku rasa seram sejuk. Reaksi Dryan Wyatt lain dari sebelum ini.

"Okay, okay. Sorry..." Tanpa membuang masa lagi, bayangan Bella semakin hilang dari ruang makan. Suasana menjadi kekok buat beberapa minat. Tangan aku pula masih kemas dipegang Dryan bersama sudu.

"Suapkan aku." Nada dia kembali rendah dan perlahan. Haih, kaki demand pula dia. Sudahlah aku dah masakkan. Aku hanya menurut memandangkan reaksi wajahnya masih tegang. Gangster tapi nak bermanja, haih.

"Hmm kurang manis." Sepasang mata hijau itu mengalih ke arah aku. Eh? Aku rasa tadi dah okay. Aku betul-betul pasti yang aku rasa tadi da-eh! Tiba-tiba pinggang aku ditarik dan bibir aku diragut spontan. "Okay, baru cukup." Pipiku sudah dibakar dengan malu. Apa Dryan ni? Eii!

"So..." Tangannya menggenggam erat tangan aku sambil gerakkan untuk mengambil kek lagi. Apa salahnya kalau dia pegang sudu sendiri? "Kau nampak darah tadi? Ah, jangan risau. Tu darah kuda yang terluka, sayangnya dah mati." Bibir dia terukir dengan suatu perkara di fikiran. Creepy senyuman itu walaupun mengoda. Adakah ia dipanggil killer smile?

Kuda? What the fish? Kuda masuk dalam bilik tadi? Rumah? Apa benda Dryan ni? Lagipun aku dengar suara orang merintih sakit... Dryan juga ke? Kenapa aku rasa berdebar sekarang? "Bella tu dah lama tak bergurau kasar macam tu. Kau jangan ambil kisahlah. Merepek je dia." Kemudian dia ketawa hambar pula. Haish, malaslah aku nak melayan benda ni. Buat pening aku je fikir.

"Cakap pasak kuda, kau nak naik tak? Petang nanti kita pergi belakang bangunan sana." Uhm, aku tak boleh bayangkan benda akan terjadi selepas ini. Aku tak pernah naik tapi Dryan... Mesti... Aduhai, hati aku.

- TO BE CONTINUED -

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro