Pengumuman Pemenang

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Hello Wattpadders semua,

Pasti ramai yang sudah lega mendengar berita yang jumlah pesakit Covid-19 kian menurun dan perjalana merentas sempadan negeri kini sudah dibenarkan.

Di samping anda menjalani PKP Pemulihan, kami juga ada berita gembira untuk anda.

Ya, pemenang Cabaran #DudukRumah Bersama Wattpad akan diumumkan!

Sebelum itu, sedikit maklum balas daripada panel pengadil.

Penyertaan untuk aktiviti kali ini didapati sangat memberangsangkan, dan pihak Ambassadors Malaysia amat teruja menerima dan ikut sama menikmati cerita demi cerita bersama Wattpadders yang lain. Seperti dijangka, genre RomantikaMY merupakan kegemaran ramai penulis, manakala peserta prompt genre FiksyenSainsMY dan FanFiksyenMY berjaya mengejutkan pembaca dengan hasil karya campuran genre. 

Penyertaan untuk genre FantasiMY dan SeramMY pula rata-ratanya mempunyai cetusan idea yang sama baik, dan ini telah menyukarkan tugas ahli panel dalam proses pemilihan pemenang.

Kami juga amat tertarik dengan penyertaan yang berjaya menggabungkan keempat-empat prompt untuk genre pilihan sebagai sebuah cerita berangkai, apatah lagi bila penulis berjaya menggarapnya tanpa melanggar had 500 jumlah patah perkataan. 

Penulis Wattpad di Malaysia sememangnya kreatif!

Maka dengan penuh sukacita, kami di Ambassadors Malaysia mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua penulis yang telah menyertai aktiviti ini. 

Dan pemenang bagi setiap prompt mengikut profil adalah seperti berikut:

FantasiMY

Prompt 1: IkaSyafiqah1 Ikasyafiqah1

Prompt 2: themiracle401 themiracle401

Prompt 3: Eyra_Shazleyra Eyra_Shazleyra

Prompt 4: ninazfaa ninazfaa

FanFiksyenMY

Prompt 1: -earlord- -earlord-

Prompt 2: _thetruth10 _thetruth10

Prompt 3: themiracle401 themiracle401

Prompt 4: flizwn flizwn

FiksyenSainsMY

Prompt 1: SuriMawarneKaidar SuriMawarneKaidar

Prompt 2: AuniMirza123 AuniMirza123

Prompt 3: ninazfaa ninazfaa

Prompt 4: DZHaM081212 DZHaM081212

RomantikaMY

Prompt 1: _thetruth10 _thetruth10

Prompt 2: Aneez203 Aneez203

Prompt 3: Nobr__ Nobr__

Prompt 4: flizwn flizwn

SeramMY

Prompt 1: Redribbon30 Redribbon30

Prompt 2: Julieanez Julieanez

Prompt 3: IkaSyafiqah1 IkaSyafiqah1

Prompt 4: silverlining99 silverlining99

Semua pemenang diminta menghantar alamat e-mel beserta teks penuh karya anda melalui mesej peribadi (DM) ke akaun profil yang terbabit untuk menerima kit digital anda. Kami harap anda akan sukakan stiker untuk kulit buku dan poster cerita anda.

Kami ingin menjemput anda semua ke cerita terbaru terbitan kami, Antologi DudukRumah Bersama Wattpad, untuk menikmati semua hasil karya yang terpilih ini.

Semoga anda akan terhibur dengan bacaan yang unik ini serta karya peserta lain juga. Kepada para pembaca setia, teruskan menyokong penulis kegemaran anda.

Sebelum berpisah, kami ingin berterima kasih kepada setiap penyokong, pembaca dan penulis yang telah melibatkan diri dengan aktiviti ini. Anda semua Wattpadders yang telah teguh melaksanakan PKP dan PKPB dengan jayanya, maka anda semua wira dan wirawati kami!

Jumpa lagi di aktiviti seterusnya.

p/s: Jangan lupa amalkan saranan kerajaan untuk kekal sihat!

p/s: Bakal ada cabaran penulisan di Malaysia Ria, jadi sudi-sudilah hantarkan penyertaan di situ dan bacalah karya pemenang cabaran #MYRia terdahulu di Antologi Malaysia Ria.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro