BAB 1: PERTEMUAN

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

ZARIF AZHAD

Zarif sudah tidak berupaya untuk berlagak kuat lagi. Hanya badannya berjalan ke sana sini umpama zombie. Sedangkan hatinya, hanya tinggal alat untuk mengepam oksigen yang masih berfungsi, tetapi tiada perasaan lagi. Tiada apa-apa lagi di sana. Sungguh! Dia sendiri tidak menyangka kesannya sampai begitu. 

Sedih. Sebu. Sayu ... Sunyi. 

Pada hari pernikahan Puspa Kamilah dengan lelaki arrogant kekasihnya yang bernama Arman Naim itu, dia sengaja tidak hadir. Dia tahu Puspa tersinggung dengan perbuatannya. Tetapi dia tidak sanggup. Sungguh! Dia tidak sanggup melihat gadis yang dirinduinya itu bernikah dengan lelaki lain. Bukan lelaki itu jahat. Tidak. Malahan sangat baik budi pekerti dan tutur katanya. Bibirnya sebersih wajahnya. Senyum sepanjang masa. 

Dia harus mengakuinya, walaupun dia lelaki yang menyintai gadis yang sama. Mungkin dia sebenarnya yang menjadi pihak ketiga - bukan Arman.

Sepatutnya awal-awal lagi dia sudah dapat menghidu - Puspa memang menaruh hati kepada Arman apabila begitu bersungguh-sungguh mahu membebaskan lelaki itu dari penjara. Salahkan diri sendiri, kerana tak sedar diri. Berkotak-kotak rokok gagal menghilangkan kekosongan di hatinya.

Sekiranya anda mengasihi seseorang, anda bebaskannya. Sekiranya dia kembali, dia menjadi milikmu; jika tidak, dia tidak pernah menjadi milikmu.

Persetan dengan kata-kata itu. Hatinya tetap dirundung pilu.

Kekayaan atau pangkat tidak mampu membeli cinta.

Ya. Zarif atau nama penuhnya Raja Zarif Azhad datang dari keluarga yang kaya. Dia belajar undang-undang di luar negara atas biaya keluarga. Daripada tiga beradik, dua lelaki dan seorang perempuan. Zarif anak kedua. Ayahnya Raja Hadwan Shah, seorang berpangkat dan tokoh korporat, sudah lama meninggalkan dunia fana ini. Urusan perniagaan hartanah keluarganya diambil alih abang sulungnya Raja Izzat.

Namun, setelah berkawan dengan Ezhar dan dibawa berkenalan dengan kaum asal suku Orang Bukit, Zarif merasa wujudnya ketidakadilan dalam pembahagian hasil bumi negara. Mengapa ada yang terlampau kaya, dan ada pula yang dhaif, tinggal di bawah jambatan? Lebih teruk lagi, mengapa orang kaya menjarah hasil hutan, sedangkan masyarakat orang asal dibiarkan kehilangan sumber pendapatan, mendapat air yang tercemar dan tanah mereka dirampas?

Daripada kesedaran itu, dia jual semua pegangan daripada pusaka Raja Hadwan miliknya kepada ahli keluarganya. Zarif tidak mahu ambil tahu lagi. Dia tubuhkan NGO dan dana hasil jualan asetnya semua berada di dalam NGO itu. Nama Raja cuma wujud di kad pengenalannya dan urusan rasmi dengan Kerajaan sahaja.

Bukan itu sahaja yang menjadi kekesalan dalam hidupnya. Dia tahu dari mana asal usul kekayaan keluarganya.

Zarif seorang pejuang rakyat. Dia lawan pihak yang berkuasa atas negara. Tetapi dia tewas dalam perjuangan peribadinya. Dalam perjuangan cintanya itu dia kalah bukan dengan siapa-siapa.

Ya. Siapa Arman Naim? Dia hanya seorang jejaka yang sedang mencuba untuk bangkit setelah kehilangan pekerjaan kerana dipenjara. Tidak cukup tampankah Zarif berbanding Arman?

Ketampanan seseorang lelaki hanya relatif. Dan kerana aspek relatif itu dia tersingkir.

Zarif masukkan beberapa helai baju ke dalam backpack, campak ke dalam Range Rover off-roadnya dan tinggalkan bandaraya Ipoh menuju ke Hulu Perak. Dia belum pernah pergi sendiri. Sering dalam jelajah hutannya dia berkonvoi bersama-sama beberapa rakan peminat aktiviti jejak hutan, termasuk rakan karibnya Ezhar. Tetapi kini dia ke hutan kerana mahu mencari ketenangan dan menjahit luka di hatinya.

Setelah mengambil Raymond, seorang jungle tracker, dari suku Orang Bukit, di Banding, dia meneruskan perjalanan memasuki hutan dengan menelusuri jalan tikus yang sering dilalui oleh penyeludup dadah dan manusia. Akhirnya sampai juga di Pos Bukit Tunggal setelah melalui perjalanan yang sukar.

Sebenarnya Pos Bukit Tunggal boleh ditemui melalui bot merentasi Tasik Banding/Tasik Temenggur, dan kemudian menelusuri sebuah anak sungai atau merentas hutan. Tetapi  jalan itu hanya digunakan oleh penyelidik hutan dan pelancong acah-acah penjejak hutan.

Tenang sungguh suasana di hutan ini bersama suku Orang Bukit yang pemalu, tetapi amat tinggi budi pekertinya. Berdasarkan anutan, suku Orang Bukit beragama Islam. Menurut cerita, mereka telah diIslamkan oleh seorang bekas Pegawai Perhilitan bernama Mustafa. Tetapi, biasalah. Ramai di antara mereka tidak mengamalkan agama itu kerana kehidupan yang terpencil. Mereka lebih selesa dengan amalan berdasarkan kepercayaan nenek moyang.

Bukannya aneh pun. Yang hidup di tengah bandar berhampiran dengan masjid pun ramai yang engkar, inikan pula yang nun jauh di dalam hutan.

Zarif sudah beri Raymond perbelanjaan untuk dia tinggal di dalam hutan itu selama dua minggu. Dia membawa sedikit bekalan untuk diberi kepada suku Orang Bukit. Antaranya termasuk beras, gula, garam, mi dan mihun kering. Biskut juga dibawanya untuk diberi kepada anak-anak mereka. Selain itu semua makan minum akan diuruskan oleh Raymond. Kalau Raymond makan dia makan, kalau tidak dia boleh tidur sepanjang hari.

Apa dia nak buat dalam dua minggu dia tak tahu. Mungkin ikut Raymond mencari madu tualang.

Entah. Dia mahu membiarkan hidupnya ditentukan oleh takdir, walaupun dia sendiri, selama ini tidak pernah percaya kepada takdir.

*****

ADILA FAIRUZ

Zarif tidak tahu takdir akan mempermainkannya sebentar lagi.

"Andak!"

Kedengaran suara halus memanggil dengan melodi seperti lagu kanak-kanak.

Siapa tu? fikir Zarif. Tegak bulu romanya mendengar suara lunak itu. Isy! Takkan siang-siang ada hantu. Hei...orang Bunian ada laa...siang atau malam.

"Andak!" kedengaran lagi suara itu. Jelas dari bawah, tidak jauh dari pondok kediamannya.

Zarif menjenguk dari tingkap kecil pondok yang didiaminya. Seorang gadis kecil sedang berdiri di halaman. Backpack nya kelihatan lebih besar daripada tubuh kurus gadis itu. Dia pandang gadis itu dari atas ke bawah. Gadis itu memakai tudung berbunga-bunga, baju kain kapas warna putih lengan panjang dan seluar jeans warna hitam. Kasut gadis itu berwarna-warni, juga kecil seperti pemakainya. Tiba-tiba gadis itu mendongak ke arahnya. Dia menguntum senyum.

Manis sekali senyumannya. Seluruh wajahnya seolah-olah bersinar. Betulkah dia ni manusia? gerutu hatinya. Jantungnya tiba-tiba lebih aktif mengepam oksigen.

"Maaf. Nak tanya. Mana Andak?"

Sah manusia. Kalau tidak takkan mencari Tok Batin Andak a.k.a. Abdul Rahim. Ada sesuatu yang amat mendamaikan pada suaranya.

"Tok Batin Andak?" soalnya.

"Ya."

Zarif agak gadis itu mungkin masih remaja. Mukanya bujur sirih, hidung mancung tetapi kecil, mulut mongel, gigi putih rapat-rapat. Dia tahu sebab gadis itu tersengih apabila nampak dia menuruni tangga kecil dua batang kayu pondok itu.

"Dia baru keluar," katanya. Tersedar dia sedang meneliti wajah gadis itu.

"Awak siapa?" soal gadis itu, memandangnya seolah-olah dia seorang penceroboh.

Eh...dia tanya aku siapa pula. Bukankah aku yang patut bertanya?

"Saya Zarif."

Gadis itu mengangguk. Senyum lagi. "Saya Adila."

Mereka berdiri memandang satu sama lain. Cuba menilai satu sama lain.

Siapa pula mamat ni? Andak tak kata ada mamat tinggal di sini. Habis tu? Aku nak tidur di mana? Hati Adila berteka-teki.

Tiba-tiba kedengaran suara.

"Adila! ... Anak Andak yang disayangi!"

Serentak kedua mereka berpaling ke arah suara itu. Tok Batin Andak mendepang kedua tangannya. Adila terus masuk ke dalam pelukan Tok Batin Andak tanpa ragu-ragu. Macam satu keluarga. Zarif semakin hairan. Lama mereka berpelukan. Tok Batin Andak menepuk-nepuk belakang gadis itu. Kemudian Tok Batin Andak memandang ke arah Zarif.

"Ini anak saudara aku, Adila. Ibu dia adik aku," kata Tok Batin Andak.

Setelah bertahun-tahun dia berurusan dengan Tok Batin Andak, baru hari ini Zarif tahu Tok Batin ini ada anak saudara perempuan. Tetapi wajahnya langsung tidak mirip suku Orang Bukit. Malah seperti kacukan, khususnya pada matanya...Sangat cantik berwarna kehijauan. Mungkin kerana pantulan cahaya kepada dedaun atau dia memakai kanta sentuh, fikir Zarif.

"Bila kamu balik?" Kata-kata Tok Batin Andak menerobos ke dalam monolog Zarif.

"Andak...Dah tiga bulan Adila balik," Adila menjawab. Suaranya masih bermelodi seperti lagu kanak-kanak.

"Iyalah ... Andak mana pergi ke Kuala Lumpur."

"Allah ... Andak pergi KL, sanggup terus ke Putrajaya. Dekat sangat dengan tempat Adila. Itu pun tak nak singgah."

"Andak tak mahu ganggu kerja Adila."

"Andak bantu Adila sampai berjaya. Takkan Andak mengganggu?"

Zarif kebingungan. Apa mereka cakap inipun satu habuk dia tak faham. Kerana terasa seperti diabaikan, dia bergerak menuju ke sungai di belakang perkampungan itu.

"Eh ... Tuan Zarif, belum kenal dah pergi?"

Langkahnya dimatikan dengan soalan Tok Batin Andak.

"Kan tadi dah kenal," jawabnya tanpa berpaling.

"Tuan?" soal Adila.

Kali ini Zarif berpaling dan matanya bertembung dengan mata hijau Adila yang memukau. Comel sungguh macam patung barbie.

Tok Batin memperkenalkan, "Ini Zarif. Dia peguam. Anak Andak ini Dr Adila Fairuz, pensyarah universiti."

Adila senyum selamba. Ganti Zarif pula terkejut, bila disebut nama penuh.

Hah? Macam aku pernah dengar nama itu. 

"Please to meet you," kata Adila, suaranya semacam sedikit sinis.

"Raymond! Mari tolong Adik Adila!" jerit Tok Batin Andak.

Zarif baru sedar rupanya Adila datang dengan satu trak penguatkuasa hutan. Barang-barangnya lagi banyak daripada backpack besarnya. Semuanya diangkut dengan cermat. Tok Batin Andak mengarahkan barang-barang itu dimasukkan ke dalam sebuah kabin di tepi sungai itu. Zarif tidak pernah bertanya tentang kabin itu. Dia cuma tahu itu pondok Mustafa.

"Adila lupa ... pondok ini masih wujud ya?"

"Sudah tentu. Andak jaga dengan elok. Mana tahu kalau-kalau daddy Adila datang."

Adila sangat teruja untuk kembali menghuni kabin itu. Kali terakhir dia datang ke situ bersama ayahnya ketika dia mahu menyiapkan kajian PhDnya. Kabin itu diperbuat daripada anyaman buluh dan rotan yang disusun rapat dan kukuh, bukan yang berlubang-lubang seperti pondok yang didiami Zarif dan penduduk di situ.

Kabin itu ada sebuah bilik tidur, dapur kecil dan bilik air sendiri. Air dipam dari sungai di belakang penempatan suku Orang Bukit itu. Terdapat sebuah almari juga dibuat daripada anyaman buluh. Adila pernah diberitahu, kabin itu dibina oleh Daddy. Ia untuk kediaman ibu dan Daddy kalau bersinggahan di situ. Jelas. Daddy mahu privasi.

Sebuah mentol bergantung di ruang tengah, sebuah di dalam bilik dan sebuah lagi di dapur. Mentol hanya berfungsi di waktu malam, apabila generator telah dihidupkan. Siapa perlu kipas dalam hutan yang redup itu?

Selesai menyusun barang-barangnya, Adila berbaring di atas tilam nipis yang dibawanya dan terus belayar ke pulau kapuk.

*****

🚙

*Pondok itu lebih kurang macam ini*





Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro