BAB 6: MIMPI ARMAN

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Oleh kerana cerita ini sequel daripada RINDU KAMILAH, maka watak Arman dan Puspa ada di sini, dalam pasukan protagonis. 

DAVID

Arman terjaga. Badannya berpeluh-peluh dalam suasana dingin malam. Jantungnya mengepam oksigen dengan laju. Mungkin hendak membuang toksik yang cuba menyelinap masuk. Ditoleh ke kanan. Puspa tidur dengan seulas senyuman di bibir. Entah apa mimpi manisnya. Diusap pipi isteriya. Terasa sedikit berisi. Tidak lagi kurus seperti ketika masih koma dan lumpuh. Puspa menepis tangannya. Mata masih pejam dan bibir masih tersenyum. Perlahan-lahan Arman bangun kerana tidak mahu mengganggu tidur isterinya yang sedang bermimpi enak itu. Dia menuju ke bilik air dan terus mandi.

Kenapa aku asyik dapat mimpi yang dahsyat ini? Mengapa ia terus berulang?

Lepas mandi, Arman pasang lampu di ruang riadah peribadi mereka. Pakai baju-T, dan sarung seluar pendek. Lepas itu dia sarung kain pelikat, bentang sejadah. Dia solat tahajud dan witir. Memohon Allah untuk mendapat ketenangan.

Seusai solat, sejadah dan kain pelikat digantung di tempat khasnya. Dia kembali ke ruang riadah peribadi. Speed bag yang tergantung di situ seperti melambainya. Ditumbuknya speed bag itu dengan tangannya tanpa memakai glove beberapa kali. Tetapi bayangan mimpi itu tetap tidak hilang.

Arman berbaring di atas lantai vinyl ruang riadah itu berbantalkan sebuah kusyen kecil empat segi. Kedua lengan memeluk tubuhnya sendiri. Mata ditutup.

"Abang, kenapa tidur di sini?" Tiba-tiba kedengaran suara manja menegurnya.

Arman membuka mata. Wajah isterinya sangat dekat dengan mukanya. Kening lebatnya hampir bertaut kerana berkerut.

Dia duduk dan bersila di hadapan isterinya. "Abang mimpi."

"Mimpi apa?"

"Banyak kali abang mimpi yang sama."

Puspa mengesot dan merapatkan diri.

"Seorang lelaki memegang selaras pistol yang muncungnya ditujukan kepada abang. Kemudian dia menembak. Setiap kali dia menembak, abang terjaga."

"Abang kenal siapa?"

"Seperti abang kenal. Tetapi wajahnya berbeza."

"Siapa?"

"David Leong."

"Abang nampak dia David Leong?"

Geleng.

"Just a feeling ..."

Serta merta bulu roma Puspa berdiri. Seram. Teringat kembali serangan ganas Badar, rakan sekongkol David Leong. Dia rapatkan lagi badannya ke tubuh Arman. Niat tadi dia nak pujuk Arman. Tapi nampaknya dia yang ketakutan.

"Bukan dia dah mati?" soalnya.

Arman dapat menangkap perasan Puspa daripada gerakan kecil itu. Lantas tubuh isteri dipeluk erat. "Nanti abang bincang dengan Abang Hail, macam mana nak call Atok supaya jangan call kita kena pintas."

Badar dan David ahli kartel dadah. Mereka sangat licik dan punya banyak wajah. Sudah tentu mereka juga ada rangkaian teknologi yang membantu sehingga sukar dikesan penguatkuasa. Arman dan Puspa mengganggu sarang mereka secara tidak sengaja.

Setakat ini apa yang mereka diberitahu ...

Kartel dadah di luar negara mahu kenakan David yang mengugut untuk mendedahkan kegiatan mereka jika tidak diberi komisyen lebih tinggi.

*****

Badar diarah menyamar sebagai pemandu syarikat pengangkutan David. Tapi sebenarnya dia dihantar oleh bosnya di luar negara untuk mengutip David dan memusnahkannya. Caranya ialah dengan menyerahkannya kepada Penguatkuasa Anti Dadah Negara (PADAN) dalam keadaan dia sedang mengedar dadah. Tapi David ada pemberi maklumat dalam PADAN. Dia cari kambing hitam.

Mujur Puspa gigih. dengan bantuan dua orang datuknya, secara senyap-senyap, Arman berjaya dibebaskan. CCTV yang merakam saat Arman ditangkap itu ditemui.

David sempat melarikan diri, setelah dia diberitahu CCTV itu sudah jatuh ke tangan Peguam bela dan diserahkan kepada Peguam Negara. Polis sudah berjaya menjejaki pemberi maklumat itu yang hidup mewah dengan duit komisyen daripada kartel dadah. Dia sekarang sedang berhadapan belasan pertuduhan rasuah dan pengubahan wang haram.

PADAN dirombak dan dijenamakan semula dengan nama baru. Beberapa staf lama digantung kerja sejak CCTV itu muncul. Tidak hairan, ramai bekas anggota PADAN, kini mendendami Arman dan Puspa.

*****

Pagi itu Azman dan Puspa pergi ke pejabat Suhail.

"Cerita pada Abang Hail mimpi tu," kata Suhail. Dia bukan pakar mimpi. Tetapi dia ada 'software' khusus yang boleh mengubah lakaran wajah seseorang dengan pantas. "Rupa dia boleh ingat tak?"

"Arman nampak dia kulit cerah. Mungkin Cina. Tetapi wajah tak pernah Arman jumpa."

"Arman ada bergaduh dengan mana-mana Cina?"

Arman ketawa kering, "Kalau Abang Hail tanya Malik, baru betul dia ada gaduh dengan ramai ahli kongsi gelap Cina. Arman mana ada."

"David Leong?" soal Suhail.

"Rupa dia tak macam David Leong."

"Mungkin dia buat face-off," kata Puspa.

Software yang sedang terpapar di komputer Suhail dibekalkan oleh Datuk Haidar.

"Arman bayangkan rupanya, Abang Hail ubah di sini," katanya sambil menekan papan kekunci komputer mejanya. Dia tayang wajah David Leong.

"Abang dapat gambar ini daripada Atok," jelasnya.

"Betul. Itu wajah David Leong," kata Arman.

Arman cuba memberi gambaran bagaimana wajah lelaki dalam mimpinya. Akhirnya dia dapat membina wajah seorang lelaki. Suhail padankan wajah itu dengan mana-mana penyangak yang dikehendaki polis. Tidak ada.

"Okey. Abang Hail hantar maklumat ini pada Atok."

Puspa pegang tangan Arman. Tangan Puspa sejuk dan menggigil. Mata berpandangan. Segaris senyuman buat jaminan kegusaran isteri tersayang, diukir lembut dibibir.

Petang itu Datuk Haidar hantar pesanan, seorang pemandu akan menjemput Arman dan Puspa. Pemandu Datuk Haidar sebenarnya seorang bodyguard

Arman pergi ke kebunnya untuk menyemak peralatan sebelum ditinggalkan. Beruntung dia dapat Ravi yang sudah dinaikkan pangkat jadi Penyelia Ladang (Farm Supervisor). Di bawahnya ada empat pekerja tetap mengikut sif, setiap hari termasuk Ahad. Beberapa orang perantis datang dan pergi, diambil dari kolej komuniti.

Kerja ladang tidak ada cuti.

Pokok cili semua sudah ditanam di dalam Rumah perlindungan Hujan (RPH), hasil sumbangan Puspa. Sementara itu di kawasan tidak bertutup, ditanam dengan nanas MD2, sebagai memenuhi janji dengan Walid dan Umi. Sistem Internet of Things (IoT) yang digunakan dapat memantau ladangnya dengan berkesan secara jarak jauh, menggunakan telefon pintar. Tenaga solar dibina sepenuhnya. Kini teknologi komputer mampu digunakan untuk mengurus ladang.

*****

ARMAN YANG TANGKAS

Setelah Arman berkeras tidak mahu diberi pengawal keselamatan (bodyguard), Datuk Haidar ajar Arman menembak. Dia sangat bangga dengan suami cucu kesayangan ini. Apa sahaja yang dia buat semua akan dilakukan dengan sempurna, termasuk menembak. Selain latihan seni mempertahankan diri, semua pekerja SSH wajib belajar menembak. Bukan hanya yang bertugas sebagai pengawal keselamatan peribadi, tukang bancuh kopi pun diajar cara menggunakan senjata dan pertahanan diri.

Tetapi Arman seperti berlian. Dia penembak tepat semula jadi. Tidak kira sama ada sasaran sedang bergerak, atau Arman yang bergerak, tembakan tetap tepat.

Datuk Haidar sangka Arman seorang penjaring gol untuk permainan ragbi sahaja. Seorang yang amat teliti dalam pengukuran setiap projek yang direka ciptanya. Rupanya Arman seorang yang obses dengan ketepatan. Justeru tembakannya sentiasa tepat. Datuk Haidar dapat merasa, tersembunyi di sebalik wajah tampannya, ada dendam yang tidak selesai. Mungkin dendam tiga tahun dalam pengasingan ketika usia baru mencecah 25 tahun. Di saat anak muda memikirkan bagaimana mahu membina kehidupan baharu.

Tulang belakang tua Datuk Haidar terasa merinding. Sekelumit rasa belas dia dengan orang yang berada dihujung sasaran senjata api Arman.

Penglihatan Arman umpama mata helang yang bersembunyi di sebalik wajahnya yang bersih dan sentiasa tersenyum itu.

Selepas menghantar Puspa ke rumah Datuk Haidar, Arman dibawa ke pejabat yang terletak tidak jauh dari Putrajaya untuk sembang, empat mata.

Sebelum itu, sebaik sahaja mendapat maklumat yang dihantar Suhail, Datuk Haidar terus memanjangkan imej itu kepada rangkaiannya di luar Negara. Lalu tanpa membuang masa mereka mula menggali pemilik wajah itu. Akhirnya mereka berjaya mengesan seorang lelaki yang wajahnya mirip lakaran yang dihantar Suhail. Dia dikenali sebagai Dominic. Seorang billionaire alat komunikasi elektronik, kononnya dari tanah besar China yang tinggal di sempadan Vietnam Utara dan China. Mendapat kekayaannya melalui perniagaan nadir bumi. Sudah tentu rangkaian perisik Datuk Haidar tidak percaya dengan latar belakang Dominic.

Siapa Dominic?

"Kami buat advanced scan profiling," terang Datuk Haidar. "Gambar yang Suhail lukis 99.9% match dengan wajah Dominic. Bila kami match Dominic dengan David kami dapat 80%"

"Jadi, David dan Dominic bukan orang yang sama?" soal Arman.

"Orang yang sama," jawab Datuk Haidar.

"Tapi, kenapa ada selisih 20% atok?" soal Arman.

"Sebab dia buat pembedahan di banyak tempat di wajahnya," jawab Datuk Haidar.

"Bukankah cap jari tak boleh diubah? Macam mana dia boleh pergi ke sana sini?"

Datuk Haidar senyum sinis. "Bagaimana kalau nama pada cap jari itu sudah diubah jadi Dominic?"

"Itu kena ada orang dalam," kata Arman.

"Ya ... Mereka bukan Malaikat," balas Datuk Haidar.

Datuk Haidar sebenarnya ada agenda lain untuk Arman.

"Jelas! David memalsukan kematiannya," tegas Datuk Haidar.

"Arman pun tak percaya dia dah mati."

"Kita sama-sama cari David," pujuk Datuk Haidar. Suara dia sebak. "Atok juga ada kekesalan ..."

"Kekesalan apa atok?"

"Sampai sekarang, atok tak dapat tangkap pembunuh ibu bapa Erina."

"Kalau mereka hidup, atok dah boleh rehat, sebab anak atok seorang itu sahaja yang minat bidang ini."

Arman mengangkat muka. Puspa pernah bercerita tentang Pak Long dan isterinya yang meninggal dunia diserang lanun ketika keluar memancing di Selat Melaka. Turut terbunuh seorang rakannya dan pengendali bot. Pak Long Puspa seorang pegawai polis.

Datuk Haidar tidak percaya penyerang itu lanun.

Orang tua ini memang boleh baca fikiran aku, gumam Arman. Dia pandai main perasaan orang. Belum sempat Arman respons kata-kata Datuk Haidar, pintu diketuk. Cepat saja Datuk Haidar menyuruh masuk. Seperti dia sudah menanti kedatangan tetamunya.

Seorang lelaki berusia lengkongan awal 40an berjalan masuk. Datuk Haidar segera bangun lalu mereka bersalaman dan berpelukan.

"Arman, ini Komander Imran. Beliau dengan Kerajaan."

Arman bangun dan turut bersalaman.

"Bila atok dapat soft grant Kerajaan untuk tubuhkan Jabatan Cyber Security, kita kena melapor kepada Komander Imran. Beliau Pengarah Special Intelligence Unit (SIU)."

Komander Imran, berkulit hitam manis dan berbadan tegap. Wajahnya yang ketat itu amat sesuai dengan nama pangkatnya.

"Ahlinya ada tentera, polis dan civilian yang terlatih. They keep their job and their original posts," jelas Datuk Haidar.

Arman seolah-olah dapat menghidu ke mana arah perbincangan. Ini unit anti keganasan atau polis dunia. Antara aktiviti mereka termasuk kerja-kerja menentang pengganas secara pre-emptive strike - tindakan sebelum berlaku kejadian. Ia ada jaringan dengan CIA, M16 dan KGV. Mungkin juga Mossad.

Aktiviti mereka penuh kerahsiaan dan tiada catatan khusus yang diterbitkan. Ahli mereka boleh pergi ke mana-mana dengan nama yang bertukar-tukar tanpa dapat dikesan. Mereka tiada belas kasihan kepada musuh dan amat menakutkan. Hari ini Arman berhadapan dengan Ketua mereka di negara ini.

Komander Imran renung wajah kacak lelaki muda di hadapannya. "Kami mahu awak dalam pasukan kami."

*****

📡

*Contoh rifle Sniper*

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro