20: "Ash Marvin"

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

'Alex? Dah masuk, ke belum? Nampak apa-apa?'

Alex mengeluh panjang. Rasanya sudah kali kesepuluh Diego tanyakan soalan yang sama.

"Kau tanya lagi sekali, aku balik," ugut Alex.

Diego terdiam lama. Memandangkan Diego sudah mendiamkan diri, Alex kembali fokus dengan tugasnya. Ikutkan hati, memang dia tak mahu membantu. Tapi kalau dah hidup sebagai anak buah Evil Crow, terpaksalah.

***

Sekejap ke kiri, sekejap ke kanan. Pening kepala Danielle melihat Diego.

"Woi! Duduk diam-diamlah, siak!" Danielle memandang dengan pandangan tak puas hati.

"Macam mana ni? Aku nak tahu apa jadi dekat sana. Aduh! Kenapalah aku tak ikut sekali!" rungut Diego sebelum menghempas kasar punggungnya di atas sofa.

"Aku ada pasang mini camera dekat leher suit Alex. Kalau nak tengok, ikut aku pergi bilik sistem," ujar Eve yang baru masuk ke dalam vila.

"Serius?" Pantas Diego mengikut langkah Eve menaiki tangga. Bilik sistem menjadi tujuan mereka.

"Kau tak terfikir nak buat macam tu juga ke?" soal Danielle apabila Diego kelihatan seperti blur tahap maksimum.

"Entah." Ringkas saja jawapan Diego.

Pintu besi dibuka. Tanpa berlengah, Eve masuk dan menekan punat di komputer. Lincah jarinya bergerak memasukkan pelbagai jenis kod yang sukar difahami.

"That's it."

Mendengarkan itu, skrin komputer yang memaparkan pandangan dari atas chandelier diperhati secara teliti.

"Aku dah lama nak panjat lampu macam tu! Aduh! Nak juga!" rengek Danielle gedik.

"Danielle the monkey," ejek Eve.

"Eve the gorilla." Danielle membuat serangan balas.

"Danielle the pig."

"Eve the elep-"

"Shhh! Aku hantuk kepala korang nanti." Diego memberi amaran tanpa memandang wajah mereka. Matanya masih elok melekat pada skrin.

Eve dan Danielle menjeling sesama sendiri.

"What the fuck!"

Makian Alex dari speaker berjaya menarik perhatian mereka.

"Alex! Kena-"

Terhenti.

Senyap.

Degupan jantung masing-masing memainkan irama yang tidak kurang rancaknya.

Anggota terasa kaku.

Lumpuh.

Beku.

"A... Alex. Tu... Mar... vin?" Dengan nada tergagap-gagap Eve menyoal.

Alex dari seberang sana spontan menekan earpiece rapat ke telinga sebelum membalas, "Aku tertangkap! Teruskan rancangan kita! Jangan lambat! Rose baru inform maklumat penting! Nanti dia sampai! Nyawa Marvin terancam! Ce- arghhh! Lepas, bodoh! What the hell! Fuck off! Bullshit!"

Panggilan tidak dapat disambungkan. Pasti earpiece sudah ditanggal dan mungkin dipijak-pijak oleh Dark Wolf.

"Gerak sekarang!" Danielle berua-ura mahu bangun dari duduk.

"Tunggu!" jerit Diego tiba-tiba.

Terhenti terus pergerakan Eve dan Danielle. Mata Diego yang memandang tepat pada skrin komputer membuatkan mereka melakukan hal yang sama.

Skrin gelap, tapi...

Mata tajam mereka berjaya mengesan sedikit pergerakan.

Satu wajah yang amat dikenali terpampang.

Rambut blonde.

Mata hijau.

Senyuman sinis elok terukir.

"Hello, Evil Crow."

Danielle tersentak dan bersuara, "Bukan ke dia ni..."

"Dylan Bradd," pintas Diego.

"Well, well, well. Such a great job!" Tangan ditepuk beberapa kali sambil tawa mengejek terpacul dari bibirnya.

Panas hati Diego melihat perlakuan Dylan itu.

"Evil Crow dah beraksi. Tapi, sayangnya... tsk... tsk... tsk... lembap sangat." Dylan mengesat tubir matanya biarpun tiada air mata yang mengalir.

"By the way, aku dah terlalu lama dahagakan darah Evil Crow. Tepat pukul 10 malam, nyawa bakal melayang! Kau lambat, kau menyesal. Kau cepat, hrm... I don't know. Mungkin nyawa kau akan ikut melayang sama. Good luck, Ash Diego."

BANG!

Skrin gelap.

Mini camera musnah kerana sebutir peluru Dark Wolf.

55 minutes left.

***

SCAR-L, AA-12, MP7 dan beberapa senjata api lain bakal digunakan dalam pertempuran sebentar saja lagi.

"Ikut rancangan asal kita! Lakukan apa saja asalkan Marvin selamat! Faham?!" soal Marvin dengan lantang.

"Faham!"

"Move! Move! Move!"

Bunyi derapan kaki kedengaran serentak menuju ke Range Rover Supercharged LWB.

Diego, Eve dan Danielle pula bergegas masuk ke Tesla Roadster bewarna merah. Deruman enjin semakin menjauh menandakan mereka sudah meninggalkan kediaman vila.

20 minutes left

Tiba saja di depan banglo mewah milik Dark Wolf, Diego keluar dari kereta diikuti dengan Eve dan Danielle. Ahli Evil Crow yang lain sedang menyelinap masuk dari laluan yang lain.

Loceng ditekan.

Tak sampai seminit menunggu, pintu utama dibuka. Mata menyapa wajah dua orang anak buah Dylan.

"Kami nak jumpa ketua kau," ujar Diego sambil menanggalkan cermin mata hitam dan disangkutkan di leher suit hitamnya.

Anak mata hazelnya tajam menikam menahan amarah. Sesekali rambutnya beralun bergerak mengikut arah angin.

"Kalau aku tak bagi masuk?" Salah seorang dari mereka mencabar.

"Huh!" Diego merengus kasar.

Akal Eve mula bekerja saat itu. Kalau dibiarkan Diego yang jiwa kacau selesaikan, jangan mimpilah. Mahunya berpuluh peluru bakal dihabiskan nanti. Pantas senyuman diukir sebelum dia mara menapak ke depan.

"Tak nak kasi I masuk, ke?" tanya Eve dengan lenggok manja menyebabkan kedua-dua lelaki tersengih miang.

"Kalau I tak bagi masuk?" duganya.

Eve tergelak kecil sebelum berkata, "Maknanya, kau tempah maut."

"Argh!"

"Ergh!"

Jatuh.

"Settle," kata Eve. Jarum picagari yang terkandung racun diselitkan elok di celah kasutnya semula.

"Jom," ajak Diego seraya meluru masuk ke dalam.

Pak! Pak! Pak!

Tepukan tangan dari anak tangga paling atas menggerunkan Eve. Berlainan pula dengan Diego dan Danielle. Bagaikan gunung berapi mahu meletus mereka tika itu.

"Wow! Tiga orang aje? Hm, mengagumkan." Sinis pujian itu kedengaran.

"Mana Marvin?" soal Diego keras menyebabkan Dylan meledakkan tawanya.

"Adik rindukan abang ke? Auw... how so sweet!" Sengaja dia mahu menaikkan lagi amarah Diego.

Tapi...

Dia tak kenal siapa Diego.

Bagi dia, Diego hanyalah budak mentah.

Tsk...

Salah, Dylan.

Kau silap orang.

Kau kejutkan harimau.

Kau jolok sarang tebuan.

Kau. Bakal. Mati.

"Tak nak turun? Tak apa, biar aku yang naik," ujar Diego secara selamba.

Satu demi satu anak tangga dinaiki. Sesekali, pasti mata Dark Wolf memandang hayunan tangan Diego.

'Tak pegang senjata. Bodoh!' desis hati jahatnya.

Kini, Diego sudah tepat berdiri di depan Dylan.

"Hello, Diego." Serentak itu, bahu Diego ditolak kuat.

Diego yang mula hilang keseimbangan badan pantas membuat gaya backflip. Kemas, kaki didaratkan tepat di anak tangga kedua dari atas.

"Fuck it! Masuk! Masuk!" laung Dylan lantang. Rasa tercabar dan tak puas hati mula menyelinap masuk ke dasar hatinya.

Diego di tingkat atas sudah dikelilingi lima orang anak buah Dylan. Eve dan Danielle di bawah pula dikelilingi oleh sepuluh orang musuh.

"Selesaikan diorang! Aku nak pergi bunuh abang dia, lepas tu adik dia. Diikuti dengan Danielle dan..." Mata dihalakan ke arah Eve.

"...dan girlfriend dia akan jadi milik aku." Senyuman jijik terukir. Biarpun wajahnya kelihatan kacak, segala kejahatannya sudah mengaburi rupa.

Langkah dibawa ke arah satu lorong gelap di situ. Diego mengecilkan mata mahu menangkap ke mana sebenarnya lelaki itu pergi.

"Rose! Masuk!" arah Danielle melalui walkie talkies.

Tapi tidak lama apabila salah seorang dari pihak lawan sudah menghayunkan kaki. Walkie talkies jatuh berderai.

Di tingkat atas, lelaki berambut merah cuba memulakan pertempuran.

"Hiyahhh!!!"

Pantas Diego menangkap pergelangan kaki si penyerang menggunakan tangan kanan. Tidak mahu berlengah, tangan kiri menarget kaki musuh lain yang terdekat.

Pantas.

"Pergi mampus!"

Kaki mereka diangkat dan dipusingkan sebanyak dua pusingan sebelum dilempar ke tangga. Berguling mereka jatuh ke bawah namun sedikit pun tidak mengganggu perlawanan antara Evil Crow menentang Dark Wolf.

"Gun!" jerit Diego memberi arahan.

Lantas semua ahli Evil Crow mengeluarkan senjata api masing-masing.

BANG! BANG! BANG!

"Argh!"

"Urgh!"

Darah tumpah. Banyak nyawa melayang. Setakat ini, Evil Crow menguasai.

"Eve, Danielle! Pergi tolong Diego! Diorang semua biar kami handle!" arah Nick kemudian menghentak tengkuk musuh dengan pistol.

Rebah.

Eve dan Danielle akur. Langkah dibawa laju naik ke atas. Masing-masing mengeluarkan pistol. Musuh yang masih berbaki lagi tiga orang di tingkat itu ditarget. Sebelah mata ditutup rapat agar fokus dapat dicapai.

Sasarkan.

BANG!

BANG!

Mengena.

"Argh!" Suara Diego.

Ternyata, hanya dua yang mati terkulai. Satu target tertinggal dan Diego tercedera.

"Shit!" Combat knife yang terbenam elok di bahunya ditarik tanpa ragu-ragu. Cecair merah pekat mengalir deras.

"Sial!"

BANG!

Mati.

Berang Danielle dibuatnya apabila pihak musuh berani menyentuh ketuanya.

"Marvin!" Pecut Diego menuju ke arah lorong kecil yang dilalui Dylan tadi. Risau kalau...

Kalau dia terlambat.

Kaki automatik berhenti di depan satu pintu. Pintunya sama sahaja seperti pintu lain namum firasatnya mengatakan bahawa inilah tempatnya. Berbekalkan rasa percaya dengan firasat sendiri. Pintu ditendang kuat.

Pecah.

Benda pertama yang mereka nampak adalah...

Marvin.

Marvin di atas...

Electric chair.

Alex pula masih bernyawa dan elok diikat di kerusi kayu.

"Marvin!"

"Celaka! Kau lambat!" jerkah Dylan psycho sebelum tangan bertindak mahu mengeluarkan alat kawalan dari poket belakangnya.

"Argh!"

Tangan terputus.

Lutut bengkok mencium lantai.

Combat knife yang tadi menikam bahunya sudah selamat dibaling. Tepat mengena sasaran, memancut darah keluar.

"Aaarrrggghhh!!! Tak guna kau, Diego! Kau akan mati! Kau akan mati!" Bagai orang hilang akal, Dylan berlari ke arah Diego tanpa membawa sebarang senjata.

Eve melihat.

Picu ditarik.

BANG!

Kalau tadi, darah memancut dari pergelangan tangan. Tapi sekarang, dari perutnya pula. Dylan menggelupur beberapa saat sebelum kaku.

Terdengar hembusan nafas kelegaan yang agak panjang terpacul dari bibir Diego. Badan disandarkan ke dinding kemudian dilorotkan jatuh ke lantai. Rambut diraup kasar ke belakang.

Danielle bertindak melepaskan Marvin dari electric chair. Apabila Marvin sudah berjaya dilepaskan, dia bergerak ke arah Alex untuk membuka ikatan tali.

Mata Marvin memandang adiknya dengan pandangan yang sukar diungkapkan kemudian mula mendekati. Sebelah lutut dijatuhkan dan tangan kanan naik menepuk-nepuk bahu Diego.

"Aku bangga dengan kau." Setelah mengungkapkan sebaris ayat, tubuh adiknya didakap erat.

"Hidup lagi kau rupanya, syaitan." Diego membalas pelukan satu-satunya abang yang dia ada.

Danielle dan Alex hanya memandang tanpa niat mahu berkata apa-apa. Tiba-tiba pergelangan tangan Eve ditarik oleh Diego hingga Eve jatuh ke dalam pelukan dua beradik itu.

"Kalau aku peluk Marvin aje, rasa macam gay. Kau kena join sekali. Ketua kita dah balik. King kita dah balik," ujar Diego sambil mengeratkan pelukan dan disambut dengan senyuman nipis dari Eve.

"Aku rindu korang." Marvin memeluk bagai tidak mahu lepas.

Eve di tengah-tengah sudah sesak nafasnya. Nak suruh lepas macam spoil mood pula.

"Woi! Tak ajak siot!" Danielle dan Alex ikut sama memeluk. Makin sukar bernafas Eve dibuatnya.

"Ohoi! Kitorang penat-penat berlawan dekat bawah, korang boleh buat jejak kasih dekat sini? Nak juga! Marvin!" jerit Rose yang baru muncul bersama anak-anak buah yang lain dengan teruja.

"Ketua!"

"Marvin!"

"King!"

Peluk!

Semuanya nampak teruja seperti Rose. Nampaknya, bukan Diego yang berkuasa lagi seperti dulu dan... Diego pun tak perlu sakiti Eve lagi.

"Adoi! Bahu aku sakit, bangang! Semua lepas! Blah! Blah!" halau Diego kuat kerana kesakitan akibat combat knife tadi kembali terasa.

Tergesa-gesa mereka melepaskan family hug!

Bukan hanya Diego yang terasa leganya, Eve pun sama.

'Terima masih, Diego,' desis hati Marvin.

Diego yang rasa seperti dapat mengesan bisik hati Marvin hanya mendiamkan diri.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro