CHAPTER 10

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

10: Nak mati?

Bunyi kipas yang menerjah ke gegendang telinga tidak berjaya mematikan renungannya. Raut wajah yang tampak lemah diperhati tanpa sebarang suara. Sekujur tubuh yang terbaring itu adalah milik Eve.

"Diego, Rose panggil makan," tegur Danielle dari pintu bilik.

Diego hanya diam sebagai respon. Terdengar keluhan yang terbit dari bibir Danielle.

"Kau yang buat dia macam tu. Kenapa perlu risau?" Dengan nada bersahaja, Danielle menyoal.

Diego tersentak kemudian kepala dipusingkan memandang belakang. Mata hazelnya tajam menikam mata biru Danielle.

"Nak mati?" soalan cepumas dari Diego berjaya mengecutkan segala otot perutnya.

Bagai baru tersedar dari dunia ciptaannya sendiri, Danielle tersengih. Mana mampu bagi dia untuk melawan apa saja kemahuan Diego. Tambah lagi apabila Diego sudah dianggapnya seperti abang sendiri.

"Pergi makanlah," ujar Danielle kemudian melangkah dan duduk di hujung katil Eve.

Keadaan kembali sepi. Tiada sebarang bunyi atau suara melainkan bunyi kipas siling dan deruan nafas mereka.

"Macam mana?" Diego tiba-tiba menyoal. Berkerut dahi Danielle cuba memahami ayat tak siap ketuanya.

"Macam mana kau boleh tenang aje sedangkan Eve sakit?" Kali ni ayat penuh diberikan.

Tergangguk-angguk Danielle mendengarnya.

"Kau patut tanya diri kau. Kenapa kau seksa Eve macam binatang?" Perlahan saja nada Danielle membalas.

Kenyataan dari Danielle berjaya memanaskan hatinya. Tanpa sebarang amaran, punggung diangkat dari kerusi dan pipi kanan Danielle menjadi mangsa tumbukan padunya. Tersungkur Danielle ke lantai tapi itu tidak membuahkan rasa ihsan dari sudut hatinya.

"Kau ni memang cari nahaslah." Leher t-shirt Danielle ditarik kasar. Danielle yang tidak pernah membalas segala serangan Diego sejak dulu lagi hanya memilih untuk berdiam diri.

"Kalau diri tu pengecut, jangan nak berangan melawan aku." Kata-kata Diego kedengaran keras berbaur amaran.

Tindakannya seolah-olah tak mampu menerima kenyataan yang Eve disakiti oleh dirinya sendiri.

Tangannya yang menyakiti.

Lidahnya yang memaki.

Kakinya yang menendang.

Matanya yang menikam.

Memberi pandangan kebencian.

Seolah dia merupakan manusia terhebat.

Pastikah dia hebat?

Atau lahanat?

"Da... Danielle..." Suara terketar-ketar Eve menghentikan perang mata antara hazel dan biru.

Mendengarkan itu, pantas Diego bangkit dan mendekati Eve. Kelihatan Eve sudah membuka mata tapi...

Matanya memberi riak ketakutan.

"Eve?" Baru tangan Diego mahu menyentuh pipi Eve, Eve mengelak laju. Tubuhnya dibangunkan dari baring secepat mungkin kemudian mengesot ke tepi.

"Eve, ni aku. Diego." Redup mata Diego menimbulkan rasa seram sejuk dalam diri Eve.

"Danielle... Danielle..." Sayu suara Eve memanggil.

Danielle yang masih duduk di lantai tadi bangun dan menuju ke arah katil. Eve didekati.

"Dah sedar? Sakit lagi tak?" soal Danielle beserta senyuman yang lemah.

Tiba-tiba tangan Eve naik dan jarinya diusap perlahan di bibir Danielle.

Berdarah.

Tak tahu mahu merespon bagaimana, kepala ditundukkan.

"Kenapa kau buat kitorang macam ni?"

DANG!

Bagai disambar petir, soalan Eve yang jelas lagi nyata ditujukan untuk Diego hampir meluruhkan jantung mereka.

Danielle yang risau jika keberanian Eve bakal memakan dirinya sendiri.

Dan...

Diego yang terkesan. Nyata, soalan itu memberi tamparan hebat buatnya.

"Jangan cakap macam tu. Kau nak apa-apa? Lapar?" tanya Danielle tak mahu mewujudkan jurang antara mereka semua.

Baru Eve nak menjawab, Diego memintas.

"Lepas ni buat lah apa korang suka." Habis berkata, kaki mengorak langkah ke luar.

Pintu ditutup perlahan. Terhambur keluhan dari mulut Danielle. Diego tu bukannya betul sangat. Ada masa, hati batu.

Sekarang?

Hati tisu.

Merajuklah tu.

Siapa yang patut merajuk sekarang ni sepatutnya?

"Aku rindu kau." Didakapnya erat tubuh Danielle.

Tidak mahu berdiam saja, dibalasnya pelukan itu. Wajah disembamkan di rambut coklat beralun Eve. Eve yang sebenarnya terasa pedih apabila tangan Danielle terkena pada luka dan lebamnya hanya menahan.

"Aku pun. Semalaman kau pengsan. Sambung tidur sekali eh?" Sengaja mahu membuat lawak bagi menghapus suasana tegang tadi.

Eve tergelak kecil seraya melepaskan pelukan.

"Gelak pula. Kalau badan tu dah sakit, tak payah nak coverlah," perli Danielle sambil tangan dibawa menyelitkan anak rambut Eve ke belakang telinga.

"Sakit sebab dia. Kalau dia tak buat macam tu, aku sihat aje sampai sekarang," balas Eve.

"Dia buat bersebab even hukuman tu melampau. Dia tak nak musuh nampak muka kau. Dia tak suka orang lain sentuh kau macam tu. Ingat lagi? Mamat tu cium kau kut." Danielle cuba menerangkan keadaan yang dihadapi Diego.

"Cium aje pun. Not a big deal." Badan disandarkan dengan berhati-hati.

Danielle mengeluh untuk kesekian kali.

"Kau memang tak faham ke saja buat-buat tak faham?" bidas Danielle selamba.

Eve terdiam lama sebelum menjawab.

"Yelah, yelah. Sebenarnya kau suruh aku pujuk dia kan? Dah tua-tua pun nak merajuk." Bibir diherotkan ke atas.

Danielle tersenyum ringkas.

"Bukan senang dia nak merajuk. Nanti dah pujuk, mesti dia jadi manja. Tak kan kau tak teringin nak tengok kucing siam?" seloroh Danielle diikuti dengan tawa halus.

"Kucing siam? Nak!"

Tahu sangat lah apa maksud Danielle. Jauh di sudut hati Eve, perasaan takutnya pada Diego cuba dibuang.

***

Perlahan-lahan tombol pintu dipulas. Berjaya membuka pintu, kepala dibawa mengintai ke dalam.

"Nak apa?"

Terkejut Eve mendengar suara garau dari belakangnya. Sudalah hanya kepala yang masuk manakala badan ditinggalkan di luar bilik. Terus badan dipusingkan menghadap tuan empunya suara.

Mata bertentang mata.

"Aa... erm... nak jumpa... ka... kau." Teragak-agak Eve menjawab.

Diego tidak mempedulikan Eve dan terus masuk ke dalam biliknya. Eve tercengang di situ.

'Merajuk yang betul-betul merajuk ni,' desis hati Eve.

Tak berfikir panjang, Eve ikut masuk ke dalam. Habis tu, Diego yang tak tutup pintu lepas masuk. Maknanya kehadiran dia dialu-alukan lah.

Kan?

"Tak nak pujuk aku ke?" Soalan itu spontan keluar dari bibir Eve.

Hidup mereka sebagai pembunuh upahan memang aneh kalau nak dibandingkan dengan orang biasa. Bagi mereka, seksaan dari ketua merupakan pengajaran agar kesalahan tidak berulang lagi. Tak perlu menyimpan dendam untuk ketua, ahli atau anak buah sendiri. Dendam hanya disimpan untuk musuh.

Walaupun nyawa hampir terpisah dari jasad.

"Kau yang halau aku," ujar Diego jauh hati.

Kaki naik bersila di atas katil. Lengan Eve ditarik dan automatik Eve meringis kesakitan. Terus dilepaskan pergelangan tangan itu. Perasaan bersalah menerpa masuk menyapa pangkal hati.

"I'm sorry, Eve. Aku tak bermaksud. Tapi aku tak suka dia sentuh hak aku," pinta Diego sebelum bangun semula dari katil.

Dengan berhati-hati, lengan baju Eve diselak. Jelas kelihatan biratan merah yang menjadi penghias.

"Duduk. Aku letak ubat." Diego berlalu ke arah almari.

Botol ubat dan kapas dari dalam laci diambil kemudian dibawa mendekati Eve.

Sepanjang Diego merawat luka Eve, hanya bunyi ringisan kesakitan yang memecah hening.

"Memang macam ni hidup sebagai ahli Evil Crow. Kau menyesal?" soal Diego sambil tangannya masih bergerak menyapu ubat.

Eve diam.

Evil Crow.

Semua ahli tertinggi yang lain sudah selamat terpisah dari jasadnya. Evil Crow yang asalnya diketuai oleh Ash Marvin, kini diganti dengan adiknya sendiri, Ash Diego.

Dendam yang terpalit di hati mereka masih disimpan kemas. Pencarian pembunuh Marvin masih tak berjaya dikesan. Bagaikan sudah terhapus dari muka bumi.

Hidup dilimpahi darah.

Duit menjadi taruhan.

Apabila satu nyawa melayang.

Hanya nyawa yang menjadi galang ganti.

"What's mine is mine." Diego memecah hening yang menjelma lagi. Eve menyimpul senyuman nipis.

"If mine, then yours. And so all yours."






***
Test vote 200-250

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro