CHAPTER 11 (real one)

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

11: Tikus belalang

Sejuk yang kian terasa menyebabkan Eve menggigil. Rambut panjangnya diikat ekor kuda. Timbul rasa menyesal kerana mandi di awal pagi.

"Eve! Cepatlah turun!" Kedengaran suara Danielle melaung dari bawah.

Tak mahu berlengah lagi, sweater berwarna dark blue dicapai dari hanger di pintu almari.

"Eve! Dengar ke tak!" laung Danielle lagi.

Eve merengus kasar sebelum berlari keluar dari bilik.

"Tak boleh sa- aduh!" Tengah syok berlari ala-ala Dilwale, boleh pula terlanggar dinding.

"Sejak bila pula ada dinding dekat sini?" Kepala diangkat memandang dinding tersebut.

Eh?

"Ada ke dinding handsome?" Selamba Diego menyoal kemudian berlalu meninggalkan Eve di belakang.

Eve tersentak. Sengihan kerana malu terbit dari bibirnya.

"ANNA EVELYNNNN!!!"

Bergegar rasanya villa akibat jeritan Danielle. Hilang terus sengihan Eve. Laju kaki dilangkah melintasi Diego. Bilik bawah tanah menjadi tujuannya tika ini.

BANG!

Pintu besi itu ditolak kasar. Danielle yang sedang berdiri di tengah bilik dipanjang tajam.

"Ha! Ni aku dah datang! Puas? Ergh, semak! Macamlah aku ni pekak," marah Eve tak puas hati.

Danielle yang berada dalam jarak lebih kurang sepuluh langkah mencebikkan bibir.

"Kau tu lembap sangat. Macam siput ba..." Sengaja dileretkan suara bagi memancing marah Eve.

"BA APA! BABI?" Suara Eve memetir. Terhambur juga tawa halus Danielle. Kepala digelengkan berulang kali.

"Ha, memekak. Jangan sampai aku hantukkan kepala tu. Tengok kepala siapa lagi keras," sindir Diego yang baru masuk.

Automatik mulut itik mereka berdua berjaya dikunci.

"Eh, tikus?" Danielle mengintai binatang kecil yang ada dalam sangkar di tangan Diego. Diego hanya respon dengan mengangkat bahu.

"Best gila! Jom mula, weh!" jerit Danielle tak sabar.

Mereka bertiga mula berjalan ke hujung bilik itu. Terdapat satu kotak kaca lutsinar yang elok tertutup dengan sehelai kain hitam.

"Buka," arah Diego.

Pantas Danielle menarik kain tadi. Maka, terpampanglah satu tubuh lelaki yang hanya berseluar pendek.

"Joe..." Spontan nama itu keluar dari bibir Eve. Diego memandang tajam sebelum nafas ditarik dalam.

"Kita soal dia." Belum sempat Danielle menyambung, Eve memintas.

"Dah berapa lama kurung dia macam ni? Tanpa makanan? Tanpa minuman? Tanpa pakaian?" tanya Eve kemudian melutut di depan kotak lutsinar besar itu.

Joe yang tersandar lemah dipandang dengan perasaan yang hanya dia sendiri tahu.

"Pernah ke kita kurung orang siap dengan makanan? Kau fikir ni taska?" Sinis suara Diego di pendengaran mereka.

"Well, aku cuma tanya." Tangan naik menyentuh wajah Joe walaupun sentuhannya terbatas.

Terhalang oleh kaca tebal.

"Kau dah kenapa!" Danielle mula menengking seraya menepis kasar tangan Eve.

"Apa!" Eve tak hanya berdiam diri.

"Sayang sangat ke dekat lahanat ni!" bidas Danielle sambil mencengkam kedua-dua belah pipi Eve.

"Danielle!"

Terlepas cengkaman kuat Danielle apabila suara Diego menghalang. Eve yang bengang terus bangun dan melangkah dua tapak ke belakang. Tangan dibawa memeluk tubuh.

"Tak ada sesiapa izinkan kau untuk berkasar dengan hak aku." Tanpa nada, Diego berkata. Terdiam Danielle dibuatnya.

"Kita mula. Eve, sini."

Eve mendekati semula hanya kerana patuh dengan arahan ketua.

"Hai, John Miller."

Joe yang sememangnya lemah hanya mampu membuka mata sebagai respon.

"Kau memang hebat sebab berani cabar Evil Crow. Pilihan yang tepat." Tepukan tangan sebanyak tiga kali bergema.

"Oh, ya! Kau mesti bosan kan tak ada kawan dekat sini. Jadi, aku bawakan kau kawan. Ada dalam lebih kurang sepuluh orang. Ops! I mean, sepuluh ekor." Lutut dibengkokkan dan Diego mencangkung di hadapan Joe.

Danielle dan Eve turut sama berbuat begitu.

"Hai, Joe! Aku tahu, kau suka berkawan. Don't worry. Tak lama lagi kau akan dapat kawan baru." Senyuman manis yang diberikan Eve sedikit sebanyak berjaya menggentarkan hati Joe.

Nampak macam...

Psycho.

"Sebelum kau dapat kawan, jawab soalan aku dulu. Tau?" Dengan intonasi yang diubah-ubah, mental Joe secara tak langsung berjaya dikucar-kacirkan.

"You may start, Danielle." Diego memberi keizinan. Danielle duduk bersila sebelum memulakan sesi soal jawab.

"First, siapa hantar kau?" soal Danielle.

Malangnya, hanya dijawab dengan kesepian.

"Woah! Jawapan yang menarik! Bravo!" Sekali lagi Diego menepuk-nepuk tangan yang diiringi dengan tawa yang menjengkelkan.

"Eve? Nak tanya apa-apa?" Diego kalih memandang Eve.

"Nothing much. Apa motif kau sebenarnya?" Seperti tadi, soalan tidak berbalas.

"Hm, interesting." Diego mengusap dagunya perlahan. Seketika kemudian, sangkar di belakangnya capai.

"Aku syak kau dah tak sabar nak jumpa diorang. Say hello to your new friends, dude." Sangkar dihayunkan ke kiri dan kanan.

Terbuntang mata Joe melihat 'kawan' yang dimaksudkan Diego sebentat tadi.

"Ja... jangan!" Akhirnya, muncul juga suara Joe.

"Apa? Tak dengarlah." Diego mencebik bibirnya lagak sedih.

"Jangan!" jerit Joe ketakutan. Namun, inilah akibat yang seharusnya ditanggung daripada perbuatannya tempoh hari.

Berani buat, berani tanggung.

"Shh... Jangan jerit." Jari telunjuk diletakkan di bibirnya sendiri. Dengan menggunakan sarung tangan tebal, Diego memegang badan tikus tadi.

"Dia bukan manusia. Dia binatang. Sama macam kau. Bezanya, kau anjing dan dia ialah grasshopper mouse." Tikus di genggamannya mula menggelepar meminta dilepaskan.

"See? Dia pun tak sabar nak jumpa kau." ujar Danielle dengan nada mengejek.

"Jangan! Jauhkan binatang tu dari aku!" Joe bagai diserang histeria.

Bergegar kotak lutsinar itu akibat gerakannya yang tidak terkawal. Diego memandang lubang kecil di bahagian atas kotak tersebut.

"Aku masukkan tau? Hehe..."

Meremang bulu roma Joe apabila tawa Diego menyinggah di gegendangnya.

"Jangan! Aku merayu! Aku akan bagitau semuanya!" Joe mula serah diri.

"Yes! Ini yang kami mahukan! Syabas!" Sengaja dipuji-pujinya tindakan Joe.

Kenapa?

Sasarannya sebelum menyerang fizikal adalah mental.

"Aku buat sebab... aku nak Eve balik pada... pada aku." Bergetar suara Joe tika itu. Jawapannya sama sekali tidak mengejutkan mereka bertiga.

"Hrm? Eve, kau nak tak balik pada dia? Kesian dia gian tengok kau," soal Diego sambil tangannya naik membelai pipi Eve.

"Nak..."

Joe tersentak.

"...kalau dia masih hidup di kemudian hari," sambung Eve mendayu.

Bagai memahami maksud tersirat Eve, Joe menelan liur.

"By the way, aku ada soalan lagi penting. Siapa pembelot yang kau maksudkan?" Danielle mula menyoal soalan yang sering bermain di benak.

"Kalau aku jawab, ada manfaat ke?" Dengan berani Joe bertanya.

Diego tersengih sumbing sebelum menjawab.

"Of course ada. Hukuman kau akan dikurangkan."

Ternyata, jawapan dari Diego berjaya menarik perhatian Joe.

"Amy! Amy yang bekerjasama dengan aku. Semua info pasal korang, dia bagitau aku!"

DANG!

Terasa kejung tubuh mereka umpama disambar petir. Otak tiba-tiba rasa tak berfungsi.

"Jangan main tuduh, celaka!" Dengan amarah yang menggunung dalam sekelip mata, Danielle menendang kuat kotak kaca itu.

Tak pecah.

Tebal.

Eve terdiam memproses ayat Joe.

Diego?

Terbit rasa menyesal kerana membenarkan gadis itu menjadi sebahagian dalam hidup mereka.

"Well, well, well, Joe. Tak sangka ada juga kawan makan kawan. Sekarang, aku teringin nak tengok kawan baru kau ni makan kau pula. Sleep well." Tikus belalang yang berada di tangannya sejak tadi mula disumbatkan ke dalam kotak lutsinar bersama Joe.

Menggelupur Joe mengelak serangan dari binatang kecil tersebut.

"Argh! Sakit! Sakit!" jerit Joe kesakitan apabila kakinya digigit menjadi sasaran pertama.

"Like I said before, hukuman bakal dikurangkan. Right? Jadi, mayat kau tak akan dikisar macam yang lain. Hanya akan dicampak dalam mulut ikan jerung. Kau berkawan dengan dia pula, ya?" Serentak itu, kesemua tikus belalang dimasukkan ke dalam.

'Bibir kau layak jadi makanan mereka. Sebab bibir tu yang menyentuh hak aku,' desis hati Diego sendiri.

'Tangan yang menyentuh hak aku.' Bibir menguntum senyuman puas.

'Dia milik aku seorang.'

Raungan Joe disambut dengan pandangan bosan.

'Rayuan tak bermakna bagi Evil Crow.'

Suara rayuan semakin lemah. Terpancut darah dari perut akibat serangan 'si kawan'.

'Kau tak akan terlepas, Amy.'








***
Vote to unlock, in case im too busy. Tq, appreciate that👍

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro