CHAPTER 18

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

18: Bahagia dan derita menjadi satu

'Awak...'

'Sayang...'

'Kenapa...'

'Saya dah minta maaf...'

'Saya sayang awak...'

'Awaaakkk!'

'Saaakiiittt!'

'Arghhh!'

'Jaaangaaannn!'

'Saya merayu!'

'Hah! Hah! Hah!'

'Da...'

'Nielle...'

Bayangan penderitaan seorang gadis perlahan-lahan menjadi kabur. Terasa kepala sakit seperti dicucuk berkali-kali. Mata yang tadi rapat kini pantas membulat, mula tiba di alam yang nyata.

Tangan naik meraup rambut. Bibir bawah digigit bagi menghilangkan gemuruh. Danielle bangkit dan kaki diturunkan dari katil sementara punggungnya masih berada di birai.

"Amy..."

Laci di meja lampu ditarik. Kotak muzik berbentuk hati dikeluarkan. Penutup dibuka tanpa ragu-ragu.

"Apa khabar awak dekat sana?"

Alunan irama indah menenami malam sunyi hati sang remaja lelaki, yang sarat dengan rindu.

"Saya rindu awak, sayang."

Mata yang awalnya memandang patung kecil yang berpusing-pusing, mula terarah pada gambar di sebalik kaca bahagian bawah penutup.

"Untuk hilangkan rindu pada awak, mampu ke saya?"

Gambar wajah Amy yang sedang memeluknya diusap lembut, bagaikan sedang mengusap jelmaan sebenar Amy.

"Nak juga saya tahu, rindu saya berbalas atau tak?"

Senyuman pahit terukir.

"Hadirlah di mimpi saya, bersama keindahan kenangan kita bersama."

Pintu bilik kedengaran dikuak dari luar. Kotak muzik ditutup dan disimpan semula. Gerangan yang kini sudah berdiri tepat di depannya dipandang.

Eve.

"Kau rasa lemah tak sekarang?"

Soalan Eve yang kedengaran sinis berjaya menimbulkan rasa amarah dalam diri Danielle. Tajam anak mata birunya menikam anak mata Eve.

Tapi...

Kenapa?

Kenapa mata itu kelihatan seperti sarat dengan kesedihan?

"Aku tak nak mengaku. Tapi, aku rasa..."

Eve gantungkan ayat. Punggung dilabuhkan di sebelah Danielle. Kepala ditundukkan.

"Aku rasa lemah. Semakin hari, semakin lemah. Aku tak nak hidup macam ni. Aku nak hidup normal macam... macam remaja lain. Tak boleh, ke?" Esakan halus Eve merundumkan hati Danielle.

Pasti ada yang mengganggunya. Tak mungkin Eve muncul secara tiba-tiba di biliknya pada waktu sebegini.

"Aku cuba jadi kuat. Sejak hari pertama jadi ahli Evil Crow, aku cuba. Tapi, aku tak boleh! Hati aku rasa sakit. Danielle, jom kita lari."

Tangan naik memaut kedua-dua belah bahu Danielle. Redup mata Danielle yang sama redup sepertinya dipandang penuh mengharap.

Dia terdesak.

"Eve..."

Danielle mati kata.

"Aku pun... aku pun nak dibelai, dimanja, disayangi dengan keluarga sendiri!" rintih Eve. Bahu Danielle menjadi tempat sandaran kepalanya.

Melihatkan itu, Danielle pantas mengusap rambut Eve. Sesakit mana pun yang dia rasa, Eve tetap akan merasakan lebih lagi.

Sebab apa?

Sebab Eve perempuan.

Mungkin dari luaran, dia tampak kuat. Tapi, bagaimana pula dengan dalaman? Hatinya?

Rapuh.

Sebab itu Danielle, sebagai lelaki sedaya upaya cuba untuk lindungi Eve, limpahkan kasih sayang, berikan sepenuh perhatian, dengan harapan, kesedihan yang dirasai akan pergi menjauh.

Tapi...

'Maaf, Anna Evelyn. Aku gagal.'

Dia gagal.

"Kenapa tak tidur lagi? Dah pukul empat pagi ni," ujar Danielle cuba untuk tidak memanjangkan topik tadi.

"Mimpi," jawab Eve sepatah kemudian mengangkat kepalanya.

"Mind to share?" Danielle memandang dengan senyuman ikhlas.

Eve terdiam beberapa minit sebelum menjawab, "Aku mimpi mummy dengan daddy. Aku rindu diorang samgat." Eve berkata jujur. Jarang mimpi sebegitu hadir menggangu lenanya.

Danielle tersentak. Nafas dihela berat.

"Aku nak balik. Aku rindu rumah. Marah macam mana pun aku dekat diorang, sayang aku tak pernah berkurang. At least, they know how to treat me well. Mungkin, aku banyak terasa bila layanan tu kurang. Tapi mummy tetap minta maaf. Daddy pun sama. Aku rindu... aku rindu masakan mummy. Aku rindu gurauan daddy. Aku rindu adik aku." Tanpa segan silu, air mata mengalir laju.

Tak perlu menekup wajah sendiri, tak perlu malu untuk menangis lagi.

Dia sememangnya lemah.

"Dee, kakak rindu Dee..."

Danielle diam. Entah kenapa, dirinya bagai dipaku, hanya mampu memandang sayu.

"Mummy... daddy... Eve nak balik... Eve nak peluk..."

Bibir diketap kuat, menahan pedihnya kerinduan. Rasa kesal menyelubungi diri tika itu. Ternyata, pilihannya untuk sertai Evil Crow adalah pilihan yang salah.

Danielle mengerti itu. Rindunya terhadap keluarga turut menebal tetapi sengaja dikeraskan hati.

Malah, rindu terhadap keluarga turut melebihi rindu terhadap kekasih.

Mengapa keraskan hati kau, Danielle Simon?

Begitu teguhkah tembok egomu?

"Kau ada aku, Eve. Kau ada aku." pujuk Danielle seraya mendakap erat tubuh Eve. Tipulah kalau dia kata dia tak mahu menangis.

"Kau lupa satu perkara, Danielle. Nyawa ahli Evil Crow sentiasa terancam." Ayat itu meluncur laju dari bibir Eve.

"Aku nak jumpa family aku sebelum aku mati macam yang lain." Luahan Eve memberi kesan hebat untuk Danielle.

"Kau tak akan mati," kata Danielle antara yakin atau tidak.

Ash Diego.

Diego yang menjadi ketua pembunuhan di serata tempat. Diego jugalah yang menjadi pembunuh ahlinya sendiri.

Kekejamnya bermula sejak hilangnya insan bernama Marvin.

Hanya yang hebat mampu bertahan.

Siapa?

Eve.

Pernah nyawanya terancam. Bukan sekali, bukan dua kali, tapi banyak.

Batinnya terseksa.

Terseksa akibat hukuman seksual Diego.

Fizikalnya merana.

Merana akibat cepati yang dihayun laju. Bukan setakat cepati, malah banyak lagi.

Tapi...

Dia masih bernyawa.

Kerana hanya dia yang mampu.

Mampu mengusik, menyentuh dan memasuki hati seorang Diego.

***

"Good morning, abang! Bangun! Bangun! Bangun!"

Terganggu lena Diego akibat lompatan Alice di katilnya. Mata dibuka perlahan, menahan sinar yang memancar dari tingkap.

"Baaanguuunnn! Kakak Eve suruh breakfast! Pergi mandi, boboy!" jerit Alice tanpa rasa serba salah.

'Sejak bila pula nama aku jadi boboy," desis hati Diego sendiri.

"Hrmm..." Suaranya merespon malas menyebabkan Alice tak puas hati.

"Morning! Morning! Twinkle twinkle little boy! How you are smell so stink!" Alice menyanyi riang bercampur kegeraman. Semakin kuat pula lompatannya.

"Ya, ya, ya, Alice. Aku nak tidur ni. Out, please." Bantal ditekupkan ke muka. Lemas tak lemas belakang cerita.

"Eiii! Degilnya, orang tua ni! Alaa, jomlah teman Alice makan!" rengek Alice manja membuatkan Diego tersenyum dalam diam.

"Tak nak!" Sengaja dia mahu bermain tarik tali dengan kanak-kanak comel itu. Bantal ditolak ketepi dan wajah Alice dipandang.

"Alaaa, alaaa, alaaa... hummm..." Punggung dilabuhkan di sebelah Diego sambil bibir dicebikkan manja.

"Hurm?" Diego buat-buat tidak mengerti, siku ditongkatkan.

"Please, please, please, stinky oldman. This cutie girl begging you..." rayu Alice. Rayuannya ditambah dengan kutukan untuk Diego dan juga pujian untuk diri sendiri.

"Sedap sangat kata aku busuk. Ha, ambek ni!" Lengan Alice ditarik dan ketiak didekatkan dengan wajah Alice.

"Ewww! Jijik! No! No!" jerit Alice. Ibu jari dan jari telunjuk dikepitkan di hidungnya.

"Excuse me? Aku wangi, okey." Diego memutarkan bebola matanya ke atas seraya melepaskan lengan Alice.

"Haaa huhhhh... Thanks, God. Alice masih bernafas," perli Alice sambil tersenyum manis.

"Whatever, budak." Sekali lagi bebola matanya digolekkan ke atas.

"Eh? Macam mana abang buat tu?" soal Alice teruja.

"Buat apa?" Tidak menghiraukan Alice, Diego melangkah ke luar bilik.

Laju Alice mengejar hingga ke tangga sebelum mendongak memandang Diego.

"Buat macam ni!" Mata cuba diputarkan tapi tidak berjaya.

Hanya kening yang berkerut melampau. Kerana terlalu fokus dengan mata sendiri, kakinya mula tersilap langkah.

"Alice! Bahaya!" Chris yang melihat dari meja makan menjerit kuat.

"Eh! Wow! I believe I can fly," nyanyi Alice dengan teruja.

"Kepala hotak kau," bidas Diego tanpa perasaan.

Kedua-dua pergelangan Alice sudah selamat berada di dalam genggamannya tangan kirinya hingga Alice bagaikan terapung. Dengan selamba, kakinya meneruskan langkah menuruni tangga sambil membawa Alice dengan keadaan begitu.

"Kuatnya, abang!" puji Alice apabila mereka sudah selamat tiba di tangga terakhir.

"Bising gila mulut kau. Macam bontot ayam." Diego melepaskan tangan Alice dan mengambil tempat di meja makan.

Eve, Danielle dan Chris sudah menunggu di situ.

"Bontot ayam sedap apa," gurau Alice kemudian duduk bersebelahan dengan Chris.

"Bangun pula kau kalau suruh budak tu kejut." Danielle memandang aneh.

"Gila tak bangun. Bingit telinga aku dengar suara dia. Macam tertelan microphone," balas Diego bosan kemudian tangan mula mencapai pancake.

"Bisinglah, abang!" Alice menjeling tajam.

Semua di situ mula diam melayan sarapan masing-masing. Tiba-tiba, Diego menyoal, "Kenapa mata bengkak?"

Terhenti kunyahan di mulut Eve.

"Dia tidur lewat." Danielle cuba menyelamatkan keadaan.

"Aku tanya kau ke?"

Jeda.

"Tadi Alice main air sabun, terkena muka kakak. Erm, abang marah?" tanya Alice takut-takut.

Eve terdiam. Memang betul, air sabun terkena wajahnya, tapi bukan di matanya. Risau pula apabila Alice mengaku salah. Diego ni bukannya boleh dijangka.

Tapi setakat ni, dia selalu kalah dengan Alice.

"Buat lagi sekali, aku suruh kau makan sayur," ugut Diego keras.

Danielle dan Chris sudah menahan tawa. Memang Alice bencikan sayur tapi kalau Diego yang berkata begitu, kedengaran agak comel.

Kunyit detected.

Okay, gurau.

"Sayur? Alaaa, janganlah. Nanti Alice tak nak cakap abang dah." Alice membalas dengan yakin.

"Kau fikir aku kisah?" soal Diego dengan sengihan.

See?

Comel!

"Mestilah kisah. Nanti abang sunyi." Bibir dicebikkan.

"Blablabla." Diego meneruskan suapan pancake.

"Blablabla." Alice meniru gaya Diego.

"Diamlah, budak!"

"Diamlah, abang!"

"Diam!"

"Diam!"

"Eve! Ambil sayur dalam peti!"

"Eve! Ambil sayur- eh! Alaaa! Janganlah! Alice gurau aje!" rengek Alice kemudian turun dari kerusi. Berlari dia menuju ke arah Diego.

"Alaaa! Alice janji tak nakal dah! Abang Chris! Tolonglah Alice!" Sambil menggoyang-goyangkan lengan Diego, sempat dia meminta bantuan dari Chris.

"Tak tahu, tak tahu." Chris tersenyum mengejek.

"Kakak Eve!"

"Tengah makan ni."

"Abang Danielle!"

"Omnomnom! Sedapnya sayur."

Buang masa saja kalau bercakap dengan Danielle, makin sakit hati dibuatnya.

"Abang... please. Tak nak sayur... tak nak... tak nak..." Rayuannya kedengaran sayu.

Lengan Diego dilepaskan dan punggung dijatuhkan di lantai. Tangan naik mengesat mata yang mula mengalirkan cecair jernih.

"Sayur pahit... tak nak... tsk... tak sedap..." Kepala digelengkan berulang kali.

Kasihan pula Diego melihatnya. Niat mahu bergurau saja.

Eh, kejap!

Diego bergurau?

Kasihan?

Woah!

"Kau habiskan makanan dalam pinggan tu. Kalau habis, tak payah makan sayur," kata Diego memberi peluang.

"Ha? Okey!" Hilang terus air matanya. Senyuman lebar yang terbit di bibir kecil itu menenangkan hati Diego.

Entah mengapa, dia mudah kalah dengan...

Eve dan Alice.

Mungkin...

Kerana telatah mereka yang manja, dan dia senang melayannya.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro