CHAPTER 8

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

8: John Miller

Roti yang bersalut telur dikunyah perlahan. Terlalu fokus dengan makanan.

"Terhengeh-hegeh. Cepatlah sikit." Danielle tanamkan jua sifat sabar dalam hatinya.

Eve tersengih kemudian cepat-cepat sumbatkan baki roti ke dalam mulutnya.

"Aa... hiap!" ujar Eve dengan mulut penuh.

Ketawa besar Danielle melihatnya. Terus hilang rasa nak sekeh kepala Eve kuat-kuat.

"Oh, aa hiap? Ha, hom hegi heharang." Danielle meniru gaya percakapan Eve.
Eve menjeling tajam sebelum meneguk jus oren di gelas.

"Aku lempang juga kang," sampuk Diego yang baru keluar dari dapur. Eve dan Danielle hanya mampu tersengih.

"Jom gerak," ajak Danille laju.

Terus dicapai jaket hitamnya yang disangkut di atas kerusi dan kaki diatur kemas ke luar rumah. Eve yang baru hendak mengikut terhenti langkahnya apabila tangan ditarik dari belakang.

"Why?" Eve memandang aneh. Kepala terpaksa didongak memandangkan Diego lebih tinggi daripadanya.

"Morning kiss?" pinta Diego tanpa rasa bersalah mahupun malu.

"Mana boleh!" Pantas Eve berlari namun apa sangatlah tenaganya kalau nak dibandingkan dengan Diego.

"Gotcha!" Diego ketawa kuat kemudian tubuh Eve dipusingkan menghadapnya.

"Diego! Kita dah lambat ni!" marah Eve tak puas hati.

Pergelangan tangannya sudah digenggam kuat. Diego respon dengan cebikkan.

"Then? Make it fast." Tanpa sebarang amaran atau izin, bibirnya bertemu dengan bibir merekah Eve.

Hening.

"Woi! Cepat ah! Berasmaradana ke apa! Dah ah tak ajak!" protes Danielle dari depan pintu.

Akibat terkejut, tangan menolak kuat dada Diego.

Tautan terlepas.

Eve berdehem sebelum berlalu ke arah Danielle. Diego pula hanya menayang muka selamba sambil tangan dimasukkan ke kocek seluar.

Poker face.

Dua jam perjalanan, mereka tiba di destinasi. Banglo bertemakan putih, kelabu dan keemasan yang berdiri megah itu dipandang oleh mereka.

"Dah sampai, bos," ujar Nick dari tempat duduk pemandu. Diego mengangguk faham.

"Get ready dengan senjata masing-masing." Diego menelek-nelek combat knife di tangannya kemudian diselitkan di bahagian tersorok di dalam kasutnya.

"Alex, semua dah ambil tempat?" Diego bersuara melalui walkie talkies. Kedengaran suara Alex memberi respon.

"Semua dah sedia. Group aku dekat ruang bawah tanah, group Rose pula dah sedia dengan helikopter kalau apa-apa jadi nanti," terang Alex tenang.

"Cover diorang. Kalau boleh jangan bagi sesiapa cedera. Pergi selamat, balik pun mesti selamat," pesan Diego untuk kali terakhir.

"Roger and out."

Serentak itu, Diego, Eve dan Danielle menyelinap masuk. Dengan mudah mereka memanjat tembok di kediaman itu.

'Pelik. Tak mungkin semudah ni,' desis hati Diego.

Kebiasaannya, pihak musuh akan menjaga di sekeliling dengan ketat. Jika tersentuh tembok dan pagar pula, pasti akan terkena renjatan elektrik.

Apabila berjaya masuk ke ruang tamu, keadaan kelihatan gelap. Memang di luar masih cerah tetapi keadaan tingkap yang ditutupi langsir dan lampu yang tidak terbuka berjaya menggelapkan seluruh sudut. Ketajaman mata masing-masing dimanfaatkan dengan baik.

"Berpecah. Eve tingkat dua, Danielle tingkat tiga, aku atas sekali." Selesai memberi arahan, secara senyap tetapi pantas Diego mendaki tangga. Sekelip mata, figuranya lenyap ditelan kegelapan. Baru Eve mahu melangkah, Danielle menghalang.

"Kena-"

Terputus kata-katanya akibat terkejut. Badannya didakap erat oleh Danielle. Danielle mengusap rambut yang diikat kemas itu.

"Aku tak sedap hati. Be safe, sweetheart." Dikucupnya dahi Eve lembut kemudian laju dia melangkah pergi.

"Aku akan selamat," kata Eve perlahan.

Kaki bergerak mendaki tangga. Lorong yang gelap itu dilalui dengan berhati-hati. Pistol digenggam erat memandangkan banyak kemungkinan yang akan berlaku.

Tiba-tiba telinga menangkap bunyi barang terjatuh dari bilik hujung. Jantung memainkan irama rancak. Nafas dihela dengan harapan agar debaran yang kian terasa bakal berkurang.

Tak! Tak! Tak!

Setapak demi setapak kakinya melangkah mendekati bilik tersebut. Sampai di depan bilik, telinga dilekapkan pada pintu.

Senyap.

Sunyi.

Akibat rasa ingin tahu yang semakin menebal, tangan dipaksa agar memulas tombol.

Klik!

Tak berkunci!

Secara perlahan, pintu ditolak. Keberanian cuba dikumpul. Baru selangkah dia berjalan, mulutnya ditekup dengan kain. Terdengar tawa sinis dari belakangnya. Eve meronta-ronta cuba melepaskan diri namum tidak berjaya.

Musuh terlalu kuat.

Dia hanyalah perempuan.

Sedaya upaya nafas cuba ditaham agar cecair chloroform tidak dihidu.

Kalau hidu?

Pengsan.

Lepas tu?

Bahayalah, bangang!

Akal memberi kerjasama, Eve berpura-pura tidak sedarkan diri. Badan dijatuhkan lemah.

"Bagus." Suara garau kedengaran. Terada tubuhnya diangkat dan diletakkan di atas katil.

Elektrik hidup semula.

Cerah.

Angin dari kipas di siling dapat dirasa. Mata dibuka sedikit. Lelaki yang berkulit kuning langsat itu berura-ura mahu menanggalkan baju dari tubuh tegapnya. Perasaan Eve jadi tak enak. Dengan pantas, dia bangun dan melompat turun dari katil. Lelaki tadi nampak terperanjat.

"Wow! Lakonan semata-mata." Sinis suaranya menyapa gegendang telinga. Dada Eve berombak akibat panik.

"By the way, aku Joe." Dengan lagak tak bersalah, dia memperkenalkan diri. Baju disarungkan semula.

"Mampus kaulah," balas Eve berani dan Joe tersenyum sinis.

"Mudahnya kau lupakan aku, sayang." Didekatinya Eve dari seberang katil dan tangan naik mahu membelai.

Spontan Eve mengundur satu tapak.

"Woah! Dah tak nak kena sentuh. Menarik." Joe menepuk tangan tiga kali. Tidak mahu berlengah, Joe membuka mulut memberitahu hal yang sebenar.

"It's me, John Miller. Known as Joe, or maybe..." ayat digantungkan. Senyuman sinis masih kekal di bibir.

'My past.' Hati Eve menjawab.

"Aku yang hantar emel. Aku yang suruh Evil Crow yang kononnya hebat sangat ni datang. Tak sangka, dengan alasan bodoh pun korang boleh tertipu! Oh, ya. Senang aje nak tipu korang sebab orang kepercayaan Evil Crow sedang membelot." Tawa Joe bergema di seluruh ruang bilik. Eve menelan liur.

Orang kepercayaan?

Membelot?

Siapa?

"Aku tahu. Kau sayang aku lagi. Right, sunshine?" Nada dilembutkan. Dalam sedar tak sedar, Joe sudah pun berada betul-betul di depan Eve.

"Kembali pada aku," bisik Joe perlahan. Eve bagaikan terpaku di situ.

Kembali?

No.

Sayang?

Semestinya tidak.

Past is past.

And he still a jerk.

Tiba-tiba topeng direntap kasar dan bibirnya terasa disentuh sesuatu yang basah.

Satu saat.

Dua saat.

Tiga saat.

Kenapa dia biarkan?

Hatinya membenci.

Tapi tubuh mengkhianati.

Bagaikan baru tersedar dari lena yang panjang, pantas pistol yang dibawa sejak tadi diangkat.

BANG!

"Argh!"

"Argh!"

Dua suara bergabung.

Satu milik Joe.

Lagi satu?

Milik Eve.

Tapi tembakan hanya sekali.

How can?

Tembakan Eve bukanlah tidak tepat. Masakan tak mengena kalau sasaran di depan mata. Peluru miliknya sudah selamat terbenam si peha Joe. Meringkuk lelaki itu kerana kesakitan di lantai.

Eve juga sedang menahan sakit. Bahu kirinya mengena satu objek tajam dari seseorang. Kepala diangkat memandang gerangan tersebut.

Bermula dari kaki. Naik ke tangan kekar yang dipenuhi cecair merah pekat. Leher yang mempamerkan halkum. Akhir sekali, wajahnya. Wajah yang diselindungi dengan topeng hitam. Adakah lelaki ini merupakan punca combat knife terbenam di bahunya? Hanya dengan sekali balingan. Bibir terketar-ketar mahu berkata sesuatu tapi tidak berhasil.

How could you.

Diego.










***

Vote to unlock the next

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro