LORA (BAB 1)

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Dato' Bahri henyak punggung di atas sofa, tali leher dilonggar. Wajah itu sedikit bengis tidak seperti kebiasaan. Begitu juga si isteri Datin Shakira yang datang bersama gelas air lalu disua kepada suaminya.

"Mereka makin lama makin melampau, abang." Datin Shakira turut menghenyak punggung dengan nafas kasar. Begitu faham wajah merah penuh amarah suaminya disebabkan siapa.

"Berani mulut puaka Rafi perli restoran kita depan orang tadi? Dia fikir dia tu bagus sangat?" Dato' Bahri melepas rasa tidak puas hatinya. Datin Shakira pula terangguk-angguk menyetujui.

Mereka baru sahaja pulang daripada majlis amal salah seorang rakan baik suaminya. Tak sangka musuh berpanjangan mereka, Dato' Rafi dan Datin Almira turut dijemput. Paling menyakitkan hati dua-dua bermulut puaka sengaja memerli restoran baru dibuka Dato' Rafi bulan lepas disebabkan isu halal.

Suasana pun agak tegang tadi mujurlah ada tetamu lain mengubah topik. Kalau tidak mahu kerusi dan meja terbang sebabkan laki bini itu. Daripada dulu sampailah sekarang ada sahaja mahu dengki dengan bisnes orang. Agaknya punggung tu panas menggurutu kalau tak ambil tahu pasal orang lain.

"Si Almira tu pun satu, depan orang lain pijak semut tak mati tapi mulut tu busuk kalahkan lori sampah. Saya tahan diri je cili-cili mulut dia tadi, Bang! Ada ke patut dia cakap restoran kita tu jual ayam tak sembelih sebab tu tak dapat sijil halal!" Datin Shakira berhenti berbicara sekejap mencari nafas.

"Kau tunggu, Almira. Minggu depan aku dapat sijil halal! Aku tampal depan pintu rumah kau yang macam rebam ayam tu! Ah menyampahnya!!" Turun naik nafas Datin Shakira saat wajah musuh berdekadnya bermain di ruang mata.

"Amboi! Balik-balik dah membawang ni. Ada apa-apa jadi ke?" Kedengaran suara si anak gadis menuruni tangga bersama baju tidur tersarung pada tubuh. Dato' Bahri dan Datin Almira serentak berpaling.

"Kamu tak tidur lagi?" Si ayah menarik senyum.

"Belum lagi, daddy. Lora study tadi, ingatkan turun nak minum air tapi dengar pula mummy dan Daddy membebel. Cakap pasal siapa ni?"

Lora henyak punggung di sebelah si ayah. Sengaja dia melentok kepala di bahu ayahnya.

"Bagusnya anak daddy. Study, study juga. Dah lewat malam ni, rehatlah, sayang. Esok sambung." Tangan Dato' Bahri naik mengusap kepala si anak gadis berusia 17 tahun itu. Lora satu-satunya anak yang mereka ada. Tujuh tahun berkahwin barulah mereka dikurniakan anak itu, hanya tuhan sahaja yang tahu bagaimana mereka limpah kasih sayang pada anak gadis mereka yang seorang itu.

"Baik, daddy. Aip! Soalan Lora daddy dan mummy tak jawab lagi. Ini masam-masam muka ni sampai hangit bau rumah. Marahkah siapa?" Lembut suara Lora menyoal kedua orang tuanya.
Datin Shakira kelihatan menghela nafas panjang.

"Siapa lagi? Siapa lagi orang yang mummy dan daddy benci kalau bukan Rafi dan Almira tu! Mulut puaka betul!" Tak berselindung Datin Shakira menjawab persoalan anaknya.

Berbanding dengan gaya si suami, Datin Shakira melayan anaknya lebih kepada kawan bergosip dan masing-masing selalu ada sahaja topik untuk dibualkan seperti rakan seusia.

"Shakira, jangan cakap macam tu depan anak." Mendatar Dato' Bahri menegur isterinya.
Lora terkebil-kebil. Dia dongak menatap wajah daddynya. "Kenapa, daddy? Apa yang berlaku masa dinner tadi?"

"Tak apa, Lora. Kamu tu muda lagi untuk tahu. Biarlah urusan orang tua tu kami je fikir. Pergi minum air lepastu tidur." Lembut Dato' Bahri menitip pesan buat Lora mengangguk akur.

"Ingat Lora. Walaupun Zaiden satu kelas dengan kamu. Jangan pernah rapat dengan dia! Dia red flag! mummy tak akan pernah restu kalau kamu berkawan dengan dia! Faham?!" Langkah Lora terhenti, air liur diteguk sebelum dia tarik senyum tipis.

"Baik, mummy. Jangan risau." Lora angkat kaki meninggalkan kedua orang tuanya di situ. Berat nafas terhembus.

TOLAK sahaja pintu bilik, pandangan jatuh memandang telefon bimbit berdering di atas katil. Nama si pemanggil buat dia tidak senang duduk. Pintu bilik dikunci dan dia cepat-cepat menjawab panggilan itu.

"Zaiden!"

"Lora!"

Serentak mereka menyeru nama masing-masing.

"Hahh.." dan serentak itu mereka menghembus nafas berat.

"Parents kita bergaduh lagi?" Lora henyak punggung di atas katil. Rambut lurus di bahu dipintal dengan jari telunjuk.

"Nampaknya macam tu lah." Suara garau Zaiden buat Lora dongak melempar pandangan ke tingkap kaca biliknya.

"Apa kita nak buat, Zaiden." Suara Lora lemah.
"Kita tak boleh mengalah, Lora. Kita kena teruskan juga. Saya.." Zaiden berhenti menarik nafas.

"Saya tetap cintakan awak walau apa pun berlaku." Ungkapan Zaiden spontan membuat bibir Lora melorek senyum panjang.

"Saya pun cintakan awak Zaiden. Saya nak kahwin dengan awak. Awak cinta pertama saya dan selamanya.."

Kisah cinta remaja yang tragis berlarutan dengan keputusan tanpa kematangan. Jiwa remaja mendesak, kononnya mereka sudah terlalu dewasa menentukan masa depan.

"MAKSUDNYA pagi ni mummy dan daddy kau tak ada mood sebabkan mak bapak Zaiden." Yuna kelihatan agak terkejut dengan cerita dari mulut Lora.

"Ya. Bayangkan setiap kali ada konflik dengan Dato' Rafi dan Datin Almira, mummy daddy aku boleh hilang mood dan mengomel pasal benda sama sampai seminggu! Mak ayah Zaiden dengan mummy daddy aku dah berdekad tak sekepala. Aku tak tahulah apa masalah dia orang!" Sambil bercerita sambil Lora catit nota di dalam bukunya.

Sekarang mereka berada di ruang bacaan sekolah sementara menunggu Zaiden dan rakan yang lain habis perjumpaan pengawas.

"Berat juga konflik keluarga kau ni. Kalau dia orang tahu kau bercinta dengan Zaiden. Fuh! Aku tak tahu apa bakal jadi! Yang pasti huru-hara! Aku doakan yang terbaik untukmu sahabat." Yuna pasang riak simpati sambil dia menepuk-nepuk bahu sahabat baiknya.

Lora pula berhenti menulis dan menongkat dagu memandang Yuna di hadapannya.

"Borak apa kau berdua, macam bincang masalah dunia aje?" Perbualan mereka terganggu dengan suara lelaki datang mengampiri sambil menggalas beg sekolah. Seorang rakan mereka, anak campuran Melayu dan Cina. Tapi paling lemah di dalam subjek Mandarin.

"Hai Kim." Yuna menyapa.

"Hai. Maaf lambat, Cikgu Idlan cari aku tadi." Kim keluarkan sikat rambut sebelum dia sisir rambutnya ke sisi.

Yuna dan Lora hanya memandang dengan senyum geli. Siapa tak kenal, Kim si raja sikat. Pergi mana-mana wajib bawa sisir rambut! Motonya, biarlah muka tak kacak asalkan rambut kemas tersisir.

"You are forbidden to stare at other men for more than 5 seconds." Ralit melihat Kim menyisir rambut, pandangan Lora tiba-tiba gelap ditutup tapak tangan Zaiden. Cerah kembali pandangan, wajah Zaiden memenuhi ruang mata. Spontan dia melorek senyum.

"Zaiden!"

"Hai." Zaiden balas senyuman sebelum dia melabuhkan punggung di sebelah gadis itu.
Aidan yang datang bersama pula letak beg galas dan menarik kerusi di sebelah Kim.

"Korang dah study sampai mana?" Aidan si ketua pengawas meliar mata melihat buku-buku tersusun di atas meja.

"Tak study apa, aku ralit dengar cerita tragis kawan kita seorang ni." Yuna membalas buat Aidan angkat wajah memandang Lora.
"Aku baru sampai." Kim pula menyampuk.
"Kisah tragis apa tu?" Zaiden tarik buku nota di tangan Lora. Nota disalin kekasinya dibelek dari atas ke bawah. Betul, tak banyak yang mereka berdua belajar tadi. Biasalah perempuan, belajar lima minit, selebihnya bergosip.

"Pasal cinta terhalang dek orang tua. Fuh pedih." Jawapan Yuna buat Zaiden angkat wajah memandang wajah Lora di sebelah.

"Pasal parents korang? Ada masalah lagi ke?" Kim menyampuk.

"Sikit, malam tadi. Kau tahu sendiri lah. Kalau mummy dan daddy aku bergaduh dengan mama papa Zaiden, diorang punya mood boleh rosak sampai seminggu." Lora hela nafas berat.

"Teruk juga tu." Aidan pandang Zaiden yang diam tidak berkata apa.

"Habis kau orang bercinta ni macam mana? Macam manalah nak kahwin kalau mak pak korang tak berdamai. Serius seram tu." Kim pandang Zaiden pula. Kali ini semua mata memandang ke arah Zaiden menunggu keputusan lelaki itu.

"Kami akan kahwin juga. Tak kisah apa pun berlaku." Jawapan dibalas tanpa berfikir.
"Kalaulah semua tu senang. Masalahnya nak kahwin, wali pun kena pakai daddy. Macam mana kalau daddy tak nak jadi wali? Confirm dia tak nak punya." Lora merengus. Tak perlu bayang, benda dah terang-terang orang tua mereka tak akan berdamai.

"Alah, zaman sekarang senang. Kau kahwin ajelah kat Siam sana."

"Kau gila, Aidan?" Yuna tekup mulut terkejut dengan cadangan Aidan. Gila ketua pengawas ni, sekali dia berfikir, orang sampai hilang akal macam mana dia boleh dilantik sebagai ketua pengawas.

"Kau jangan macam-macam Aidan. Tak baik tau buat macam tu." Kim pula membantah.

"Apa yang tak baik? Lagi elok dia orang ni kahwin daripada buat benda bukan-bukan sebab tak dapat restu orang tua. Lagipun, mak pak kau orang tak akan dapat buat apa kalau kau orang dah halal. Nak suruh berpisah? Kuasa cerai kat tangan Zaiden." Panjang lebar Aidan memberi cadangannya buat semua di situ terdiam.
"Easy?" Senyum sumbing terbentuk di bibir Aidan. Sah akal cetek lelaki ini.

"Ma..macam bahaya je." Lora membalas.
Rahang Yana jatuh memandang Lora, jangan cakap kawan dia yang sedikit lurus itu terpengaruh!

"Apa yang bahaya? Bukan buat jenayah. Kahwin aje kut. Sekarang pilihan kat tangan kau orang. Nak tunggu mak ayah korang berdamai sampai berjanggut atau nak putus sebabkan tak dapat restu atau pilihan terakhir, biarkan mak ayah kau orang tak dapat buat apa-apa lepas tahu kau orang dah sah suami isteri!" Aidan tenang berkata-kata seperti apa yang dikatakan terlalu mudah untuk dibuat.

"Cop cop cop! Tak payahlah sampai jauh tu. Ish kau ni." Yuna hempuk lengan Aidan dengan bukunya.

"Kau nak solution aku bagi solution." Bahu Aidan terjungkit sebelah dan dia tenang mengeluarkan buku dari beg galasnya.

Anak mata Zaiden terangkat memandang Aidan.

"Tapi.. macam mana?" Soalan Zaiden buat Lora tersentak. Jangan cakap Zaiden setuju?

"Pak cik aku boleh jadi agent kepada sesiapa yang nak kahwin kat Thailand. Kalau kau berdua berminat, aku boleh minta dia tolong."

Kali ini Zaiden dan Lora berpandangan. Masing-masing di dalam dilema.

"Tapi kami muda lagi." Lora bersuara.

"Tak ada masalah kalau kau orang nak kahwin lepas SPM pun. Nanti bila sambung study, tiba-tiba kantoi kau orang bercinta. Kan naya tu! Kalau terkantoi and masa tu kau orang dah jadi laki bini. Kan senang? Parents kau orang tak boleh buat apa. Lagipun Lora, kau satu-satunya anak mummy daddy kau. Dan kau Zaiden, kau anak harapan."

"Mustahil mak pak kau orang nak buang kau orang sebabkan tu."

"Maksudnya, kau cadangkan dia orang ni kahwin sekarang sebab tak nak parents dia orang buat apa-apa lepas tahu Lora dan Zaiden ni bercinta?" Kim menyampuk pula setelah sekian lama menjadi pendengar.

"Ya. Ikutkan cerita kau orang. Kalau parents kau orang tahu yang kau orang bercinta. Aku berani kerat jari, parents kau orang akan buat apa pun untuk pisahkan kau orang. Termasuk hantar anak dia orang study jauh."

"Kau orang cinta mati kan?" Aidan tarik senyum sinis. Tahu betapa obsesnya Zaiden pada Lora dan betapa cintanya Lora pada Zaiden. Sebabkan itu dia berani memberi cadangan itu buat sahabatnya.

"Lepas SPM. Aku fikir balik." Zaiden raup rambut kebelakang. Apa yang dikatakan Aidan betul-betul buat fikirannya bercelaru.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro